Cuti2 Perth Day 2 ~ 30 May 2014
Hari kedua di Perth kitorang bangun seawal pukul 5 pagi coz dah plan nak keluar sebelum pukul 6 pagi coz nak elak bayaran parking yang mahal melampau. Lagipun pukul 6 pagi kat sana dah terang macam pukul 7+ kat Malaysia. Musim luruh nak masuk ke musim sejuk, waktu siang agak pendek. Subuh 5.40 pagi, lebih kurang kat Malaysia je tapi Maghrib pukul 5.20 petang. Insyirah agak liat nak bangun, maklumla sejuk. Kena plak mandi pagi2, tapi bila dipujuk2 dia okla. Irsyad plak tak mandikan, cuma lap2 & tukar baju je.hehe. Kesian plak nak mandikan baby pagi2, petang je la mandikan dia.
Plan pagi hari kedua adalah untuk ke Perth International Terminal coz nak jemput my sister. Itu orang agak last minute jugak nak ikut kitorang bercuti kat Perth. Nak ikut bertolak sama2 semalam tapi tiket mahal, so dia amik flight sehari lewat. Sanggup tu kan fly sorang2.. takpela tido je pun dalam flight tu. Balik ke KL nanti baru dapat sama2 coz ada tiket yang murah.hihi. Ok, apa2 saja la dik oiii. Sampai kat terminal tu agak lama juga menunggu dia coz flight AA yang my sis naik tu sampai sama masa ngan flight MAS. Jadinya double la jumlah passenger yang nak queue untuk cop passport & immigration checking kan. Dalam 7.15 pagi macam tu baru la dia muncul. Risau gak coz masing2 tak roaming in case nak call ke apa. Nak berwhatsapp pun kitorang cuma guna wifi kat hotel je sejak day 1.
Dari airport, kitorang terus shoot ke Danish Patisserie yang terletak kat 5, Dyer Road untuk breakfast. Dari airport dalam 11km la lebih kurang, terletak kat kawasan perindusrian. Danish Patisserie merupakan kilang pastry & bakery ni ada sijil halal ye, so semua makanan yang dijual adalah halal. Boleh beli dan makan apa saja kat sana tanpa was2. As for me yang memang minat pastry & bakery ni memang rambang mata jugak nak memilih. Tertarik dengan frozen pie yang dijual kat sana tapi tak beli pun coz kat hotel takde microwave untuk panaskan. Nak bawak balik KL pun xsesuai coz nanti kitorang tak terus balik rumah. Rosak la pulak pie tu karang. So beli je pie yang ready to eat kat kedai tu. Tak lupa juga hot & cold coffee.. hot nak minum on the spot & yang cold untuk bekalan dalam kereta. Selain tu beli jugak 1 pack of assorted muffin yang sangat sedap dan murah. 10pcs cuma AUD5 je, means cuma 50 cents seketul..waaa syoknya.
breakfast di sini.
gambar kureng sebab silau..dah la guna camera henpon je kan.
Selesai breakfast, kitorang bergerak ke Caversham Wildlife Park pulak. Wajibla pergi sini kalau ke Perth kan. Tempat ni bukan macam zoo biasa tapi ianya milik persendirian. Boleh tengok kangaroo, wombat, etc secara dekat. Kalau berani boleh je nak pegang2. Insyirah memang tak berani la, asyik jerit2 takuttt.. sabar je la ibu. Tiket masuk berharga AUD25 untuk dewasa dan AUD11 untuk kanak2 umur 4tahun+. Lama jugak kitorang spend masa kat sini, lebih kurang 3 jam jugak la. Okla tu, manfaatkan sebaiknya harga tiket yang telah dibayar tu. Memandangkan masa tu cuti sekolah, ramaiii sangat orang Malaysia kat Caversham tu ok. Dah rasa macam berada kat Zoo Negara kat KL plak dah.hehe.
kangaroo lepas macam tu je.
kakak takut nak masuk.
tunggu luar pagar & buat gaya kangaroo pun jadilaaa.hehe.
ayah sempat tengok semua show
ibu byk tunggu luar je coz kakak takut.aiyakk.
ni kat tempat 'Meet Wombats & Friends' show
me & my sis plak nak bergambar ngan wombat.
comelnya koala bear tu.
sedap sedap sedap!
free tasting tu kitorang ulang2 amik & makan.
yang ni macadamia cluster - kacang @ nut yang disalut coklat
sangat sedap, harga seketul AUD3.25
ada 2 lagi pilihan lain iaiyu ferrero & cashew nut cluster.
inilah dia milk chocolate tu.
1 pack 100g harganya AUD5.95
Memandangkan kitorang dah solat siap2 kat Bellmont tu, so plan nak solat jamak kat Perth Mosque cancel. Terus ke Kings Park untuk kali kedua tapi nak carik port lain untuk bergambar. Dari Bellmont ke Kings Park makan masa dalam 20minit kot, terlupa sudahhh.
tanda dah sampai Kings Park.hehe.
kakak with cik vivin.
hero kecik ibu ;-)
eh eh kenapa semua orang tiru saya ni??
agaknya itula yang Irsyad fikirkan :-p
family kecik saya ;-)
Perth City view dari Kings Park
Siap sesi bersiar2 dan bergambar kat Kings Park, kitorang baru terpikir bagus jugak kalau return kereta petang ni sebab esok pagi nak ke Fremantle naik train. Kitorang sewa kereta untuk 2 hari je, so thats mean esok pukul 8 pagi kena return sebab amik aritu pukul 8 pagi hari Khamis. So tak payah la nak bayar parking untuk 1 nite kan. Tapi bila tengok jam, dah pukul 5.45 petang daaa, petrol blom pegi isi sampai full tank. So redha je la bayar parking malam tu, esok pagi2 my hubby akan return kereta tu. Tak banyak pun kitorang berjalan rupanya, xsampai half tank pun petrol. So isi untuk penuhkan tank, cuma AUD28 sahaja. Okla tu, save kat situ. Lepas isi full tank minyak kereta, kitorang pun balik ke hotel.
Selesai solat jamak maghrib + isyak, mandi pastu kitorang keluar jalan2 kat sekitar Hay Street. Inilah yang best duk kat Criterion Hotel ni, lokasi sangat2 strategik. Tempat makan halal memang ada je berdekatan hotel. Penat berjalan2 malam tu, kitorang pun balik semula ke hotel. Sebelum tu duk rehat2 jap kat cafe sambil minum complimentary drinks from hotel. Balik hotel apa lagi, rehat dan tido la. Esok sambung cuti2 Perth day 3.
Comments
Post a Comment