Cuti2 Perth Day 3 ~ 31 May 2014

Hari ketiga di Perth kitorang keluar lewat sikit, tak macam hari kedua coz nak return kereta sewa. Tempat tu bukak pun pukul 8 pagi. So kitorang keluar dari hotel dalam pukul 7.45 pagi. Sebelum keluar dah siap2 breakfast kat hotel. Sandwich tuna + nescafe 3 in 1 prepared by my hubby sangatlah sedap.hehe. Makan half je, half lagi tapau untuk buat bekalan jalan2 day 3 ni sementara belum berjumpa kedai makan halal. My hubby turunkan kitorang kat area Perth Train Station, lepas tu dia pegi ke Baywater Car Rental untuk urusan return kereta. Sambil tunggu my hubby settle semua urusan dan datang balik ke tempat kitorang menunggu tu, apa lagi.. sesi bergambar la. Lengang je pagi tu kat Perth City coz hari Sabtu, bukan working day kan.


bus stop untuk naik CAT (central area transit) bus
tapi kitorang tak naik bus pun kat Perth City ni.

posing ala2 kesejukan.

i'm the no.1 !


ayah pun nak posing jugak ;-)

Bila my hubby dah datang balik, kitorang pun masuk la ke dalam building Perth Train Station tu. Untuk tiket pada weekend, kitorang beli tiket 'Family Rider' berharga AUD11. Tiket ni boleh digunakan untuk 1 family max 2 dewasa dan 5 orang kanak2. Penggunaannya pulak unlimited untuk sepanjang hari, tak kira untuk naik tren, bas ataupun feri yang dikendalikan oleh company tu, Transperth. My sister plak walaupun sorang2, beli jugak tiket berharga AUD11 cuma namanya lain - Day Rider. Penggunaannya pun unlimited untuk whole day jugak, tapi tengokla macam mana.. sempat ke nak naik macam2 in 1 day? Jawapannya ialah tidak coz hari ni nak ke Fremantle untuk shopping. Kat situ je mau makan masa 2-3jam kan..haruss.

Ok, settle urusan beli tiket, kitorang pun naik lift untuk ke Fremantle Line train platform. Sekali tu ada plak guard bagitau, line ke Fremantle tu tutup untuk 2hari bermula malam sebelumnya dan sampai Ahad malam. Alamak, tak dapat la nak naik tren ke sana. Sejarah kini berulang, dulu masa kat Langkawi pun tak dapat nak naik cable car coz tutup ngam2 4 hari mengikut jumlah hari kitorang bercuti kat sana. Takde rezeki la tu namanya, ok takpe.. terima seadanya.kihkih. Oleh kerana perkhidmatan tren takde, so digantikan dengan bas. Kitorang pun menapak la ke bus station yang terletak sebelah je dengan Perth Train Station tu. Nasib baikla cuaca sejuk je kat sana, banyak berjalan pun takde la nak berpeluh.. tapi kaki lenguh la jugak :-p
disruption la pulakkk.

tak dapat naik tren, amik gambar je pun jadilah kan.

Sampai tempat bas, cari je la bas yang dimaksudkan untuk ke Fremantle. Tunjuk tiket kat driver bas, pastu masuk carik seat yang sesuai dan ada space untuk letak buggy. Naik bas kat Perth ni sangatlah convenient sebab buggy/stroller and wheelchair friendly. Bila driver nampak kita bawak buggy, diorang akan tekan button.. pastu ada 1 'lantai' yang akan menjulur turun kat bahagian pintu masuk bas. Eh eh paham ke apa aku maksudkan ni. Buat2 paham sudah la ye. Once lantai tu turun, bolehla kita tolak buggy tu naik ke atas bas. Tak perlu susah2 nak angkut buggy tu. Memang memudahkan orang yang bawak anak dalam buggy/stroller.. dan lebih bermanfaat lagi untuk warga tua or OKU yang menggunakan wheelchair. Bagus sangat kan. Thats why ramai je old couple yang guna wheelchair boleh dating 2 orang naik bas, kat Malaysia memang takkan jumpa macam tu.hihi.

Dalam bas, aku duk compare laluan bas dengan train route dalam map Fremantle Line tu. Memang sama je, cuma ada la masuk2 sket kawasan taman perumahan. Perjalanan dari Perth City ke Fremantle naik bas memakan masa lebih kurang 40minit. Turun bas je rasa sejuknyaaa.. maklum la Fremantle ni kan kawasan pelabuhan, so memang berangin la. Suhu yang rendah + angin, so memang rasa lebih sejuk la. Kalau tak pakai jaket or sweater memang aku takkan tahan. My baby Irsyad Syamim plak as usual, steady je dia.. tido dalam buggy. Turun je dari bas, kitorang pun jalan kaki ke E-Shed Market, dari jauh dah nampak dah building tu. Ada banyak building macam tu : A-Shed, B-Shed and so on. Tapi tak tau plak jual apa kat building yang lain. Apa yang aku baca dari blog lain, nak shopping souvenir beli kat E-Shed, so terjah yang tu je la kan.

Sampai E-Shed market, tukarkan diaper & susukan Irsyad dulu so that dia bleh duk diam2 dengan ayahnya sementara ibu nak shopping.hihi. Kakak Insyirah dah sibuk nak beli koala bear tu. Siap dia dah ikut Cik Vivin pusing2 kedai dalam building tu dulu. Yang penting dia ingat pesanan ibu, pilih yang kecik je okay.haha. Bukan apa, dak tecit tu bukan jenis stick pada 1 benda lama2, cepat bosan. So beli yang kecik dan murah2 sudah la ye.


gembira setelah mendapat susu ibu.hihi.

Untuk membeli souvenir, aku tak pegi banyak2 kedai sebab just follow apa di rekemen oleh orang2 yang pernah ke sini. So terus tuju kedai Megabes dan Aussin je. Walaupun cuma pegi 2 kedai tapi amik masa yang lama jugak untuk membeli coz murah sangat harga souvenir kat situ. Rasa macam2 nak dibeli, tapi still dapat kawal diri sebab mengenangkan jenuh nak mengangkut nanti. Megabes tu owner nya orang Cina dari Singapore, siap offer ajak pegi ke warehouse kalau nak membeli banyak. Tapi memandangkan kitorang naik bas, so tak payah la.. lagipun plan asal memang tak nak beli byk sangat souvenir nanti exceed baggage limit plak.


shopping, jangan tak shopping.

beg2 plastik sudah di'transform' jadi shopping beg.yeay.

Selesai aku membeli souvenir untuk diri sendiri dan adik-beradik, turn my hubby plak. Macam biasa, dia cuma nak beli souvenir untuk kawan2 office je. Tak sampai setengah jam pun dia membeli tu, waaa jauh berbeza dengan aku. Beli souvenir pun mau 2 jam..haha. Maklum saja la perempuan, pantang nampak yang comel2.. terus rambang mata. Sebenarnya aku tak expect harga baju@souvenir kat E-Shed or lebih tepat lagi kat Perth ni banyak yang murah. Bukan kat E-Shed je murah, kat kedai souvenir area hotel kitorang duduk pun murah. Contoh sweater kat Aussin ni boleh dapat AUD6 ~ RM18 je. Topi plak kat Megabes cuma AUD1.50 ~ RM4.50. Haaa memang tak dapat harga macam tu kat Malaysia. Ye, memang made in China.. ermm apa barang yang tak made in China skang ni. Ok je kan quality nya, so memang seronoklah membeli. Kalau tau harga murah2 macam ni, datang beli souvenir ni naik kereta sewa ok.hihi. Nanti aku akan share kan gambar2 apa yang dibeli kat sini dalam final entry ye.

Dari E-Shed Market, kitorang jalan kaki ke je untuk pegi makan lunch kat Kaili's Fish Market. Bak kata orang, tak lengkaplah cuti di Perth kalau tak makan fish n chips kat Fremantle ni. Kalau ikutkan kat Fremantle ni ada free CAT bus juga macam kat Perth City, tapi kitorang tak naik bas pun untuk ke sana sebab bila tanya salesgirl kat Megabes tu, dia bagitau direction macam dekat je. So jalan kaki je la, sambil jalan sambil cuci mata. Lagipun cuaca sejuk, no hal sangat nak berjalan kaki. Lebih kurang 10-15 minit berjalan, sampai la kitorang kat Kaili's Fish Market ni. Sebelah menyebelah je dengan Cicerellos tu. Both kedai serve makanan yang sama. 

Masa kitorang sampai tu agak penuhla jugak kedai tu dengan customer. Takpe, terus masuk dalam dan queue untuk order. Aku order fish n chips 1set dan squid n chips 1set. Harga untuk each set AUD14, termasuk 2pack (pek kecik) tomato sauce. Kalau tak cukup boleh beli tambahan tomato or tartar sauce harganya 50cents per pack. Kalau nak beli sauce/salad/coleslaw pun ada jugak, diorang ada letak dalam fridge.. tapi takde display harga la pulak. Lepas order, diorang akan bagi 1 device apa ntah. Device tu akan vibrate once order kita dah ready to collect. Okla, walaupun ramai customer tapi order kita siap dengan cepat. Kaunter untuk air plak sedikit lembab, tapi still acceptable lagi la. 
tengah tunggu air..hot choc & latte.
AUD4 each cup.

pilih..jangan tak pilih.

ni dia fish n chips yang sedap itu.rangupp.
chips nya sangat banyak dan besar2 saiznya.
harga set of 2pcs fish fillet AUD14.50
kalau yang 1pc AUD10. baik amik yang 2pcs la kan.

makan squids plak.. serius sedap & fresh.

dah kenyang & nak balik dah..
amik gambar jap..fefeeling 'aku isterinya'.hihi.

kenyang perut suka hati..
inilah yang boleh aku describe kat budak 2 orang ni.
eh sorang budak & sorang not so budak la.kihkih.

Siap makan dah pukul 3 lebih, kitorang duk lepak2 jap kat Esplanade. Kakak Insyirah as usual la, asal jumpa playground je mesti nak main. Sampai ke Fremantle kakak main kat taman ye.hihi. Layankan saja, boleh la ibu duduk berehat jap sambil tunggu dia main. Gambar takde plak snap Cik Vivin je yang teman dia kat playground tu. Lepas 20minit main, aku pun ajak kakak balik. Nasib baik dia ok je, takde sibuk nak main lama2. Huh, setakat playground kat taman rumah kita ni pun boleh main kan kakak ;-)

Esplanade kat belakang tu.

suasana ni Fremantle petang 31 May 2014 ;-)

Kalau datang tadi kitorang sanggup menapak, balik ni rasa tak sanggup a.k.a kemalasan plak. So naiklah CAT bus kat Fremantle ni ye. Bus tu kitorang naik dari Fishing Boat Harbour sampai ke Fremantle Bus Station, dalam 1km je kot. Dari sana, kitorang naik bas ke Perth City semula. Sama macam masa datang tadi, just tunjuk tiket yang sama kat driver.. kan unlimited ride katanya. Sampai Perth City hampir ke pukul 5 petang. 

naik free bus dari sini

Dari Bus Station ke hotel kitorang jalan kaki je, tak tunggu pun CAT bus walaupun free. Sepanjang Murray Street & Hay Street yang kitorang lalu tu memang happening petang2 weekend macam tu. Ternampak 2-3 tempat orang sedang basking (ye ke basking namanya?).hihi. Tak pastila namanya apa, tapi diorang menyanyi la..layann. Kedai2 plak kebanyakannya dah tutup menjelang pukul 5 petang pada hari Sabtu ye. wawawa bagusnya, weekend semua spend time with family la tu. Kalau kat sini, weekend la segala macam kedai akan bukak kan. Shopping complex plak sampai lewat tengah malam pun still bukak bila malam minggu. Berbeza sungguh dengan kat Perth ni.

Sampai hotel, solat jamak..pastu mandi dan rehat. Dalam pukul 8 malam kitorang keluar semula untuk makan dinner dan jalan2 ambil angin (ada ke angin?hihi) sekitar kawasan berdekatan. Kononnya nak makan kat Lebanese Roasted Chicken & Kebab Express tu sebab recommended by Zarul Umbrella lagi tu.eh tetiba masuk nama Zarul.hihi. Terbaca kat blog dia, slalu makan kat situ bila fly kat Perth, almaklumlah steward kan. Lagipun selang 2 lot je pun dari hotel kitorang duduk ni.. sekali tu, dah tutup la pulakkk. Semalam elok je bukak 2 malam kitorang kat sini. Weekend dia tutup awal la pulak. Takpe try esok pulak for lunch ye. 

Since kedai kebab tu tutup, kitorang pun jalan kaki, membelok ke Pier Street. Dekat je dari hotel, cuma jalannya dah berbeza. Tengok kedai Love & Care tu macam bukak je. Pegi kat pintu depan dan tanya, ye memang bukak. Confuse jap sebab pintu dia jenis half cermin, nampak pekerjanya tengah sibuk mengemas. Ingatan dah tutup, rupanya masih bukak.. alhamdulillah. Kedai ni serve makanan authentic dari Malaysia. Kitorang order nasi putih, ayam masak lemak cili padi, sambal tumis udang, telur dadar, sayur campur & hot water. Semua sekali dalam AUD40+ untuk makan berempat. Okla.. eh bukan setakat ok tapi sedap masakannya,yes.. tepat sekali jolokannya - aunthentic malaysian food. Terasa macam makan kat kampung, mak or makcik2 yang masak.hihi.

Love & Care - nama tak macam kedai makan kata my hubby.
tapi masakan sedap, so mak ok je.hihi.
Ibu terus pakai sweater Australia itu ;-)

Siap makan, kitorang pusing2 sekitar Pier/Murray/Hay Street. Masih banyak juga kedai2 yang bukak especially kedai makan. Antara kedai makan halal yang ada kat Murray Street ni ialah Insan Cafe dan Ispa Kebab yang kitorang makan day 1 tapi kat Harbour Town tu. Kalau kat Hay Street plak, kedai2 yang jual baju or souvenir kebanyakannya dah tutup malam tu. Letih berjalan kaki, kitorang pun balik semula ke hotel. Lagipun sejuk sangat kat luar, takut baby kembung plak nanti. Rehat dan tido la, esok sambung lagi untuk hari terakhir di Perth.

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit