Cuti2 Perth Day 1 ~ 29 May 2014

Sempena cuti sekolah mid year kali ni, me and my family telah bercuti ke Perth. Finally, after 1 year planning ;-) As usual, kitorang naik AirAsia.. kali ni flight dari KLIA2. Dari rumah di Pasir Gudang ke KLIA2, kitorang naik kereta. Pastu parking kereta kat Tune Hotel yang baru, kat KLIA2 tu la. Parking rate adalah RM36/day. Tu je yang paling murah bleh parking. Option lain parking kat long term bay kat KLIA yang lebih mahal ~ RM46. Banyak beza tu, RM10 sehari - 5 hari parking dah RM50. Flight ke Perth pada 29 May pukul 12.05 pagi dan akan sampai around pukul 5.30 pagi. So petang 28 May tu kitorang dah bergerak ke Sepang. 

1st time naik kat KLIA2.. bagi aku tempat tu sangatlah besar sampai lenguh2 kaki nak berjalan ke bahagian departure tu.huhu. Dah la kakak muntah2, so mood dia pun sangatla kureng. Dalam kereta je dah 3x dia muntah. Badan pun dah naik lembik kot, nak pujuk dia suh berjalan tu memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Alolo siannya kakak. Irsyad plak macam biasa, sentiasa happy go lucky and senang nak dijaga. Minum susu, tido, 'membuang', bangun senyum2, ulang2 balik aktiviti yang sama.hehe. Bak kata one of my fren, baby susu ibu ni memang senyap dan lebih tenang. Syukur alhamdulilah, 4bulan dah Irsyad Syamim.. fully breastfeed, directly.. takde EBM or guna botol.


kakak mood xbaik coz muntah2

pukul 2.30 pagi masing2 lapar.
si baby bangun susu + 'membuang'.hihi.

After 2jam dalam flight, kakak pun dah feeling better & mintak makan nasi, ok la tu. Since takde prebook meal, so beli je la by cash Nasi Lemak Pak Nasser..nasib baik available ;-) Dalam 5.30am flight pun touch down kat Perth International Airport. Cabin crew ada announce yang suhu pada waktu tu 9 degrees.. wawawa, sejuk tu. Proses nak cop passport dan pemeriksaan imigresen memakan masa yang agak lama coz ramai sangat penumpang dari flight yang sama tu, penuh kot.. so, sabar je la kan. Since kitorang ada bawak sikit ubat & makanan, so kena la declare dan queue kat lane yang dikhususkan. Siap ada anjing berlegar2 kat situ, nasib baik tak sentuh beg kitorang. Insyirah plak dah nangis2 & jerit takut..takut.. aduhai sabar je la. Selesai semua urusan di airport, kitorang pun keluar dari building untuk bergambar kenangan.


masa ni baru pukul 7 tapi dah terang benderang.
yang penting, sejukkk.

Dari International Terminal, kitorang naik free shuttle ke Domestic Terminal. Dari situ, barulah kitorang amik taxi untuk ke tempat car rental ~ Bayswater Car Rental yang terletak di Perth City. Actually car rental tu ada a few branch, termasuk kat Bayswater yang terletak tak jauh dari airport. Tapi memandangkan sekarang ni dah tak boleh nak pick up & return kat branch yang berlainan, so kitorang decide untuk berurusan dengan branch yang kat Perth City tu je. Tak jauh pun dari hotel kalau nak return nanti. Cerita pasal car rental ada kat entry sebelum ni. Tambang taxi dari Perth Domestic Terminal ke Bayswater Car Rental Perth City tu adalah AUD28 saja.

Selesai urusan pembayaran dan amik kunci kereta, kitorang pun memulakan aktiviti jalan2 day 1 kat Perth. yeayyy. Oh ya, masa amik kereta tu.. car rental company tu akan caj extra AUD50 as a deposit. Kalau takde apa2 masalah masa return kereta, AUD50 tu akan di refund la. My hubby buat pembayaran guna credit card la macam biasa. By cash tak pasti boleh ke tak. Rasanya tak boleh kot.hehe. main rasa2 pulak. Fuel masa amik kereta tu penuh, so masa return nanti pun perlu full tank jugak. Insyirah & Irsyad both kena duduk kat car booster & car seat. Both kena letak kat belakang, tak boleh letak kat seat depan ye. So belakang kira sempit jugak la, but still ibu boleh duduk kat tengah2 tu kalau nak breastfeed Irsyad. Kalau dia tido, ibu duk depan je la. Memandu kat Perth ni kita tak kekokcoz driver seat sama macam kat Malaysia, sebelah kanan. Lepastu pemandu semua bawak slow je especially dalam kawasan bandar, dalam 30-40km/j je kot. Kalau kat highway pun tak laju mana..max 60km/j. Mesti kat sana kadar kemalangan rendah je kan, bagus2 ;-)


siap urusan di sini

kakak dan adik duduk kat seat masing2.

Destinasi pertama yang kitorang tuju adalah Harbour Town. Itinerary asal nak ke Kings Park dulu tapi since kat airport sebelum tu kitorang blom breakfast, so terus ke Harbour Town dulu. Senang je nak ke sana, follow je la GPS yang dah disewa tu.hihi. Sampai2 sana je terus nampak Ispa Kebab. Memang target kedai ni pun untuk makan. Memandangkan masa tu pun dah pukul 10pagi+ so kitorang brunch (breakfast+lunch) terus la. Sekali baru nak order, orang kedai tu kata blom ready plak. Kena tunggu another 20-30minutes macam tu. Ok takpe, kitorang ronda2 dulu keliling Harbour Town tu. Building tu 2 tingkat dengan total kedai dalam 50 or kurang kot, tak pasti pulak. Tapi tapi tapi.. yang pastinya tak best2 pun kedai dalam tu. Best lagi Johor Premium Outlet (JPO) tu,hihi. Takpe,memang tak target nak beli apa2 pun kat sini. Cuma nak cuci2 mata je sambil nak makan. My hubby sempat survey spek Oakley, after less AUD250~RM750 la lebih kurang tapi tak beli pun. Katanya tak murah, sama je macam kat India. Aduhaii memangla kan, ok takpe.. tak nak beli takpe. 

Last2 untuk tak balik dengan tangan kosong (perlu ke??hihi),  kitorang masuk 1 kedai souvenir ni & ada la membeli tshirt Australia/Perth 5 helai. Makan kat Ispa Kebabs, my personal review is - SEDAP ;-) kecuali falafel tu tak best. Lagi sedap masalodeh beli kat pasar malam Tmn Air Biru tu.hehe. Compare jangan tak compare. Beli 2 set makanan + air je dengan harga AUD30+. My hubby kata mahal harga kebab tu sampai AUD10 berbanding kat Europe cuma $7. Ok paham..kalau macamtu lain kali bawak ibu & anak2 ke Europe la ye.wakaka.

makan di sini.


besar kan portion kebab & set yang 1 lagi tu.
lupa plak namanya, mixed doner kebab kalau tak silap.
juice tu pun sedap.mix mango+banana.

Dari Harbour Town, kitorang bergerak ke Kings Park pulak. Masih dalam kawasan city lagi, tak jauh pun. Sampai sana dalam pukul 12.30 tengahari, memang cuaca panas tapi sejuk. Haa macam mana tu? Cerah tapi berangin & suhu pun around 20 degrees je. Maklumla tengah end of musim luruh, nak masuk musim sejuk. Syokla jalan2 nak amik gambar ke apa. Ramai je orang yang berjogging tengah2 hari tu.


alolo tomey2 ibu baik je dia.

cuaca cerah tapi sejuk..suke ;-)

yang kiri tu kereta yang kitorang sewa 
(toyota corolla hatch)

Hampir 2 jam pusing2 & bersantai kat Kings Park, kitorang bergerak ke Belmont Forum plak. Tempat ni merupakan shopping complex yang menggabungkan beberapa pasaraya yang famous kat Perth - Coles, Big W, Woolworths and a few lagi. Kiranya kalau kat Malaysia ni macam Tesco, Giant, Econsave gitu la lebih kurang. Kitorang masuk Woolworths je untuk beli sikit makanan & minuman. My hubby sibuk cakap, kat luar mahal sangat harga food & drinks. Coke 500ml dah AUD4, air mineral AUD2.50, pastu sibuk dok convert..memang lagila mahal kan. Kat dalam Woolwooth ni air mineral 1.5litre baru AUD2 je kot. Carbonated drinks pun lebih kurang harga. Kitorang beli perisa nenas, waaa sedap la plak. 

Aku baca kat blog lain, katanya kalau nak coklat murah beli kat Big W. Corelle pun boleh beli kat situ. Tapi aku tak beli pun coklat or Corelle kat situ. Esok nak makan & beli coklat kat Margaret River Choc Factory je. Lagipun sebenarnya masa tu dah penat & ngantuk sebenarnya coz sejak petang semalamnya takmandi & tidur yang sempurna.hihuuu. Malas nak jelajah shopping complex tu sangat. Corelle plak, memang takdela nak beli coz kitorang ni kalau berjalan memang tak rajin nak membeli benda2 yang berat or bulky sangat. Lagipun my hubby dah belikan Corelle set kat India sebelum pegi Perth ni.yeayyy ;-)

Ok, selesai membeli kat Belmont Forum ni pukul 3.30 petang macam tu. Nak terus balik ke hotel masih awal lagi. Hotel memang dah boleh check in tapi nak parking tu mahal sangat kalau within working hours. So kitorang bergerak ke Cottesloe Beach pulak. Disebabkan ngantuk sangat, aku ngan anak2 dah tertido dah dalam kereta. Sampai sana, parking keta ngadap pantai..pastu lepak2. Dapatla my hubby rehat & tido jap dalam kereta plak. Insyirah sempat turun jap, main2 kat playground. Sejuk kat situ, tak boleh nak duduk kat luar lama2 coz angin kuat. My little hero maintain macam biasa, asalkan dapat susu dia dah ok ;-)


 view Cottesloe Beach dari dalam kereta je..ngantukks.

Lepas sejam lepak2 tepi pantai, kitorang pun bergerak ke Criterion Hotel untuk check in. Pukul 5 petang dah gelap dah kat sana coz maghrib pun masuk waktu dalam 5.20 petang. Hotel yang kitorang dah book tu terletak kat Hay Street, memang location sangat terbaik Tapi takde tempat parking, so kitorang terpaksa parking kat Kings Complex dengan bayaran flat rate AUD10 after 5pm until 6am. Eh eh aritu masa surveyrasanya  AUD15, ni AUD10 je. Okla tu, save AUD5.. lepasla duit nak beli 2 'ekor' koala bear ;-). Parking rate kat area Perth pada hari bekerja adalah sangat mahalll okay. Mungkin sengaja buat macam tu sebab nak galakkan orang naik public transport la tu.

Sebelum check in, makan dulu kat kedai makan yang dekat sangat ngan hotel. Selang 2 buah kedai je dari Criterion Hotel. Sebelah kedai tu Subway, pastu Ole2 - kedai souvenir. Nama kedai makan tu D' Ankasa, serve makanan halal Malaysia. Pekerjanya orang Malaysia & Indonesia.. malay speaking. Huh, tak rasa macam bercuti ke negara omputih langsung ;-) Walaupun serve makanan Malaysia, harga of cos la tak Malaysia kan. Kitorang order nasi goreng cina & mee goreng mamak. Harga sepinggan AUD10.90 ye, bukan AUD5. Kalau order roti canai lagi tak berbaloi, AUD5 sekeping.wawawa. Hot water kitorang order hot milo, AUD3. Siap makan, check in hotel lepastu berehatla.. apa lagi. Bestnya jumpa tilam,hehe. Selesai misi day 1 at Perth on 29 May 2014.

Comments

  1. Assalamualaikum

    Been to perth more than 4x.each time we go we stayed in mahira holiday homes.owner org melayu msian.service memang very good and accommodation pun bagus.of course its not cheap tapi u pay for what u get! Then tried their new zealand and europe trip and wow memang amazing.cubaaa la highly recommended

    Boleh call anak owner at 0123360098

    ReplyDelete
  2. salam..nak tny..masa book a.asia tu awak select seat ke utk family or just ms checkin br select seat?

    ReplyDelete
  3. Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang IRDI TOUR BANDUNG selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Irdi Tour Bandung hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Irdi, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Irdi Tour Bandung menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk info info lengkap tentang Irdi mengenai promosi percutian di Bandung bisa lihat blog Irdi :
    http://keretamurahpelancongan.blogspot.com/
    JOM JOM ke Bandung bersama Irdi, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
    Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi… ;-)
    Dijamin Irdi bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..

    Contact Person :
    Mobile Phone : +6281322167717
    WhatsApp : +6281214741600
    +6281220477335
    Email : irditour.bandung@yahoo.com
    Facebook : - Irdi Tour Bandung & Irdi Wati

    Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada waktu yang luang bisa kita berjumpa lagi mohon maaf kalau ada kata kata Irdi yang tidak berkenan.
    Irdi Tour Bandung tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..
    Wassalam..wr.wb..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit