Tuesday 6 December 2016

Harga Coklat Di Langkawi December 2016

Cerita pasal percutian kitorang sekeluarga kemudian la. Nak buat entry pasal harga terkini coklat kat Langkawi dulu. Tapi bukan semua jenis coklat, only a few yang kitorang suka dan beli saja. Ada juga coklat yang kitorang suka tapi tak beli coz dah biasa makan atau pun harga tak murah mana berbanding beli kat tempat kitorang.

Memandangkan kitorang stay kat Cenang area, hotel pulak betul-betul opposite The Zone dan Coco Valley so 1st night kat sana dah beli coklat. Mula-mula just beli untuk makan sendiri je. Tempat beli coklat pertama : Coco Valley yang terletak antara Underwater World dan The Zone. Next location beli coklat kat HIG cawangan Pandak Mayah, pastu petangnya kat The Zone Cenang. Hari keempat pulak beli lebih untuk buah tangan dan bawak balik untuk makan sendiri kat Kompleks HIG. So total 4 tempat je la kitorang beli coklat. Sebab dah baca dari blog lain, so tak payah nak survey banyak tempat sangat. 

Ni antara coklat yang dibeli, dah siap-siap isi dalam luggage nak bawak naik flight (hand carry).

Ok, ni harga coklat setakat yang kitorang pegi Langkawi pada 27 Nov sampai 1 Dec 2016 baru ni. Kot la ada yang tengah planning bercuti ke Langkawi dan nak buat budget berapa perlu di'spend' untuk coklat. 

Hersheys Kisses.
150g RM7.90, RM205g RM11.90 (HIG Kompleks & Pandah Mayah sama harga). The Zone & Coco Valley takde size ni, ada yang besar je 350g tak ingat harga coz tak beli size tu. 

Kinder Bueno.
3 packs RM8.50, 4 tempat tu harga sama je. Setiap pack isi 2pcs so total ada 6pcs. 8 packs per box RM21.90 kat HIG Pandak Mayah, The Zon & Coco Valley. Aku beli RM20.90 kat HIG Kompleks. 8x2 = 16pcs isinya. Bagi aku memang berbaloi beli ni sebab 1 pack tak sampai RM3 pun berbanding beli kat Mydin haritu RM4.40 per pack. 

Pepero.
1 box besar isi 8 packs RM21.90, sama je kat 4 tempat tu. Tapi aku beli yang special edition kat HIG Pandak Mayah RM26.90 mix 4 white choc + cookies (kotak putih) ngan 5 milk choc + hazelnut (kotak hijau) percuma pulak Pepero cup. Tak percuma sangatlah sebab harga extra tu. Kalau ikutkan RM21.90 untuk 8 packs, 1pack jatuh RM2.74. RM26.90 untuk 9 packs, 1 pack jatuh RM2.99, haaa tak percuma pun la cup tu. Haha memang macam tu la produk apa pun, tulis je percuma cup la mangkuk la apa la tapi harga extra means kena bayar 'barang percuma' tu. Layannn.

Hanuta Mini.
Ini aku beli kat Coco Valley harganya RM14.50/pack. Kat 3 tempat lagi tu RM16.90 harganya. Banyak juga beza tu. 1st night terus beli sebab dah baca kat blog mana ntah harga paling murah kat Coco Valley so grab terus. 1st time makan coklat ni, made in Germany. Sedap, wafer inti coklat yang pekat@tebal bukan cair ye. Rasa macam Ferrero Rocher tapi versi wafer 4 segi. 1 pack isinya 15 pcs (individual wrap) kalau tak silap. Ada 1 size je, takde pilihan.

Ritter Sport Mini.
Aku ngan hubby kenal Ritter Sport ni sejak pertama kali holiday kat Langkawi tahun 2010 dulu. Masa tu beli Ritter Sport Mini assorted, dalam 1 pack tu ada 30pcs harga less than RM30 kalau tak silap. Selepas 6 tahun, harganya dah cecah RM40+ per pack. Waaa banyak naik woo, so aku cuma beli yang 1 box 9pcs harga RM10.90 tu. Ada 7 jenis antaranya cornflakes, cookies, marzipan, praline dan nogurt.

M&M
Yang ni rasanya tak murah la kat Langkawi. Aku beli yang 200g harganya RM8.90 kat Coco Valley. 3 tempat lagi tu takde size ni, size besar je ada 450g RM18.90. Pastu size yang lain semua jenis yang ada patung Minnion la, kipas la apa la. M&M nya cuma 20g je, mahal tang mainan je. Sorry la, memang aku tak beli kalau macam tu. Ooo ya lepas balik Selangor tengok harga M&M 200g ni kat Tesco Kuala Selangor harganya cuma RM8.69. So memang tak murah la kat Langkawi tu kan.

Whittakers Slab.
Whittaker ni ada jenis bar, ada jenis slab. Aku beli jenis slab. Whittaker ni 1st time makan 2 tahun lepas rasanya, Evin (adik) beli kat The Zon Stulang je.hehe. Aku beli 2 jenis : almond gold (font merah) dan juga coconut slab (font hijau). Ada 1 jenis lagi dark choc memang aku tak beli sebab tak minat dark, bagi aku pahit. Harga beli kat HIG Kompleks RM9 untuk 1pack yang isinya 3 pcs. Harga kat HIG Pandak Mayah pun sama. Kat 2 tempat lagi takde jual pun Whittaker ni. Coklat ni made in New Zealand. Memang sedap dan kena beli kalau pegi Langkawi, kalau tak nak kena beli kat New Zealand pulak.haha.

Nutella.
Nutella spread 200g RM11.90 kat HIG Kompleks & RM11 kat HIG Pandak Mayah. Yang kecik & besar tak tengok plak harga coz memang nak beli yang size ni je buat makan ngan roti bakar kat rumah nanti. Kalau kat pasaraya harganya takdelah beza sangat tapi saja je nak beli kat Langkawi. Entah apa-apa je. Yang jual kat Langkawi ni my hubby kata made in Belgium, tulisan tak paham. Kalau yang jual kat pasaraya tu made in Australia. Thats why la harga tak banyak beza. Yela kan, nak import dari Australia murah sikit kos berbanding dari Belgium. Kalau kat pasaraya pun nak jual yang made in Belgium, haruslah harga pun lebih mahal. Nutella Go yang biskut stick cicah dengan coklat Nutella tu RM5.90 tapi tak beli pun sebab rasa macam mahal. Takpela nanti balik rumah beli biskut stick cicah je la dengan Nutella yang dah beli tu :-p

Khusyuk masing-masing pilih coklat. 

Harga Coklat Lain.
Cadbury - Aku rasa harga tak banyak beza pun (or lebih mahal) dengan pasaraya. Harga ni ada kena mengena dengan 'made in' la kan. Cadbury bar kecik RM2.90, besar RM5.90. Choclairs RM16.90 untuk 1 balang isi 100pcs tu. Ini harga kat The Zone Cenang. Tempat lain tak tengok.

Daim - Memang tak masuk senarai pun nak beli Daim sebab kurang minat. Tapi sempat jeling harga kat The Zone size 300g harganya RM17.90.

Toblerone - Ini beli sebatang je (panggil batang ke?) :-p Aku tak berapa minat ngan Toblerone sebab semua jenis pun ada nogurt ke apa dalamnya yang kaler putih dan kalau makan macam lekat kat gigi.hehe. Cuma beli yang milk chocolate harga RM4.50 untuk yang 100g kat HIG Kompleks. Ada jual 1 ikat 5pcs assorted kat HIG untuk size 50g dan juga 100g. 

Sibuknya la haiii. Ibu sape la ni :-p

Tak penuh pun bakul tu, means tak banyak sangat la beli :-)

Kitorang memang takde amik gambar sangat kat dalam kedai. So memang takde gambar coklat setiap jenis beserta harganya macam kat blog lain ye :-p Ada la snap a few gambar je pun, jadilah buat kenangan dah masuk kedai beli coklat. Nanti abang adik dah beso boleh ibu cerita balik, ni dulu pegi Langkawi beli coklat. Haha motip? 

Adik sabar menanti ibu pilih coklat. Tapi tak lama pun sebab dah ada list, less than 1/2 jam dah siap pilih dan bayar ok.

Besaqnyaaa. Ada ke orang beli tu? :-p
Ni dekat kaunter bayaran HIG Kompleks. Mujur anak-anak tak mintak beli ni, just ikut selera dan pilihan ibunya je.hihi.

Overall memang best dan berbaloi shopping coklat kat Langkawi ni. Buah tangan untuk family pun beli coklat je, barang lain macam tshirt yang selalunya wajib beli pun kali ni langsung tak beli. Ok, tu je cerita pasal coklat. Hantu coklat sungguh la 1 family kitorang ni. Eh ada ke orang tak suke coklat? Entah :-)

No comments:

Post a Comment