Cuti2 Malaysia - Pulau Langkawi (Part 4)

Day 4 - 30 November 2016, Rabu.

Hari keempat lagi santai berbanding hari ketiga. Pagi tu takde bersiap dan keluar awal sebaliknya rehat-rehat kat bilik sampai lepas Zohor baru keluar. My hubby je keluar sorang carik sarapan kat area Kg Lubuk Buaya tu. Beli nasi lemak bungkus RM1.20 kat Warung Desa Tanjung opposite Fave Hotel dan Restoren Selera Lubuk Buaya yang kitorang makan malam hari kedua hari tu. Makan sarapan kat pondok luar bilik resort tu je. Bancuh air milo 3 in 1, settle. Sarapan paling jimat sepanjang kat Langkawi.

Menu

Awal lagi, belum ramai orang datang beli.

Semua bungkus comel-comel macam ni. 

Lepas siap sarapan memang dah setkan masa untuk Kakak Insyirah mandi pool sampai tengahari, kiranya mandi sampai muak la.haha. Tapi rupa-rupanya hari Rabu diorang buat macam major cleaning la pulak kat pool, alolo sian Kakak lama tunggu nak mandi pool. So dalam pukul 10.30 macam tu baru start dapat masuk pool dan main sampai hampir pukuk 1 jugaklah. Okla tu, harapnya dah puas cos aku dah bagitau pagi tu last mandi pool. Petang takde dah sebab nak ke Pasar Malam Kuah dan jugak final shopping kat HIG. Malamnya ayah nak menjalankan tugas khas : mendobi baju as usual :-)

Lepas Zohor dan lajak ke pukul 2 petang baru keluar makan lunch.  As per itinerary nak makan kat Restoren Seashells Cenang kat Laman Padi tu. Pun dekat je, dalam less than 1.5km dari Landcons Hotel. Kat situ ada Muzium Padi tapi kitorang tak masuk pun, just datang nak makan lunch dalam suasana relaks kat sawah padi lagi. Sampai sana tak ramai pun orang yang makan, tak tahulah memang kurang pelanggan or sebab dah lewat. Boleh pilih sama ada nak makan dalam kedai kat meja macam restoren lain ataupun nak makan kat pondok tengah sawah. Kitorang dah tentunya pilih nak makan kat pondok tu. Duduk bersila ala-ala macam makan kat Kampung Daun, Bandung dulu. Cuma kat Bandung tu lagi hebat sebab environment sungai & air terjun. Puas menapak nak sampai kat pondok yang available sebab ramai nauuu pengunjung.  Sini okla, tempat tak luas mana dan pengunjung pun tak ramai. 

Kat tangga depan entrance. Sunyi je tak ramai orang pun.

Laluan nak ke pondok.

Omeynya Idlan :-)

Menu pilihan : Siakap deep fry.

Pilihan menu tak banyak pun, semua set macam dalam gambar tu. Set nasi + ulam + sup kosong + 3 jenis sambal + keropok + lauk. Lauk tu pilihan sama ada daging, ayam atau ikan. Pastu pilih nak set untuk 2, 3, atau 4 orang makan. Kitorang amik untuk 2 orang makan je pun dah kenyang sebab Kakak ngan Abang makan tak banyak mana. Harga per set RM48 tak masuk air la ye, tu kena order lain. Siap makan, posing jap kat sekitar kawasan tu pastu bergerak ke destinasi seterusnya : Beras Terbakar.

Terbang-terbang bandana bib Adik. Syokk banyak angin kat tengah sawah ye. Gambar kurang elok, silau :-p

Happy nya Abang ;-)

Wefie satu kali sebelum balik. 

Beras Terbakar ni kat area Padang Matsirat, tak jauh dari airport. Dari Laman Padi ke Beras Terbakar makan lebih kurang 20 minit macam tu, ikut je waze ntah jalan celah mana ntah dia tunjuk. Otw ke sana, anak3 semuanya tertido. Maklum sajalah dah pukul 3+, dah lepas waktu tido siang diorang pun. So aku ngan hubby je la borak-borak berdua sambil tengok kawasan sekitar. Sampai Beras Terbakar ingatkan nak bawak anak3 turun tapi diorang tak bangun pun lagi. Aku je turun jap tengok kedai-kedai sekitar tapi tak beli apa pun. Harga minyak gamat kat sini semua kedai jual harga sama, RM9 untuk 12pcs. Tapi tak beli sebab semalamnya nampak bunting tu RM5 okay untuk 12pcs. Tapi kedainya entah mana, terus hilang jejak. Adehh. Gambar kat Beras Terbakar ada 1 kot snap, tapi macam dah terdelete je. Hihi takpela.

Memandangkan takde yang menarik perhatian kat Beras Terbakar tu, kitorang pun terus bergerak ke Kuah ikut area Ulu Melaka lagi macam hari tu. Lalu kedai makan Nasi Campur Kak Yan yang ada jual beronok tu tapi dah habis la kot sebab dah petang, pukul 4+ dah masa tu. Berhenti jap isi minyak kat Buroq Oil, kecik je stesen minyak nya. Haritu isi RM30 je, budget cukuplah kan sebab bukan jauh sangat berjalan pun. Ni tengok minyak dah merah okay, ke memang kereta tu dah tak betul. Cepat nau nau penanda minyak tu tukar merah. So kitorang isi la lagi minyak, RM10 sudahlah kan. 

Sampai kat Pasar Malam Kuah tu ramai peniaga tengah nak unloading barang dari van lagi sebab masih awal, baru nak masuk pukul 5. Kitorang jalan je la tengok mana yang dah bukak pastu hubby ajak duduk kat medan selera dulu.  Pasar ni terletak kat sepanjang jalan depan Hotel Baron tu, sebelahnya tu lah medan selera yang kitorang duduk. Mula-mula my hubby order laksa, pastu aku pulak order rojak. Last-last jadi makan kat medan selera tu pulak. Laksa ngan rojak memang pakcik kedai tu jual kat pasar malam jugak. Nampak dia angkut dari kedai pastu bukak meja kat pasar depan tu je. Siap makan, baru round pasar malam beli lagi makanan untuk kat bilik hotel malam nanti kot lapar. Beli jugak mainan untuk Abang ngan Adik. Gambar langsung takde amik kat pasar malam. Basically takde yang special sangat kat pasar malam ni bagi aku sebab lebih kurang je kan. Cuti dalam Malaysia, makanan lebih kurang sama je pun kat Langkawi dengan tempat lain. Heee macamlah selalu cuti luar negara plak kan. Yang tak selalu jumpa macam pulut durian ngan pulut mangga tu la kitorang beli. Pastu yang unik (unik ke?) beli dan tengok akak yang jual tu buat gula-gula kapas. Ok, ibu batak sebab tak pernah tengok. Kakak pilih nak kaler purple, layannn. Selain tu tapau jugak mutu mayam untuk Kakak ngan Abang. Yang ni pun tengok live pakcik tu buat. Selama ni tak pernah tengok jugak, beli dah siap jadi dah. Ok ibu batak sekali lagi. Haha. 

Siap membeli makanan kat pasar malam, terus tuju HIG Kompleks. Plan nak shopping coklat saja untuk bawak balik sebagai buah tangan untuk family dan dan untuk makan sendiri. Bagus planning kali ni, memang datang sana beli coklat saja dan follow list yang dah siap-siap save kat notes dalam iphone. Takde penambahan langsung, bagus sangat disiplin kali ni. Hihi. Cerita pasal coklat dan harga ada kat entry pertama cuti-cuti Langkawi. Kompleks ni besar dan ada few tingkat tapi memang aku tak masuk pun. Dalam building yang sama tu jugak ada HIG Hotel. Siapa yang datang nak shopping banyak-banyak memang sesuai duduk kat hotel ni. Boleh turun shopping sorang-sorang tinggal suami ngan anaka-anak kat bilik hotel.haha. Siap shopping coklat, sebelum balik singgah Uptown Kuah ke apa ntah area Pandak Mayah je beli bag plastik berzip untuk letak barang sket. Harga RM10 je, murah berbanding kat ruang legar HIG Kompleks RM13. 

Dari Kuah terus balik hotel untuk berehat tengok tv sambil menghabiskan makanan yang dibeli kat pasar malam sebelum tu. My hubby pegi dobi baju kat Laundry Bar kat area Kampung Temoyong, lebih kurang 3 ke 4 km je dari Landcons Hotel. Memang aktiviti wajib mendobi sebelum balik sebab tak nak bawak balik banyak-banyak baju kotor. Lagipun lepas tu nak balik Selangor pulak, bukan terus balik rumah sendiri. Malam tu jugak siapkan kemas bagasi masa anak-anak dah tido. Settle itinerary hari keempat di Langkawi. Esoknya nak balik dah, dalam itinerary takde plan nak ke mana-mana lagi pun.

------------------------------------------------

Day 5 - 1 Disember 2016, Khamis.

Last day kat Langkawi, finally barulah hujan turun. Lepas mandi dan bersiap, terus check out hotel pastu pegi sarapan kat D'Lima Cafe yang lebih kurang 1.2km je dari hotel. Masih kat area dan deretan yang sama dengan Artisan Piza, so memang dekat je la. Lepas siap breakfast, nak ke airport masih awal lagi so my hubby ajak ke Nusantara Maju tempat buat dan jual produk gamat tu. Tak jauh dari airport dan terletak kat tepi jalan utama nak ke Kuah. Tapi bukan side yang ke Kuah ye, tapi opposite. Dari arah airport ke Kuah kena u-turn pastu confirm nampak la tempat tu ada replika botol gamat yang besar. 

3 beradik dah siap breakfast. Adik ye ke makan tu :-p

Kakak cantik katanya :-)

Masa kitorang datang tu tak ramai pun pengunjung kat situ. Dan yang paling tak best harganya tak murah pun, 12pcs RM10. Tapi sebab dah nak balik dan slogan Nusantara Maju pun 'jangan pulang tanpanya', maka aku pun beli jugak la.haha. Selain tu my hubby beli minyak lintah jugak. Tak payah cakaplah untuk kegunana apa :-p Kalau beli pastikan simpan kertas panduan macam mana nak guna @ urut tu ya. Anak nampak kang jenuh nak explain. Adoii. 

Selain minyak gamat, macam-macam produk lain pun ada. Balm, minyak, krim, sabun gamat, lintah, kacip fatimah, tongkat ali, etc.

Tempat masak gamat.

Around pukul 10.30 pagi kitorang pun bertolak ke Langkawi Airport. Janji dengan 'mamat kereta sewa' nak return kereta pukul 11 pagi. Sette urusan pulang kereta, terus masuk dalam untuk check in diri dan baggage sekali. Flight  pukul 12.25 tgh, sampai Subang pukul 1.30 tgh. Abang dari naik flight terus tertido sampailah touch down. Langsung tak bergerak orangnya, penat sangat tu. Alhamdulillah cuti-cuti kali pertama naik flight dengan 3 anak berjalan lancar dan semuanya sihat sejahtera sepanjang 5 hari trip. Inshaa Allah ada rezeki kita bercuti tempat lain pulak. 

1st flight Kakak & Adik yang sama, route & airline pun sama jugak Fireflyz.

------------------------------------------------

Total Perbelanjaan Cuti ke Langkawi.

Last sekali as usual total perbelanjaan cuti sekeluarga 5 orang kali ni : 2 dewasa, 2 kanak-kanak & 1 baby :-)

Ticket fireflyz : RM648.56
Landcons hotel 4nites : RM600
Car rental 72hrs : RM270
Panorama Langkawi Entry (skycab+imaginarium) : RM154
Souvenir : RM50
Makan (estimate) : RM450
HIG Pandak Mayah : RM216.60
HIG Kompleks : RM244.90
Coco Valley, The Zone : RM45.70
Pasaraya Kuah, beg : RM27
Lain-lain (petrol,parking,saman,etc) : RM63
Nusantara Maju : RM26
Grand Total : RM2,795.76

Kalau ada island hopping dan masuk Underwater World, total perbelanjaan akan lebih la. Memandangkan Underwater World dah pernah masuk dulu pastu island hopping pulak macam tak berapa sesuai, so kitorang cut yang 2 tu dan dah kurangkan perbelanjaan cuti kali ni. Percutian aku ngan keluarga as usual budget murah to sederhana, tak murah sangat dan of cos tak mahal :-) 

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit