Cuti2 Malaysia - Pulau Langkawi (Part 2)

Day 2 - 28 November 2016, Isnin.

Hari kedua, lepas Subuh terus mandi. Anak-anak pun bangun awal sebab plan hari kedua terus nak naik skycab @ kereta kabel. Wajib pergi sebab inilah reason aku nak repeat Langkawi pun sebab last time datang tempat tu tutup untuk maintenance. 4 hari kitorang datang, 4 hari tu la diorang tutup. Sedehh. So memang keluar ayat 'lain kali ada rezeki kita datang lagi' selepas ayat 'takpela takde rezeki nak naik cable car'. Hahaha. 

Sebelum keluar sempat posing tepi 'pool kakak' tetibaaa.

Depan hotel, pagi tu ramai yang nak check out. Masuk-masuk je nampak 'mini waterpark' tu.

Lepas siapkan Abang Irsyad dan Idlan, kitorang pun keluar nak sarapan dulu. Landcons takde provide sarapan ye puan-puan. Hubby ajak breakfast kat gerai tepi McDonalds tu je, nampak ramai pelanggannya. Tapi Kakak Insyirah tak nak, dia requeat nak breakfast McDonalds, so layankan saja la. Lagipun dah lama sangat rasanya tak breakfast McD. Sambil breakfast, tunggu 'mamat kereta sewa' hantar kereta. Semalam dah pesan sebelum pukul 8 hantar, tapi sampai kitorang siap breakfast barulah nak sampai. Dalam pukul 8.30 baru sampai. Ingatkan bolehlah pegi ke Oriental Village tu awal pagi masa tempat tu baru bukak supaya tak lama queue. Tapi dah kereta sewa dapat lambat, maka lambatlah juga kitorang ke sana. Dengan nak isi minyak kereta dulu lagi kan, so memang dah tak awal la kan. Keteta tu dihantar dengan 'minyak dah merah' okay. Bukan minyak kaler merah, tapi dah nak kena isi la maksudnya.Haha. 

McD seberang jalan je.

Abang breakfast dulu.

Mana kereta sewa saya?? :-p

Sewa kereta Saga FL (AT) untuk 3hari @ 72 jam harga RM270. Kira okla rate tu, cuma tak puas hati sebab lambat hantar. Condition kereta ok-ok je, yang penting aircond sejuk. Anak-anak kalau penat boleh tido dalam kereta dalam keadaan tenang.hihi. Ok, tak nak komen lebih-lebih pasal kereta. Lepas isi minyak, terus  gerak ke Oriental Village. Sampai sana siap parking apa semua dalam pukul 9.45 macam tu. Dah ramai dah orang yang queue untuk beli tiket dan juga queue untuk boarding. Yang berkumpul dalam group masing-masing pun ramai juga, maklum saja cuti sekolah. Memang dah expect akan ramai sangat manusia nak naik cable car ni.

Sampai kat bahagian ticket counter ada staff Panorama Langkawi yang mengendalikan skycab semua tu approach kitorang untuk beli pakej. Asalnya dalam itinerary nak amik pakej Skycab+duck tour. Tapi memandangkan cuaca pun panas, terus decide untuk ambik pakej lain yang di offer iaitu Skycab+Imaginarium. Imaginarium ni indoor, so rasanya sesuai la nanti lepas penat naik cable car nak masuk situ pulak. Harga tiket 2 dewasa + 2 kanak-kanak untuk pakej ni RM154. Memandangkan kitorang amik pakej ni, my hubby tak kena beratur pun. Staff yang promote tu suruh ikut dia then just bagi mykad, mykid & duit pastu follow dia. Terus dapat tiket dalam bentuk wrist band tu la. Masa tu yang tengah nak boarding group H, kitorang dapat group J. 

Kat pintu gerbang Oriental Village.

Sambil tunggu, makan biskut dulu. Berpeluhnya la Abang tu.

Sambung makan aiskrim pulak. Tak sempat makan habis, dah dipanggil untuk boarding.

Tak lama sangat menunggu, lebih kurang 30 minit group J pulak dipanggil. Dalam 15 minit jugalah kena beratur dalam cuaca panas,  tapi mujur ada canopy. So boleh tahan lagi la kan, Idlan pun ok tak meragam langsung cuma kesian tengok dia berpeluh sangat. Lepas tu kena naik tangga tingkat atas pulak untuk tunggu turn naik cable car. Sekali naik tu je mak aihhh terkejut ramai lagi yang beratur, sampai berlingkar okay. Faham tak berlingkar?haha. Memang tempat tu dah siap palang besi yang secukupnya untuk pelawat beratur berlingkar. Tapi at least better than masa kat bawah sebab sejuk aircond. Masa ni Irsyad dah start meragam dah, maybe ngantuk dan penat. So terpaksa guna talian hayat, bagi dia main henpon Ibu so that takde la nangis kuat-kuat. Half way beratur, diorang bagi masuk SkyDome plak. Duduk atas kerusi pastu kena dongak sket untuk tengok tayangan 3D kat skrin yang bergerak. Konon feeling macam kita naik roller coaster la gitu. Diringkaskan : 360 degrees 3D image projection in HD. (Ni bukan diringkaskan tapi diterjemah. Haha). Disebabkan tempat tu sejuk dan gelap, so aku ambil peluang nak susukan Idlan. Tayangan ni ambil masa dalam less than 10 minutes je tapi Abang Irsyad dan Kakak suka, Ibu pulak rasa pening kepala. Keluar dari SkyDome, sambung beratur berlingkar sekali lagi half way. 

Sebelum naik cable car.

Ok, nasib baik Ibu tak mengandung. Eh??

Beratur dalam keadaan sesak. Masa ni dah pass Idlan kat my hubby sebab Abang tak bagi Ibu wrap Adik. Alolo.

Lepas puas beratur, akhirnya sampai turn nak naik gondola cable car tu. 1 gondola muat untuk 6 orang. Masa nak beratur pun kena beratur dalam kumpulan 6-6. Tapi kebanyakan datang dengan group dan tak nak berpisah. So kitorang 4 orang je la, Idlan tak kira sebab baby lagi takde wrist band. Kalau ada couple boleh jugak menyelit tapi that day takde pulak couple. Kebanyakannya rombongan sekolah atau family je. Gondola ni tak berhenti ye, dia tetap bergerak. So kita kena cepat-cepat masuk sorang demi sorang sebelum pintu tutup. 

Last lepas my hubby masuk, sempat menyelit sorang Mat Salleh yang travel ke Langkawi, sorang diri je. Actually dia travel dengan kawan-kawan, tapi diorang tak ikut ke Langkawi dan masih kat Thailand at that time. Dia gayat jugak katanya, so dah 'minum air' sebelum naik cable car tadi, layannn. Okla dalam gondola tu bila nak bergerak naik, Abang dan Kakak behave je. My hubby lebih gayat berbanding aku, so gambar dalam gondola cable car masa kat atas tu takde  sangat. Gambar yang ada tu pun aku yang snap, bolehlah buat kenangan dah naik cable car kat Langkawi. 

Ni masa baru naik, rendah lagi.

Gayat ke bang? :-)

Mak aihh comotnya Abang Irsyad, makan aiskrim sebelum tu.

Langkawi Cable Car ni merupakan cable car paling curam di dunia dengan kecondongan 40 darjah okay. Boleh nampak Air Terjun Telaga Tujuh dari dalam gondola. SubhanAllah. Cantik sangat view. Kalau gayat janganlah tengok bawah tapi tengok je sekeliling or view yang jauh. Dari Base Station ke Mid Station jaraknya 1.7km. Kat sini terpulang nak turun ke tak, tapi kitorang turun la coz nak amik gambar. Ada jugak yang terus ke Top Station. Dekat Mid Station ni kita akan berada 650 above sea level, so sejuk la ye. Nyaman. Nak nyaman lagi tunggu sampai Top Station pulak. 

Yeayy ada jugak gambar 1 family yang kira okla :-)

My pretty girl.

Dari Mid Station nak ke Top Station. Beratur lagi skali okay, tapi tak lama sangat la.

Dari Mid tak ke Top Station pulak dekat je tapi paling curam. Bila dah sampai Top Station maknanya kita dah berada pada ketinggian 708 meter dari paras laut dan di puncak kedua tertinggi Gunung Machinchang. Lebih sejuk dan nyaman berbanding kat Mid Station. Kat sini jugak ada cafe, surau dan toilet. Harga makanan kat cafe dah tentunya mahal, aku beli popcorn RM7 sebekas. Kitorang spend masa lebih kurang setengah jam kat atas tu. Ambik gambar, rehat-rehat dan jugak masuk toilet settle kan tukar diaper dan baju boboy 2 orang tu. 

Nak sampai Top Station dah.

Letih jugak kat Top Station ni sebab dia bukan kat platform @ level yang sama. Mula-mula keluar dari cable car tu kena naik tangga nak ke cafe. Pastu naik atas lagi pulak untuk bergambar dan santai-santai. Turun ke cafe semula, lepastu turun lagi 1 level untuk ke toilet pulak. Memang kerja turun naik turun naik je la. Aku tengok ada couple bawak baby guna stroller memang tak sesuai la sebab banyak angkut stroller daripada letak baby dalam tu. Dalam gondola pun stroller dilipat jugak. So rasanya lebih mudah kalau guna baby carrier atau baby wrap. Aku pulak memang dari awal plan wrap je Idlan lebih selesa tak sakit bahu. Tapi start masa tunggu nak naik cable car tu Abang Irsyad meragam dan tak bagi pulak Ibu wrap Adik. Sudahnya gilir-gilir dengan hubby dukung Adik. Lenguh jugakla bahu ngan lengan mak nak. Sabar je la.

See, kena naik tangga.

Kakak tak larat plus gayat nak naik platform atas, boleh pulak dia duduk kat tangga tu je.

Abang Irsyad busy tawaf berapa kali ntah platform atas ni. Best, sejuk nyaman je.

Kesayangan :-)

Lepas settle semua, beratur lagi sekali untuk naik cable car semula dari Top Station terus ke Base Station. Waktu turun ni takde stop kat Mid Station. Sebelum turun tu as usual la staff Panorama Langkawi promote beli gambar-gambar kita yang diorang ambil masa nak naik or turun dari gondola sebelum tu. Tapi tengok semua takde yang cantik, takdela beli. Bukan gambar tu tak cantik, tapi ada je yang tak kena. Abang bergerak la apa, so tak beli pun gambar kat sana. Lebih kurang pukul 1.30 kitorang pun sampai ke Base Station semula. My hubby kata dia lagi gayat bila turun berbanding nak naik. So henpon terus bagi kat aku je suruh snap gambar, dia nak pejam mata. Haha sabo je.

Adik dah tukar baju. Sian dah ngantuk. Queue nak naik cable car dari Top ke Base Station.

Dekat kedai souvenir tu beli pensel Kakak buat kenangan pastu masuk ke Imaginarium, kan amik pakej sekali. Bolehlah nak sejukkan badan setelah penat dan berpeluh turun naik tangga. Masuk je dalam ni diorang amik gambar kitorang 1 family. Best sket kat sini lengang takde pelawat sangat. Tak reti nak explain sangat apa ada kat sini, tapi sesuai dengan namanya. Imaginasi je la lebih. Mula-mula snap muka kita, pastu muka kita keluar kat character dalam tayangan animasi ringkas. Pastu ada la pulak masuk dalam satu bilik yang ada tayangan 3d, ada dinosor ke apa. Kita pun buat-buat la macam pegang dinosor tu pastu snap gambar nampak macam kita pegang dinosor betul. Tapi macam tak jadi je, layankan saja. Lagi satu bilik rama-rama pulak, gelap pastu banyak rama-rama ngan cahaya colorful. Serius tak paham.haha.

Apakah ini? :-p

See, tak paham pun tapi amik je la gambar Kakak :-p

Part paling last kitorang duduk lama sebab ada tempat untuk anak-anak mewarna. Aku amik peluang susukan Idlan sampailah dia tertido, dekat setengah jam jugakla. Kat sini Kakak ngan Abang warnakan gambar ikan or hidupan dalam air. Lepastu masukkan kertas tu dalam 1 scanner. Nanti gambar tu keluar kat skrin besar. Tak paham? Jom layan gambar.hihi. 

Mula-mula kaler gambar. Abang more to conteng la as usual :-) 

Haaa tu ikan yang Kakak kaler. Imej tu dah berpusing, so nama Insyirah tu pun dah terbalik la.

Diver tu Abang yang kaler tapi macam tak kaler je :-)

Aku agak imaginasi+akuarium kot, tu yang jadi Imaginarium nama tempat ni. Kihkih apa-apa je la asalkan anak-anak happy. Keluar dari Imaginarium ni kitorang jalan-jalan sekitar Oriental Village ni kejap. Actually banyak aktiviti lain boleh buat kat sana tapi memandangkan cuaca panas dan dah letih, so kitorang pun terus balik. Sebelum tu masuk kedai souvenir jap. My hubby beli fridge magnet untuk kawan-kawan. Aku takde beli apa-apa pun. Ooo ya tapi sebelum tu ada beli family photo kitorang kat dalam Imaginarium tu sebab nampak elok, semua pandang kamera. Photo + frame yang boleh 'stand' macam biasa or boleh juga dijadikan fridge magnet. Harga RM40, standard la tempat macam tu of cos la mahal tapi sebab gambar elok tu yang terus beli. Again, elok means semua pandang kamera la especially Abang yang selalu tak suka bergambar. Hihi.

Kira elok la semua pandang camera walapun baju Abang terselak nakpak perut tu :-p

Sekitar Oriental Village.

Dari Oriental Village, plan nak singgah makan laksa ikan sekoq sebelum balik hotel. Pukul 3 baru nak lunch wei, lapaqq. Laksa Kaw Ikan Sekoq ni dah ramai yang review, so aku tak payah review la kot. Tapi tempat ni terletak kat tepi airport je, tepi laut menghala ke Cenang. Berderet je lori-lori kecik jual makanan kat area tu. Dulu tahun 2010 kitorang datang ada 2-3 lori je. Yang jual laksa ikan sekoq ni banner dia kaler merah kuning. Dari jauh dah nampak, terus berhenti dekat situ dan order la apa lagi. Kitorang order 3 pinggan laksa dan jugak 1 pinggan rojak. Total RM21 untuk semua tu, air takde order pun sebab memang tak biasa minum ais di kala cuaca panas terik. Kat gerai tu takde jual pulak air kosong, so minum je balance air koaong bekal sejak pagi tadi yang masih ada. Alhamdulillah kenyang, terus balik hotel untuk rehat.

Tudiaaa besaqnya periuk kuah laksa .

Ni peminat laksa. Kakak suka laksa, tapi ikan sekoq ni Kakak taknak katanya. Ok baiklah.

Okla, tak pedas. Sesuai untuk budak-budak.

Petang tu Kakak sambung lagi aktiviti mandi kat pool. Ibu rehat kat bilik je suap adik makan. Kesian dia skip lunch tadi, mesti lapar kan. Malamnya pulak pegi makan kat 1 kedai ni namanya Selera Lubuk Buaya, sebelah Fave Hotel. Dekat je pun dari hotel kitorang tapi takdela dekat sangat sampai mampu nak jalan kaki. Dah ada kereta sewa, of cos la naik kereta kan. Lepas dah order tu lama jugak tunggu nak dapat makanan. Tapi bila dah dapat tu okla puas hati sedap masakannya. Kitorang order tomyam campur, kailan ikan masin, sotong goreng tepung dan jugak kerabu kaki. Kerabu kaki ayam tu 1st time kitorang makan, sedap la pulak. Tak expect pulak kaki ayam tu diorang kupas. Means jjiay amik isinya (kulit) saja, tulang kaki tu dibuang. Ingatkan seketul kaki macam tu.hehe. Tapi gambar kat kedai tu takde amik pun sebab dah lapaq terus ngapp.

Lepas siap makan, Kakak kata nak jalan-jalan dulu. So kitorang pun masuk The Zon kejap tapi cuma sempat cuci mata dalam 15 minit je sebab pukul 9 diorang dah nak tutup. Tak sempat nak beli apa-apa pun. So terus balik bilik rehat-rehat tengok tv sambil makan coklat yang dah beli semalam je. Settle itinerary hari kedua, sambung esok pulak. 

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit