Cuti2 Malaysia - Pulau Langkawi (Part 3)

Day 3 - 29 November 2016, Selasa.

Itinerary day 3 ni memang santai-santai je, takde banyak tempat nak pegi. Memang itu pun tujuan ke Langkawi kali ni, santai. Lagipun dengan 3 anak, kalau jalan or aktiviti banyak-banyak bukan diorang je penat, Ibu Ayah pun penat nak handle.kikiki. Seawal pukul 7.45 kitorang dah keluar hotel untuk jalan-jalan cari makan, sarapan la apa lagi. Sebelum tu inform kat reception nak diorang buat housekeeping bilik. 

Lokasi sarapan pagi tu kat area Ulu Melaka, nama tempat tu Nasi Dagang Pak Malau. Satu jalan yang sama dengan Makam Mahsuri. Ramai yang review pasal tempat ni, tu yang nak jugak datang melawat kawasan :-) Ok memang best la kan view sawah padi. Kalau balik Tanjong Karang takde pulak ko nak makan kat tepi sawah pun kan. Layann. Sampai sana kira masih awal lagi, so takde masalah terus dapat seat nak makan. Adik Idlan elok je dia masih tido sejak lepas menyusu dalam kereta. So aku letak je dia kat buggy, terus sambung tido. 

Tido la nak ;-) Sambung kat buggy pulak sampai Ibu siap makan ye.

Ni my hubby punya, lauk ikan tongkol. Kakak + Abang ayam goreng, ibu amik daging. Yang dalam balutan daun pisang tu pulut+sambal tumis ikan bilis.

Posing je lebih. Tu Ayah punya kot.

Siap makan, posing kat batas sawah pulak. Feeling ala-ala honeymoon.haha.

Dah bangun, nak join wefie jugak.

Takde apa sangat nak cerita pasal makanan kat tempat ni. Nasi dagang okla, rasa nasi dagang. Hihi. Janganlah compare dengan yang original Terengganu. Harga 3 pinggan termasuk kuih dan air RM32. Breakfast termahal sepanjang di Langkawi. Tapi okla, u pay for the scenery also :-) Actually Abang Irsyad tak makan sangat pun, dia lebih berminat nak explore apa yang ada sekeliling tu. Ada sebijik rumah yang dijadikan homestay tapi macam takde orang duduk pun. So rumah tu dah jadi macam tempat bergambar, luar rumah je la. Ada reban ayam siap ada ayam, itik dan angsa sekali at the other side of rumah tu. Pastu kat beranda ada tempat main congkak, ada buai kat bawah rumah juga. Irsyad sibuk nak main dengan budak-budak lain yang datang situ je. Siap tak nak balik okay, nangis-nangis nak stay lagi. Aiyooo.

Dua orang ni tak pernah kenal permainan congkak lagi pun. Ni first time la.

Props untuk bergambar :-)

Homestay Pak Malau. 

Ni tempat pilih lauk. Sepinggan nasi dagang+lauk RM8.

Bergambar lagi. 

Lepas breakfast ingatkan nak singgah makam Mahsuri tapi tak jadi pun sebab masa tu Abang Irsyad dan meragam dah nangis semua sebab tak puas lagi nak main. So terus je bergerak hala ke Kuah sambil tu ingat nak carik minyak gamat. All the way nak ke tempat nasi dagang tu lagi dah nampak bunting jual minyak gamat RM5 / 12 botol. Murah sangat-sangat tu. Tapi duk sibuk nak diamkan Abang dari terus nangis, lama-lama tak perasan dah hilang la bunting sepanjang jalan. Tak tau arah mana tempat jual minyak gamat super murah tu. Takpela takde rezeki nak beli ke situ. Teruskan drive sampai Kuah, first destination yang dituju adalah Dataran Helang sebab as usual nak bergambar lagi. Jom layan gambar.

Cantiknya Kakak :-)

Abang meragam sebab nak naik kereta remote control pulak. Mujur tuannya blom datang. Haha. Sabo je la nak.

Gigih redah cuaca panas semata nak ke sini. Tempat wajib amik gambar kot :-p

Adik diam-diam je as usual.

Rambut gebang-gebang (terbang) :-) cari ketenangan ye bang.

Ok Abang dah cool balik ;-)

Kakak & Abang.

Lepas siap bergambar, kena menapak jauh jugak nak ke tempat parking keteta dengan panas-panas lagi. Memang kena bertabah la kan. Mujur anak-anak ok walaupun sibuk jugak kata penat. Sekali sampai kat kereta tengok kena saman daaa. Alahai 2x datang Langkawi, 2x jugak kena saman kat tempat yang sama. Sesungguhnya kitorang lupa kat kawasan Kuah ni kena guna coupon. Ingatkan kawasan hot spot macam ni guna sistem bayar parking kat tempat keluar, per entry macam tu. Rasa macam tak sesuai la sistem parking berkupon macam tu, pelancong datang nak kena carik pulak kat mana tempat jual buku kupon tu. Kemudian la pikir pasal nak bayat saman tu. Dari Dataran Helanh kitorang pergi ke Pekan Rabu pulak sebab nampak kat area Cenang lagi ada banner pasal Food Festival kat Pekan Rabu. Tapi bila sampai sana nampak hambar je, so tak jadi plak nak turun kereta. Drive balik ke area Kuah nak ke HIG or Idaman Suri nak carik pemanggang ajaib aku :-p

HIG ni memang banyak cawangan, kitorang main redah je yang kat Pandak Mayah tu. Sebelum masuk dalam, tanya kat pekerja situ kena letak kupon parking tak. Bila dia kata ye, terus tanya mana nak beli buku kupon. Ada jual kat kedai sebelah, terus beli dan letak kat dashboard kereta. Jenuh la kalau kena saman lagi wei. Masuk dalam HIG ni first sekali tengok harga coklat. Tapi hari ni tak beli untuk buah tangan lagi. Plan nya esok malam terakhir kat Langkawi baru nak beli. Cuma beli Pepero special editon 5packs kotak hijau + 4packs kotak putih dan ada free pepero cup harga RM26.90. Kalau yang biasa 8packs/box tu RM21.90.

Lepas pepero abis, cup ni tak tau nak buat letak apa :-p Beli sebab nak mix flavor.

Lepas coklat, cari pulak pemanggang ajaib (ajaib ke?) pulak. Tengok 2-3 brand tapi yang menarik minat tetap si merah Vantage. Harga takde offer RM89 sama macam kat kat Coco Valley Cenang yang offer tu. So terus sambar yang tu, sizenya 32cm. Lepas tu berkenan pulak kat set sudu garfu siap dengan stand skali, harga RM39.90. Set pisau sekali tempat letak tu banyak pilihan tapi takde yang berkenan, so tak beli. 

Orang dah lama guna, aku baru nak beli. Ada ku kesah? Yang penting senang hari-hari nak makan panggang.

Masa beli tak perasan, kat HIG Kompleks baru perasan iklannya.  New look pemanggang ni ada ukir nama Vantage kat handle tu. Again, ada ku kesah? Haha.

Lepas balik rumah, si merah sedia beraksi :-)

Ikan susu selaku perasmi :-) Sedap ikan ni, cicah ngan air asam or sambal kicap.

Lepas balik tengok kat Lazada masih mahal rupanya pemanggang Vantage. So memang berbaloi beli, selang sehari mesti guna okay.

Set sudu garfu kecik & besar 24pcs + stand tu. Simple je.

Tengok-tengok pulak teko tapi kebanyakannya jenis muncung panjang tu aku tak minat. Leceh nak cuci or bersihkan. Corelle memang tak jual teko ye, baru tau. My hubby kata kat India pun macam tu. Set cawan or mug ada, tapi without teko. Alaaa ingatkan nak cari set putih untuk samakan dengan set pinggan mangkuk Corelle yang ada kat rumah tu. Tapi dah takde, carik la brand apa-apa pun. Tapi yang ada muncung pendek cuma brand Chinbull, made in China. Beli je la 1 set, harganya pun tak sampai RM50 untuk 14pcs set. Harapnya bertahan lama la jangka hayatnya kelak. Selain tu, ada la beli a few pcs senduk melamine. Kiranya tak banyak mana lah shopping, sederhana saja.

Suka muncung pendek macam tu, senang bak cuci :-)

Asalnya ingat nak pegi Wira Gaya ngan Idaman Suri tapi last minute tak jadi. HIG saja pun dah cukup lah, kang banyak sangat swipe banyak pulak nak kena bayar bila dah balik nanti. Haha, of cos. Alhamdulilah mampu control diri daripada belanja berlebihan, terima kasih anak-anak. Ye la ada anak-anak ni kita pun jadi limit kan masa nak shopping.kikiki. Oleh kerana dah dekat pukul 1 dan masing-masing dah lapar, kitorang pun carik tenpat makan. Sebelum tu cari tempat untuk bayar saman parking dulu tapi tutup rehat lunch. So kitorang makan dulu, then datang balik bayar saman lepastu baru balik ke hotel semula. Bayar cepat, within 10 days rasanya akan dapat less. Kena bayar RM10 je instead of RM30, oklah tu jimat RM20 okay. 

Tempat makan yang di plan khusus kat area Kuah tu memang takde, so kitorang just pusing-pusing je carik mana yang berkenan. Lastly pilih 1 kedai tepi jalan ni, ada signboard 'ikan bawal goreng panas'. Macam best je, so terus decide nak lunch situ. Kedai ni dalam area Pandak Mayah juga. Gambar kedai dan juga masa makan takde cos dah lapaq terus bismillah dan makan. Harga boleh tahan murah, 1 set RM10 skali ngan air. Ikan bawal goreng panas + nasi + ulam + kuah kari + air. Ikan bawal pilihan sama ada nak goreng atau masak kari. Air pulak pilihan teh o ais atau sirap ais. Simple je tapi sedap, alhamdulillah kenyang. Siap makan dan bayar saman, terus balik hotel untuk berehat. 

Petangnya keluar ambik angin kat Pantai Cenang, jalan kaki je dari hotel. Thats why i likeee location hotel kitorang duduk tu. Mula nak keluar tu hujan gerimis la pulak. So masuk dalam The Zon ngan Coco Valley dulu. Beli cadbury bar yang kecik untuk abang ngan Ritter Sport mini. Datang Langkawi ni memang 'jajan' coklat je la kitorang makan. Lepas dah tak hujan barulah kitorang jalan ke pantai. Ramai jugak pelancong bersantai-santai kat sana or just datang untuk bergambar.  

Semata nak amik gambar kat sini. Tapi kan pokok tu lindung tulisan okay. Nak kena tebang @ trim dah tu :-)

Abang dengan ABC nya :-)

Wefie satu kali.

Senja nan merah :-p

Sebelah malam kitorang dinner kat Artisan Pizza pulak. Suka ngan piza kat kedai ni since last time datang Langkawi. Actually skang ni dah makin banyak kedai piza kat area Cenang ni tapi tetap setia dengan Artisan. Kitorang order set piza + spageti bolognese + mash potatoes + soup + ice cream + soft drinks harga tak lebih RM50. Yang penting semua sedap dan banyak cheese, spageti bolognese tu pulak tak kedekut kuah. Banyak kuahnya, terasa daging kisarnya pun banyak. Soup ngan mash potatoes pun sesedap rasa dan tak semasin macam kat kedai lain yang biasa makan. Kitiorang datang ke Artisan ni naik kereta sebab walaupun kat area Cenang tapi agak jauh dari hotel, dalam 1.1km. Lepas siap makan, parking kereta kat luar The Zon pastu nak balik hotel. Tapi Abang Irsyad ajak masuk McD, nak makan sundae pulak padahal sebelum tu dah makan aiskrim kat Artisan Piza. Layankan je, lepastu baru balik hotel dan rehat. Pasal parking, Landcons memang takde provide tempat parking pun. Free parking je sepanjang jalan utama Cenang tu atau boleh parking kat luar bangunan McD, The Zone, Coco Valley dan Underwater World tu. Takde masalah pun pasal parking, especially bila malam kat situ dah clear. Ok, settle itinerary hari ketiga di Langkawi. 

See, spageti bolognese tu banyak kuahnya. Adik nampak boolat. Dapat makan mash potatoes terkelip-kelip mata dia, sedappp.haha.

Sedapp.

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit