Thursday 8 December 2016

Cuti2 Malaysia - Pulau Langkawi (Part 1)

Kali pertama aku dengan hubby ke Pulau Lagenda @ Pulau Langkawi ni dah lebih 6 tahun lepas dah, April 2010. Masa tu Kakak pun masih baby, baru umur 6 bulan. Kali ni repeat Langkawi Kakak dah 7 tahun, bawak pulak Adik yang baru umur 7 bulan. Dulu datang bertiga, kali ni datang berlima. Plus anak lagi 2 orang boboy. Trip kali ni juga merupakan kali pertama Adik naik flight. Route dan airline yang sama macam Kakak, Ibu & Ayah dulu. Naik Fireflyz dari Subang ke Langkawi. Untunglah nak, umur belum setahun dah naik flight. Ibu Ayah umur 30 tahun masa 2010 tu la first time naik flight. Dulu kitorang kecik mana ada penerbangan tambang murah lagi, lagipun keluarga pun tak mampu. Apapun syukur alhamdulillah atas nikmat dan segala rezeki yang Allah beri selama ni. 

Sebenarnya sebelum ni tak pernah terfikir nak repeat cuti ke Langkawi dalam tahun ni. Ingatkan biarlah masa anak dah besar, tak baby lagi baru pegi so that boleh buat aktiviti island hopping. Last time pegi ada baby, kali ni pun ada baby juga.hihi. Takpela, thats mean nanti akan repeat Langkawi lagi. Maybe lambat sket la, boleh Ibu Ayah honeymoon je kot bila korang dah besar & dah masuk asrama ke apa.haha. Jauh benor pikir. 

Alkisahnya nampak iklan Fireflyz tambang murah ke Langkawi kat facebook sekitar bulan Ogos hari tu. Bila bukak website dan survey date awal cuti sekolah hujung tahun, boleh tahan harganya. Tu yang terus datang idea, why not repeat Langkawi tahun ni. Memandangkan tahun 2016 memang belum pegi holiday ke mana-mana, so kira okla tu. Terus screenshot harga tiket untuk 5 orang pastu whatsapp kat hubby ajak ke Langkawi, aku belanja. Alhamdulillah tahun ni pun online biz aku agak memberangsangkan, why not belanja satu family pergi holiday. Baby pun dah 7 bulan November ni, kesian tak bawak naik flight lagi. Kakak dulu 6 bulan, Abang pulak 4 bulan dah naik flight. Hahaha motip sangat kan. 

1st timer :-p

Ok, harga untuk 5 orang (4 + 1 infant) nett RM648.56 all in. Kira ok la tu, nak murah lagi macam sukar nak dapat dah. Tengok Airasia pun lebih dari tu. Plus kena naik kat KLIA2, aduss tak rajin la pulak. Naik Fireflyz naik kat Subang, rileks sket dan tak besar tempathya. Takdelah jauh nak menapak macam kat KLIA2 macam masa pegi Perth tahun 2014 dulu. Aku tak add on seat selection pun beli tiket ni. Pastu harga pun dah masuk refreshment dan juga baggage allowance 15kg setiap orang. So total 60kg woooo. Apa nak angkut banyak-banyak tu dan siapa pulak nak angkut.  Paling kuat pun guna dalam 40kg je kot. So terus beli tiket awal 3 bulan lebih awal sebelum date nak fly, Ogos hari tu la.


Day 1 - 27 November 2016, Ahad.

Hari nak fly, kitorang bertolak dari rumah kat Pasir Gudang ke Subang dalam pukul 7 pagi. Kiranya 2 dalam 1, cuti ke Langkawi dan balik kampung pulak lepas tu. Plan nak tinggal kereta kat rumah kawan my hubby kat Sunway yang lebih kurang 15 minutes drive dari Subang Airport. Kira ok la tu kan, dekat jugak. Kalau nak parking dan tinggal kereta kat airport memang tak sesuai sebab sampai 4 malam tu, mahal kot parking. Ok, save bab kos parking.

Dalam pukul 11 kitorang dah sampai area Selangor, so decide nak lunch dulu. Singgah makan kat Bangi, kedai tu kat deret kedai opposite Kompleks PKNS Bangi, namanya Limau Purut. Serve macam-macam lauk termasuk patin tempoyak, so memang amik lauk tu la. Favourite aku ngan hubby tu. Yang bestnya sambal dia pun ada beberapa jenis. Aku amik ikan bilis+cili padi tumbuk dan juga sambal kedondong. Jadinya sambal belacan yang biasa tu dah tak pandang dah.haha. Lupa diri kejap. Siap suap Idlan makan sekali kat situ, jam pun tak tengok. Tup-tup dah pukul 12.15. Mulalah cuak takut lambat sampai airport. Apadaa.

Dari kedai makan kat Bangi nak sampai ke Sunway tu makan masa 40minit+ jugak. Adoii mak dah cuak takut jem ke apa walaupun hari Ahad. Sebelum tu tak pikir pulak kan. Sampai rumah kawan hubby tu ngam-ngam pukul 1, terus kawan tu ikut naik kereta kitorang ke airport. Nanti dia tolong drive balik dan tinggal kereta tu kat rumah dia untuk 5 hari. Lagi sejam nak fly, kitorang baru gerak dari Sunway. Anak-anak happy je especially Kakak, ibu pulak takde mood nak layan dia bercakap sebab risau kesuntukan masa.haha. Rasanya ni la 1st time nak fly tapi lambat sampai airport, biasanya kitorang suka sampai awal dan tak nak rushing. Biasa makan pun kat airport je, takdela nak menyinggah tempat makan lain pun.

Syukur alhamdulillah, lebih kurang pukul 1.25 petang kitorang pun sampai airport dan terus check in baggage semua. Agak ngam-ngam jugakla kan, nasib baik domestic flight je. Paling lambat setengah jam sebelum masih boleh hantar baggage. Kalau international memang dah tak sempat dan tobat tak nak lengah-lengah masa. Especially bila ada anak kecik, kot la ada yang nak terberak ke apa.haha. Mujur takde kejadian tak diingini. Lepas check in terus masuk ke bahagian departure. Masuk toilet jap tukarkan diaper anak 2 orang apa semua, pastu terus boleh masuk kapal. Since aku tak add on pun seat selection, sebelum nak naik tu staff Fireflyz panggil kitorang untuk pilih seat mana. Dapat seat 16-17, agak belakang. Ok je mana-mana as long as dapat duduk sekali. In fact sebelum ni kalau naik AirAsia je mesti add on seat selection, takut tak dapat duduk sekali kononnya. Start this time rasa tak payah la beli, save kat situ. Takkan diorang nak bagi budak 2 tahun macam Irsyad duduk tak sama ngan ibunya, korang mampu nak layan kalau dia meragam? Haha memang tak la, so lepas ni tak payah la add on seat selection. 

Kecik je kapal terbang Fireflyz ke Langkawi ni, sama macam yang dulu naik jugak. Kalau AA ke KK tahun lepas 6 seats per row. Yang ni 4 seats per row, mula-mula ingatkan nak duduk Ibu+Adik ngan Kakak. Pastu sebelah sana Ayah ngan Abang. Boleh ayah tengokkan Abang, pakaikan seat belt semua. Tapi abangnya tak nak pulak, nak dengan ibu jugak. So kena la aku jaga 1 infant + 1 child ni. Sebelum ni Abang naik flight ke 2x masih under 2y, so pangku Ibu lagi. Kali ni dah 2y9m, so dah ada seat sendiri okay. Mula- mula nak take off tu punyalah Abang Irsyad menangis, sebab tak suka pakai seat belt. Aiyooo. Pastu aku pun bukak seat belt dia, Irsyad pun cuba pakai sendiri. Lepas tu dah tak nangis dah. Rupa-rupanya bukanlah tak nak pakai seat belt sangat isunya, tapi dia nak pakai sendiri. Nak buckle in sendiri, dia happy bila boleh buat sendiri. Sabo je la, maklum saja anak sorang ni late talker.  Dah nak masuk 3 tahun tapi belum pandai bercakap, so memang selalu jugak kita tak faham apa kehendak dia. Hari-hari Ibu doa semoga anak Ibu yang bijak ni akan pandai bercakap ye Abang. In Shaa Allah semoga dipermudahkan. Tapi walaupun belum pandai bercakap lagi, Irsyad minat sangat dengan buku dan tulisan sekarang ni. ABC pun dah kenal semua huruf dan boleh sebut kecuali 3 huruf - V dia sebut Ze', Y sebut 'wa' dan W dia belum boleh lagi. Yang lain semua ok dah.hihi.

Dalam flight Fireflyz as usual dapat simple refreshment. Pilihan air soya atau orange juice dan makanan ringan pilihan sama ada peanut atau kek. Okla, bagi budak-budak happy ada refreshment. Naik flight dari Subang pukul 2, sampai Langkawi pukul 3 as per scheduled. Cuaca pun baik kat Langkawi, cerah je. Turun kapal takde pulak buggy Adik. Diorang suruh collect kat tempat baggage claim pulak. Masa naik diorang bagi pulak bawak sampai nak naik kapal. Alahai, kalau tau aku wrap dak tecit ni siap-siap. Nasib baik la airport kecik je, tak jauh nak berjalan dengan dukung baby. 

Abang duduk elok-elok je bila dah dapat peanuts :-)

Kat tempat baggage claim kejap je dapat bag dan buggy Adik. Terus ke kaunter teksi sebab plan 1st day ni nak rehat kat hotel je. So esoknya baru start sewa kereta. Seperti yang dah diketahui dari blog lain, teksi kat Langkawi ni teksi bermeter. So tambang dari airport ke area Pantai Cenang adalah fixed, RM20. Menurut pakcik driver taxi yang made in Langkawi tu, cuaca kat Langkawi sekarang tengah panas. Hujan jarang-jarang turun berbanding kat Semenanjung hujung tahun macam ni dah mula hujan walaupun takde lah sampai hujan setiap hari. Kat Johor or lebih tepat lagi Pasir Gudang setakat end November hari tu hampir setiap hari hujan tapi takdela lama atau berterusan. Bila pakcik tu kata Langkawi tak hujan sangat, so ok sesuai sangatlah untuk pelancong nak beraktiviti.

Kakak 2nd time in Langkawi, Adik 1st time la kan.

Dalam teksi, ramah je pakcik tu cerita pasal kawasan sekitar yang kitorang lalu. Hotel Helang yang sebelah airport tu dah tutup sejak sebulan lepas. Pastu helicopter rides otw nak ke Cenang tu, sekali naik 5minit RM500 katanya, waaaa. Jalan kat Cenang pun makin sesak berbanding 6 tahun lepas. Banyak sangat nak bina hotel baru especially yang side pantai la. Bila driving sepanjang jalan tu dah tak nampak pantai dah, semua bangunan or yang still under construction. Dulu masa zaman Tun M katanya memang dia tak bagi bina hotel side ngadap pantai, zaman sekarang tak kira dah. Asal ada tanah je nak bina hotel. Huuu sedih. Bak kata my hubby, Cenang dah rupa macam Mumbai dah, padat. Aiyoyo. Dalam pukul 3.30 macam tu kitorang pun sampai kat hotel dan terus check in. Penat okay, pukul 7 pagi dah gerak dari Johor.

Hotel yang aku ngan hubby sepakat nak duduk ni terletak kat 'heart of Cenang'. Dulu masa bercuti kat Langkawi tahun 2010 memang terkeluar dialog 'lain kali kita duduk hotel area Cenang la,happening'. So kali ni, kita realisasikan idea tu. Masa tu amik pakej Fireflyz flight+hotel. Hotel dalam pakej tu Langkasuka Beach Resort yang memang mengadap pantai dan ada private beach sendiri. Tapi time nak datang Langkawi tu diorang close pulak untuk renovation ke apa, digantikan dengan Hotel Helang yang next to airport je. So rasa tak best sangat takde view pantai dan takde attraction lain, cuma hotel bagi bilik besar 2 double beds (walaupun 1 queen pun dah cukup) dan variety untuk breakfast banyak dan sedap pulak tu. 

Ok back to cerita pasal hotel yang kitorang pilih kali ni, pun takde view pantai dan laut tapi kat area Cenang. Ini kitorang pilih setelah mempertimbangkan harga dengan apa yang di offer oleh pihak hotel. Landcons Hotel & Resort ni terletak opposite to building McDonalds, The Zone, Coco Valley dan juga Underwater World. 4 kedai ni dalam deret building yang sama je pun. Landconds pulak dalam building yang opposite, kena melintas jalan je la. Kalau nak ke Pantai Cenang, melintas jalan dari hotel pastu ikut laluan tepi Underwater World tu. Kenapa tak pilih hotel atau chalet yang side Pantai Cenang ? Sebabnya nak yang ada swimming pool dan mini waterpark (2 slides je pun) untuk Kakak dan Abang tapi nak harga murah.hehe. So ambik la Landcons ni. Lagipun percutian kali ni memang takde nak banyak berjalan sangat, bagi peluang kakak yang suka mandi dan santai-santai je kat hotel.

Luas. Dak tecit angat tengah tido :-) Cadar katil sebelah pun dah serabai dah.

Sesuai dengan namanya, ada pilihan sama ada nak bilik hotel kat dalam building yang sama dengan duty free shop tu atau nak pilih bilik resort. Kitorang pilih resort sebab size bilik yang luas, 40m persegi okay. Pastu dia cuma building yang setingkat, so senang bagi kitorang nak bagi anak-anak mandi pool tak payah nak turun naik lift. Jumlah bilik resort ada 32, kitorang dapat bilik no 20. 

Bilik no 20.

 Pondok tempat rehat depan bilik je.

Review pasal Landcons ni, bagi aku semuanya ok dan value for money. Tips bila nak pilih hotel kat booking.com tu sila baca review yang positif saja dan bersangka baik juga.hihi. Kalau baca yang negatif, agaknya memang tak pilih la hotel ni. So far cuti mana-mana pun tak pernah lagi ada masalah ekon tak sejuk la, water heater tak panas la dsb. Pool tu pun yang diorang review kata tak bersih, masa kitorang datang tu bersih je. Setiap pagi ada staff yang akan bersihkan dua-dua pool budak dan dewasa. Housekeeping diorang tak buat daily untuk setiap bilik tapi ada letak notis kena request kalau nak bilik kita dibersihkan. So takde masalah pun, just request dan diorang akan bersihkan dan nak tukar cadar ke tak pun just bagitau. So rasanya okla harga RM150/nite, total RM600 untuk 4 malam. Bilik besar, ada pulak pool dan lokasi pun terbaik. Semua tempat hotspot kat Cenang ni within walking distance je. Water dispenser (panas, cool & room) pun ada, iron pun ada kalau nak menggosok. Tapi aku takdela pulak menggosok baju tudung bagai. Semua bawak yang ironless je, tudung AJ memang tak bawak :-p

Kenapa tak bawak saya mandi pool ni? 

Pool untuk orang dewasa. Snap dari luar bilik kitorang je photo ni.

Mandi Kak, jangan tak mandi :-p

Lepas check in, rehat sekejap dan solat jamak kat bilik. Pukul 5 Kakak request nak mandi pool. Layankan je la, lagipun beberapa langkah je dari bilik. Sapa yang dapat bilik no 1-3 lagilah dekat, bukak pintu terus boleh terjun pool.haha melampau. Lepas siap mandi pool, masuk bilik mandi bersih dan solat jamak Maghrib dan Isyak pulak. Lepastu kitorang jalan-jalan sekitar kawasan berdekatan. Since Cenang Mall pun cuma 400 meter je, kitorang jalan kaki ke sana. Building nya sama side dengan hotel kitorang, means tak payah melintas jalan. Dinner makan KFC je kat dalam mall tu. Baby Idlan elok je tido dalam wrap. Memang aku prefer nak wrap je dak tecit ni lagi senang dia tido, lagipun kalau guna buggy tak berapa sesuai nak tolak. Jalan tak berapa nak cantik dengan ada construction lagi kan. Cenang Mall tu comel je, kitorang pun tak tengok kedai-kedai dalam tu. Lepas makan terus melintas ke other side, cuci mata tengok kedai-kedai. Pastu singgah masuk ke Coco Valley survey apa yang menarik. Nampak Kinder Bueno terus beli sebab Kakak suka, Ibu pun suka.hihi. Sempat jugak grab Hanuta Mini sebungkus. Tapi tak sempat nak tengok yang lain, diorang sibuk nak tutup kedai. So terus bayar dan keluar. Pukul 9 dah tutup okay Coco Valley ni. Adehhh time ramai pelancong ni extend la sampai pukul 10 ke apa kan :-p 

1st nite in Cenang :-)

Jalan-jalan cuci mata. Dalam Coco Valley takde pun amik gambar.

Memandangkan Coco Valley pun dah tutup, kitorang pun terus balik bilik untuk berehat dan tido. Sambil tu tunggu jugak 'mamat kereta sewa' yang katanya nak hantar kereta malam tu. Tapi last minute kata nak hantar esok pagi pulak. Asalnya memang nak start sewa pagi hari kedua pun, diorang yang nak hantar malam katanya takut pagi Isnin busy. Rupanya malam pun diorang busy.haha. Layan. Next day nak ke Langkawi Oriental Village @ Sky Cab. 

No comments:

Post a Comment