Upah Mengecat Rumah, Membuat Gate dan Memasang Autogate di Pasir Gudang
Hahaaa tajuk entry macamlah aku yang amik upah mengecat, buat pagar & pasang autogate tu kan. Saje je, kot ada sesiapa tengah search pasal tiga perkara ni kat google, Inshaa Allah akan berjumpa dengan entry ni dan harap dapat membantu la ye ;-) Rumah aku ni kat Pasir Gudang tapi mengupah orang dari Johor Jaya (autogate), Kempas (gate) dan paling jauh Pontian (cat). Takpela walaupun jauh, masih dalam kawasan yang diorang amik tempahan pun.
Sebelum decide untuk pilih or upah siapa, as usual kena tetapkan budget dulu. Pastu survey la 2-3 tempat mana yang boleh bagi the best price. Finally, me and hubby decide untuk upah orang yang sama buat pagar dan pasang autogate untuk rumah kawan my hubby. Memandangkan kawan tu buat ok dan takde masalah, so kitorang follow je la.
tengahari buta ibu suh posing depan pagar baru 😁 ok ni final output selepas cat dan ganti gate + autogate. lagi cun kalau lantai tu tiles kan.hihi. next budget plis.
Pagar @ gate tu kitorang buat dengan En. Enal (Zainal kot nama betul dia) dari Kempas. Dia quote harga untuk gate ikut design dan material yang macam aku nak RM3100 termasuk untuk yang kat tembok kiri kanan. Lepas aku nego, dapatlah kurang RM3000. Ok senang nak nego dengan dia ni, so aku terus confirm nak. Masa ukur gate tu En. Enal tu turunlah Pasir Gudang, next step kitorang berurusan thru whatsapp je senang. Details pagar pun aku lukis kat kertas, snap gambar dan send thru whatsapp je. Bila dah confirm dan transfer half of payment kat dia, En. Enal ngan team dia pun mulakan kerja2 membuat pagar. Janji 2-3minggu siap, so kita tunggu saja la kan.
Lepas confirm gate, deal dengan orang untuk pasang autogate plak. Namanya Mr. Lau dari Johor Jaya. Bila gate dah start buat, Mr. Lau terus datang buat wiring dulu. Autogate ni my hubby nak buat yang jenis tanam punya, taknak yang jenis arm. Katanya kawan-kawan yang pasang jenis arm banyak problem diorang punya autogate tu. Ok, aku follow je tak kisah pun. Benda-benda yang teknikal (la sangat) ni biar hubby yang decide. Ooo ya pasal harga pasang autogate ni jumlahnya RM1800 termasuk wiring, kira harga all in la tu. Amik masa half day jugak nak siapkan wiring tu. Aku bayar RM500 dulu kat Mr. Lau, balance nanti masa complete pasang autogate tu la. Mr. Lau siap pesan - siap pasang itu gate, u kasi call sama saya ya. Yela, of cos la i call u, takkan nak panggil orang lain pulak.hehe.
Siap wiring autogate, agak comot gak dinding rumah ngan lantai depan rumah tu. Habuk weii drill sana sini, so lantai aku just sapu dulu tak cuci pun sebab nak upah orang cat pulak, kang berkecah lagi kat depan tu. Actually dinding rumah kitorang pun memang dah comot, sejak beli rumah dan pindah masuk tak pernah lagi bercat. Bila bulan lepas (or bulan2 lepas lagi.haha) aku propose kat hubby kata nak cat rumah, dia pun approve. Yeayyy excited sangat, tengkiu b.
Katanya sorang member my hubby (member lain pulak) upah orang cat rumah kat Nusa Damai, cat luar rumah saja RM2000 untuk rumah jenis semi D. Size rumah tak pasti pulak tapi lebih kurang 18x50 kot, 2 tingkat. Rumah kitorang pulak rumah teres setingkat end lot size 22x65. So aku budget bleh dapat harga kurang sket kot dari tu tapi bila my hubby mintak contact no kat member tu, dia dah tak simpan pulak. Alaaa baru nak excited.haha. So bermulalah episod mencari orang untuk cat rumah, hubby kata budget RM2000 jugak, so oklah semangat nak carik. Kalau dia kata RM1500 susah jugak tu. Nak cat sendiri memang tak mampu la. Dulu cat dapur yang 2 kangkang kera (sekangkang kera macam kecik sangat plak) tu pun makan masa halfday.huhu. Tak susah pun nak carik, google2 jumpalah blog En. Shafiee ni pastu aku terus call.
En. Shafiee ni dari Pontian, tapi bila aku mention taman apa kat Pasir Gudang ni dia tau je. Katanya ada buat kerja2 sampai Tg. Langsat, so okla kira masih dalam kawasan liputan.kihkih. Masa aku call tu aku kat UTM, dia cakap nak datang tengok rumah hari tu untuk quote harga tapi nampak gayanya tak sempat sebab aku balik lewat, so esok harinya which is hari Ahad baru dia datang. Lepas tengok rumah dan area yang nak di cat, dia pun kira-kira harga dan quote dalam RM2070 macam tu. Harga dah termasuk upah mengecat dan harga cat sekali. Nego dapatlah RM2000 ngam-ngam seperti budget my hubby. Mula-mula En. Shafiee suggest beli cat sendiri tapi memandangkan hubby pun takde, tak kuasalah aku nak pergi kedai cat sendiri dengan anak-anak. So bila dah dapat harga tu aku terus confirm on the spot, malas nak carik yang lain. Tak tahulah mahal atau ok. Kalau carik lain pun maybe boleh dapat kurang beberapa ratus kot. Tapi memandangkan aku dah tak sabar dan malas pikir, amik saja lah yang ni :-p
En. Shafiee ngan member dia confirm nak datang mengecat next Sabtu 02.05.15. Sebelum tu dia ada tinggalkan katalog Nippon Paint untuk aku pilih kaler. Untuk cat luar pilih jenis Nippon Weatherbond untuk tahan lama, so harga pun lebih mahal berbanding cat untuk dalam rumah. Cat kaler putih, cat kapur plak akan disapu dekat part yang terlebih comot. Kitanya layer dulu la sebelum cat kaler yang diingini untuk bagi hasil yang cantik dan tak berbelang or comot. Ok baiklah, pandai-pandailah korang buat kerja nanti kan. Amik masa 2-3 hari jugak untuk aku decide which kaler code yang nak dipilih. Memang aku nak kaler grey 2 tone, light dan dark sket tapi bila tengok katalog tu jadi rambang mata. Banyak plak kaler kelabu sampaikan aku pun jadi kelabu mata :-p
Masuk hari ke 3, aku pun confirm kaler kat En. Shafiee kod mana nak dan transfer part payment. Yang light aku amik kaler Graycloth, yang dark plak amik kaler Minerale. Actually agak ragu-ragu jugak nak amik yang Minerale tu sebab macam gelap sangat plak kat katalog. Sekali tu bila actual takdelah dark mana, yang Graycloth tu plak betul-betul light and soft grey. Ok next time dah bleh pilih kaler dengan lebih confident - actual kaler adalah darker than yang kita tengok kat katalog ye. Cehh next time bila plak tu ye, ok maybe next 5years kot. Atau maybe untuk cat bilik-bilik plak, semua pun dah comot tu.
Seperti yang dijanjikan hari Sabtu tu orang-orang En. Shafiee pun datang nak mengecat. Target asalnya nak buat dalam 2 hari tapi menjelang petang, diorang kata nak siapkan hari tu jugak sebab tinggal sikit je. Dalam pukul 8malam+ siaplah semua diorang mengecat, tapi aku tak dapat nak bagi komen lagi coz masa tu dah gelap so tak nampak hasil keseluruhan. Part tepi dan belakang rumah ok, sebab dah siap sebelum pukul 6 lagi. Esok siangnya barulah aku tengok semua skali dan aku tengok ada few parts yang kena touch up. Ok, fahamlah kalau dah buat keje waktu malam tu dengan lampu yang tak berapa nak jelas sepenuhnya memang tak sempurna sangat hasilnya.
Lepas buat checking hasil mengecat, aku pun terus whatsapp En. Shafiee bagitau nak kena touch up part depan rumah dan porch kereta tu. Dia pun setuju nak datang tapi tak dapat datang hari tu tapi next Sabtu plak, oklah. Memandangkan cat pun ada banyak lebih, so dia tanya sama ada aku nak cat belah dalam rumah especially ruang tamu. Tak fikir lama, aku pun terus setuju memandangkan ruang tamu tu pun dah comot dan masih dengan cat yang asal. Snap gambar ruang yang nak di cat pastu whatsapp lagi, En. Shafiee pun quote berapa nak kena bayar untuk kerja tambahan tu. Takkanlah dia nak bagi free plak, memang tak dapatlah la kan.
Settle kerja mengecat part 1 (bakal bersambung part 2 untuk kerja touch up part depan rumah dan ruang tamu), hari Khamis 07.05.15 tu En. Enal ngan team dia plak datang pasang gate. Proses pasang gate makan masa lebih 2jam jugak. Puas hati dengan hasil kerja dia, seperti yang aku inginkan dan dalam tempoh masa yang dijanjikan. Esoknya Mr. Lau pulak datang pasang autogate. Cuma part penyelak tu patutnya kalau nak pasang autogate tak payah letak tapi En. Enal buat, Mr. Lau plak terpaksa buang. So aku whatsapp En. Enal dan dia kata akan datang untuk touch up dengan cat kat part yang berbekas tu.
pintu kecik kat pagar, so kalau setakat orang nak keluar masuk ikut sini je. kalau nak keluarkan kereta baru bukak pagar full.
Next Sabtu 09.05.15 tu bersambung aktiviti mengecat part 2. Kerja mengecat ruang tamu saja pun makan masa lebih 5jam jugak on that day. Tapi hasilnya memuaskan hati, mula-mula risau takut lantai laminate ku itu comot tapi diorang pun tahu la kan. Mengecat belah dalam rumah ni kalau ada menitik sket kat lantai, diorang akan lap dengan kain basah on the spot. Alhamdulillah selepas beberapa minggu aktiviti 'make up' rumah pun siap. Semua ni buat semasa my hubby out station kerja kat India selama 2 bulan. So nanti dia balik rumah dah berwajah baru la. 😀
sebelum dan selepas. dulu sebelum pindah masuk tak fikir apa nak buat in future, tu yang tak kemas wiring macamtu. ok redha je, at least lepas cat nampak better.
Contact no :
Gate - En. Enal - 0177500396
Autogate - Mr. Lau - 0197632793
Cat - En. Shafiee - 0127318657
Asslm..cantik gate..bole bg no org yg psg gate n auto gate..tq..
ReplyDeleteLike your post , especially cost cat rumah :)
ReplyDeleteSori xperasan ada org komen.tq2. Lee cooper, contact no ada kat entry tu :-)
ReplyDeletevery good jual karpet lantai minimalis, karpet masjid, karpet meteran, dll
ReplyDeleteAssalamualaikum..Hye sue..Apa khbr ..
ReplyDelete.layan2 internet terbaca blog u secara x sengaja tadi.TQ sbb bagi kepercayaan kepada kami..
Semoga allah permudahkan kehidupan seharian awk sekeluarga..
Assalamualaikum..Hye sue..Apa khbr ..
ReplyDelete.layan2 internet terbaca blog u secara x sengaja tadi.TQ sbb bagi kepercayaan kepada kami..
Semoga allah permudahkan kehidupan seharian awk sekeluarga..
Wslm en shafie. Sama2. Inshaa Allah kot ada org lain nak cat rumah jugak bleh contact en nnt 😀
DeleteSaya seorang mengecat rumah.saya pengalaman lebih kurang 3tahun lebih.saya mahir dalam bidang mengecat.tumpang promote ye boss...my number 01137120362..Arael selangor and kl sahaja.untuk perhimatan mengecat rumah
ReplyDeleteSaya seorang mengecat rumah.saya pengalaman lebih kurang 3tahun lebih.saya mahir dalam bidang mengecat.tumpang promote ye boss...my number 01137120362..Arael selangor and kl sahaja.untuk perhimatan mengecat rumah
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam kami menawarkan perkhidmatan ubah rumah office dan sebagainya harga boleh bincang jika ada sesiapa yg berminat call@whatsap 0172461595 izwantq
ReplyDeleteSalam kami menawarkan perkhidmatan ubah rumah office dan sebagainya harga boleh bincang jika ada sesiapa yg berminat call@whatsap 0172461595 izwantq
ReplyDeleteingin membuat pendawaian elektrik rumah? membaiki kerosaka elektrik? pasang kipas, lampu? hubungi segera 01116637226 (kns energy ent)
ReplyDeleteAssalam.. Blackpearl Construction.. kami menyediakan perkhidmatan renovate rumah grill pagar wiring.. harga berpatutan dan berkualiti.. in shaa Allah on time.. base di meru klang.. kwsan kl dan selangor.. blh hubngi sy whatsapp or call hafiz - 01152882023
ReplyDeletePasang tiles dll 0176620117
ReplyDeleteArae KL dan SELANGOR sahaja