Terjebak dengan Tupperware
Sape tak kenal dengan jenama Tupperware kan, sejak dari aku kecik lagi memang dah famous jenama ni. Sampaikan semua bekas plastik pun kita panggil tupperware, dari dulu sampai sekarang la kan. Masa zaman kecik-kecik glamour sungguh party tupperware di kalangan mak-mak, makcik-makcik dan jiran tetangga. Tapi masa tu of cos la kita budak-budak ni tak ambik pot sangat, cuma suka kalau makcik buat party tupperware tu nanti ada makan-makan. So join mak pergi party tu tapi lebih kepada nak makan & main ngan sepupu dan sedara-mara la.hihi.
Sejak dah lebih 7 tahun kahwin ni pun, aku sebenarnya tak pernah beli walau sebijik pun produk Tupperware. Kat rumah ni ada la 3pcs bekas masa tu my hubby dapat hamper raya tahun 2008. Dan 3pcs tu saja lah yang ada sampai sekarang. Opss actually tinggal 2 saja, lagi 1 tak tau ke mana. Yang 2 ni pun salah 1 daripadanya tutup dah hilang, aiyooo. Punyalah tak amik kisah pasal produk Tupperware ni kan. Tapi kedua-dua bekas yang ada tu aku guna kadang-kadang buat letak sayur or makanan lain.
End of 2014 my best friend whatsapp tanya sama ada aku dah jadi member Tupperware or blom, so aku jawablah belum. Then dia pun register kan aku for free under group dia. Aku pun tak faham apa-apa dan tak kisah pun, just agree je dan takde niat lagi nak membeli. Lepas register aku pun dapatlah ID dan kalau nak beli dari stokis dah boleh dapat diskaun 25% tapi as usual tak aktif pun benda tu.hihi. Dan sejak tu every month Tupperware akan pos katalog ke rumah. Bila sampai je katalog, aku cuma cuci mata then simpan dalam drawer. Sekali tengok memang cantik tapi agak pricey kan, tu yang takde niat nak membeli.
Sampailah bulan April lepas aku nak pergi jemputan kawin ex classmate masa kat SMS Selangor dulu. Selalunya boleh je 'salam kaut' @ bagi duit tapi since kawan ni lelaki dan hubby plak takde, so aku decide nak bagi hadiah je. Fikir punya fikir hadiah apa nak bagi, finally datanglah idea nak bagi hadiah Tupperware. Confirm akan bergunalah untuk letak makanan kat dalam rumah nanti. Memandangkan budget pun takde banyak mana (yang penting ikhlas kan.hihi) aku pun malaslah nak pergi ke stokis kat Taman Molek sana. So aku pun search kat instagram je pasal Tupperware ni. Lastly jumpalah ig sorang akak ni (or adik?ntah tak tanya plak umurnya) yang jual produk Tupperware, dia kerja kat Kempas dan rumah plak kat Bestari Perdana je. Oklah tu, dalam area Pasir Gudang je senang boleh kirim je kat Kak Nani ni.
So itulah permulaan aku terjebak dengan produk Tupperware. Asalnya nak beli set So Fresh yang tengah offer bulan April. Aku nak beli half set (3pcs) tapi dah tak available untuk half set plak kata akak tu. Haaa kenapa plak ni? Actually full set tu 6pcs tapi kalau ada orang nak share, boleh la 2 orang amik half set. Tapi memandangkan akak tu dah ada 4 orang nak beli half set, so aku takde geng la nak share. Melainkan kalau aku nak beli full set. Oooo begitu, baiklah saya faham. Then akak tu suggest beli One Touch canister yang tengah offer jugak bulan April, kapasiti 4.3liter. Agak besar dan boleh letak keropok. Normal price pun dah RM30+ untuk sebiji tapi untuk bulan tu RM35 dapat 2 bijik. Waaa oklah, aku pun agree saja. Macam mana nak wrap jadi hadiah pikir kemudian sebab takde kotak. 😁
One touch (ot) namanya, baru tau. Ok bagus kedap udara, sesuai letak keropok. Dak tecit as usual, kalau ada benda baru memang bz nak buat main. Botol air tu bukan brand Tupperware ye.hihi.
Selain ot, aku kirim jugak Frezermate Set yang tengah offer. Harga selepas tolak 25% diskaun cuma RM90 untuk member. Actually tak register as a member pun boleh dapat harga ni, sebab kita kirim kat orang yang dah memang member. Dia jual kat kita pun dengan harga ahli jugak. Cuma kita tak dapat kumpul point la. So far aku tak kisah pasal point, sebab just nak beli untuk kegunaan sendiri je. Biarlah Kak Nani tu yang dapat point and then dapat komisyen ke apa. Aku tak tau sangat pasal komisyen dan sistem Tupperware ni. Ok, cerita pasal Freezermate ni kawan aku jugak yang promote katanya bagus untuk simpan lauk kat freezer. Kalau kita simpan ayam, ikan, udang or apa-apa jenis lauk kat bekas biasa kan nanti dia beku betul fan kena rendam nak bagi ais tu tanggal kan. Kalau guna Freezermate ni plak cepat defrost dan boleh terus dimasak kalau kita dah cuci bersih-bersih sebelum masuk freezer. Plus, Freezermate ni jugak BPA-free dan kalau kita letak dalam freezer tu nampak lebih kemas.
Aku punya fridge half daripada size fridge kat atas ni pun takde kot, produk Tupperware pun takdelah banyak macam tu. Nama pun baru je nak mengumpul, so sikit-sikit lah kan lama-lama jadi bukit.haha. Selepas beli ngan Kak Nani, aku beli ngan orang lain plak thru ig. Alaa search aja #tupperwaremalaysia ke apa kat ig tu, banyak sangat orang post. Pilih je mana yang berkenan di hati pastu whatsapp, bayar dan tunggu je barang yang di pos sampai kat kita. Senang sangat nak shopping zaman sekarang ni kan, cuma diri sendirilah yang kena kawal nafsu nak membeli tu ye :-p
Mula-mula aku tak faham, macam mana orang yang menjual nak dapat untung kalau semua barang dia jual dengan harga ahli. Ada juga yang mark up sket dari harga ahli tapi takdelah banyak. Lepas aku dah terlanjur suka nak mengumpul dan mengguna produk Tupperware baru aku faham. Tapi kalau kumpul dan simpan dalam almari memang tak lah, aku beli sebab nak guna. Lagipun almari pun tak ada.uwaaa. (my hubby sila ambil perhatian.haha). Kebanyakan seller Tupperware kat ig, blog or apa saja medium yang diorang pilih ni akan grab mana-mana item yang offer or limited edition. Takpun yang ada offer price lepas buat belian sekian sekian amount, senang cerita purchase with purchase la kan. Item macam ni lah yang diorang dapat untung bila jual semula. Plus banyak juga item yang dijual kat stokis secara set, then diorang jual balik secara loose. Ini pun yang boleh buat untung.
Eh eh aku ni dah mula kaji-kaji, mungkinkah nak bisnes Tupperware juga? Just wait and see, hihi. Kena pertimbangkan untuk berurusan kat Pejabat Pos sebab barang agak berat, sesuai guna pos parcel yang biasa dan bukannya poslaju. Setakat 5 tahun ni aku bisnes jual baju dan barang baby semua guna poslaju dan pickup di rumah saja, so memang takde masalah nak mengakut barang ke apa. Just tunggu poslaju pickup kat depan pintu pagar rumah, cuma rate agak mahal.
Berbalik cerita pasal Tupperware tadi, bila aku dah suka maka mulalah nak buat koleksi contohnya nak Modular Mates untuk simpan bahan-bahan kering tapi yang limited edition punya. Aku minat yang kaler hijau kuning tu yang release untuk Krismas lepas tapi masa tu tak sibuk lagi nak membeli. Bila search kat ig ada je orang jual. Of cos la orang tu beli masa end of 2014 pastu simpan buat stock kat tangan kot ada orang yang carik macam aku ni kan. Dah terlepas tarikh kempen tapi masih boleh beli.yeayy. Kalau kat stokis memang tak dapatlah ye.
haaa yang ni la yang aku beli. aku request nak mix color. 5pcs rectangular in 3size. kat stokis jual 10pcs terus tapi akak ni pecah 2. kan best tu, beli mana yang kita nak guna saja.
yang ni plak oval. RM60 utk 4pcs. gambar screenshot je, ada nama ig seller tu ;-)
Setelah berjinak-jinak dengan Tupperware ni barulah aku tahu jenis dan kegunaan setiap produk tu. Kalau dulu yang one touch tu aku selalu jugak buat simpan sayur dan letak dalam fridge. Rupa-rupanya tak perlu pun letak sayur dalam bekas jenis tu untuk sayur kekal fresh. One touch tu kedap udara dan sesuai untuk keropok ke, susu ke, milo (skang guna vico) yang boleh mengeras kalau simpan dalam bekas tak kedap udara. Oooo i see, barulah ku tahu. Untuk simpan sayur, gunalah bekas square round or currently ada Snow Flakes square round set kaler purple & green untuk kempen May 2015. So hari Jumaat lepas aku pun jejaklah kaki ke stokis Tupperware kat Taman Molek for the first time untuk grab set ni. Sajalah nak aktifkan membership ku since first month tu asyik beli ngan orang kan. Sekali tu bila sampai kat stokis tu diorang tengah ada event la pulakkk. Bz yang sangat bz dan ramai orang. Begitu ramai peminat dan pengguna Tupperware rupa-rupanya. Kaunter yang bukak untuk pembelian pulak cuma 1 je sebab staff sibuk dengan event tu, ada game ngan auction apa ntah. Aku takdelah nak join sebab anak-anak tinggal dalam kereta ngan makcik diorang. Fuhhh, lama beratur nak beli barang coz 3 orang yang depan tu memborong sampai total purchase RM2-3k, bisnes la tu. Aiyaaaa sabar je la kan, at least sempat borak-borak ngan orang lain yang sama-sama queue 😀.
yang ni pun beli jugak. 1set 4pcs. bleh letak bekal kakak pergi skul, cukuplah 400ml ni sebab biasa bawak sket je pun. Bleh jugak buat letak biskut adik, bekal masa keluar jalan-jalan 😁
freezer comelku selepas ber'tupperware'
Haaa comel kan fridge bottle tu. nak tunggu keluar kaler lain plak untuk tambah koleksi. Tengok dulu-dulu pernah ada kaler purple dan kuning.waaa suke3.
Kalau ikutkan hati, banyak lagi yang dibeli tapi kena lah beli sikit-sikit kan dan ikut budget kan. Berminat dengan party set bulan ni bleh beli dengan harga RM65 (pwp) untuk pembelian lebih RM180. Tapi dah terlebih budget, so kena tu tunggu next next next kempen plak. Inshaa Allah kalau dah rezeki tak ke mana :-)
buat birthday anak best ni, tapi bukan tu yang utama aku nak. suke plate ngan cawan tu.
nice kan plates tu bila stack ngam2 je. cawan plak siap ada cover, yg tu rasanya mcm xguna plak.hehe.
Kalau sebelum ni aku rasa produk Tupperware ni mahal, sekarang pun masih rasa mahal.haha. Cuma bezanya dulu takde rasa nak membeli, sekarang dah suka membeli. Inshaa Allah barang-barangnya boleh pakai lama. So takdelah membazir pun membeli, orang kata alah beli memang memakai. Satu lagi aku baru tahu yang produk Tupperware ni ada lifetime warranty. Ada terbaca kat blog orang yang tukar penutup fridge bottle yang dah lusuh dengan yang baru for free, just perlu bawak penutup yang lama ke stokis. Kalau penutup hilang plak boleh beli penutup saja. Oklah tu nanti nak beli penutup one touch kaler kuningku yang dah hilang tu ;-)
Comments
Post a Comment