Friday 26 December 2014

Road Trip Jelajah Semenanjung Part 2

Day 1 - Melaka & Negeri Sembilan (14 Disember 2014)

Road trip kitorang bermula hari Ahad dari kampung kat Lubok Darat, Batu Pahat. Gerak dari kampung around 10 pagi dan sampai kat Klebang Coconut Shake tu 11.45 pagi. Sebelum tu kitorang ada menyinggah amik gambar kat tepi laut. Kedai ni bukak pukul 11pagi tapi masa kitorang sampai tu dah ramai gilaaa orang. Ingatkan kitorang sampai awal dan orang belum ramai, meleset sungguh sangkaanku :-p Baik yang nak beli bungkus or yang minum & makan kat kedai, both pun ramai. Yang nak bungkus tu siap beratur panjang lagi. Landmark nya, betul2 sebelah Caltex kat Jalan Klebang tu. Rasanya tak perlu bagi landmark pun xpe sebab dari jalan besar dah nampak orang berbaris panjang.

harga segelas RM2.20, ni yg special

dak tecit buat muka comel dengan harapan dapat minum coconut shake gak.haha.sori tak boleh sayang 😛

cuaca panas pekena coconut shake memang best tapi kakak tak habis pun segelas tu.apalaa.

Kakak Insyirah ngan Cik Ain

Kalau nak minum kat kedai, dont worry pasal parking sebab ada disediakan ruang yang luas untuk parking kat dalam. Tak payah parking kat tepi jalan, kang jenuh nak berjalan masuk dalam kawasan kedai especially kalau bawak baby macam kitorang ni :-p Selain daripada coconut shake, minuman & makanan lain pun ada contohnya nasi lemak, bihun goreng, kuih-muih dsb.

pintu gerbang ni tak nampak dari jalan besar, masuk ke dalam sket baru nampak. 

dari dalam kereta nampak panjang queue nak tapau coconut shake.

Ikut itinerary asal, dari sini terus nak ke Seremban untuk lunch pastu terus check in hotel kat sana. Tapi since kitorang dapat tau pasal 1 tempat baru ni, so kitorang pun decide untuk terjah sekali coz dah alang2 sampai kat area Klebang.  Nama tempat yang dimaksudkan tu adalah Bustel Klebang yang terletak kat area pantai Klebang. Unik sebab kita boleh makan, tido or buang air pun dalam bas :-p Konsepnya kat sini adalah kedai makan, chalet, malah tandas awam pun dibuat dalam bas. Guna bas yang lanjut usia la semuanya, di 'refurbish dan diubahsuai jadi kedai makan, chalet, tandas awam dan juga reception office. Nama2 chalet bas tu plak menggunakan nama tempat kat dalam negeri Melaka contohnya Selandar, xxxx

1st check point untuk siri #jelajahsemenanjung kitorang - Melaka 😃

ni kedai yang kitorang masuk. try 1 je la.

makan rojak je.panass side sini coz ada kipas je.side yg penuh orang tu ada aircond tp maybe xsejuk mana pun sbb pintu bas terbukak 😛

kalau taknak makan atas bas, makan kat gerai macam biasa je pun boleh.

yang bawah pokok dekat pantai pun boleh jugak makan, ada je kerusi meja disediakan. terpulang nak yg mana 1 😀

pilihan gerai yang lain.ada dalam 15 ke 20 gerai klu tak silap, tak kira la pulak 😁

yang ni tandas awam, masuk kena bayarla macam biasa.30sen kot.

gerai hujung skali jual layang2 & mainan budak mcm buih sabun tu.syok main petang2 banyak angin kat tepi pantai ni 😊

Siap makan minum kat Klebang, kitorang singgah hantar Cik Ain @ adik hubby balik ke rumah sewa berdekatan je dengan tempat dia belajar, Manipal Medical College tu. Lepas hantar adik, terus shoot ke Seremban untuk jalan2 & check in hotel kat sana. Sampai Seremban around pukul 4.30 petang, singgah dataran sekejap untuk bergambar lepastu nak makan petang merangkap early dinner kat Restoren Wadi Ar Raudah. Tapi bila sampai sana tutupla pulak, aiseyyy tak check plak hari beroperasi. Takpela takde rezeki, so kitorang makan kat kedai mamak je :-p Siap makan apa lagi, terusla check in hotel. Nama hotel yang aku pilih adalah Lotus Hotel, opposite Palm Mall & KPJ Hospital. 

bendera kedua 😊

gaya posing apa ntah 

Hepi gurl 

Adik tak mau didukung.aiyakk.
Walaupun hotel kecik @ budget tapi ada lift, bagus selain dari good location.suke3.

view dari bilik kitorang.Nak senja dah masa ni.

Since mall tu dekat sangat ngan hotel, malam tu lepas solat jamak maghrib & isyak kitorang pun jalan2 la kejap cuci mata. Jalan kaki dari hotel dalam 100meter dh sampai. Tapi tak ada apa yang menarik sangt, macam mall biasa la. Ada Giant dalam tu, kedai2 dan booth. Sempat gak ibu beli instant shawl sehelai kat booth luar Giant tu.hehe. Lepas pusing2 balik hotel tengol tv pastu tido & rehat la, settle itinerary day 1.

jalan2 ngan baju tidur je, layann.

Palm Mall. Haishh kakak tak reti penat ke.

tido lena.

---------------------------------------------

Day 2 - Putrajaya, Kuala Lumpur & Selangor (15 Disember 2014) 

Haaa nampak tu 3 tempat nak pegi dalam sehari. Tapi 2 wilayah persekutuan tu cuma singgah je, so aku namakan as a check point dan pit stop nya adalah di Selangor. Ole ole oleee (tetiba lagu bola keluar). Untuk Putrajaya tempat yng dituju adalah area masjid & tasik tu la kan, land mark katanya. Kuala Lumpur plak aku pilih sekolah lama me and my hubby, Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS).

Pagi tu lepas check out hotel, kitorang breakfast kat kedai mamak kat area hotel. Erkk mamak lagi! Siap breakfast terus bergerak ke Putrajaya. Dekat je Seremban ke Putrajaya dalam xx km, so less than an hour dah sampai. Sebelum tu kitorang turun singgah kat gate Uniten jap. My hubby blajar kat sini tahun 1998 sampai 2002. Ok, lepas 12 tahun baru nak jenguk universiti semula unlike me, almost setiap bulan jejak kaki kat UTM. Tu pun sebab adik blaja kat sana :-p

Ex-student ;-)

Dari Uniten ke bulatan Masjid Putrajaya tu dekat je pun. Sampai sana aktiviti wajib as usual, kakak bergambar dengan bendera ketiga. Ibu, ayah & adik pun jpin sekali bergambar sekitar kawasan bulatan masjid dan tasik. Last datang sini lebih 7 tahun lepas, masa tu baru dah bertunang, less than 2 months before nak nikah. Hihi, lama dah tu. Skang ni dah 2 anak dah pun.

bendera ketiga plak.


#roadtripmalaysia tapi pakai baju aussie :-p

Okayy fine xreti posing,berdiri tegak sudah :-p

Settle bergambar, kitorang bergerak ke check point seterusnya iaitu SMSS yang terletak kat Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Perjalanan dari Putrajaya ke SMSS pun pantas je, less than setengah jam dah sampai. Otw nak sampai ke sana, aku & hubby sibuk duk compare dulu dan sekarang. Memang banyak betul perubahan, banyak bangunan dn shoplot baru. Maklum sajalah dah 10 tahun tak masuk area ni. Last time datang sekolah tahun 2004, masa tu ada gathering sambil tengok rugby tournament kat SMSS.

Ayah dan adik. Dulu nama jalan adalah Jalan Tenteram, skang dah tukar nama jadi Jalan Yaakob Latif. Sekolah Berprestasi Tinggi 👍

Ibu dan kakak.

Mungkinkah anak akan sekolah sini jugak? ;-) ibu & ayah amik spm 1997. Anak 2026, waaa lama lagi.

Nak masuk kena berurusan dengan pak guard dulu ye. Masa sekolah dulu selalu jugak bila outing terlebih masa, patutnya pukul 6 petang tapi pukul 6.15 baru terpacak kat guard house nak amik kad outing.haishhh.

Walaupun masa kitorang datang ni cuti sekolah, tapi aku tengok penuh je kereta dalam kawasan sekolah. Mungkin ada program or cikgu2 yang berkursus @ belajar kat dalam tu. Kitorang tak masuk pun, cukup setakat tangkap gambar kat luar je. Next, kitorang singgah kat Taman Tasik Permaisuri jap coz nak bawak kakak dan adik main kat playground jap. Kat tasik ni dulu masa zaman sekolah jadi tempat kitorang berjogging @ beriadah bila weekend, selalunya pagi Ahad la. Lepas aktiviti, cikgu bagi keluar jap ke Bandar Tun Razak. Budak asrama dapat outing memang suka la sangat kan. Kalau tak dapat outing, siap beraktiviti je breakfast nasi lemak kat dewan makan, pun sedappp. Haishh kenangan sungguh 😊

adik suke main buai gak.

patutnya amik gambar kat signboard SMSS tapi terlupa, sini pun boleh. Dalam Kuala Lumpur jugakk :-)

Dari tasik, kitorang carik tempat untuk lunch pulak. Actually dah google awal2 la, siap dengan gps coordinat sekali so tak payah nak tercarik2 plak kan. Restoren Ayam Kampung A.Hassan terletak dalam shoplot next to Veledrom Cheras. Mula2 kitorang ingatkan kat dalam kawasan food court, rupa2nya tak. Kedai tu kat shoplot sebaris dengan 7 Eleven, kedai hujung sekali. Nama kedai ada 'ayam kampung' so kitorang budget dia serve set nasi putih+sayur+gulai+ayam kampung goreng panas2 tapi rupa2nya tak. Haishh hampa di situ, ayam kampung goreng memang ada tapi style makan kat siti macam kat kedai nasi campur biasa. So my hubby amik jugak nasi putih ngan ayam kampung goreng yang dah tak panas.hihi. Tapi dont worry, pilihan sayur dan lauk kat situ pun banyak, kuih-muih pun ada jugak. 

my hubby kata air botolnya sedap.haha.
sila jangan bandingkan dengan ayam kampung sg isap kuantan tu ye.

Siap makan, kitorang bergerak ke pit stop untuk day 2 iaitu Kalumpang Resort & Training Centre, Selangor. Jarak dari Cheras ke sana dalam xx km dan ambil masa xx untuk sampai. Kalau tak guna gps pun senang je nak carik tempat ni. Dari highway PLUS arah utara, kitorang amik exit Tg Malim. Pastu sampai je 1st simpang / traffic light dari exit tu, amik kanan. Kalau ke kiri akan ke Tg Malim la. Kiranya Kalumpang ni terletak kat sempadan Perak je, daerahnya Hulu Selangor. 1st time la aku sampai sini. Dari traffic light tu nak sampai ke resort tu less than 5km je. Nak masuk kawasan resort tu kita akan tempuh kawasan perumahan yang dibina atas tanah lot, rumah sebijik2  la. Syoknya rumah dekat dengan sungai, namanya Sungai Inki.

Ok dah sampai dah ;-)

Sesuai dengan namanya (resort & training centre) pengunjung yang datang sama ada dengan family or group. Group ni biasanya student buat camping dan aktiviti, tak pun company buat family day.  Pilihan jenis penginapan pun banyak jenis dan lokasi, boleh refer kat website Kalumpang Resort. Bagi yang datang untuk mandi sungai tapi tak menginap, bayaran masuk RM5 kanak-kanak dan RM10 dewasa dikenakan. Since kitorang sewa chalet kat situ, so entrance fee tu tak payah bayar dah la. Chalet yang aku pilih namanya Tiung, ada 2 unit je Tiung ni. Aku dah book 2 bulan lebih awal dengan harga RM220, booking bayar RM100 dulu. Balance bayar masa check in. Lepas settle urusan bayaran dan ambik kunci,so apa lagi kita terjah la bilik chalet tu nak rehat okayy. Dari tempat parking agak jauh la sket nak berjalan tapi still ok, takdela sampai 1km :-p Kakak Insyirah dah tak sabar nak mandi tu.

Yeayy dah sampai.relaks je rasa, dengan bunyi air sungai.ngantuk terusss.hihi.

See, bawah chalet tu dah sungai. Syok ooo ;-)

Ayah & kakak duk luar, adik tengok tv atas katil. 5 minit je diam, pastu dia pun nak merayau. Check bilik katanya :-p

Siap solat jamak dan rehat kejap, petang tu kitorang pun bawak budak berdua tu pegi mandi. Mula2 mandi pool, lepas tu mandi kat sungai berdekatan dengan chalet kitorang plak. Kat pool pun air sungai jugak, jadinya mandi kat dua-dua tempat pun sejuk. Irsyad rileks je mandi sungai, tak menggigil pun.



 


Lepas puas mandi, balik chalet mandi bersih2 terus keluar jalan2 cari makan, aktiviti wajib la kan. Kalau ikut plan aku nak makan steamboat tak jauh dari resort ni, dalam 2km je. Tapi hubby plak ajak ke Tg Malim coz dia familliar dengan tempat makan area sana. Tahun 2004-2007 my hubby keje kat Shah Alam dengan company yang merupakan one of vendor @ subcon kepada Proton. So kerapla dia ulang alik dari Shah Alam ke Proton City kat Tg Malim tu. 

sebelum terlupa macam semalam, amik gambar dengan bendera dulu. Kakak nangis plak takut burung kakaktua, boleh? :-p

Tempat makan pertama yang hubby bawak adalah kedai pau yang femes katanya, tapi aku baru 1st time dengar. Ok serius sedap dan lembut gebu je pau kat kedai tu. Menu lain pun banyak pilihan jugak macam Western food, nasi goreng, mee & macam-macam lagi la dan yang penting sedap. Kitorang order pau daging & kacang ngan nasi goreng untuk Kakak Insyirah. Adik plak aku suap pau kacang, berselera je dia makan. Maklumla first time kan, walaupun kacang tu cuma  bagi dia rasa sket je :-p



Pau panas2 lawankan dengan teh tarik, terbaikkk.

Kakak posing je tapi dia tak minat sangat pau. So, order nasi goreng je..sedapp jugak.

Siap makan, hubby ajak pegi makan char kueh tiaw plak kat area UPSI, okla i follow. Tapi sampai sana tutup la pulak, maybe waktu beroperasinya dah tukar kot. Lama sangat dah tak pegi makan situ kan. So kitorang pun ronda-ronda sekitar Proton City, banyak tempat & kawasan perumahan dah bukak berbanding 7 tahun lepas. Sebelum balik chalet, singgah tapau makanan kejap kat kedai tomyam. Kat chalet makan, tengok tv pastu tido la apa lagi. Esok pagi sebelum check out nak mandi sungai sekali lagi, kakak dah request macam tu so layankan saja. Settle sudah aktiviti day 2, sambung next day plak ;-)

3 comments:

  1. assalamualaikum...dok baca blog ni lama dah. tp baru perasan kita 1 sekolah. he he he... tp x cam la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spm tahun berapa tu.kitorang dah lamaaa puluhan tahun 😂😂😂

      Delete