Friday 26 December 2014

Road Trip Jelajah Semenanjung Part 1

Sempena cuti sekolah hujung tahun ni, kitorang sekeluarga berkesempatan ber'road trip' ke seluruh Semenanjung Malaysia. Baru je semalam balik rumah, hari ni dah gigih nak buat entry pasal tu. Memang gigih sungguh, baju kotor pun tak sempat nak basuh & kering semua lagi tu. Actually idea nak buat road trip ni sememangnya idea aku la, sape lagi kan. Masa tu hubby takde kat rumah, keje kat India macam biasa la. Bosan2 tetiba datang idea nak ajak hubby bercuti2 Malaysia bila dia balik sini. Kakak pun cuti lama kan kalau hujung tahun, cuti sekolah 6 minggu. 

Fikir2 mana destinasi yang best nak pegi kali ni. Malaysia banyakk kot tempat best so rasa macam nak pegi semua. Amboii tamak sungguh kan. Lastly terpikir why not buat trip ke semua negeri kat Semenanjung. Lepas meng'google terjumpa plak blog sorang student UTM yang buat trip pusing Semenanjung selama 5hari dengan naik motor ngan 2 lagi member dia. Waaa menarik kan, aku pun baca sampai abis & study (laaa sangat) route yang diorang lalu. Dari situ la datang minat nak buat road trip macam tu jugak tapi of cos la naik kereta kan. Bila bagitau kat hubby, respon dia pun bagus - menarik, cuba buat itinerary & budget katanya. Yeayyy apa lagi semangat membara la terus. Lepastu aku pun mula la buat kertas kerja.haha. konon. Seronok sangat bila hubby setuju & confirm bleh cuti 3 minggu hujung tahun ni. 1st time ever dapat cuti lama okayy. Alhamdulillah syukur sangat.

yeayy kakak & adik dah jejak semua kecuali Kelantan terpaksa kiv sebab banjir teruk :-(

1st thing yang kena decide adalah berapa hari trip tu. Asalnya aku setkan 10hari 9malam, hopefully hubby bleh cuti selama tu :-p Tetiba abah plak ajak datang rumah dia kat Kuala Kurau, Perak so okla, masukkan skali dalam itinerary. Memandangkan planning nak jelajah semua 12 negeri & 2 wilayah persekutuan termasuk nak stay kat rumah abah, jadinya ada negeri yang kitorang singgah je (check point *) tapi tak bermalam (pit stop#) Haha amik ko siap ada istilah check point & pit stop, layannn. Target nak amik gambar kakak pegang bendera kat setiap negeri. So final itinerary yang aku buat dan dipersetujui oleh hubby adalah macam kat bawah ni. Plan asal gerak dari rumah kitorang kat Pasir Gudang tapi lepastu tukar, gerak dari Batu Pahat sebab kitorang balik kampung dulu. tak kisahla, masih dalam route yang sama :-)

Day 1 (Ahad)
* Melaka - Klebang Coconut Shake 
# Negeri Sembilan - sekitar bandar Seremban

Day 2 (Isnin)
* Putrajaya - sekitar masjid & bangunan kerajaan persekutuan
* Kuala Lumpur - sekolah lama kitorang
# Selangor - Kalumpang 

Day 3 (Selasa)
# Perak - rumah abah, tido 2 malam

Day 4 (Rabu)
# masih lagi kat rumah abah, jalan2 kawasan terdekat

Day 5 (Khamis)
# Penang - Made in Penang Interactive Museum & Padang Kota Lama

Day 6 (Jumaat)
# Perlis - Padang Besar

Day 7 (Sabtu)
* Kedah - Menara Alor Setar
# Perak - Gerik

Day 8 (Ahad)
# Kelantan - Rantau Panjang & Kota Bharu

Day 9 (Isnin)
# Terengganu - Marang

Day 10 (Selasa)
# Pahang - Bukit Gambang Waterpark 

Day 11 (Rabu)
# Johor - Mersing

Day 12 (Khamis)
Bertolak balik ke Pasir Gudang

Masa kitorang kat Penang, dapat berita pasal banjir kat Kelantan dengan yang paling teruk kat Rantau Panjang. So ada perubahan itinerary untuk day 7 to 9. Route Alor Setar - Gerik - Jeli - Rantau Panjang - Kota Bharu kitorang cancel. Cerita penuh vs bersambung dalam next entries, expenses as per plan vs actual plak dalam final entry ;-) 


1 comment: