Trip ke Hatyai, Thailand Naik Bas Ekspres Dari Klang Sentral (Part 3)
Hari terakhir kat Hatyai, Sabtu 23 December 2023 tu kitorang pergi breakfast kat Tamrab Muslim pulak. Ramai sungguh pelanggan kat sini, kena tunggu untuk dapat tempat duduk. Kedai dia macam warung lama gitu. Diorang guna sistem kupon untuk beli makanan dan minuman.
![]() |
penuh ya pelanggan kat dalam kedai tu |
![]() |
jangan lupa beli kupon dulu |
![]() |
aneka pulut. puluk=pulut ya ;-) |
![]() |
signature dia, nasi kerabu sate sate tu hubby nak beli extra tapi dorang tak bagi nak match kan ngan nasi kerabu kan |
![]() |
adik dengan teh tarik |
![]() |
roti pisang cicah susu pekat manis ya bungkus baby cakoi siap-siap sedap pun sedap |
Siap breakfast, terus gerak ke Big Bee Farm pulak. Actually takdela nak tengok apa sangat kat sana, lebih kepada nak makan aiskrim dia. Dan, sini bukan farm dia pun tau. Just kedai dan tempat pameran dia gitu la lebih kurang. Ada 1 bilik khas yang mana staff diorang akan explain dan perkenalkan tentang madu lebah, produk dan sebagainya. Tapi kitorang tak masuk pun, just baca info kat luar je.
![]() |
happy sungguh |
![]() |
dah sampai |
![]() |
tanda dah datang sini :-p |
![]() |
air madu lebah |
![]() |
ice cream with honey comb |
![]() |
cone ice cream |
Selain ice cream, apa yang best kat sini kitorang ada beli jugak asam jawa madu or tamarind honey sebagai kudap-kudap dan ole-ole untuk family. For me, sedap la. Lain dari yang lain.
![]() |
gambar lupa snap. kita google kan je. |
Dari Big Bee Farm, kitorang gerak ke Cafe Amazon yang terdekat pulak. Kat Hatyai ni banyak je cafe ni, ala2 Starbuck tapi versi tempatan.
![]() |
versi hot untuk ibu ayah. adik 'tolong kacau' slice cake pun ada jugak |
![]() |
luas kawasan luar cafe dia slides pun ada jugak tapi tak snap gambar |
![]() |
ada parrot la! Iqbal suka betul orang sebelah tu bawak kuaci bagi kat parrot. ibu baru tau yang parrot pandai bukak kuaci sendiri guna mulut dia! ingatkan dia akan makan semua tanpa bukak |
Dari Cafe Amazon ni, kitorang pergi plak ke tempat beli souvenir, Kaysorn namanya. Kat sini ada pakaian, makanan, beg dan macam-macam lagi yang sesuai dijadikan sebagai souvenir. Ada surau yang selesa jugak kat sini. Kitorang solat jamak Zohor dan Asar terus kat sini. Kat luar kedai ada jugak dijual makanan tapi kitorang tak makan kat sini sebab nak makan kat tempat lain.
![]() |
Antara gambar-gambar kat Kaysorn |
![]() |
benda ni macam vicks gitu inhaler kita sedut kalau selsema bagi lega hidung boleh la jadikan souvenir jugak |
Tempat makan terakhir yang kitorang pergi adalah Kaitod Decha. Actually dalam itinerary nak pegi masa 1st day, tapi adjust ikut kesesuaian masa. So last day baru datang sini. Makanan dia sedap-sedap belaka tapi yang paling special ayam goreng dia la. Kitorang makan around pukul 4 macam tu, kira early dinner la sebelum naik bas malam nanti.
![]() |
jalan kaki je ke sini |
![]() |
rupa biasa-biasa tapi rasa dia sedap |
![]() |
THB624 = MYR80 banyak jugak kitorang makan ni. ayam tu siap staff dia alert kan portionnya banyak so tak jadi la order 2 set :-p |
Siap makan, beli buah potong kat luar kedai pastu amik grab tuk tuk balik ke hotel untuk amik beg. Pagi tadi dah checkout siap, cuma beg je la tinggal kat lobi lagi. Lepas amik beg terus ke office Inter Top, bus operator yang kitorang naik hari tu. Tapi since masih awal lagi, sempat pulak masuk 1 mall berdekatan layan anak-anak nak makan aiskrim pulak.
![]() |
okla layann |
Overall trip ke Hatyai ni, alhamdulillah semuanya as per plan. Cuaca pun baik sepanjang kat sana, cuma ada hujan sekejap-sekejap masa kitorang kat luar tapi tu pun tak delay kan aktiviti kitorang. Jalan sana sini ramai orang Malaysia je pun. Kedai makanan halal, orang Thailand tapi semua cakap Melayu jugak. So rasa macam pegi Kelantan je. Cuma tuk tuk driver je la tak pandai cakap Melayu hehe.
Makanan kat Hatyai sedap-sedap dan harga pun setanding dengan makanannya la, takdelah nak kata sangat murah. Total expenses plak tak lebih RM4k all in. Ok sangatlah sebab within our budget. Untuk lebih baik, maybe hari kedua yang kitorang pergi luar dari kawasan town sket tu better sewa tuk tuk untuk full day 8 jam terus. Lebih berbaloi dan menjimatkan dari segi kos dan masa nak cari new grab car or tuk tuk especially dari masjid nak ke pasar terapung pada waktu selepas solat Jumaat. Tapi, kelebihannya pulak anak-anak happy sebab dapat naik tuk tuk berbeza warna, saiz dan sebagainya. New experience for us sebab kat Malaysia takde tuk tuk. Even kalau ditanya apa yang menarik kat Hatyai.. Kakak Insyirah, Abang Irsyad dan Abang Idlan mention - makanan berasaskan kelapa, floating market dan naik tuk tuk!
Comments
Post a Comment