Trip ke Hatyai, Thailand Naik Bas Ekspres Dari Klang Sentral (Part 1)

Kitorang naik bas ekpres dari Klang Sentral ke Hatyai, Thailand setelah banyak tahun tak naik bas ekspres. Sangat convenient bagi kitorang yang stay kat Setia Alam ni, less than 8km je dari rumah. Naik grab je ke sana, RM14 untuk 6-seater car. Perginya dah lebih 9 bulan lepas dah masa cuti sekolah year end 2023 aritu, tapi sekarang ni baru nak type entry ni. Itupun setelah 4 tahun tak update dan melupakan kewujudan blog. Ok lets back to penulisan style lama kat blog ;-p Ibu rajin nak update ni pun sebab anak-anak suka baca hehe.

family portrait kat port wajib ;-)

adik 1st time naik bas ekspres


bawakkan old skul brick game je. tak kalut nak cas2

Tiket bas beli kat website easybook sebab memang dah biasa guna yang tu. Tapi kalau nak beli kat website or apps lain pun ada je beberapa yang lain contohnya busonlineticket. Harga ticket untuk 6 orang Klang Sentral - Haytai 2way RM1,104 macam tu. Nama bus operator tu Inter Top. Naik kat Klang Sentral Rabu 20 December 10pm pastu bas ada amik passenger lain kat Shah Alam dan TBS jugak. Lebih kurang pukul 5 pagi esoknya dah sampai berhampiran border. Berhenti dalam setengah jam kat satu RnR ni, nak makan ke nak pegi tandas pun ok la situ. 

 Sampai border, kita kena turun dari bas 2x untuk cop passport, 1x kat Imigresen (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Malaysia dan 1x kat Sadao, Thailand la pulak. Driver bas akan suruh kita turun naik and don't worry dorang akan tunggu. Tapi dorang pun akan keep remind maksimum 30minit je tauu (contoh). Rasanya bergantung kepada ramai or ramai sangat tak orang yang nak cop pasport masa tu la. Nak kata tak ramai orang, memang tidaklah kalau dah namanya cuti sekolah Malaysia kan. 

 Lepas settle imigresen both side, bas akan teruskan perjalanan ke final stop which is ke dorang punya office kat area Hatyai town je. Perjalanan lebih kurang 1 jam lagi gitu. Akan lalu depan Danok, nampak byk juga kedai2 makanan dan untuk shopping tapi masa tu belum bukak lagi la sebab awal pagi lagi. Dalam pukul 8 pagi, kitorang pun sampai kat depan office Inter Top tu. Dorang ada kedai makan & kedai ole2 jugak kat situ. Tandas, surau semua ada lengkap boleh la nak settle kan apa yang patut kat situ. Inter Top ni ada jugak offer pakej untuk ke tempat2 attractions sekitar Hatyai, Songkhla dan seluruh Thailand jugak tapi kitorang takdela amik mana-mana pun. 

yeayy dah sampai Hatyai ;-)

muka sekeluarga belum mandi pagi ;-p

breakfast terus. 

pilihan makanan breakfast

roti canai jugak yang dipilih ya 

boleh contact

Siap breakfast, amik grab tuk tuk ke hotel untuk letak bag. Disebabkan check in time lama lagi, so kita start terus itinerary day 1 dengan sket adjustment ikut kesesuaian masa. 

1st time naik tuk tuk. seronok open air

dah sampai hotel

adik tak bagi kerjasama :-p

yeayy naik tuk tuk lain pulak

So ni 2 tempat yang sempat kitorang cover sebelum check in hotel :

 ✅ Hatyai Municipal Park 

Cadangnya nak naik cable car tapi tutup rupanya. So just sight seeing je la kat sana. 

tutup pulakk. ke memang nak tutup terus? ;-p

amik la gambar sekeping dua :-p

bleh nampak view hatyai dari sini

 ✅ Hatyai Central Festival Mall 

Kat tingkat bawah ada banyak makanan dijual, kena pilih la mana yang halal ya. Tingkat atas plak macam mall biasa, ada mcm2 kedai @ butik. Kitorang just layan makan je kat sini. 

pilih jangan tak pilih. semua nampak sedap!

sedap ni ketam

pisang ni pun sedappp

adik berkenan sungguh dengan toro fries ni

menghayati makanan ;-)

ni kat tingkat atas. takde kedai pun yang kitorang masuk

 Settle 2 tempat ni, balik hotel untuk check in, mandi, solat dan rehat. Lepas asar, jalan kaki je pegi ASEAN bazar tu lebih kurang 800m dari hotel. 

lagi gambar sefamily kat hotel kitorang stay 


Greenway ni beakang hotel je
 for me, barang2 kat sini lebih kepada
untuk orang local bukan pelancong 


kalini tak naik tuk tuk, jalan kaki je sebab dekat
 
sempoi je ATM kat booth macam tu

sampai dah. building ni 2 tingkat.
nak makan kat tingkat atas. bawah jual barang2.

adik ngan corndog nya 


ibu aim coconut ice cream ni. siap beli 2x haha.
makan nasi + tomyam and few lagi makanan tapi takdan snap gambar.

beli tomyam kat kedai belakang tu la. sedappp. alhamdulillah.

siap makan turun bawah cari souvenir

pilih la abang2 ya. utk kawan2 & cikgu katanya.


muka Abg Idlan paling banyak
dia yang paling rajin bergambar ;-)

otw balik singgah 7 Eleven jap
ramai update best2 kat sini tapi kami tak rasa tertarik sangat  
maybe kami lebih suka makanan fresh & real food kot. tiberr ;-p

Alhamdulillah, settle itinerary day 1, sambung esok pulak jalan-jalan cari makan dan nak naik gajah.



Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit