Trip ke Hatyai, Thailand Naik Bas Ekspres Dari Klang Sentral (Part 2)

Day 2, Jumaat 22 December 2023 kat Hatyai, kitorang plan nak pergi beberapa tempat so apa2 pun kita isi perut dulu supaya kenyang. Pilihan tempat breakfast hari ni kat Dimsum Chabura. Tak penah weh kat Malaysia breakfast makan dimsum :-p

lain dari yang lain menu pagi ni ya bang

ni sedapp tapi lupa nama dia

tempura ni pun sedap. semua sedap la hehe.

luar kedai. 
ada backpakers yang baru sampai Hatyai terus breakfast sini

Chang Puak Camp tempat gajah tu jaraknya dalam 14km gitu dari Hatyai town, amik masa less than 1/2 jam untuk sampai naik tuk tuk. 

seronok anak2 tuka2 naik tuk tuk

tanda sudah sampai sini

adik with ibu

boleh beli pisang dan bagi gajah makan dari sini

ayah dengan abang2 je naik gajah

beli la jugak frame gambar buat kenangan

bird pun ada jugak

Next location, kitorang ke Masjid Besar Songkhla pulak. Jalan masuk dia tu opposite dengan Seaverse Cafe, tempat tu cantik bagi yang suka ootd bolehla singgah if korang dari Chak Puang Camp. Tapi kitorang tak singgah pun, terus ke masjid. Sampai sana hujan kejap, so kitorang rest tunggu hujan reda pastu snap gambar kat kawasan sekitar. Settle solat, lunch siap2 kat kedai sebelah masjid tu. 

ala2 Taj Mahal katanya

kat luar masjid

dalam masjid pulak

kerabu maggi sedap, tomyam kelapa muda lagilaa sedap

pulut mangga favourite kakak

Siap lunch, kitorang gerak ke next location plak which is pasar terapung or nama penuhnya Khlong Hae Floating Market. Tapi kan susah plak nak dapat tuk tuk dari situ so kitorang try plak grab car biasa je tapi amik 2 kereta sebab 1 tak muat la untuk kitorang berenam. Tak jauh juga dari masjid ni dalam 15 minit je dah sampai tapi dia lalu celah2 kampung mana ntah. hehe. Ok je asalkan selamat sampai ke destinasi. Pasar ni buka setiap Jumaat sampai Ahad, dari pukul 3 petang sampai 9 malam. Kiranya kitorang sampai awal la, dorang baru start. Cuaca masih panas tapi taklah terik sangat, just nice.

dah sampai. belakang tu la floating marketnya

pintu gerbang tu pintu masuknya
sebelum jambatan ni lagi pun dah ada pasar juga 
jual minuman, makanan, pakaian etc

penjual dan barang jualannya kat dalam sampan
pelanggan kat darat.hehe.

unik kan jual air dlm bekas buluh
air biasa2 je macam air balang kat Malaysia
yang ni anak2 beli air kelapa muda dan teh ais

penjual agak jauh jaraknya so dorang hulur bakul
kita amik makanan dan letak duit dalam tu

ni macam otak-otak gitu la
pun isi dalam buluh jugak
banyak betul stok buluh dorang kan

sedap jagung ni. memang favourite ibu la

adik minat potato twist ni

kitorang dah naik ke bahagian atas dah. 
sini ada jual barang2 selain makanan juga.
pakaian, souvenir semua tu la

ni antara kedai kat belah atas

Settle kat pasar terapung, kitorang bergerak pulak ke next destination. Nak makan bingsu plak katanya. Naik tuk tuk lagi 1 family ke sana. 

dah sampai kedai

Bingsu Nom6 by Afreeda - ni nama kedainya

nasib baik order 2 je.
besarr x abis pun makan berenam
service agak slow, lama juga baru sampai
harga murah, 2 ni total around RM40 gitu

Next, kitorang singgah kat Lee Garden Night Market plak. Tak lama pun kitorang kat sini, just beli kudap-kudapan je. Seharian dah ni makan, makan dan makan.

adik mintak dukung je ni

pilih la mana yang halal ya
sori kakak ibu up gambar muka kakak gitu :-)

adik dengan donut cucuk salut coklatnya
abg idlan sedih sket sebab air kelapa susu
beli kat area pasar terapung dia tertinggal :-p

Dari sini, naik tuk tuk lagi balik ke hotel. Malamnya, ibu pegi massage berdua je dengan kakak. Yang lain tinggal kat hotel layan TV dan rehat. Best sungguh Thai massage, siap tertido kat situ hehe. Harga untuk 1 hour full body RM40 je tau lepas convert, murahh. Tempat ni opposite ASEAN night bazar je. Sebelum datang, petang tu dah wasap siap-siap booking slot. Siapa yang walk in je memang tak dapat la melainkan urut kaki saja available. Tq kakak temankan ibu! Offer dia urut kaki tapi tak nak pulak. Balik hotel terus lena tido masing-masing.

The One Beauty Massage
recommended!

End of day 2 kat Hatyai, esok dah last day dah. Ada beberapa tempat nak pegi tapi dekat-dekat je.

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit