Trip to Pulau Pangkor - Day 3

Hari terakhir, aku bangunkan anak-anak awal sebab diorang kata nak mandi pool lagi sebelum balik. Haruslah bangun awal kalau macam tu sebab target pukul 7-8 mandi pool pastu naik bilik mandi bersih, sarapan pastu bersiap ke jeti. Kitorang tak ikut yang lain check out pukul 11 sebab ada urusan kat JPJ. Memandangkan urusan tu tak kisah, boleh je buat kat mana-mana cawangan JPJ, so kitorang decide buat hari Isnin tu kat Sitiawan, few km je dr Lumut sebab ari lain kang hubby nak kena amik cuti lain pulak. 

Siap semua, kitorang sefamily pun check out resort pukul 9.15 macam tu. Pastu naik van pink ke jeti tapi tak sempat nak naik feri pukul 9.30 jadinya tunggu next feri pukul 10.30 pagi. Tambang dari resort kat Teluk Nipah ke jeti adalah RM18 per van. Sejam tunggu, sempatlah amik gambar kat sana. Anak-anak pulak sibuk tanya, bila feri nak sampai? Adudu bertabahlaaa. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=19zcJJQ78o1pnlc1-Urbr10UcDEHy-xV5
Ni je gambar sempat snap. Baru nak snap sefamily, van pink dah sampai.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1OSzss1FbRefO1H4EwAK8gjRRYfWTtZ2k
Dalam teksi @ van pink.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1K3wuH4H0L3x0wVFuQI8cNtrELnmTVUlq
Sambil tunggu feri.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ILuJojLz8WS41aph6NpgY9nrim6cOSFI
Lagi gambar.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rKr8Kry5qdcNPMOtwotpYEziVcAqIQ1N
Dan lagi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Ej6iZ_Iqtn4wnqY6-NfuLctnkTUr8uQ1
Yeayy dah boleh naik feri, kata Abang Irsyad. 😀
https://drive.google.com/uc?export=view&id=13k-TtegIdwWdxdZeaxBkPknzpwyd8z7B
Amboi bang, siap panjat.

Pukul 10.30 naik feri, sebelum 10.45 dah sampai dah Jeti Marina Island. Tak ramai pun penumpang dalam feri tu, so semua dapat tempat duduk. Lama part tunggu my hubby nak amik kereta kat tempat parking sebab jauh parking kat tempat terbuka. Bayaran parking untuk tempoh tak sampai 48jam @ 2hari bermula Sabtu pukul 1petang hingga Isnin pukul  11pagi adalah RM30. 

Dari Marina Island terus ke JPJ Sitiawan, settle urusan dalam setengah jam macam tu. Lepas settle, patah balik ke Lumut makan lunch sambil tunggu ahli trip yang lain sampai konon nak join shopping sama-sama pastu konvoi balik ke Meru pun sama-sama. Tapi rupanya miscommunication @ silap paham kat whatsap group bapak-bapak tu. Kitorang ingatkan pukul 11.45 diorg send gambar tu masih kat Jeti Pangkor so target 12.30 la baru diorang akan naik feri dan 12.45 sampai Jeti Marina Island. Rupa-rupanya 11.45 tu diorang dah sampai Jeti Marina Island. Sudahnya diorang pegi shopping produk hasil laut tu, kitorang sefamily makan lunch kat Lumut. Sudah makan lepak plak dalam kereta konon tunggu yang lain. Anak-anak dah sibuk suruh jalan, kenapa duduk dalam kereta je katanya.

Kitorang pun gerak la dulu ke area Lumut Waterfront, tempat nak shopping tu. Kedai yang jadi pilihan adalah kedai namanya Hasil Laut Jamilah. Tengah dok shopping, hubby bagitau ahli group whatsapp update diorang dah sampai Sabak Bernam. huhuhu. Kita punyalah tunggu, kita plak kena tinggal. Dah tak dapat join konvoi, so gerak la sefamily je lepas sudah siap shopping tu. Nak buat macam mana kan, dah silap komunikasi.  Antara yang kitorang beli kat situ ialah fish satay yang cucuk lidi tu, fish snacks yang nipis panjang-panjang tu, sotong bakar madu, ikan bilis mata biru, sayap sotong dan jugak ikan kering bulu ayam rangup. Katanya rangup, aku belum goreng lagi. Ikan bilis mata biru tu dah goreng memang best kurang masin, rangup plak tu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1zFj9tdoaOyZO488vP3x6X8VP5d-CpY_7
Luar kedai.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SA0WpKPiZ47fFLVzqSWtIDD2zWHR6WOO
Pilih kak, jangan tak pilih.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1uRWCua4R1qPCzjqwJOV4fh611DqXTbXH
Aku pilih yang ni. Harga tu letak je RM10.80 tapi kita beli dia kira RM8.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=13VoxePKCnvc6SsEyl5XaCjm8AIPuDI4N
Tak beli yang siap kopek, tapi ku tau lakiku sayang.haha.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=13IWqpuetZwbjU5we9WkNsRo1aoOZmU4K
Beli sayap sotong tu jugak. Lepas balik buat sambal tumis, sedap jugaaa.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1d921MiowDQ3ujrJZTb_-eeg5_5GzNW8x
Ada jugak kupang kering tapi tak beli.

Gerak dari Lumut pukul 2+, singgah berhenti solat jamak kat Sabak Bernam pastu dah selamat sampai kat Setia Alam pukul 6 petang. Alhamdullilah anak-anak seronok, kita pun seronok juga cuma penat sket la nak mengurus baju kotor lepas balik tu.hihi. Tu dah memang jadi kerja tetap tiap kali balik trip. Finally, done post trip ke Pulau Pangkor.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rZakwcwV0LxovrRX-UMvZLXiw2xblq4X
Tak guna dah walkie-talkie ni masa balik sebab dah tertinggal geng konvoi. Adik main2 je la ye.

Comments

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 8 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66 (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit