Trip to Pulau Pangkor - Day 2

Ahad 6 October 2019, bangun around pukul 6 pagi untuk solat subuh pastu sambung golek-golek atas katil jap sebab anak bujang 3 orang pun belum bangun. Hubby turun sorang, nak tengok sunset katanya. Pastu sarapan sorang-sorang jugak sambil tapaukan sarapan untuk aku ngan anak 4 orang tu. Bila semua dah bangun, mandi,  sarapan kat bilik pastu siap-siap untuk berkumpul kat pantai. Hari kedua dah ada aktiviti yang dirancang nak buat dengan semua ahli yang join trip kali ni. Semalam free and easy je ikut family masing-masing.

Pukul 9 pagi sementara tunggu semua complete, layan mandi laut jap. Mandi kat tepi-tepi je memandangkan masing-masing bukanlah jenis berani sangat. Aku pun berani sampai air tahap ketiak je. Maklumla tak pandai berenang, setakat main air geli-geli bolehla layannn. Kakak Insyirah, Abang Irsyad ngan Abang Idlan plak layan main bina istana pasir kejap. Bila semua dah ready, kita pun mulakan aktiviti island hopping. Pulau yang kitorang pergi dan berhenti turun untuk snorkelling dan main air semestinya Pulau Giam. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1YRkOTSG02e2s4Tapwx5ZJ-PJEiBxNxeW
Korek pasir jangan tak korek.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1H_HBG0vgHUWA50c0ovd1GRwACsr8-Ln4
Eh ehhh yang kecik pun main jugak.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ayaUiqIgjtQrOSBS3RhsOkRLkV0kqw06
Hai bang. Happy nya dia :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1NfjYedxwZc8qBtHb16wozw3BmjSlS2ta
Best ke dik?

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1LIw6NwsD3IBVNfpmetpY-6rRq1OgBv36
Dah ready semua ngan jacket.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1e6KMcDpwMjhN4gjRmwu2ZA5HwSzEYg9E
Tunggu boat ready.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1gbzqFqymZAo7fiuSBpzhjkYaiGoDrE3p
Wefie satu kali :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1yMPBWaTANfNv3gMIbgP9lfOt-k_9kHWy
Merajuk takde jacket untuk baby.haha.
Kena beli @ bawak sendiri la adik.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SVDP0lXK3b6yr75gC_lzOldx1k9Fw3nM
Ok, ready nak naik bot dah.

Dekat je naik bot dari Teluk Nipah ke Pulau Giam tu, dalam 10 minit dah sampai. Bukan jauh mana pun, nampak jelas pulau tu dari pantai kat Teluk Nipah. Tak macam masa kitorang pegi Pulau Tioman dulu, jarak nak ke pulau-pulau kecik tu agak jauh sket. So lebih lama la duk atas bot tu, pulau tu pun nampak sayup-sayup je kalau dari tepi pantai kat resort yang kitorang duduk tu. Tapi walaupun kali ni sekejap dah kira ok as long as anak 4 orang tu dah merasa naik bot. Bolehlah jadi modal bercerita seronok-seronok diorang untuk seminggu dua ni. Iqbal kecik lagi so tak tau lagi dan tak ingat lagi experience ni. Abang Irsyad dulu 1st time island hopping ke Pulau Manukan kat Kota Kinabalu, besar sket la dah setahun plus tapi still la belum boleh mengingat momen tu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1gMHSJhsRqSKnhfyhZY_XcGwfCgh5N0Pj
Dah sampi Pulau Giam, sambung mandi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=10IL3NL17XpwJvhcWRQDAUE5e78GTDRf2
Sape berani dan reti boleh snorkelling. Kalau tak mandi situ je la ye.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1H_vZO07jBjDojCOAEm_PGQVn3TJDxQpu
Alamak bang, jaket tu ternaik pulak.hehee.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1jLdSK44aSKG3smheh9bTJ2z4qHEAl1rG
Adik sambung main pasir.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1O8hiTfGEhRlOZ-ZhAAmw3wgSsgHiZGtR
Saya tak makan pasir la Ibuuuu.
Ehh tu kat atas bibir tu apa plak ye? 😇

Lebih kurang 2 jam kat Pulau Giam, bot pun datang nak amik group kitorang. Sama macam masa pergi, balik pun kitorang perlukan 3 buah bot untuk memuatkan semua ahli. Kali ni, pemandu bot bawak kitorang ke 3 buah pulau kecik yang lain tapi tak turun pun. Just cerita serba sikit dan tunjuk apa yang ada kat pulau-pulau tu. Monkey Island tu seperti namanya, ada monyet berkeliaran. Aku tengok yang datang ke situ cuma pengunjung Cina je, tengah duk bagi makanan kat para monyet :-p 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=12kmhfe8e9xm1ro3Gdr3fmh9dMkXaGxiB
Bergambar sefamily sebelum naik bot balik ke Teluk Nipah.

Pukul 12 tengahari, kitorang pun sampai semula ke pantai Teluk Nipah. Masing-masing sambung mandi-mandi lagi, main bina istana pasir dan ada yang naik jet ski. Puas main, kitorang sekeluarga pergi makan tengahari kat kedai makan berdekatan. Siap makan, balik ke resort sambung pulak mandi pool sampai masuk waktu solat Zohor.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1_YlnJsJ-dXBYKmdDNitwIpvdznnKcwkY
Main buai jap.

Balik bilik terus mandi, solat jamak pastu rehat dan tido sampai pukul 3. Ikut itinerary, pukul 4 nak start aktiviti sukaneka lepastu bbq. So dalam pukul 3.30 petang kitorang dah bersiap dan turun, jalan-jalan kat gerai carik kudap-kudapan sebelum ready untuk sukaneka. Banyak jugak acara yang di arrange untuk anak-anak, mak bapak dan family juga. Memang masing-masing enjoy la dengan aktiviti sukaneka dan bbq petang tu. Paling happy anak-anak la kan, lagi-lagi dapat hadiah. :-) Jom layan gambar-gambar aktiviti sukaneka dan jugak masa penyampaian hadiah. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1drInjxm1fZ-CQ3aqMLTCmvXhraXqMI9D
Usaha nak menyusun anak-anak :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1_nXjUKw4xUBgxAcZBZudNrpUENFU7xNj
Acara lari kepit belon.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=13F2eT8t-eN0TXHP_jbiJO6qU_6PVqo4N
Mak bapak berusaha pujuk anak join sukaneka. Ni acara untuk anak bawah 4thn. Kejap mau kejap tak mau.hehe.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Q6dGrldFQe4yrG3Lk6wHEA3ZErg2OfSd
Idlan no 3 acara bawak bola pingpong dalam sudu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1bTQwwX-yo6FPUiqcSwk_SVCQEBuwNLr1
Hadiah no 2 sukaneka berpasangan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1efrexkLHVMtY_Q5wh3ws0wEle93J1ndk
Hadiah family sedondon ;-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1XS41MbnXB9_j2YO9aVJJifLSUji0fjvI
Makan time :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-IXX8DwUI659BIy4pLUeEW_rK-kd14D5
Bergambar ramai-ramai sebelum bersurai. Nak senja dah masa tu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-f1g451jWDnzPFZDPPQWFhXYCQgFVCFt
Jom balik resort.

Balik bilik terus mandi dan solat jamak pastu tunggu sorang akak baker tu anta kek batik melting yang aku order untuk birthday Kakak Insyirah. Cantik, kemas dan sedap kek tu. Aku dah tengok fb dia dan order siap-siap 2 hari sebelum datang Pangkor ni. Macam-macam jenis kek birthday dan juga kuih akak ni ada buat, bleh try view kat facebook dia k. Recommended. 👍

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Erh2oaJkw8qHyvd4510usbP-y73y6Vzd
Anak dara dah beso. Ibu je tak beso2.haha.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1xdHJ1uX-Z1AY2gJlIZ5t41M9UYBQwzDP
Insyirah, Irsyad & Idlan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1a4KZNRjFv8yQzWZBWz7jreLWJE-OW1uR
Sorang lagi sibuk main kat belakang :-) 
Kakak main saukk je tudung Ibu, pun bolehhh.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=16wv1qAorJUpOPjXBcRnA7aDTmBlRhxEl
Kek batik melting. Pic amik dari fb akak tu ;-)

Siap makan kek kitorang pun turun nak jalan-jalan malam last kat Pangkor. Kek batik tu takla makan habis, suku je makan. Selebihnya simpan dalam freezer, lagi sedap nanti nak makan sejuk. Ada freezer box comel tu okay kat bilik walaupun rate bilik murah je. Freezer brand Sanyo tu, mana ada jual lagi kat kedai skang. Tahan lama tu, bagus sungguh. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=196be0twp5hzrnMBbabU50w1gFo2lE2f5
Erkk adik tu dah kenapa?

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1xSh-QHk9chZnt8xdPNPyHRgDM1DabhG3
Wefie sefamily :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1F-eJMlad2odIHjp1d1aGAj8JFQ2W_nhB
Kedai jual hasil laut tapi tak beli pun. Tak rajin mengangkut. Plan esoknya nak beli kat Lumut je.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1TQnXFrN6Ebyh_KH1bTF_xzdl2aDUhI43
Kedai souvenir.

Siap jalan-jalan, beli fridge magnet dan jugak ngeteh malam tu kitorang pun balik semula ke bilik resort. Malam Isnin dah lengang dah sekitar kawasan gerai dan kedai-kedai sebab ramai yang datang weekend je kan, dah check out tengahari tu dah. So petang sampai ke malam tu dah tak busy macam hari sebelumnya. Settle hari kedua kat Pulau Pangkor, esok hari ketiga nak check out dan gerak balik rumah dah. 

Memandangkan kitorang join trip bersama jiran-jiran, so masing-masong takde pun yang sewa kereta or naik van pusing pulau. Sebab dah ada aktiviti bersama, follow je itinerary yang dirancang. Kalau ikutkan boleh je kalau nak selit masa kalau nak berjalan, tapi kitorang memang suka santai-santai, tak pack sangat jadual nak berjalan tempat lain pulak. Kalau sesiapa nak sewa kereta, rate sewa kereta sewa sehari RM100, moto plak RM50. 

Comments

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 8 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66 (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete
  2. YouTube | vimeo
    Youtube youtube to mp3 converter samsung is a young adult YouTube video channel that promotes the latest trends of video game companies. It is located in Uganda, the capital city of  Rating: 4.2 · ‎5 reviews

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit