Trip to Pulau Pangkor - Day 1
Sementara tunggu feri dari Jeti Pangkor ke Marina Island aku type la dulu sket blog. Kang simpan-simpan basi plak cerita:-p
Jadual feri.
Actually 2 tahun lepas penah cadang nak ke Pulau Pangkor ni tapi pastu cancel sebab rasa macam tak brape happening kalau setakat nak pegi sendiri with family je. So bila Julai aritu jiran setaman JM8 propose trip ke Pulau Pangkor secara berjemaah dan hubby tanya - nak join ke? Terus jawab - nakkk. hihi. Biasalah aku kalau diajak berjalan jarang sangat kata tak nak.
Awal-awal rasanya macam 10 buah family nak join tapi lastly cuma 8 family yang join. Kira okla tu, JM8 - 8 keluarga. Tarikh yang dipilih 5 October - 7 October (Sabtu - Isnin, 3hari 2 malam). Walaupun kitorang sebenarnya dah pindah rumah mid July tu, tapi aku ngan hubby tak leave pun group wasap JM8. So kira acila kitorang join trip tu. Date pun cun, takde bertembung dengan apa-apa aktiviti or urusan lain. So kita followww. Btw, JM8 tu ringkasan Jalan Mulia 8, somewhere in Meru,Klang. hehe.
Jumlah bayaran trip aku tak berapa pasti la berapa sebab hubby yang bayar. Yang aku tau bapak-bapak semua buat bayaran dalam 3x bayaran bermula July sampai September. Okla tu, takdela bayar sedepuk. Dalam lebih kurang RM500 sefamily kalau tak silap including bayaran bilik untuk 2 malam, island hopping, sukaneka dan bbq. Bayaran lain macam petrol, makan minum dan tiket feri adalah budget sendiri dan prepare sendiri pada hari kejadian. Next, cite pasal perjalanan trip pulak.
Sabtu 5 Oktober 2019 - Semua bangun awal termasuk dak tecit Iqbal. Alhamdulillah, anak-anak aku kalau bab berjalan memang diorang bersemangat dan bangun pun kira okla, senang. Cuma bila balik dari trip nanti je la kena bertabah sket dengan mood diorang. Pukul 7.20, semua dah siap lengkap sekali ngan loading beg baju dan barang masuk kereta. Pantasss. Takde sarapankat rumah sebab aku takut lambat. Prepare ok boleh cepat tapi nak nak kemas nak cuci bagai kang amik masa pulak. So kita order saja kuih dari Kak Has, jiran JM8 jugak.
Sedap both kuih ni. šš
Pukul 7.30 kitorang gerak dari rumah kat Setia Alam, dalam 7.45 sampai JM8. Terus amik kuih pastu sarapan dalam keta sambil tunggu semua peserta @ jiran yang join trip kumpul. Sempat agih kuih jugak kat jiran sambil diorang loading barang. Ikut itinerary pukul 8 kumpul, pukul 8.15 nak gerak. Tapi biasalah, pukul 8.25 baru dapat kumpul. Tu pun tak semua, cuma 5 buah kereta @ family je yang dah ready. Sebuah kereta akan jumpa kat Sungai Besar, sebuah kereta lagi gerak lambat sikit sebab tuan kereta baru bangun tido.hihi. 1 family lagi pulak akan jumpa kat Lumut je sebab dah gerak malam sebelumnya. Kampung diorang berdekatan Lumut, sekali harung balik kampung la tu kan. So kita mulakan konvoi dengan 5 buah kereta saja la ye. Gambar sebelum gerak takde plak amik.
Gerak dari Meru Klang pukul 8.30, sampai kat Lumut, Perak lebih kurang pukul 12.30. Tu dah termasuk berhenti isi minyak, pegi toilet dan jugak carik kedai RM2 cari pelampung kat pekan Sabak Bernam tapi tak jumpa. Sudahnya bila masuk simpang 4 traffic light (simpang besar ye, jalan utama) nak ke Lumut tu nampak sebesar-besar kedai RM2. Sesiapa yang nak ke Pulau Pangkor tapi tak sempat beli pelampung, set mainan istana pasir dsb boleh la singgah kedai ni la ye. Kalau beli kat Pulau Pangkor dah jadi RM12-15 tau set mainan istana pasir size kecik yang biasa-biasa saja. Kalau yang besar jejak RM20-30 okayy. Pelampung pun sama, takde harga bawah RM10 kalau beli kat Pangkor or lebih tepat lagi kat Teluk Nipah la.
Sampai je Lumut, kitorang kumpul semula kat Restoren Silatulrahim. Memang best kedai makan ni, macam-macam jenis makanan ada sampai tak tau nak decide nak yang mana satu sebab semua nampak sedap.hehe. Masakan kampung : ikan bakar, lemak tempoyak, sup daging, kerabu, ulam-ulaman semua ada. Sambal pun ada banyak jenis, tapi aku pilih sambal kuini. Sedap sungguh kombinasi manis manis pedas. Lawankan dengan keli bakar ngan lemak pucuk manis & labu. Harga pun sangat-sangat ok, kitorang makan 1 family cuma lebih kurang RM30 saja including minuman. Recommended sangat.
Siap makan, semua family bergerak ke Jeti Marina Island yang terletak tak berapa jauh dari kedai makan tu, rasanya dalam 2-3km je. Actually ada 2 tempat untuk nak naik feri dari tanah besar ke Pulau Pangkor iaitu sama ada naik dari Jeti Marina Island atau pun naik dari Jeti Lumut. Marina Island tu just nama je ye, bukan pulau pun. Kalau naik feri dari Marina Island akan amik masa less than 15 minutes untuk sampai ke jeti Pulau Pangkor. Tapi kalau naik feri dari jeti Lumut plak amik masa dalam setengah jam katanya sebab perbezaan jarak.
Bergambar jap sementara tunggu bapak-bapak selesai parking kereta.
Tiket Marina Island - Pangkor Island - Marina Island untuk kitorang berenam.
Harga tiket macam dalam gambar kat atas ye. Untuk family kitorang, perlu dapatkan 3 tiket berbeza mengikut umur. Idlan 3 tahun dan jugak Iqbal masih baby baru 10 bulan tak perlu bayar tapi tetap dapat tiket. Ibu ayah dewasa RM14 sorang; Kakak Insyirah & Abang Irsyad pulak kanak-kanak RM5 sorang. So total RM38 untuk sefamily 2 dewasa 2 kanak-kanak 4-12 tahun dan 2 baby/kanak-kanak bawah 4 tahun untuk pegi dan balik. Tiket perlu simpan baik-baik sebab masa nak naik feri pegi dan balik kena tunjuk tiket yang sama.
Feri penuh kat dalam. 2 orang ni lagi suka kat luar bleh tengok laut.
Kitorang naik feri dari jeti Marina Island pukul 2 petang dan sampai kat jeti Pangkor Island dalam 2.15 petang. Kejap je dalam feri, tapi lama pulak nak menunggu bergerak ke resort sebab ada 1 family dari group kitorang yang hilang beg. Mungkin guest lain tersalah amik ke macam mana tak pasti la kan. Lepas berurusan dengan staf bertugas dan tinggalkan contact no barulah kitorang bergerak ke resort. Petang tu baru dapat tahu, beg dah dapat semula kat family tu sebelum asar petang tu. Alhamdulillah. Kalau tak jenuh juga takde pakaian nak pakai sepanjang kat Pulau Pangkor. Nak kena shopping luar dan dalam la pulak kan.
Sambil tunggu semua ready untuk naik van ke resort.
Dari jeti ke resort, semua naik teksi kaler pink yang merupakan pengangkutan rasmi la kat Pulau Pangkor ni. Group kitorang 8 family semuanya dalam 40+ orang semuanya. Muat 3 biji van campur dewasa, kanak-kanak dan jugak baby dalam 1 van 15-18 orang. Takpe padat-padat sket duk dalam van sebab jarak pun takdela jauh mana. Dalam 10minit lebih kurang dah sampai resort yang dipilih iaitu Pangkor Bayview Beach Resort yang terletak kat Teluk Nipah. Jalan nak ke sana memang berliku-liku, kalau suruh aku drive memang tak mau la. hehe.
Bergambar jap sebelum naik van. Aishh nape la tarik-tarik baju Ibu plak.
Happening sungguh Teluk Nipah ni, gerai sepanjang jalan berlatar belakangkan pantai. Opposite gerai dah resort dan jugak kedai-kedai makan, mini market, kedai kek, kedai souvenir & macam-macam lagi. Sama lorong dengan Pangkor Bayview Beach Resort ni saja pun rasanya ada dalam 10 buah resort, rapat-rapat je. Semuanya within walking distance je, memang lokasi terbaik. Seperti yang dijanjikan, sebelum check in bilik kita bergambar dulu memandangkan semua tiga van pink dah pun sampai kat resort.

Team merah :-)
Saya landing dulu ye. Penat lebih setengah hari tak dapat golek-golek :-p
Bilik untuk semua 8 family dari group kitorang kat 1st floor, family room dengan 2 double bed @ 4 single beds. Kitorang cantumkan je 4 single beds jadi 1, so lebih luas. Lagipun memandangkan masing-masing berebutkan ibu, bila dah lekat jadi sama adil semua dapat ibu.hehe. Sampai bilik masing-masing kepenatan, solat jamak, rehat dan tido sampai pukul 4.30 petang. Lepastu baru turun ke bawah layankan anak-anak mandi pool. Rupa-rupanya jiran lain dah lama turun pool, anak diorang dah tak sabar nak mandi. Terus join mandi sampai pukul 6.
Tak sabar nak mandi pool. Dak tecit tu tau ke nak p manaaa.
Sulung & bongsu. Confirm bongsu :-p
Ayah & Iqbal.
Mandi jangan sampai lebam tauu.hehe.
Lepas mandi, jalan-jalan tengok gerai sambil carik kudapan petang. Tengah jalan-jalan hujan pulak, so stay kat satu gerai terus order makan berat merangkap makan malam. Order nasi goreng seafood dan jugak rojak ketam. Sesap dua-dua tu, nasi goreng seafood RM8 rojak ketam RM20. Alaaa takde plak amik gambar rojak ketam tu tapi macam rojak biasa la ada tepung cuma special ada bebola ketam dan jugak ketam seekor size sedang. Sepinggan boleh makan 2-3 orang juga tu. Siap makan, terus balik bilik sebab dah senja. Banyak kedai tak sempat pun nak tengok, esok je la pulak.
Meriah sepanjang jalan. Sambil jalan-jalan tu baju pun kering :-p
Hujan pulak.
Layan tengok pantai & laut la. Abang Idlan sempat tido kejap kat sini. Adik steady je lepak sambil makan pisang goreng :-)
Sambil tunggu makanan sampai, layan view cantek ni.
Malam tu dah tak keluar bilik dah. Layan tengok cite Karate Kid kat tv sambil minum milo 3 in 1 panas, solat jamak terus tido. Hubby je ada turun ngeteh ke karoks dengan bapak-bapak lain. Tu pun tak lama pastu dah naik bilik, ngantuk sesangat dah masing-masing. Selesai hari pertama kat Pulau Pangkor, bersambung kat next entry untuk cerita hari kedua dan ketiga.
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.club....^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856
--------------------------------------------------------------