Cuti2 Malaysia - Kota Bharu, Kelantan (Day 3)

Day 3 - Khamis, 22.03.18

Pagi tu lepas bangun, solat dan bersiap, kitorang sarapan kat kedai makan bawah hotel tu je. Sarapan nasi tumpang ngan nasi kerabu. Nak makan nasi dagang takde pulak. Murtabak pun takde, rupa-rupanya petang je baru ada. Semalam masa kitorang sampai memang tengah meriah pekerja kedai tu prepare murtabak, sedap je bau. Takpela bukan rezeki nak try murtabak Kelantan kali ni. Siap sarapan, pegi ke belakang kawasan kedai untuk amik gambar. Banyak mural kat sepanjang Jalan Dato Pati ni. That's why la aku pilih hotel ni pun, lokasi best dan bilik pun okay luas dengan 2 katil double. Layan je la gambar-gambar kat bawah.hihi. Tak reti sangat nak pose macam mana, bolehla buat kenangan dah sampai Kota Bharu. Ooo ya satu nak puji, Bandar Kota Bharu ni bersih 👍👍 berbanding dulu 1st time datang sini. 

Nasi tumpang.

Kakak snap kan. Oklaaa.

Anak dara muka booolat.

Pandai pulak 2 hero ni posing.

Kakak n Adik.

Adik pis laaa. Salah tu :-p

Kakak lagi.

Tingginyaaa kata Adik :-)

Ni 1st pic sebenarnya.

Siap amik gambar, kitorang jalan kaki je Pasar Siti Khadijah. Lalu celah-celah kedai dan pasar barang basah. Tak sampai 400 meter pun berjalan dah sampai, ok sangat. Since masih awal lagi, ramai peniaga baru nak set up kedai @ tempat berniaga. Kitorang tercarik-carik tempat jual makanan. Maklum saja, besar jugak bangunan pasar tu dan banyak pintu. Rupa-rupanya tempat makanan tu terletak kat bahagian opposite bangunan yang ada bank - BSN tu. Banyak sangat variety makanan especially kuih yang manis-manis. 

Dari hotel, ikut celah pasar ni untuk ke Pasar Siti Khadijah. Ikan fresh kat sini.

Dah sampai. Dak tecit nak dukung je apahal?

Dari dalam train masa sampai Pasir Mas lagi ada orang jual mangga macam ni.

Warna-warni dan paling utama, manis. Especially yang kuning tu. 

Ooo ya kalau carik ATM nak cucuk duit, selain kat BSN tadi boleh cucuk kat Maybank jugak. Maybank sebelah kiri, kena lintas jalan opposite BSN. Ada roundabout comel kat situ. Dari Pasar Siti Khadijah side jual kuih-muih ni lagi dah boleh nampak both bank. Selepas cucuk duit banyak-banyak (secukupnya la hahahaa) aku pun beli la kuih-muih yang dijual kat Pasar Siti Khadijah tu. Taktau la kuih nama apa, main tunjuk-tunjuk dan campur itu sikit ini sikit. Konon nak try rasa sikit semua, tapi end up for me akok je yang paling aku suka.hihi. Yang lain manis tak berapa kena dengan selera aku. Takpe, plan petangnya nak pegi carik akok panas pulak. 

Masa tengah tunggu queue cucuk duit, my hubby wasap gambar ni. 2 hero tengah tunggu ibu katanya. Alolo tinggal kejap dah sibuk nak ibu. Sweet :-)

Sedap ke yah? Haha. 2 orang anak ni langsung tak makan. Ibu Ayah Kakak je makan tu pun sampai malam baru mampu habiskan :-p

Inti kacang. Yang ni ok, tak manis sangat. 
Yang bentuk kon balut daun pisang tu pun ok, Kakak suka.

Duduk kat foodcourt Siti Khadijah yang terletak kat tingkat 1 tu makan kuih je, plus order air. Ye la, dah duduk kat kerusi meja diorang haruslah order sesuatu kan.hihi. Siap minum dan makan kuih, round kawasan pasar kat tingkat 1 dan 2. Tingkat bawah sekali jual kuih muih, sayur, buah-buahan, lauk pauk, barang basah la senang cerita. Tingkat 1 pulak selain foodcourt, banyak kedai makanan kering. Jual macam-macam jenis makanan ;  yang paling top serunding, jajan-jajan, keropok, dodol dan macam-macam lagi la. Tingkat 2 jual pakaian, kain pasang, telekung, kelengkapan solat, tudung dan macam-macam lagi la. Aku beli tshirt 'I Love Kelantan' untuk anak-anak, kain batik solat dan jugak baju kelawar lengan panjang. Sambil tu tengok jugak kain pasang, cantik-cantik dan terkini semuanya. Rambang mata dibuatnya.huuu.dugaan. 

Snap dari 2nd floor. Meriah.

Kain pasang terkini. Harga RM60/ sepasang 4meter. Okla kain cantik siap ada batu. 

Haishhh rambang mata. Penjual semua ramah, of cos la kan.hihi. Suka tengok kaum wanita pandai meniaga. Suasana kat sini sama je macam masa aku datang  20thn+ dulu. 

Siap membeli, kitorang sefamily pun jalan kaki ke Kampung Kraftangan. Dekat je tak sampai pun 400meter. Otw nak ke sana, sepanjang kaki lima tu banyak jugak tshirt dan souvenir yang dijual. Pastu ada building namanya Pasar Buluh Kubu, nampak dari luar banyak menjual pakaian. Since kitorang akan balik naik bas dan aku pun takde plan nak membeli baju, so memang tak masuk pun dalam tu. Sampai kat Kampung Kraftangan, terus tuju Kedai Nasi Ulam Cikgu yang femes sangat tu. Bukan nak tengok pembikinan kraftangan pun,hihi. Kat kedai makan ni semua self service. Dari amik nasi, lauk,ulam,buah ngan sampai air pun. Diorang dah sediakan air dalam jag kecik dan besar. Tinggal pilih je nak air apa. Ada dalam 4-5 jenis air, kitorang amik air barli jag jecik. Pisau pun disediakan untuk potong lauk especially ikan keli (sebab ikannya besarrr ok bukan size macam biasa makan kat kedai ayam penyet) or untuk potong tembikai. Full self service, siap makan bayar sendiri kat kaunter. 

Bergambar dulu sblom makan. Belum pukul 12 ni, customer blom ramai.

See, besar keli goreng tepungnya. Kerabu nipah tu sedap, lawankan dengan ulam.

Tengah makan ada pulak sorang akak ni menjaja buah. Beli jugak mangga ni ngan nanas madu. Nanas madu tu sedap, manis sangat. Selalu beli kat Selangor tak semanis tu. Rugi beli 1 bungkus je :-p 

Buah potong pun susun kemas je. Alahaiii eloknya.

Siap makan, kitorang tunggu kereta sewa yang aku dah book dan bayar awal sebelum datang Kota Bharu tu lagi. Sewa kereta Kelisa 1.0cc Auto untuk 24 jam @ sehari RM80. Ok sangatlah rate tu. Nak naik grab memang tak sesuai untuk hari ketiga ni sebab kitorang nak pegi jauh sket, kawasan kampung ngan pantai pulak tu. Takut grab takde sampai sana pun ye jugak. Dalam pukul 12.30 tengahari macam tu, adik owner kereta sewa tu pun sampai. Lepas dapat kereta, terus my hubby drive ke arah Kg. Salor sebab nak carik akok panas,yeayy. 

Jarak dari Bandar Kota Bharu ke kedai akok tu tak sampai 15km pun. Tapi sampai sana hampaaa bila mana kedai tu tutup. Kalau ikutkan hari tu sepatutnya bukak, aku dah google awal dah. Tapi diorang letak signboard 'Maaf, akok habis' kat pagar. My hubby syak, kedai tak bukak sebab awal lagi kan takkan habis. Mungkin jugak diorang pegi keja kawen @ rewang sebab tengok ada majlis kawen kat rumah berdekatan. Since takde signboard lain, diorang letak la signboard tu.haha memandai je. Takpela nak buat macam mana, bukan rezeki nak makan akok panas kat kedai tu, dibakar dengan sabut kelapa katanya. Boleh imagine macam mana bau aromanya, mesti sedap.

Since tak nak menghampakan isteri tercinta, my hubby google pulak akok panas tempat lain pastu terus drive ke sana. Pun takdela jauh, tak sampai 10km dari kedai akok yang tutup tu. Dapatlah merasa akok panas walaupun takde guna sabut kelapa. Pastu takde amik gambar sangat kat kedai tu, 'potong' la sebab akak kedai tak mesra alam. So lepas beli dan bayar terus masuk dalam kereta dan makan akok panas. Akok panas dengan cuaca yang panas terik. Huuu memang tekak meminta nak air mineral sejuk saja laa.

 
Akok Warisan. Ada bahulu jugak. Akok 60 sen per pc. Beli 15pcs saja :-p

Memang request nak yang panas. 

Siap membeli akok, terus hubby drive ke Pantai Senok. Belasah je la walaupun masih awal lagi. Konon plan asal nak pegi pukul 4 ke atas. Tapi since dah siap misi mendapatkan akok panas, redah je la. Pantai Senok ni terletak kat area kampung di Tawang, Bachok. Less than setengah jam dah sampai sana. Mula-mula sampai aku nampak signboard tulis 'Pantai Senak' mungkin ejaan asal. Since orang Kelate sebut senak ~ senok, lama-lama melekat la nama Senok. Agaknya la, aku main agak je. Pastu kat area kampung tu banyak je gerai makanan kat depan rumah. Ada satu gerai ni jual mee celup RM1, waa murah sangat tu. 

Pastu ada pulak yang gantung bendera Korea depan rumah.hihi. Fefeeling Korea la sempena adanya Pantai Senok yang dikatakan mirip Nami Island, Korea. Sebabnya banyak pokok rhu ditanam sebaris dengan jarak yang hampir sama. So nampak cantik tersusun. Walaupun  pukul 3 petang, dah ramai pengunjung kat sana. Cuaca memang panas terik, tapi duduk bawah pokok rhu yang banyak tu tak terasa panas. Ramai jugak keluarga yang singgah bergambar dengan baju kurung bagai, mesti dari jemputan kenduri kawen tu. Kat Kelantan ni rasanya satu perkara biasa kalau kenduri kawen pada weekdays, lagi-lagi cuti sekolah macam masa kitorang pegi tu. Kalau kat Johor ngan Selangor memang tak la. Apapun mesti kenduri kawen pilih weekend jugak. 

Sama tegak ngan pokok rhu :-p

Lagi gambar.

Ada buaian jugak.

Lagi gambar mak bapak :-p 

Kurang cantik plak gambar. Letak jugak kat sini. Ni je gambar ngan anak-anak.


My hubby kata pantainya cantik, tapi aku ngan anak-anak tak pegi ke sana sebab cuaca panas kan. So takde amik gambar kat pantai pun. Cuma amik gambar sekitar kawasan bawah pokok rhu je. Dalam pukul 4.30, kitorang pegi carik tempat makan. Waa awal plan makan petang merangkap makan malam hari ni. Plan nya nak makan Maggi Tiram Pok Weil, kurang 15minit je perjalanan dari Pantai Senok ni. Otw ke sana, lalu jugak depan kedai Kak Zah Maggi Udang Galah, ramai pelanggan jugak. Ok, sini udang sana tiram. Aku pilih tiram sebab jarang makan.hihihi. 

Maggi tiram versi berkuah @ maggi kari.

Maggi tiram versi goreng. 

Ni je sempat snap luar kedai. 

Berdasarkan video yang aku tengok sebelum datang Kota Bharu ni, Pok Weil ni mengusahakan iaitu menternak dan membekal tiram. Kalau datang makan kat sini, tiram tu fresh. Masa aku order aritu lambat sket nak dapat maggi tiramnya. Tengok pakcik tu tengah nak keluarkan tiram sebelum dimasak. Okla both version - goreng dan sup pun seda dan paling penting tak terlebih masin. Maggi kan, tak boleh nak bagi review sedap gilaaa la, rasa maggi la. Cuma specialnya ada tiram yang fresh. Anak-anak makan nasi goreng cina je as usual. Siap order extra sepinggan lagi tu. Settle makan, kitorang pun bergerak balik ke hotel kat Bandar Kota Bharu semula. Mandi, silat dan rehat sebelum keluar semula sebelah malamnya.

Kalau hari sebelumnya kitorang ke pasar malam Wakaf Che Yeh awal sebelum senja lagi, hari ni kitorang pegi sebelah malam pulak. So semua gerai of cos la dah bukak tak macam semalam. Tapi biasalah bawak anak-anak kecik dengan 2 orang boboy dah ngantuk, takdela dapat pusing semua. Adik Idlan siap tido lagi, Ayah dukung. Dapatlah beli seluar jeans Levis & wallet my hubby dan jugak baju tidur anak-anak. Ibu tak dan nak beli apa-apa, takpe its ok. Nak beli seluar raya anak kononnya pun tak jadi sebab Abang dah meragam tak bagi Ibu stop kat gerai mana-mana dah. Beli jugak jajan-jajan tapi terlupa nak snap gambar.hihi. Ibu suka kuaci rangup, Kakak Insyirah pulak suka gula-gula kuaci dengan seaweed apa ntah, over berperisa je aku rasa. Siap membeli, terus balik hotel untuk tidur dan berehat. Esoknya dah last day Kota Bharu, Kakak kata cepatnyaaa. Tak puas lagi nak berjalan katanya, sabo je la mak. Memang cuti kali ni agak sekejap je kat tempat yang dituju sebab tujuan utama kan nak naik keretapi. Perjalanan naik 2 jenis keretapi je dah amik masa dari petang Selasa ke tengahari Rabu. Cuma hari Khamis je la yang full day kitorang berjalan-jalan area Kota Bharu dan up sket ke Bachok tu. Takpe, In Shaa Allah ada rezeki lain kali kita datang Kelantan lagi ye.

Comments

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit