Cuti2 Malaysia - Kota Bharu, Kelantan (Day 4)
Day 4 : Jumaat, 23.03.18
Pagi terakhir di Kota Bharu (sobsss sedih dah nak balik.haha). Kitorang check out hotel terus pagi tu, takde staff pun kat kaunter. Kitorang tinggal je kunci kat kaunter tu. Turun bawah, tengok ada pasar pagi rupa-rupanya. Plus ada khemah untuk program apa ntah, kind of kempen awal sebelum pilihanraya je nampak gayanya.hihi. Sempat jugak jengah pasar pagi tu, aku beli kurma, buah tin dan jugak kacang. Kat Kota Bharu ni aku perhatikan banyak je tempat sama ada kedai atau gerai dalam pasar yang jual makanan dari Timur Tengah macam kurma, buah tin, kismis, etc la. Bestnya, anytime sepanjang tahun boleh makan semua tu. Memang favourite aku la tu semua. Kalau kat Johot ngan Selangor takdela banyak kedai dan berdekatan rumah memang takdela, kena carik jauh sket baru ada.
Settle membeli kat pasar pagi, terus bergerak ke Kopitiam Kita, tempat breakfast yang femes sangat tu. Tempat ni top nya roti titab tu la, dan dikatakan sebagai one stop centre sebab semua makanan yang femes kat Kelantan ada kat kopitiam tu jugak. Jarak dari hotel ke Kopitiam Kita tu lebih kurang 3km je dan jalan pun clear la sebab hari Jumaat kan, hujung minggu bagi Kelantan. Sampai sana punyalah ramai pelanggan, parking pun penuh. Pelanggan ramai, tempat parking pulak limited sebab kopitiam ni dalam kawasan perumahan. Depan rumah orang of cos la tak boleh parking, tuan rumah pun dah letak signboard siap-siap 'no parking' kot ada yang buat-buat tak paham pegi block pagar rumah orang.hihi.
Sampai Kopitiam Kita, amik gambar jap sebelum masuk. Masuk je dalam kopitiam hujan turun selebat-lebatnya. Mujur dah dapat parking berdekatan, kebetulan ada orang nak keluar. Nak order roti titab, panjang juga kena queue tapi dont worry ok sebab tak lama pun. Pekerja tu prepare roti titab pantas je. Aku perhatikan, roti semua dah siap sapu mentega (or marjerin tak pasti), diorang tinggal keluarkan dari plastik pastu bakar @ panaskan roti atas dapur macam roti canai tu. Telur pun dah siap-siap stok banyak yang separuh masak tu. Diorang tinggal picit keluar kaya dari dalam botol plastik yang selalu letak sos tu, letak kat 4 sudut roti pastu pecahkan telur kat tengah-tengah. Aku order 4 set roti titab untuk makan dan 2 untuk bungkus. Kata adik tu, bungkus amik kemudian. So okla, pegi makan dulu nanti datang semula.
Adik ni prepare sorang-sorang je.
Muka ada senyum :-p
Selain roti titab, makanan lain boleh amik kat dalam bakul yang diletak kat satu part sebelah kaunter bayaran. Cakap je nak makan apa, semua ada. Kitorang amik jugak nasi Air Dingin, ketupat sate dan jugak nasi dagang since belum makan lagi nasi dagang sejak kat Kelantan ni.
Siap sarapan, kitorang bergerak semula ke Bandar Kota Bharu. Plan nak pergi area berdekatan Pasar Siti Khadijah tu je sebab aku google, Jumaat tutup. Tapi bila sampai sana, elok je meriah Pasar Siti Khadijah. Aku pun apa lagi, terjah la sekali lagi sebelum bertolak balik ke Selangor. Hero-hero elok pulak ngantuk sejuk-sejuk cos masih hujan masa tu, so aku tinggalkan je ngan ayahnya. Kakak Insyirah je ikut Ibu, nak beli tshirt lagi katanya plus nak beli gula-gula kuaci dan jajan-jajan lain macam sagun,etc. Aku beli jugak baju kelawar lengan pendek ngan kain pasang untuk buat baju raya.
Tengah shopping kat Pasar Siti Khadijah, hubby wasap gambar ni. Diorang lepak kat pondok wakaf kat kawasan berbumbung antara Pasar Siti Khadijah dengan Bazar Buluh Kubu.
Siap membeli, jam pun dah hampir pukul 12.30 tengah hari. Terus ajak hubby bergerak ke Stesen Bas Lembah Sireh berdekatan Tesco & Aeon Kota Bharu tu. Dah janji dengan adik owner kereta nak return kereta kat sana pukul 1, bas kitorang pukul 2. So sempatlah solat jamak Zohor & Asar kat stesen bas tu tapi tak sempat pulak nak makan tengah hari. Mujur ada tapau roti titab 2 set pagi tu. Bolehla buat makan kat dalam bas sebelum berhenti rehat makan nanti. Bas bertolak dari Kota Bharu pukul 2.05 petang, berhenti rehat dalam 40 minit kat Hentian Gua Musang pukul 6.30 petang macam tu. Pukul 10.30 malam, bas pun selamat sampai kat TBS. Syukur alhamdulillah lancar semua perjalanan pergi dan balik kitorang sekeluarga. Penat tapi seronok, anak-anak pun happy sangat nampaknya. Satu pengalaman yang takkan dilupakan.
Bekal roti titab :-p
Kalau Kakak Insyirah kata tak puas, Ibu pun tak puas sebenarnya. Bak kata my hubby, kena buat road trip khas untuk Pantai Timur saja kalau nak lebih puas. Okayyy, menarik sangat tu. In Shaa Allah ada rezeki dan kesempatan, lain masa boleh plan untuk road trip. Nak cover route yang kitorang terpaksa cancel dulu : Gerik - Rantau Panjang - Marang -Kuantan. Tahun bila tu belum tahun lagi, tapi In Shaa Allah akan difikirkan kemudian. Mungkin dengan ahli keluarga baru pulak nanti.
------------------------------------------------
Total Expenses.
Parking TBS 4 days : RM28
ETS TBS - Gemas : RM98
Train Gemas - Wakaf Bharu : RM134
Hotel 2 nites : RM260
Grab car : RM50
Car rental : RM80
Petrol : RM25
Makan (estimate) : RM400
Shopping (estimate) : RM300
Bas Kota Bharu - TBS : RM160
Total : RM1,535
Makan ngan shopping tu just an estimation je. Memang sengaja tak rekod.hihihi. Kalau tak masuk makan ngan shopping, total expenses jadi RM835. Kira ok sangatlah tu kos transport & penginapan untuk 5 orang selama 4 hari 3 malam dari KL ke Kota Bharu. Kalau naik kereta sendiri dari rumah of cos la lebih murah tapi pengalamannya mestilah tak sama. Alhamdulilah tercapai dah hajat nak bercuti sekeluarga naik train ~ ETS dan train with sleeper bed. Bawak anak kecik travel biasalah kejap ada yang merajuk, kejap bergaduh kejap nangis. Sabar je lah ye, masing-masing penat sebenarnya especially perjalanan pergi naik train. Pengalaman bermakna yang tak boleh dibeli. Syukur.
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.