Cuti2 Malaysia - Kota Bharu, Kelantan (Day 1&2)

Day 1 - Selasa, 20.03.18

Sebenarnya tiket Electric Train System (ETS) dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Gemas pukul 6.42 petang. Tapi kitorang sengaja keluar awal dari rumah, sebelum pukul 3 dah gerak dari Meru. Lewat kang takut jem ke apa dengan orang balik keje. Takpe, santai-santai je, kan tengah in vacation.hihi. Takmo jadi macam masa nak ke Langkawi dulu rushing otw ke airport. Hujan lebat pulak tu otw ke TBS tapi bila sampai sana tak ujan dah la. Tak sampai sejam dah sampai TBS terus carik parking, tingkat-tingkat bawah penuh so kitorang naik tingkat atas sekali agak lengang. 

Lepas parking terus carik kat mana kaunter tiket. Kena menapak jauh jugakla, besar kan TBS tu. Plus, kalau naik bas okla sebab akan naik dan turun dalam bangunan yang sama. Tapi naik train kena menapak ke bangunan satu lagi yang merupakan stesen keretapi guna connected bridge. Kat tiket kata ala-ala 'check in' macam naik flight  tapi bila tanya kat kaunter, staff nya bagitau just kena ready 15 minutes before departure time. Lorrr yeke, lama lagi tu. So kitorang pun patah balik ke bangunan yang parking kereta tadi. Solat  asar pastu makan petang merangkap malam sekali kat foodcourt. Macam-macam kedai ada kat situ. Kedai nasi kerabu pun ada tapi takkanlah nak makan nasi kerabu kat TBS sedangkan kitorang nak pegi Kelantan. Haruslah makan nasi kerabu kat Kota Bharu nanti kan :-p

Siap solat, makan dan tukar diaper Adik semua kitorang pun menapak lagi ke next building. Bertabahla dengan bridge tu basah lepas hujan plus Adik taknak jalan, nak dukung je. Abang pulak disuruh kencing dulu tak nak, dah tak sabar nak masuk dalam. Masa tu baru 6.15 kot, expected train sampai pun 6.42 petang. Tapi dah dia insist nak masuk dalam kawasan stesen, jom je la kita masuk. Lama jugak la tunggu sebab pukul 7.00 malam barulah ETS yang ditunggu sampai. Sebelum tu layan je la view sekitar stesen, tengok LRT, komuter, KLIA Express dan jugal ERL silih berganti. Anak-anak pun kejap duduk, kejap berdiri, kejap melukis. Macam-macam aksi la sementara tempoh menunggu.

Abang lukis keretapi katanya. Tapi muat 1 gerabak je la lukisnya :-p

Macam-macam gaya adik.

Kejap duduk pulak. Ibu tukang snap gambar je.

Bila nak naik keretapi ni? Abang dah tak sabar. 

Finally, dah masuk dalam ETS. 

Dua budak buat ETS macam rumah sendiri :-p

Actually aku beli tiket no 7A,B,C,D sebaris dalam gerabak @ coach D. Tapi tak penuh pun train aritu so kejap-kejap hubby pindah duduk belakang bagi 2 boboy ni duduk sama. Ingatkan masuk dalam train nak tidokan si kecik, rupanya takde gaya nak tido pun. Sibuk bukak tutup meja lipat depan seat tu. Oh yaa kalau beli tiket ETS ni seeloknya google dulu no seat tu hala ke utara atau selatan. Aku aritu tak terpikir langsung, lepas beli tiket baru terpikir. Nasib baik tak dapat seat yang terbalik, means lawan arah train bergerak. Pening dibuatnya kalau macam tu, aku tak tahan mabuk.haha. So memang nasib baiklah aku dah terbeli tiket yang betul. Train menghala ke selatan (dari TBS ke Gemas) dan seatnya menghadap selatan jugak. So ok, bergerak ke depan. Kalau terbeli seat menghadap ke utara memang sepanjang jalan la terbalik. Ada orang yang ok je naik macam tu takpela. 

Belum lama dalam train, my hubby bawak anak-anak ; Kakak ngan Abang pegi toilet. Abang oo Abang, nak jugak kencing dalam train ye. Patut beria tak nak kencing masa kat stesen tadi.hihi. Layankan je. Oo ya stesen TBS ni selepas KL Sentral. Lepastu lalu plak few stations iaitu Kajang, Nilai, Seremban, Rembau, Pulau Sebang (Tampin) dan Batang (Melaka) sebelum sampai Gemas. Ambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke Stesen Gemas kalau dari TBS.  Since ada skrin berdekatan ngan seat kitorang, bolehla layan dokumentari. Anak-anak pun layan, diorang suka dokumentari pasal penyu & underwater world gitu la. Dekat skrin jugak akan appear nama tempat @ stesen mana setiap kali sampai stesen tertentu. Lepastu bila dah gerak semula, akan appear pulak nama stesen seterusnya. Kelajuan ETS pun ada jugak appear. Aku peratikan, maksimum boleh pegi dalam 140km/j. Kira laju dah la tu, bawak kereta pun tak mampu selaju tu kalau Proton Saga.hihi.

Tu laaa skrin nya. Layan juga. 

Lepas lebih 1 1/2jam dalam ETS, anak-anak pun dah nampak bosan. Aku ngan hubby pun bawak diorang ke cafe kat Coach C, dekat je la. Beli milo panas 3 cup harga RM8+, standard la dalam ETS kan mana nak dapat murah. Tak sempat minum sebab panas, ETS pun sampai Gemas. Memang kitorang tak boleh budget la yang masa tu dah nak sampai. Kalau tau,  better pegi cafe awal sket. Sudahnya masa nak turun tu selain bawak beg, kena angkut cup milo skali. Anak-anak biasalah, kecoh mana nak bawak beg mana nak bawak cup.haha. Sabo je la. Ooo ya, dalam ETS ada socket ye boleh caj apa yang patut tapi aku lupa pulak nak caj handphone or powerbank kasi penuh balik. Ermm takpela, kena jimatkan penggunaan handphone masa dalam train ke Kelantan nanti.

Mula-mula elok menulis dalam ETS tu.

Lama-lama dah tak boleh duduk diam :-p

Kitorang sampai Gemas pukul 9. Duduk kejap kat tempat turun tu sebab anak-anak nak habiskan minum. Sekali tu ada staff KTMB tegur dan suruh naik tingkat atas sebab lampu semua nak tutup. Malam-malam sket kang baru diorang on balik masa next train sampai. Ooo macam tu ke, cepat-cepat kitorang abiskan minum dan naik lift ke tingkat atas. Building Stesen Gemas ni nampak baru (mungkin baru di renovate or refurbish ke apa) dan juga besar dan luas. Yela kan, ni stesen interchange antara ETS ngan KTMB train yang lama tu. Kira busy jugakla berbanding stesen lain yang kecik-kecik macam yang kitorang lalu antara TBS ke Gemas sebelum tu. Surau, toilet  dan kaunter tiket semua tu kat tingkat 1. Surau luas, kerusi pun banyak untuk duduk sementara tunggu train sampai. So kitorang pun duk lepas kat sana lepas siap solat jamak kat surau. Dalam suray, terjumpa sorang akak ni tadi naik ETS sama kitorang tapi dia naik dulu dari KL Sentral. Pastu nak naik train yang sama juga tapi turun kat Tanah Merah, balik kampung. Bila tau kitorang saja jalan-jalan naik keretapi nak turun Wakaf Bharu pulak tu, dia kata : rajinnyaaa. Hihi, biasalah orang yang tak pernah or dah lama tak naik train memang rajin dan rasa excited. Akak tu mungkin dah bosan kot naik train balik kampung. Tapi apapun, rasanya naik tain rileks sket kot berbanding drive kereta sendiri sebab whole family boleh tido dalam train. 

Tanya kat kaunter, pakcik tu kata expected train ke Tumpat akan bertolak pukul 11.52 malam nanti. Lama jugak nak tunggu pukul 11.52 malam tu. Dalam pukul 10.30 anak dah bosan dan ngantuk. Abang Irsyad ajak turun bawah, ada kedai so layan anak-anak makan aiskrim jap sambil main tolak-tolak guna troli bag tu.aiyooo. Dah bosan main, naik semula ke tingkat 1. Tak lama lepas tu, finally Adik tertido jugak kat bahu ayah. Abang je la kebal as usual, susah betul nak tido walaupun dah ngantuk. Pukul 11.30, staff bertugas bagitau semua penumpang train ending ke Tumpat dah boleh naik train. Akak tadi ngan family pun ada sekali, rupa-rupanya sama gerabak lagi ngan kitorang. Akak tu pun 5 orang sefamily tapi 2 anak yg atas tu dah besar la macam darjah 5 ngan sekolah menengah macam tu. Dari tingkat 1 nak ke train tu, Ibu la kena dukung Adik. Ayah handle beg-beg ngan pantau anak 2 orang. Memang kitorang sengaja bawak beg kecik tapi ada 5. So senang masing-masing sandang 1 beg, 1 je beg troli tapi kecik jugak. 

Ni pun boleh jadi alat mainan.

Tertido sudah kat stesen.

Sampai kat train terus carik coach 7. Seat kitorang depan skali dekat ngan pintu, berth no 2,4,7,8. Nombor genap tingkat bawah, nombor ganjil tingkat atas. Abang Irsyad la yang paling excited bila sampai kat berth. Senyum sampai ke telinga sebab first time naik train siap ada  katil boleh baring-baring. Priceless sangat senyuman dia, rasa berbaloi Ibu dukung Adik jauh-jauh.hihi. Kakak as usual ada drama sket sebab takut nak naik katil atas. Lepas dah pujuk-pujuk dan bagi kata-kata semangat baru dia ok dah pandai naik atas.hahaaa. 

Kaki naik atas bagai.

Muka excited tak ingat :-p

Carik mood nak tido :-p

Sikit lagi nak lelap.

Dalam 20 minit macam tu barulah train start bergerak, tepat 11.52 malam as per scheduled. Lepas settle anak-anak kat tempat tido masing-masing, aku pun tido jugak. Ibu of cos la satu berth ngan Adik yang masih nak ngempeng. Tido malam tu boleh tahan jugakla, agak lena walaupun bunyi choo choo train agak kuat dengan bergegar-gegar lagi. Aku memang jenis tak boleh lena sangat kalau tido dalam kenderaan tak kira kereta, bas atau kapal terbang. Tapi dalam train ni dapat tido dalam 3jam tanpa terjaga boleh consider as lena la for me. Esok paginya my hubby kata dia ada pegi minum kat cafe around pukul 3, ooo ok tak sedar apa-apa. Staff KTMB check ticket pun aku tak sedar jugak. kikiki.


Rabu, 21.03.18

Pukul 5 pagi dah terjaga, terus pegi toilet ngan amik wuduk siap-siap. Pagi tu masa nak solat Subuh tanya kat staff bertugas, rupanya coach surau tak dibawak sekali pulak dengan trip tu. So kitorang solat atas katil je. Pukul 7 pagi macam tu ada pulak staff tolak troli jual makanan, macam dalam flight. Aku beli 2 bungkus bihun + telur mata ngan 2 bungkus teh o total harga RM14. Bila anak-anak dah bangun barulah kitorang makan. Sebelum tu layan view pagi dari dalam train, bestt. Sempat tertido balik kejap sebelum anak-anak bangun tu sebenarnya.hehe. Aku ada terbaca blog yang aircon dalam train sangat sejuk lagi-lagi kalau malam. Tapi aku naik ni ok je, acceptable je sejuknya. Pastu bila dah siang pukul 10 ke atas dah tak rasa sangat aircon pun. Teringat dulu naik train dari JB ke KL masa study kat UTM, memang sejuk sesangat la aircon. Taktau kenapa this time tak sejuk sangat which is better la for me.

Morning view dari dalam train. Masa ni kat Gua Musang dah.

Baru bangun.

Dak tecit muka pelik. Malam tadi naik train kan dia tido, tak sedar. Agaknya dia pikir - kat mana pulak ni? Hihihi.

Dah siang tilam lipat. Berth tu pun boleh lipat jadi kerusi. 

Tak kasi orang amik gambar dia pulak :-p

Dalam pukul 11 aku ngan hubby bawak pulak anak-anak minum sekali lagi kat cafe pulak. Masa tu diorang dah mula bosan, ye la dah lama kat dalam train kan. Pukul 12.52 tengahari, train pun sampai kat Stesen Wakaf Bharu. Waaa bagusnya on time, ngam-ngam 13 jam. Dari stesen tu my hubby call Grab car  terus ke Bandar Kota Bharu. Tempat yang dituju adalah Yati Ayam Percik, nak makan nasi kerabu dengan ayam percik la untuk makan tengahari pertama di KB. Sedap3. Anak-anak siap makan bertambah, tapi tambah keropok je la.hahaaa. Kuih-muih pun ada dijual, aku ambik custard puff ngan akok 1 pack each. 
Sandwich tuna aku prepare kat berth je sblom tu. Kat cafe beli air je 3 gelas RM8+. Milo manis gilaaa, lupa dah sampai Kelantan :-p

Turun Grab car je nampak berasap-asap. Abang kedai tu tengah bakar ayam. Besar wooo tempat bakar dia.

Order 2 set je nasi kerabu. Ayam percik tu quarter per set, puasla makan. Kuah sedap, solok lada sedap. Kena dengan selera kitorang la. 

Siap lunch, panggil Grab car lagi nak balik hotel pulak.  Masuk 24jam dah tak tukar baju dan tak mandi okay. Jarak dari Yati Ayam Percik ke hotel tak lebih 4km rasanya tapi tercarik-carik jugak sebab hotel kecik dan masih baru. So tak berapa nak perasan. Mr J Hotel ni letaknya kat Jalan Dato Pati, dalam shoplot 1st to 3rd floor. Check in hotel around 3 petang terus mandi tukar baju dan berehat. Lepas solat jamak kononnya nak tido kejap tapi tak dapat nak lena sebab anak-anak bujang aktif terlampau lonpat sana sini bergasak apa semua. Hilang rasa nak tido dah.haha. 

Disebabkan tak boleh nak tido, aku ajak hubby ngan anak-anak keluar la. Takkan nak main gasak-gasak je dalam bilik hotel. Destinasi yang dituju adalah Bazar Tok Guru, tak jauh dari hotel. Hubby kata jalan je, dekat sangat nak naik Grab car. Tapi bila jalan kaki jauh la jugak, penat menapak dengan dak tecit jalan slow motion banyak berenti. Dalam 800 meter je tapi rasanya lebih 15minit baru sampai. Sampai kat Bazar Tok Guru belum 5.30 petang lagi tapi banyak kedai dah tutup dan sedang nak tutup, alaaa awalnya. Kan waktu tutup sebenar pukul 6, janganlah awal sangat kemas dan tutup kedai. Rasa tak best pulak nak jengah kedai bila orang dah gesa-gesa nak balik. Sudahnya tak jadi nak cuci mata tengok baju ke songket ke apa. Layankan je anak-anak nak pegi toiley la apa, pastu decide terus ke Wakaf Che Yeh walaupun masih awal lagi. 

My hubby panggil Grab car, pastu terus gerak ke Wakaf Che Yeh. Jalan jem sket sebab waktu kemuncak orang balik keje kan. Bertabahla je la, bukan kita yang memandu pun. Amik masa dekat setengah jam jugak nak sampai sana. Sampai Wakaf Che Yeh, pasar malam yang dibuka setiap hari tu baru nak start. Ada sket-sket gerai especially gerai makanan yang dah bukak. Selebihnya tengah baru nak set up atau turunkan barang dari van. Kitorang carik warung dulu bagi anak-anak minum air dulu sementara pasar malam buka sepenuhnya. Murah nau nau minum air teh o ais 1, milo ais 2 cuma RM3. 

Siap minum, start jalan-jalan sekitar pasar malam. Bagus jugak datang awal sebab orang belum ramai. Boleh tengok dan jalan dengan aman. Banyak sangat pilihan kain pasang, jeans, jam, makanan dan lain-lain. Tapi malam tu tak membeli sangat, cuci mata dulu katanya. Padahal cash tak berapa nak ada sebab hotel kena bayar cash tak boleh guna credit card. Takpela, esok malam boleh datang for the second round. Malam tu makan kat gerai dalam kawasan pasar malam tu je. Sedappp dan murah, tak macam makan kat kedai yang femes.hihi. Order laksam 2, nasi air special 1, mee celup special 1, nasi pataya 1, air 3 tak lebih RM30 kauuu. Murah sangat tu. Rasa nak duduk pindah Kelantan pulak.kikiki.

Berapa kali nak beli jam daaa. 

Adik pun nak jam jugak.

Milo kepal viral katanya. Viral ke? Aku taktau pun.haha.

Budak-budak suka la benda gini.

Jangan kira kalori :-p

Dah senja masa ni, gambar pun gelap. Sedap semuanya.

Penat jalan-jalan kat pasar malam, kitorang pun decide balik terus ke hotel. Panggil Grab lagi, last kopek la ni pakai Grab sebab esok nak jalan jauh sket ke Bachok so aku dah sewa kereta siap-siap. Disebabkan kawasan pasar busy, kena menapak ke depan dekat jalan besar. Abang Grab tunggu sana je. Sampai hotel terus rehat dan tido, settle itinerary day 2. 

Hotel ni kat hujung kawasan pasar. Kalau duduk sini, memang Ibu ngan Kakak je la turun shopping. Yang lain tinggal :-p 

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit