Posts

Showing posts from December, 2016

Cuti2 Malaysia - Pulau Langkawi (Part 4)

Image
Day 4 - 30 November 2016, Rabu. Hari keempat lagi santai berbanding hari ketiga. Pagi tu takde bersiap dan keluar awal sebaliknya rehat-rehat kat bilik sampai lepas Zohor baru keluar. My hubby je keluar sorang carik sarapan kat area Kg Lubuk Buaya tu. Beli nasi lemak bungkus RM1.20 kat Warung Desa Tanjung opposite Fave Hotel dan Restoren Selera Lubuk Buaya yang kitorang makan malam hari kedua hari tu. Makan sarapan kat pondok luar bilik resort tu je. Bancuh air milo 3 in 1, settle. Sarapan paling jimat sepanjang kat Langkawi. Menu Awal lagi, belum ramai orang datang beli. Semua bungkus comel-comel macam ni.  Lepas siap sarapan memang dah setkan masa untuk Kakak Insyirah mandi pool sampai tengahari, kiranya mandi sampai muak la.haha. Tapi rupa-rupanya hari Rabu diorang buat macam major cleaning la pulak kat pool, alolo sian Kakak lama tunggu nak mandi pool. So dalam pukul 10.30 macam tu baru start dapat masuk pool dan main sampai hampir pukuk 1 jugaklah. Okla tu, harapnya dah puas c...

Cuti2 Malaysia - Pulau Langkawi (Part 3)

Image
Day 3 - 29 November 2016, Selasa. Itinerary day 3 ni memang santai-santai je, takde banyak tempat nak pegi. Memang itu pun tujuan ke Langkawi kali ni, santai. Lagipun dengan 3 anak, kalau jalan or aktiviti banyak-banyak bukan diorang je penat, Ibu Ayah pun penat nak handle.kikiki. Seawal pukul 7.45 kitorang dah keluar hotel untuk jalan-jalan cari makan, sarapan la apa lagi. Sebelum tu inform kat reception nak diorang buat housekeeping bilik.  Lokasi sarapan pagi tu kat area Ulu Melaka, nama tempat tu Nasi Dagang Pak Malau. Satu jalan yang sama dengan Makam Mahsuri. Ramai yang review pasal tempat ni, tu yang nak jugak datang melawat kawasan :-) Ok memang best la kan view sawah padi. Kalau balik Tanjong Karang takde pulak ko nak makan kat tepi sawah pun kan. Layann. Sampai sana kira masih awal lagi, so takde masalah terus dapat seat nak makan. Adik Idlan elok je dia masih tido sejak lepas menyusu dalam kereta. So aku letak je dia kat buggy, terus sambung tido.  Tido la nak ;-) S...

Cuti2 Malaysia - Pulau Langkawi (Part 2)

Image
Day 2 - 28 November 2016, Isnin. Hari kedua, lepas Subuh terus mandi. Anak-anak pun bangun awal sebab plan hari kedua terus nak naik skycab @ kereta kabel. Wajib pergi sebab inilah reason aku nak repeat Langkawi pun sebab last time datang tempat tu tutup untuk maintenance. 4 hari kitorang datang, 4 hari tu la diorang tutup. Sedehh. So memang keluar ayat 'lain kali ada rezeki kita datang lagi' selepas ayat 'takpela takde rezeki nak naik cable car'. Hahaha.  Sebelum keluar sempat posing tepi 'pool kakak' tetibaaa. Depan hotel, pagi tu ramai yang nak check out. Masuk-masuk je nampak 'mini waterpark' tu. Lepas siapkan Abang Irsyad dan Idlan, kitorang pun keluar nak sarapan dulu. Landcons takde provide sarapan ye puan-puan. Hubby ajak breakfast kat gerai tepi McDonalds tu je, nampak ramai pelanggannya. Tapi Kakak Insyirah tak nak, dia requeat nak breakfast McDonalds, so layankan saja la. Lagipun dah lama sangat rasanya tak breakfast McD. Sambil breakfast, tun...