Road Trip Jelajah Semenanjung (Summary and Expenses)

Entry terakhir ni aku nak buat summary dan list kan expenses yang terlibat semasa road trip jelajah semenanjung hujung tahun lepas. Road trip adalah selama 12 hari 11 malam merangkumi 10 negeri dan 2 wilayah persekutuan. Ini selepas tolak negeri Kelantan yang banjir teruk sehingga menyebabkan route ke sana terpaksa dibatalkan. Inilah yang dipelajari dari road trip kali ni - kita hanya merancang, tapi Allah SWT yang menentukan. Walau macam mana kita merancang, tapi Dia lah sebaik-baik perancang. Syukur alhamdulillah perjalanan keseluruhan selepas bertukar route lancar dengan izin-Nya. Objektif utama nak bawak anak-anak ke setiap negeri especially Kakak Insyirah la kan sebab adik belum faham lagi. Aktiviti road trip ni juga aku namakan sebagai #projekcutisekolahkakak kalau kat instagram :-p Semua gambar masa road trip tu aku letak hastag tu la. Sebelum pergi, aku dah ajar dia pasal negeri-negeri kat Malaysia. Bendera untuk semua 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan kat Malaysia pun ak...