Saturday 20 June 2015

Cuti2 Malaysia - Kota Kinabalu, Sabah (Day 1 & 2)

Day 1 - 27 May 2015

Pergi dan balik dari cuti ke Kota Kinabalu (KK) Sabah ni dah lebih 3 minggu, tapi baru hari ni berkesempatan nak type entry pasal tu. Ok dipendekkan cerita, flight dari Senai ke KK adalah pada 27 May 2015, Rabu jam 7.25pagi. Actually belum start cuti sekolah lagi hari tu, so kiranya Kakak ponteng la 2 hari.hihuu. Nak buat macam mana kan, tahun lepas masa beli tiket murah from AA tu taktau lagi cuti sekolah mid year start bila. Jadinya aku main beli je, dengan assumption masa tu dah start cuti sekolah. Rupa-rupanya silap assumption, so takpela ye teacher. Kasi 'can' lah Insyirah cuti lebih sket, hubby plak ngam-ngam petang Selasa tu baru balik dari India. Rabu pagi dah terpacak kat Senai Airport sekali lagi ye.huuu siannya dia.

Pagi Rabu tu kitorang bangun seawal pukul 4.15pagi, dah book teksi untuk jumput kitorang pukul 5pagi. Nasib baik mood kakak baik dan ok je dia kena mandi awal pagi. Irsyad je ibu tak mandikan walaupun pukul 4.30 dia dah bangun jugak, macam tau-tau je nak bawak pergi berjalan. Takpe, baby nanti boleh je mandikan kat toilet once dah sampai KK Airport. Tepat jam 5pagi teksi pun sampai depan pintu pagar rumah kitorang. Memang punctual sungguh la uncle ni, selalu kalau my hubby nak pergi or balik dari Senai Airport memang kerap jugak uncle ni yang bawak.

Boboy blom mandi dah sampai airport, Kakak plak ponteng skul 2hari 😛

Hampir pukul 6pagi, kitorang pun sampai ke Senai Airport. Ramai dah orang yang queue kat tempat baggage check in tu, so kitorang pun follow je la queue tu. Tak buat self check in kat website or kiosk pun sebab last time naik flight, katanya tak boleh buat self check in kalau ada bawak infant. Tapi kali ni bila sampai turn kitorang, staff AA tu mintak boarding pass dan suruh buat self check in kat kiosk dulu before nak buat baggage check in. Lorrr macam tu pulak, so my hubby pun cepat-cepat settlekan. Siap urusan kat kaunter baggage check in, kitorang terus masuk kat bahagian balai berlepas tu. Before that, of cos la solat subuh dulu kat surau yang disediakan. Dalam 7.10pagi dah boleh start masuk, then ngam-ngam 7.25pagi flight pun berlepas ke KK. Dalam flight ingatkan terus nak sambung tido tapi tak pun sebab tak lama lepas tu dah start edar makanan. Cuma dak boboy je yang dah tertido sebab dah tak tahan ngantuk la tu. So kitorang bertiga pun breakfast dulu sementara dak tecit tido. Aku dah prebook set nasi lemak dan juga mee goreng mamak+teh tarik. 1set nasi lemak lagi simpan untuk suap dak tecit bila dia bangun tido kemudian.

Since cuaca pun baik, dalam 2jam+ dah selamat mendarat kat KK Airport. Settle je urusan check dokumen dan baggage collection, aku pun bawak Irsyad mandi kat toilet. Patutnya ada je baby room tapi tak tau la, dah tak beroperasi plak. KKIA kena improve ni, barulah senang orang bawak baby nak change diaper anak ke apa kan. Lepas dah settle semua barulah aku call tempat sewa kereta bagitau aku dah sampai. Actually kereta sewa ni aku dah book awal 2bulan thru whatsapp dan 2hari sebelum ke KK pun aku dah whatsapp sekali lagi. Tapi pagi tu tunggu punya tunggu, lambat plak kereta nak sampai. Then brader tu call pulak bagitau kereta Saga FL yang aku book tu ada masalah, so kena ganti ngan kereta Waja. Ok fine, lain kali silalah check condition kereta awal-awal sebelum nak hantar kat penyewa ye encik.huhu. Walupun tukar kereta, caj still sama iaitu RM100 per day dan kitorang sewa selama 5hari, dari hari sampai until hari nak balik. Contact no. car rental tu : 014-6585686.

kat Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Boboy dah mula bosan tunggu kereta sewa lambat 😛

Lepas dapat kereta, kitorang pun terus follow itinerary yang aku dah buat. Day 1 akan terus ke Kundasang, otw ke sana singgah bergambar kat Jambatan Tamparuli. Tapi entah kenapa my hubby punya GPS sedikit (or banyak??) bengong, tak dapat bagi direction yang betul. Kalau secara manual, shud be ikut arah Tuaran-Tamparuli-Nabalu-Kundasang tapi signboard menghala ke Tuaran pun kitorang tak nampak, so terpusing-pusing kejap kat arah menghala ke bandar KK sebelum my hubby decide nak guna Waze dan jumpa simpang yang betul ke Tuaran. Lepas dah jumpa simpang tu okla, terus je follow Waze or signboard pun ok. Sebelum tu, isi petrol full tank dulu sebelum bergerak ke Tamparuli.

Sampai Tamparuli hampir pukul 12 tengahari, aku tengok kebanyakan peniaga pasar pagi (diorang panggil tamu) tengah kemas-kemas barang. Alaaa terlewat la kitorang sampai sana, kalau tak boleh juga singgah cuci mata. Tapi cuaca tengahari tu betul-betul panas terik, sanggup ke nak ber'tamu' bagai kan. So just ikut plan asal, turun kereta kejap untuk amik gambar je. Bukti dah sampai kat area jambatan asal Tamparuli.  Jambatan gantung tu cuma pejalan kaki je yang lalu, kalau motorsikal dan kereta ikut jambatan yang bersebelahan dengan jambatan asal tu saja.

nun kat blakang tu jambatan gantung Tamparuli.

ooo kat Sabah pun ada 99 Speedmart, ingatkan kat Selangor je ada 😀

Dari Tamparuli, perjalanan diteruskan ke Kundasang dan akan berhenti makan kat Pekan Nabalu dulu. Otw ke sana mula-mula hujan renyai-renyai lepastu mula melebat. Jalan pulak berliku-liku sebab nak ke kawasan tanah tinggi kan, so drive slowly saja la. Biar lambat asal selamat. Finally dalam pukul 2.30petang barulah kitorang sampai ke Pekan Nabalu. Berhenti makan tengahari kat satu kedai makan ni, order nasi goreng pattaya dan nasi goreng kampung. Kiranya 1st meal la kat Sabah ni, masakannya ok2 saja dan tak pedas. Kitorang order jugak mee goreng untuk bungkus cos nanti dah check in chalet tak payah keluar cari makan malam lagi.

dari sebelum Tamparuli sampai ke Pekan Nabalu dak tecit ni tido. Kepanasan sebab ekon tak sejuk, so ibu bukak je baju dia.

Siap makan, jalan-jalan cuci mata jap kat gerai-gerai kat Pekan Nabalu. Tapi gerai yang jual makanan dan buah-buahan tu tak pergi pun sebab masih hujan. Cuma pergi kat gerai kraftangan untuk beli tshirt, souvenir untuk adik-adik. Kat gerai kraftangan ni ok, siap ada kemudahan toilet yang bersih. Tapi gerai-gerai yang kat luar tu tak berapa nak ok sangat sebab banyak anjing berkeliaran. So kitorang pun tak jalan-jalan kat luar tu. Siap beli tshirt, teruskan perjalanan Kundasang dengan harapan hujan akan berhenti, so dapatlah tengok lembu 😀.

Kakak testing saja.

Tshirt kat sini ok harga dan kualitinya, RM50 utk 3helai.

Dalam pukul 4.20petang, kitorang pun sampai ke Pekan Kundasang. Memandangkan hujan dah berhenti, so terus decide untuk ikut plan asal iaitu ke Desa Cattle Dairy Farm. Sampai kat pintu gerbang @ kaunter bayaran, staff situ bagitau boleh je nak masuk tapi tutup pukul 5petang. Thats mean kitorang ada masa dalam setengah jam je dan tak dapatlah tengok lembu diperah susu or nak feeding lembu ke apa. Ok takpelah tak kisah sangat pun sebab kakak pun bukan berani sangat nak dekat dengan lembu tu,hihuu. Bayaran masuk RM5 untuk seorang dewasa.

Jalan nak masuk ke dalam kawasan farm tu agak teruk jugaklah, langsung tak berturap. Kalau kereta sendiri memang tak sanggup la nak tempuh, sayang wooo. Tapi dah nama guna pun kereta sewa, memang jalan je la kan. Sampai kat kawasan kedai dia tu semua staff tengah kemas-kemas sebab dah nak tutup kedai kan, tapi still boleh membeli lagi. Kitorang beli 2 kotak susu coklat, 1 kotak susu putih dan juga 2 cup aiskrim. Harga tak ingat dah brape, susu kotak yang tinggi tu dalam RM5+ kalau tak silap.

Fresh!

2 beradik layan aiskrim.

lengang dah masa ni.

Siap makan aiskrim, kitorang pun bergambar kat kawasan sekitar farm tu. Memang cantik view kat sana dan sejuk nyaman je rasanya. Kalau bakal pengantin nak amik gambar pre wedding pun cun jugak. Sebelum keluar, tak lupa nak amik gambar kat tempat wajib - kat batu besar yang ada tulis Desa Dairy Farm tu.

nice.nampaklah lembu dari jauh 😁

bukan bakal pengantin je, pengantin lama ni pun nak bergambar jugak 😀

anak dara

Yeayy dah sampai sini.

Dari Desa Dairy Farm, kitorang terus ke kawasan chalet yang tak jauh dari situ. Dalam 10 minit dah sampai Kiram Village yang terletak di Kg. Mesilou. Kawasan chalet ni kecik je, total chalet yang ada less than 15 saja. Kat lorong yang sama dengan Kiram Village ni ada 2 lagi penginapan yang lain. Dekat jalan utama pun banyak pilihan chalet, motel dan sebagainya. 

Finally, at 5.15pm kitorang pun check in kat sini. Alhamdulillah.

Siap mandi, bersiar-siar sekitar chalet. Nyaman dan cantik dengan pokok-pokok bunga yang bermacam jenis dan kaler. 5700ft from sea level, sejuk jugak around 22 degrees at 6pm.

Layan susu coklat kat bilik 😀

Malam tu tak ke mana pun, just rehat kat bilik @ chalet je. Sambung esok untuk itinerary day 2. Kiram Village ni aku dah book seawal 2 bulan sebelum, rate pun lebih murah sebab weekdays dan belum start cuti sekolah. Ada beberapa pilihan bermula dari full chalet kalau datang dengan group yang besar sehinggalah semi detached room untuk couple or family kecik macam kitorang ni. Nama-nama chalet pulak menggunakan nama sayur macam potato, brokoli, mushroom, carot, etc. Memandangkan takde bilik yang provide 2+1, so kitorang amik mushroom (queen bed) pastu add on extra bed. Total untuk 2malam cuma RM185 saja. Details tentang penginapan kat sini, bleh refer blog Kiram Village or contact no. 016-6950057.

----------------------------------------------

Day 2 - 28 May 2015

Malam pertama kat Kundasang tu kitorang 1 family bergilir-gilir keluar masuk toilet. Mungkin susu Desa yang fresh tu dah 'cuci' perut kitorang kot, haha pandai-pandai je. Kalau semalam punyalah semangat kononnya day 2 nak pergi beli lagi susu tu, terus cancel. Tidur malam pun kesejukan sebab suhu mencecah 14 degrees pada pukul 1pagi. Memang sejuk, plus aku cuma bawak jaket jeans dan bukannya sweater or winter (???) jacket :-p Irsyad plak tidur tanpa pakai sweater sebab dah termuntah dan terkena sweater. Cuma pakaikan baju 2 layer plus stokin, mujur dia tidur lena. Boboy ni memang suka dan tahan sejuk, sesuai duduk negara 4 musim ni(tetibaaa). Kakak plak malam tu asyik terjaga sebab gatal-gatal taktau sebab apa, siap naik merah-merah kat badan dan muka tapi taklah banyak sangat. Syukur alhamdulillah esok paginya bila bangun dah ok, merah-merah tu pun dah tak ada.

pagi-pagi minum susu putih plak, kotak terakhir. masih sejuk walaupun x letak dalam peti ais.

Itinerary day 2 adalah nak ke Poring Hotspring yang terletak tak jauh selepas Pekan Ranau. Kalau dibandingkan dengan Kundasang, Ranau ni lagi happening dan banyak kemudahan. Ada a few stesen minyak, banyak shoplot dan juga ada bank. Sekolah dan pejabat kerajaan pun ada kat Ranau ni. Cuaca kat Ranau juga lebih panas berbanding kat Kundasang yang sejuk, coz Ranau ni terletak kat the other side of kawasan tanah tinggi. Sebelum bertolak ke Ranau, aku dah prepare bekal siap-siap, roti sandwich tuna je pun. Okla kan buat alas perut sampai tengah hari nanti. Empat beranak tak mandi pun sebelum keluar chalet, nanti mandi kat hotspring je. 😊

540pagi dah terang.

Subuh kat Kundasang masuk pukul 450pagi, pukul 6pagi plak dah habis waktu dah. Kitorang bertolak dari chalet around pukul 7.20pagi dan sampai Poring Hotspring pukul 8pagi+. Kiranya kitorang la pengunjung pertama kat situ on that day. So sampai sana terus beli tiket berharga RM3 untuk seorang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Dengan tiket tu, kita boleh mandi kat mana-mana tub or pool terbuka. Kalau nak mandi kat tempat yang bertutup or slide pool ke apa, ada bayaran lain dikenakan. Selain mandi, ada beberapa aktiviti lain juga boleh dibuat kat Poring ni contohnya macam ke butterfly farm or canopy walk, tapi kitorang cuma setakat mandi kat hotspring tu saja.

senarai harga.kualiti gambar kurengla.

2 beradik 😊

tak sabar nak mandi!

tadah air dulu sblom mandi. adjust sendiri panas+sejuk.

kakak share ngan adik, ibu plak ngan ayah. ni yang best datang awal, orang takde lagi, so conquer sesuka hati.

dah siap tukar baju.

Lepas lebih sejam mandi kat tub dan pool terbuka, kitorang pun decide untuk balik. Sebelum tu of cos la mandi bersih dulu kat toilet yang berdekatan pastu tukar baju. Next destination, nak pergi Sabah Tea pulak. Kalau ikut plan asal takde nak ke sana pun sebab review macam kureng je kan. Ramai kata ladang  teh tak secantik macam Cameron, plus jalan ke sana pun teruk. Tapi memandangkan dah dekat dan laluan yang sama, so kitorang decide untuk singgah la kejap Sabah Tea lepas tu.

air terjun pun ada tapi agak jauh, hampir 4km dari sini.

Kat kawasan Poring Hotspring ni ada juga chalet bagi yang nak bermalam. Ada yang kecik sederet dan melekat macam rumah teres dan ada juga yang chalet besar sebuah, banglo gitu. Sekitar kawasan hotspring ni juga banyak gerai-gerai jual souvenir dan kedai makan. Tapi kitorang tak turun singgah pun sebab banyak anjing berkeliaran,huhu. On the way nak ke Sabah Tea, lalu plak 1 kedai makan muslim so terus singgah untuk lunch. Kiranya early lunch la cos masa tu baru nak masuk pukul 11pagi. Sedang cantik sebab lauk pun baru siap. Kitorang makan nasi putih ngan sayur campur dan tomyam. Okla, sedap juga masakan orang Ranau ni.😀

Lepas siap lunch, teruskan perjalanan ke Sabah Tea. Masa ni badan aku dan mula rasa lain macam, kena bengkak susu. Terus rasa nak demam plus sakit kepala.uwaaa meranalah jugak. Taktau kenapa boleh kena bengkak susu cos sejak bersalin Irsyad, pernah sekali je kena. Itu pun masa dalam pantang, selepas daripada tu tak pernah kena. Ni baby dah 1y 4m bleh pulak kena, so redha sajalah ye. Sampai kat simpang utama Sabah Tea, merasalah redah jalan yang super teruk seperti yang diperkatakan tu. Memang teruk sungguh jalan nak ke sana, dalam 2km juga kena tempuh. Finally sampai la ke ladang teh yang memang kuranggg cantik berbandingn Cameron. 😁 Disebabkan masing-masing penat, sampai je kat parking area terus semua pakat tido dalam kereta kejap. My hubby tido lama sket cos dia lebih penat driving. Aku plak bawak anak-anak turun bergambar kat luar. Kilang teh ada jugak tapi tak boleh masuk melainkan datang dengan group yang di 'accompany' dengan tourist guide ke apa ntah. Ok takpela, aku pun mood tak berapa baik nak lawat kilang on that day.haha.

Hmmm bolehlahh walaupun hambar je.hihi

Muka x berapa nak excited.

pegi minum jap la kat sini.

order 1 teko teh sejuk, okla sedap.

Ini orang minum 2-3cawan teh

Siap minum, kitorang pun balik ke Kundasang. Konon nak singgah dan pusing-pusing Ranau tapi sebab kepala dah berat dan badan pun dah menggigil, cuma singgah Petronas Ranau untuk beli panadol je. Uwaaa, takde mood sungguh. Dalam kereta pun baring dan tido je kat seat belakang dengan dak tecit. Apapun sempat jugak singgah makan durian kat gerai tepi jalan, Ranau King katanya. Around pukul 3+ kitorang pun sampai kat Pekan Kundasang. Disebabkan aku tak larat sangat nak berjalan plus baby pun still tido, so cuma my hubby dan Kakak Insyirah je turun kat  deretan gerai tu. 

Ranau King katanya RM30+ sekilo tapi kitorang makan sebiji besar jugak dalam RM35 je, diskaun kot.

Kakak beli buah dan sket makanan. Kuih cincin beli kat Kundasang ni kerasss.

Siap je membeli kat gerai, tiba-tina hujan turun dengan lebatnya. Plan asal nak ke Kundasang War Memorial sebab katanya cantik tapi terpaksa cancel. Lagipun aku dah rasa tak sihat sangat badan ni, tak larat nak panjat tangga. Aku tengok laluan masuk ke memorial tu bertangga, banyak anak tangga jugak. Lepas cancel ke memorial tu, my hubby cuma singgah tapau makanan untuk makan malam. Lepas selesai, terus balik ke chalet untuk mandi dan berehat kat bilik. Menjelang lewat petang, hujan pun dah berhenti. Kakak sibuk ajak keluar, so kitorang bersiar-siar dalam kereta je ke arah kawasan padang golf dan salah satu point untuk mulakan pendakian ke Gunung Kinabalu yang terletak di Mesilou. Masuk maghrib, kitorang balik semula ke chalet untuk solat, rehat dan tidur. Esoknya day 3 akan bergerak ke Tamparuli lepastu Kota Kinabalu untuk itinerary seterusnya.

2 comments:

  1. Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

    TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Tel : 0129600702 / 0163751978
    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    *Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

    Hubungi kami
    0129600702
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete
  2. Salam. Dekat sabah tea tu ada kemudahan solat tak untuk muslim?

    ReplyDelete