Friday 23 August 2013

Kindergarten Hunting for 2014

Eh eh tetiba tajuk entry in english.apsal? hehe. Saje je la.kalau translate kang pelik plak bunyinya. Ok ok skang ni dah masuk ujung bulan Ogos dah. Lebih kurang 4bulan lagi nak masuk 2014 plak, sesi persekolahan yang baru la kan. Nuri pun dah start edar surat kepada parents, sape yang nak sambung hantar anak for the next year memang kena reply la surat tu as a confirmation. Untuk tuan puteriku pulak, next year plan nak tukar sekolah, lagipun dah 2 tahun kat Nuri. Actually bukan sebab nak tukar environment semata2 tapi disebabkan insya allah by end January nanti Insyirah nak jadi kakak, so aku n hubby decide nak tukar sekolah yang dekat ngan tempat keje hubby or dekat ngan rumah. Senangla sket, pagi2 ayah hantar.. balik skul plak naik van. Kang ibu dalam pantang n sibuk ngan baby, memang tak dapatla nak hantar n jemput kakak dari skul macam skang ni ye.

Maka bermulalah episod mencari skul. Mula2 tanya pra sekolah kat SK Tg. Puteri, tapi diorang amik yang 6tahun sahaja - ok, takpe..cari lain. 2nd tanya plak Tabika Perpaduan dalam kawasan taman ni je.memang dekat je ngan rumah, sekolah pun baru. 2013 ni 1st year sekolah tu beroperasi. Cikgu dia pun bagi la borang suruh isi dan hantar sebelum 31 Okt depan, result dapat or tak akan diketahui dalam bulan 11 or awal bulan 12. alamakkk lambatnya. Buatnya tak dapat, last minit nak kena carik skul lain. Oh ya, untuk mohon ke Tabika Perpaduan ni kena sertakan salinan slip gaji selain ic ibubapa & mykid n surat beranak anak. Berapa agaknya maksimum pendapatan ibu bapa yang boleh dipertimbangkan untuk masuk sekolah ni? Tak tau & tak dinyatakan plak..cikgu pun tak tau. Apa2 keputusan akan ditentukan oleh Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional. Lepas bgtau hubby, terus dia decide tak jadi apply..takpe, bagi peluang kat orang lain. Nampaknya kena cari tadika swasta jugak la. Ibu tak kesah pun, ayah yang nak bayar kan.hihihi.

Seterusnya, 20.08.13 cari kat area Taman Air Biru plak. Since ofis hubby kat Jalan Gangsa, so paling sesuai kat area dekat2 ngan Petronas tu la. Boleh singgah je hantar Insyirah pagi2 sblom g keje. 3rd skul yang aku pegi survey - Tadika Evershine, kat Jalan 9/5, pastu Happy Kidz plak kat jalan 9/2. Lepas tanya yuran, subjek, aktiviti, van dsb, aku pun balik dan report kat hubby. 

yeay..inilah skul yang kami pilih - Happy Kidz

Akhirnya kami decide untuk pilih Happy Kidz atau nama asalnya Tadika didik Yuh Chyun. Tadika ni dah lama, sejak tahun 1972 lagi.. haaa ibu ayah pun tak lahir lagi tau masa tu .hehe. Yuran untuk awal tahun RM850 - dah termasuk uniform 2pasang  / baju sukan sepasang / bahan2 pembelajaran untuk half year. Nanti mid year kena bayar lagi dalam RM700. Yuran bulanan plak sama je mcm kat Nuri - RM240, cuma kena tambah bayaran untuk van la. Kalau pergi dan balik RM40/bulan. Balik saja RM30/bulan. Ok, kami pilih nak naikkan Insyirah masa balik skul je coz kalau pagi nak naik van jugak, alamatnya asyik tertinggal van je la.haha. Minah tu biasala, kalau pagi jarang2 bleh terus bangun..selalunya banyak drama. So better ayah je yang hantar, balik baru naik van. Ibu tunggu kat rumah je ye ;-)

22.08.13 - done with registration.
 Tak payah nak tangguh2 la kan. 

 testing uniform baru. 
Cik Vivin kata sama mcm uniform skul sailormoon.erkkk.


test baju sukan plak.
motip terkangkang?unknown.haha.

No comments:

Post a Comment