Friday 3 January 2020

Road Trip 4 Negeri - Day 1 & 2

Road trip ni bukan sengaja plan hujung tahun macam ni sebab dulu 2014 dah pernah terkena banjir kat Pantai Timur. Tapi road trip kali ni sebab sekali harung dengan nak ke jemputan majlis kawen kawan ofis hubby kat Bachok, Kelantan. Bila hubby ajak je, terus tengok route macam mana nak ke sana sebab jauh kan, hampir 600km kalau dari rumah kitorang kat Setia Alam ni. 

Berpandukan google map, aku tengok ada 2 pilihan route iaitu melalui Kuantan-Kuala Terengganu or melalui Gerik-Rantau Panjang. Both route lebih kurang je total jaraknya. Memandangkan route Gerik-Rantau Panjang tu adalah route yang terpaksa KIV masa 2014 tu, so aku suggest kat hubby kitorang ikut 2 route berbeza la masa pergi dan balik. Kira macam buat satu pusingan lengkap la, gituuu. Best sikit dapat tempuh 2 route berbeza dan tengok tempat orang yang kita belum pernah sampai. After my hubby dah setuju je, aku pun terus survey hotel mana dan area mana nak bermalam.

Finally ni la route yang aku decide :
Setia Alam - lunch at Gambang - Kuala Terengganu (bermalam) - Bachok (majlis from 1pm to 3pm) - Kota Bharu (bermalam) - Rantau Panjang (shopping & lunch) - Gerik (bermalam) - Setia Alam.

Day 1 - Jumaat, 29 November 2019

Gerak dari rumah kat Setia Alam pukul 8.20 pagi, 3 jam kemudian sampai kat Gambang, Pahang. Aku dah decide awal-awal nak makan lunch kat tempat yang tak jauh dari exit Gambang tu, so pilih Restoren Nasi Kukus My Mama. Lebih kurang 3km je dari exit dan tak jauh dari Universiti Malaysia Pahang (UMP).

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1VZ9eeq2n7qICHe7X8UpV3Dul8ykE-6fN
Happy faces sebelum mulakan perjalanan. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-_OWNF-1GJt0-OIai5hJeakln5KPYUuQ
Sebelum makan, snap gambar dulu. Gambar makanannya takde plak snap.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1_TbnMj2vKhKUKFvcYo1VdbvtDU69xFom
Siap makan amik gambar lagi.

Pukul 12.30 tengahari kitorang pun bertolak ke Kuala Terengganu. Hujan on off sepanjang perjalanan. Ni jugak kali pertama kitorang lalu LPT @ Lebuhraya Pantai Timur 2 sampai ke exit terakhir iaitu Kuala Terengganu la. 10 tahun lepas pernah sampai sini jugak masa pregnantkan Kakak Insyirah. Masa tu ikut jalan biasa, LPT2 belum wujud lagi. Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu dapat dijimatkan dalam sejam kalau ikut hiway ni tau. Pukul 3 petang kitorang sampai terus check in hotel. Hotel tu berdekatan dengan Pantai Batu Buruk, namanya TY Hotel. Terletak kat jalan besar, bukan jalan mengadap Pantai Batu Buruk tu ye. Tapi memang dekat je naik kereta, less than 10 minutes boleh sampai. Hotel berada dalam row kedai, ada kedai makan dalam row yang sama. Hotel tu sendiri pun ada butik dan cafe sendiri. Ramai je orang makan kat situ sepanjang malam sampai ke pagi masa kitorang nak check out. 

Lepas 2 jam berehat kat hotel, petang tu kitorang keluar nak carik tempat makan dan bergambar juga. Destinasi yang ditarget nak adalah drawbridge @ Jambatan Angkat Kuala Terengganu-Seberang Takir. Masa kitorang sampai tu around pukul 6.30 petang, ramai jugak pengunjung lain yang nak bergambar berlatarbelakangkan jambatan, termasuklah adik-adik dengan jubah konvo masing-masing. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1mqwn3J9TAMI76qNzKghC7_P81LKOW7Nz
Cuaca baik masa ni. Lepas siap tak lama lepas tu terus hujan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1OAr3T00gqmQonXmV-PkiP5sTh_hlV05O
Abang Irsyad plak. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ZQE950abzEu-K_u1jloftjcZTQ-9PLlz
Kakak pun amik gambar. Adik je takde sebab tengah tido.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1zo1ogqzBjtrjXR9EACmvnpCJUeeGXTdU
Kakak ngan Abg Idlan.

Siap bergambar, carik plak tempat makan yang terletak antara emporium (bangunan pasaraya lama) dengan tapak pasar malam berdekatan Pasar Payang. Sebenarnya confuse jugak, pasar malam ke pasar petang sebab masa kitorang sampai tu ngan-ngam azan maghrib. Peniaga pasar ada yang tengah berkemas nak balik. Ada jugak yang masih menjual dan takde tanda-tanda nak mengemas. So tak jadi nak round pasar, terus ke medan selera untuk makan malam. Masih berlatarbelakangkan jambatan angkat tu lagi. Layan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-71_ySSxMU7SWBfz8f45FOaCwyhDqPJj
Hujan kejap je tadi, dah berenti masa ni. Boleh la duduk kat tempat open air.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ixQXTC1UJfUrQHooP_S9JDGXztGcLLfN
Tunggu makan sampai.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SI-MdmcPHQ3TF-IJmOQxNxJrnz4Lt9vn
Abg Idlan as usual, bersemangat kalau suh posing.

Siap makan malam, singgah pulak kat Pantai Batu Buruk, nak menikmati angin malam kononnyo. Sejuk betul, dengan angin kuat macam tu. Nampak ada stall jual corndog terus singgah. Tengah viral katanya, layankan je la anak-anak makan. Baru halfway tunggu acik stall tu prepare corndog, hujan plak. Makan je la dalam hujan tu, siap makan pusing-pusing tengok sekitar pantai tapi dalam kereta je, tak turun pun sebab cuaca tak sesuai. Lepas tu terus balik hotel layan semi final juara lagu sambil rehat. Sette perjalanan hari pertama dari Setia Alam - Gambang - Kuala Terengganu. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1B_jQhzhdahE1RHKLAT2T32WcPEymlu8d
Senyum sebelum makan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-YLhyyjbJhMnr06IfwbVkRysj1qfuuAB
Banyak cheese nya, memang boleh tarik panjang la kan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1lEIBH5FQPhF0H24WbU8_52MLI5bYSyBH
Lan boleh tarik katanya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rBYUsLEwirVsPHKWmhsFV82EgG_t24xe
Ni je gambar amik kat area hotel. Lift comel muat 1 family je.

Day 2 - Sabtu, 30 November 2019.

Since harga bilik dah termasuk simple breakfast, pagi tu hubby turun amik nasi lemak bawak ke bilik. Anak-anak memasing belum bangun, tu yang angkut sarapan bawak ke bilik. Kalau nak
minum air panas dan roti bakar boleh je turun kat cafe tapi kitorang tak turun pun. Bancuh milo panas sendiri dan makan nasi lemak je kat bilik. Cadangnya nanti dalam perjalanan ke Bachok, Kelantan boleh singgah mana-mana yang berkenan nak makan. Pukul 10 pagi macamtu kitorang check out hotel untuk ke Bachok. Sepanjang perjalanan hujan on and off, ada part yang renyai dan ada part yang lebat. Dan ada jugak tempat yang dah mula banjir. 

Tempat pertama kitorang berhenti kat satu kedai kat Setiu, Terengganu nak beli keropok kering dan jugak keropok lekor. Ramai orang queue, ada yang nak beli keropok lekor siap goreng dan ada yang nak beli yang belum goreng punya. Fresh diorang buat kat situ, padanlah ramai yang singgah beli. Aku beli RM5 dapat banyak juga, tapi rasa dia memang lain dari yang lain. Sedap sangat, agak rangup kat luar tapi kat dalam lembut. Aku syak ni jenis bukan untuk simpan lama macam selalu beli kat Pasaraya NSK tu tapi ni jenis hari ni buat hari ni goreng. Memang sedap, tak jumpa kat tempat lain sebelum ni. Anak-anak pun semua suka jugak keropok lekor tu. Sampai Pantai Penarik, berenti pulak lagi untuk bergambar dan jugak makan ICT, udang dan jugak sotong celup tepung.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=17aOzKL-thYEoxVcQGAjaalAdtEsB4-HT
2 orang je celik masa ni, 2 lagi anak tido.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1TDJsnrTFCxOqonCd-avnADYsfAVc6To8
Layan main buai jap.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1DkOLpVwvL3ps80r6hbKmjMq0YxwBxGzq
Kasi can la Ibu nak posing juga.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Axy_XmdY0vfisuwSGXUBuyUe-oQhOc68
Abang Lan dan bangun. Selipar terbalik tu trademark :-p

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1DaT7c8FLDaNWrsPMlvDb18S25XE9ldvH
Kasut mana dik??

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1JldzNDIjskcnrSRCM7IfiSvXiIUNREfH
Kuat betul angin. Adik baru bangun, muka mashamm.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1w4TSxCHN8sVLXqy12Q5bhq7Hk0MrMAGJ
Best best ! Datang Ganu tak makan celup2 tepung ni tak sah la kan.

Selesai makan, perjalanan diteruskan. Semakin banyak tempat kitorang lalu yang dah banjir. Sampai Kuala Besut, ada part yang air dah melimpah ke jalan raya so jalan pun terpaksa tutup. Semua kereta patah balik termasuk kitorang sekali. Follow je google maps, dia bagi route alternatif. Tu pun sepanjang jalan hujan on off dan ada tempat dah banjir jugak. Finally lepas lebih 3 jam perjalanan dari Kuala Terengganu, kitorang pun sampai ke lokasi majlis kat Bachok tu. 

Sampai sana, hujan turun dengan lebatnya. Tapi bila kitorang siap parking kereta nak jalan ke rumah pengantin tu tak hujan pulak. Bila halfway tetiba hujan lebat semula. Adudu kelam kabut la nak masuk ke bawah khemah. Dah la agak jauh dari tempat parking @ jalan utama nak ke rumah pengantin tu. Redah je la walaupun hujan, dengan bawak baby lagi. Mujur anak-anak semua sihat walafiat sampai balik rumah pun walaupun asyik kena hujan sepanjang kat 3 negeri Pantai Timur ni. Alhamdulillah. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Ry-i7PCwhTLrPAdBleLWTYGupK0g-4aU
Mini pelamin kat luar rumah.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1agVSt-vPSNfNjQQA2h-G_iEJviOWYZPQ
Gambar sefamily dengan pengantin lelaki. Masa ni rombongan belah perempuan belum sampai lagi. Muka Ibu boolat kalau pakai tudung bawal taktau kenapa. Ke memang boolat? hahaha.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1xYgRuEAIqxbviyjpiP2XnuozVZ62YYs3
Ayah carik kemeja royal blue tak jumpa nak beli. 
Tak brape nak sedondon kaler navy blue. Boleh je la kan.

Lama jugak stay kat rumah pengantin tu, maklumlah datang dari jauh okay. hehe. Lepas makan, amik gambar, bagi anak main-main dulu then tunggu plak sampai pihak pengantin perempuan sampai. Ambik gambar ramai-ramai dengan kawan ofis lain with family yang datang. Happening jugaklah, tak sangka ramai yang turun sampai ke Bachok ni. Maklum je la tengah cuti sekolah dan ujung tahun plak tu, so ramai je yang nak abeskan cuti tahun sambil bawak anak berjalan macam kitorang jugak. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=187hVRmStpPXfKIJiAtT1BJGwk9oBF7hp
Meriah.

Dalam pukul 3.20 petang macam tu barulah kitorang tinggalkan majlis dan bergerak ke hotel kat Wakaf Che Yeh. Sepanjang jalan hujan jugak, singgah tengok bukak tak lagi kedai Akok Salor tapi nampknya dah habis @ tutup. 2 kali datang Kota Bharu, 2 kali jugak tak dapat rasa.huhu. Bukan rezeki la tu, redha saja. Sampai Hotel 15 Avenue around pukul 4.30 petang, pasar pun belum start lagi. Memang target nak round pasar belah malam nanti. So terus check in hotel, dapat plak bilik kat tingkat 3. Bertabahlaa, sesekali je pun. 1st time try Oyo, okla setakat nak tido 1 malam. Bilik ada 2 units double bed, cukuplah untuk kitorang sekeluarga. Memang sekarang ni kalau pilih hotel minimum akan amik 2 units double bed. Ibu Ayah Iqbal amik 1, Kakak Irsyad Idlan plak another 1.  

Selepas rehat sejam dua, lewat petang tu kitorang turun nak makan malam. Hujan jugak lagi, cuma sekejap renyai kejap agak lebat sket. Redah je la dengan berbekalkan payung. Jalan kaki je, makan kat kedai berdekatan hotel. Order nasi putih, tomyam, nasi goreng, laksam dan jugak mango float ke apa ntah air. Lupa sudah. Ni type entry lepas sebulan kot.hehe.

Sudah makan, barulah kitorang pusing-pusing pasar malam Wakaf Che Yeh tu. Tahun lepas pegi rasanya bukak lebih awal. Kali ni agak lewat, lepas maghrib baru diorang start nak setup meja dan barang niaga. So layan je la, mana dah bukak kita tengok. Mana yang belum, kemudian kita pusing semula. My hubby beli jersey bola Malaysia untuk diri sendiri, 2 anak lelaki dan untuk Abah ku @ Atuk Asri. Jajan-jajan pun of cos la beli kan untuk anak-anak. Siap pusing pasar, kitorang pun balik semula ke bilik hotel. Rehat dan layan cerekerama kat tv3 sebelum tido. Esoknya nak gerak ke Perak pulak.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1tNSA9TKhJmgWTVWjlDUd4ptg6xjMh7iq
Cuci mata je.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1eX_VLZbAbAJDM6hVfMnioN5k-JCC5beq
Test baju sebelum beli.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SHz7ASBsNBx_Son08rKKDygpCoY7lKIr
Ni dah pakai sama-sama ngan Atuk, lepas balik dari Kelantan tu divert ke Bagan Serai pulak.

No comments:

Post a Comment