Road Trip 4 Negeri - Day 3 & 4

Day 3 - Ahad, 1 December 2019.

Bangun lagi tu hujan sekejap renyai-renyai sekejap lebat.huhu. Check out awal around 8.30 pagi pastu terus carik kedai makan. Takde carik yang viral or direkemenkan pun, just singgah mana yang dalam laluan. Route hari ketiga yang dirancang adalah Rantau Panjang Kelantan-Gerik Perak. Kalau ikutkan nak ke Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang tapi kalau dah hujan berterusan tu takde harapan la kan. Apapun kita sarapan dulu kasi perut kenyang dulu, then baru boleh mulakan perjalanan. Nasi dagang dan nasi berlauk tetap jadi pilihan kalau 
dah sampai Kelantan ni. Abang Irsyad makan roti canai, adik plak makan kuih je. Creampuff murah weh kat sini singgit 4, filing pun banyak.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ABxizQctzu-M7XLerN7jW_HekVMkXhkJ
Teh tarik macam biasa tetap jadi pilihan

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rVqMzEi5_jUUGTAaAAmQD_gMAJnzi8q1
Adik tak berapa nak makan pun.

Sudah sarapan, kitorang pun bergerak ke Rantau Panjang. Seperti yang diduga (tapi nak jugak tengok.haha) banjir kat sana. Betul-betul kat pintu masuk pemeriksaan sebelum kereta masuk ke area tu banjir teruk. Nampak orang berjalan kaki pun air sampai ke paras pinggang.walaweh. Terus carik jalan kuar dari area tu dan menghala ke Gerik, Perak. 

Macam-macam kampung la kitorang lalu. Sepanjang perjalanan ada a few kawasan yang air melimpah sebab terletak kat sepanjang Sungai Golok. Ramai plak yang main-main air dan tak kurang jugak yang duk santai luar rumah. Ye la, dah dalam rumah pun tak boleh nak duduk kan. Mungkin bagi diorang dah biasa hujung tahun macam tu. Ada yang anak-anak umur dalam 10 tahun macam tu pun cekap mendayung sampan lagi tu. Abang Irsyad tengok excited semacam je, maklumlah mana pernah naik sampan kat dalam kampung kan.hehe. Bila lalu kat kawasan yang banjir tu agak cuak la, lepas ke tidak kereta ni. Bila tengok kereta depan lepas, barulah yakin nak lalu.

Setelah hampir 2jam menempuh kawasan yang sekejap ok, sekejap banjir akhirnya kitorang pun sampai kat sebuah kawasan yang namanya Kampung Bukit Bunga, Jeli. Nampak banyak kedai menjual barangan dari Thailand. Bukit Bunga ni merupakan salah satu pintu masuk ke Thailand, yang akan masuk ke Buketta, Narathiwat. Kalau dari Rantau Panjang pun akan masuk ke Narathiwat jugak tapi kat kawasan lain, Sungai Kolok.

Memandangkan tak dapat nak ke Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang, my hubby kata shopping situ je la. Layannn. Bolehla setakat nak beli toto ngan loyang pengkukus. haha. Set pinggan mangkuk or caserol takde ye, harap maaf. Bolehla daripada takde. Kat sini banyak jugak kedai yang jual keropok lekor, keropok kering, dodol dan macam-macam jajan lain. Kitorang lunch dulu kat sini sebelum teruskan perjalanan.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1NgaJadzNDE-bGTCrY0bcl_SCKjUn4xos
Sementara tunggu makanan lunch sampai.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1wdP4CJlizE1eRtG34xj1OWAmEiJHg68cMaap pakcik, kami tumpang duduk kejap :-p
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Gc85X7YkVUqpUMG_jDZCv6cgIHAKioPG
Beli 1 je toto. Lain kali boleh beli kat Shopee pulak.

Route seterusnya dari Jeli ke Gerik paling kitorang suka sebab nature view sepanjang perjalanan. Nyaman je rasa sepanjang merentasi Banjaran Titiwangsa. Cuma tak terserempak dengan gajah seperti yang diperkatakan oleh orang lain dalam blog diorang. Mungkin sebab hujan, gajah pun duk diam-diam dalam hutan. hihi.  Ada satu perhentian yang dicadangkan kat Banjaran Titiwangsa tu tapi kitorang tak berenti sebab hujan dan kabus tebal masa tu, plus parking pun macam penuh je. Kalau cuaca sebaliknya, mesti cantek sangat view kat situ lagi-lagi kalau nak bergambar.

Selepas lebih kurang sejam, kitorang sampai kat Tasik Banding. Kat sini pun cantek sangat view dan ramai orang berhenti untuk bergambar dan ada yang amik trip untuk naik house boat. Chalet pun ada jugak kat area ni, nyaman je rasa kat sini. Kitorang sefamily cuma berhenti kejap untuk bergambar dalam hujan renyai pastu masuk balik kereta dan teruskan perjalanan ke Gerik. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1YVkBzzRKe6FjgqewU_mObAugqO8LNGx0
Alolo big boy sangat Abang Irsyad.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1xC8Dj3b4_jKMrkTRWs7pSnyEx2difW_Z
Dalam hujan renyai pun layan bergambar.

Selepas asyik tengok nature view, finally baru jumpa pekan kecik dan nampak kedai-kedai dan jugak bangunan kerajaan. Dalam pukul 3 petang, kitorang pun sampai kat Pekan Gerik dan terus check in Hotel Bintang yang terletak kat deret kedai, tak jauh dari bangunan Wisma Persekutuan cawangan Gerik.  Rehat kat bilik sampai lepas Asar baru keluar carik makan dan jugak mendobi. Settle Day 3 road trip, esok nak ke Kuala Kurau jumla Atuk Asri @ abahku tapi hubby ajak JJCM ke Kuala Kangsar dulu. Ku ok saja, pasal jalan dan makan mesti tak tolak punyaaa.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1gYqv5XrfUA_L9ht7U9QIrtGJbJUC9Mb1
2 double bed RM100. Ok sangat, bilik air luas.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1WSOFOIxHmQoR1aNr4stKWR37L9aM2uIy
Comotnya Abang. Makan kat cafe hipstur kat Pekan Gerik. Makanan minuman semua ok, sedap.


Day 4 - Isnin, 2 Disember 2019.

Pagi tu as usual my hubby tapaukan sarapan, makan kat bilik je pastu terus bersiap nak ke Kuala Kangsar. Singgah Pekan Gerik kejap amik gambar dan carik atm nak cucuk duit. Actually Pekan Gerik ni kecik je tapi lengkap. Hospital, bomba, etc semua dekat-dekat. Pusing-pusing situ je pun tapi apa yang nak dicarik In Shaa Allah ada.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=19kCTno6pITzNX-niODLe5yj1yDyC4XVf
Selfie sefamily 1 kali :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Et_k8I3_Q8sb40FeLG7LO87KXUg3TudU
Bye Gerik !

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1GnCCfjaU-OLs7m3Se92Jsm-qxJvAVTQN
#ISNo1

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1o5GaFHURW5kZwkpXhQFOJRNr9_feuZwM
#ISNo2

https://drive.google.com/uc?export=view&id=15F-L4gpWoRw0EJOHamCxPkPcDQvoSymq
#ISNo3. No4 blom pandai posing sendiri. Tunggu je la setahun dua lagi.hihi.

Dari Gerik nak ke Kuala Kangsar pun masih lagi tempuh nature view cuma hari tu tak hujan macam semalamnya. Santai-santai je perjalanan pagi tu sebab takde tujuan khusus pun. Saja nak ke Kuala Kangsar tengok tempat orang, sambil tu nak cuba laksa sarang yang femes katanya. Tak ingat brape lama masa nak sampai kat Kuala Kangsar dari Gerik tapi lebih sejam jugalah. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fRZAdddmA7ECDQaWMb9wmTrCIcdoWH_t
Laksa Pokok Limau nama kedainya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1yoPq7HKeZpev3lCANTnNlE2tqxexKs2X
Close up sket. Sedap dan tak pedas. Anak-anak pun suka.

Siap makan laksa, kitorang pusing-pusing bandar Kuala Kangsar. Singgah bergambar kat kawasan istana jugak. Lepastu teruskan perjalanan ke rumah Abah & Umi kat Kg. Parit Haji Ali, Kuala Kurau. Kalau dari rumah Setia Alam biasanya memang akan ikut hiway PLUS exit kat Taiping Utara. Tapi since kitorang dah kat Kuala Kangsar, just ikut jalan biasa tak masuk hiway pun. Memang dah rezeki kitorang la, rupanya tengah musim durian kat area Bukit Gantang. Meriah je sepanjang jalan orang jual durian kampung kat depan rumah masing-masing. Untungla ada pokok durian sendiri kan.hihi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1iX_V6C1IBQsAAnS-7cH-NConuOa1QKVv
Istana lama Kuala Kangsar. Tengah nak refurbish kawasan sekitarnya tu yang berpagar biru camtu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1zaK7SceFPV1MYGF-czOxPNPiWEOWIspV
Tinggal sebakul tapi tak penuh masa kitorang singgah tu. My hubby beli sebakul terus RM40 ada dalam 10bijik jugak. Layan durian kampung pun bestt.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1UzZCvZ5NseCD-a8N_t15tqLHzLv8xwx_
Tepi jalan besar je. Abang Irsyad makan berdiri :-p

https://drive.google.com/uc?export=view&id=149_tU9kA9OBcPUC-_g-iwbLWVl2C-X7R
Dah duduk pulak. Idlan & Iqbal je tak turun makan. Idlan tak suka durian, ada bijik katanya. hahaha sabo je.

Dari Bukit Gantang, lebih kurang sejam kitorang pun sampai kat ruman Abah & Umi. Alang-alang dah dekat, kita singgah 1 malam kat sana. Esoknya baru gerak balik ke rumah Kat Setia Alam. Tamat sudah road trip 4 negeri. Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat semuanya walaupun tempuh musim 
tengkujuh kat Pantai Timur. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1CcOYh5t_AexB3pwhF_n9pQO2luRK_IJn
Makan kat Restoren Terapung JS Muara kat Kuala Gula. Speciality sini ketam lembut. Dulu penah datang masa 2015, anak baru 2 :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=11sHVtUweQfVqCeO_eRSua2bRt5myoC9S
Abang Idlan sakan buat ‘peace’. Dulu datang awak dalam perut lagi okay. Skang dah 3y++.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rwaUANjxOhgt8d9V_VVj7E1J5x44LHDK
Kari sembilang, kailan ikan, udang & ketam goreng tepung. Gambar ni jenuh rotate, jadik jugak gini. Gasak.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1EOP5SW9B3Q_TLXFXV5I_a6qYSKuGBDAd
With my forever first love :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1MTyklbAYxWsoi9Hdof5k5yf0tSz_UvD5
Jersey beli kat Wakaf Che Yeh.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1kZGxcbMDJ8zA-jYgCmwzaSdWhMhZjcXn
Team kuning !

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit