Baju Nursing vs Baju Nursing Friendly

Syukur alhamdulillah setakat umur Irsyad Syamim yang masuk 14bulan @ 1thn 2bln 5 April ni, aku masih lagi berpeluang untuk fully breasfeed dia. Fully direct breastfeed to be exact sebab takde langsung pam or simpan stok susu. Setiap kali baby nak, ibu sedia nak susukan dia. Syukur sangat2 sebab production susu pun masih maintain setakat ni, semoga murah rezeki Irsyad untuk terus menyusu badan sampai umur 2 tahun or lebih. Oleh kerana fully breastfeed, isu baju menyusu or nursing wear aku rasakan perkara yang penting setiap kali nak keluar rumah. Kalau kat rumah tu tak kisahlah kan, main selak je anytime. 

Disebabkan aku jenis yang suka keluar dengan seluar jeans or slacks je, so kena lebih utamakan nursing top la kan. Setakat ni, nursing top menjadi pilihan hati berbanding nursing friendly top. Beza ke? Ye memang beza sebab nursing top tu memang direka untuk ibu menyusukan anak dengan mudah, pantas dan selesa. Cuma selak layer kat baju tu, bukak klip kat nursing bra pastu dah boleh susukan baby. Nursing friendly top plak biasanya yang berbutang depan or yang ada hidden zip kat dada. Yang ni bagi aku leceh sikit sebab nak kena bukak butang one by one or kena bukak zip, lepastu kurang selesa nak susukan baby, plus bahagian badan pun agak terdedah. Memang tak boleh breastfeed dekat public okayy. 

Kemeja or blouse berbutang depan aku ada la dalam 5 helai setakat ni tapi tak pakai sangat pun atas sebab2 kat atas tadi :-p Nursing top pun bukan semua jenis or jenama aku berkenan sebabnya ada yang letak butang plak kat bahagian atas. Bagi aku kalau dah namanya nursing top biarlah cuma setakat selak saja. Untuk memudahkan diselak, material yang sesuai adalah yang jenis memeri macam cotton tshirt yang lembut dan tak tebal. Walaupun tak tebal, yang penting taklah nipis sangat sehingga jarang. Biarlah sedang2 saja, sesuai dengan cuaca panas kat Malaysia ni kan.

Brand yang aku banyak beli sejak ada second baby ni adalah Autumnz. Actually bukan sejak ada baby tapi sejak pregnant 5bulan+ aku dah mula mencuba blouse 2 in 1, maternity + nursing katanya. Ada sesetengah orang tak suke brand ni sebab katanya baju akan jadi out of shape lepas 2-3 kali basuh tapi bagi aku ok je. Memang dia akan jadi memeri tapi itulah yang menyebabkan senang selak dan selesa dipakai especially masa jalan2 kat luar dengan cuaca panas. Nursing top ni boleh beli kat website Autumnz or online shop lain macam Littlewhiz dan juga Onebabyworld. Range harga untuk top brand Autumnz antara RM49.90 - RM75.90 tapi yang aku beli biasanya tak sampai RM60 pun. Cuma sejak perlaksanaan GST ni harga pun dah naik woooo, so far aku takde beli yang baru lagi :-p Selain top, nursing bra ngan pad pun aku beli brand Autumnz jugak. 

Ok ni antara nursing top fav aku dari Brand Autumnz, harga RM49.90.

sama brand & sama jenis ngan yang atas, Mia blouse namanya. Mia ni ada 3 kaler, tiga2 aku ada :-) 

Selain brand Autumnz, ada jugak beli brand Mumsluv kat website dia je. Harga untuk nursing tee RM65, mahal sket tapi berpadanan kot dengan materialnya yang agak tebal berbanding brand Autumnz. Kalau pakai untuk jalan2 dalam mall sesuai sebab sejuk aircon kan. Masa bercuti ke Perth tahun lepas aku tak kenal lagi Mumsluv ni, kalau tak mesti dah angkut 2-3 helai sebab masa kat sana sejuk tengah end autumn nak masuk winter. Blouse Mumsluv ada beberapa jenis jugak, range harga dari RM79 sampai RM99. Agak mahal kan, material lycra moss crepe kalau tak silap. Tak reti sangat nama material baju ni, tapi okla jenis ni bukan jenis yang agak nak melekat kat badan macam lycra biasa tu ye. Aku ada sehelai je, tu pun beli masa ada less sebab rasa mahal sangat plak untuk harga sehelai top sampai dekat RM100. Bukanlah kedekut tapi kalau ada yang lebih murah dan material lebih selesa, haruslah pilih yang lebih murah kan. Lagipun as a fulltime housewife, nursing top ni pakai sesekali bila nak keluar berjalan je pun. Kalau aku bekerja lain pulak ceritanya, dengan nak kena pump susu lagi kat office kan. Lagi banyaklah koleksi baju nursing yang nak kena ada tu kot :-p

Blouse Myra dari Mumsluv. Alaaa taktau kenapa nampak gemok dalam gambar ni.  Adakah sebab baju or owner Qaira Hijab tu yang kecik kurus :-p Haha terimalah kenyataan ye anda dah gain weight!

ni plak tshirt dari Mumsluv jugak. 

Lagi nursing tshirt dari Mumsluv. Silap perhitungan pakai masa g Singapore dengan panas terik ! Pegi mall or tempat sejuk okla sebab agak tebal bagi aku.

Ni plak nursing friendly dress. Ada butang 5pcs kat dada, bolehlah sesekali pakai jenis ni. Takde brand, beli kat mak andam zaman kawen dulu ;-) murah saja Rm65 material chiffon full lining.

Yang terbaru ada jumpa satu brand ni, namanya Feedmilk. Tapi macam tak banyak pilihan lagi, mungkin masih baru. Takde ready stock sangat, kena pre order means order baru diorang jahit. Okla aku dah order sehelai blouse, cadangnya nak match kan dengan kain yang beli kat Bandung lebih 2 tahun lepas. Bolehlah buat pakai masa pergi beraya nanti sebab aku jenis yang beli or tempah baju raya sehelai dua je, tak banyak pun. Bukan apa, lepas raya dah tak pakai dah baju raya (normally baju kurung) sebab tak bekerja. Kalau bekerja, tak payah tunggu nak raya pun rajin je tempah baju kurung :-p Ooo ya kalau baju kurung, aku takde pun tempah yang nursing friendly pun. Buat yang biasa je sebab kes sama, hanya pakai musim raya saja.

Pre order blouse yang ni. RM69 harganya, okla standard baju nursing memang agak pricey tapi kalau untuk memudahkan, ok saja ;-) 

Comments

  1. Kita sama sis... saya pon skrg keluar ke mana-mana dengan nursing top dan suar aje (senang la juga nak kejar anak yg dok berlari, so hidup cergas bersama!). Sis boleh la try brand Loubnaa atau Mitera.Nursing (cari kat FB/IG) sebab saya rasa cam lagi lawa daripada Feedmilk.... atau boleh tengok review saya pula:

    https://honeystarez.wordpress.com/2016/09/05/muslimah-nursingwear-anyone/

    ataupun yang versi bahasa melayu:
    https://honeystarez.wordpress.com/2016/09/02/nak-baju-nursingwear-jenis-selak-tak/

    Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  2. Intriguing insights on the comparison between traditional nursing attire and nursing-friendly clothing! Your blog provides valuable information for new moms navigating style and functionality. Buy breastfeeding clothes online at Lovemere for happy maternity.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit