Revolusi Tudung Dulu dan Sekarang

Hahaaa tudung pun ada revolusi okay, kiranya berkembang dari semasa ke semasa la. Walaupun aku bukan jenis yang up to date sangat pasal trend baju & tudung ni, tapi sikit sebanyak ikut jugakla perubahan tu kan. Ok, nak cerita pasal fesyen tudung masa zaman sekolah rendah tak usah la kot. Zaman tu asal boleh je, yang famous masa tu ikat kat bawah dagu,hihiii. Gambar pun takde nak share kat sini, hardcopy tu ada la tapi jenuh plak nak kena scan or snap semula. So takpayah la nak upload kot :-p Masa sekolah menengah plak seingat aku dalam form 4 macam tu dah mula famous tudung bawal. Masa tu dah masuk asrama so memang pakai untuk prep (kelas persediaan) malam. Pakaian bebas, any baju kurung dengan tudung so dah mulalah aku ada a few color of tudung bawal. Not so tudung bawal macam zaman sekarang la, dia jenis yang segitiga tapi berlapis. Material cotton lembut, belah hujung ada manik, jurai2 or  kerawang cotton jugak. Ahaaa itulah yang famous zan late 90s dulu, sape yang lahir 80s of cos la tau tudung tu macam mana.

latest collection yang aku tengah suke pakai skang.

Zaman belajar kat U tahun 1998 sampai 2002 pun masih famous lagi tudung bawal dan masa tu dah mula keluar yang segiempat @ square macam skarang ni. Since ada kawan orang Kelantan, zaman tu kalau cuti je akan kirim tudung kat  dia. Banyak kot pilihan yang dijual kat Pasar Siti Khadijah kat Kota Bharu tu. Sekali kirim 4-5 kaler terus, tamak sungguh. Harga tudung bawal masa tu lebih kurang je dengan sekarang, sekitar RM10-RM15. Actually kalau nak ikutkan bawal ni banyak gred dan depends pada sulam kat tepi tudung jugak. Ada yang harga melebihi RM50 pun ada. Tapi zaman jadi student dulu manalah nak beli tudung mahal2 macamtu, beli yang bawah RM15 sudah. Masa tu semua bawal plain, belum ada lagi bawal printed. Tudung bawal ni lama jugak mendominasi trend tudung kat negara kita ni cuma ada penambahan dan perubahan dari segi perinciannya, ada batu la apa. 

Dalam 2004, keluar pulak shawl dan pashmina. Masa tu pakai dengan inner berawning. Awning plak jenis Thai silk yang keras tu, tapi kalau beli jenis murah 2-3x basuh dah lembik. Aku ada jugak 2-3 helai shawl masa zaman tu tapi tak kekal lama, lebih selesa dengan tudung bawal jugak. Even masa tunang tahun 2006 pun pakai tudung bawal jugak, cuma ditambah dengan hiasan manik biar nampak timbul dan menyerlah. 

Tahun 2008, mulalah keluar tudung ekspres. Tak tahu sape yang mula2 keluarkan dan jual tudung jenis tu, tapi ingat lagi selebriti yang terawal pakai tudung tu adalah Ekin Mawi. So ramailah yang panggil tudung ekspres tu tudung Ekin.haha. Mula2 nak pakai tudung ekspres tu rasa yakin tak yakin je. Takut nampak tembam tapi sebab mudah dan cepat, terjebaklah jugak dengan tudung ekspres ni. Cuma sarung dah siap, tak perlu nak pin or kemaskan lagi. Dah memang siap terletak atas kepala dah. Tudung ekspres ni pun dari tahun ke tahun makin banyak pilihan dan pembaharuan. Kalau dulu semua awning keras, lama-lama keluar pulak awning lembut. Material untuk awning or body tudung ekspres plak macam-macam jenis la. Dalam pada banyak tudung ekspres kat pasaran, masih ramai jugak yang setia dengan tudung bawal sampailah sekarang. Kiranya macam all time favourite la lebih kurang :-p

Untuk diri aku sendiri, dari 2009 sampai 2012 aku cuma pakai tudung ekspres saja. Maklumlah ada anak kecik, rasa pakai tudung ekspres lagi senang dan cepat. Mid 2012 baru start berbawal semula bila keluar bawal crown, pastu bawal printed macam Aidijuma tu. Tapi takdela banyak pun koleksi tudung bawal yang aku ada sebab masih selesa dengan yang ekspres. Tahun 2012 jugak mula popular tudung layer ala Fareeda. Ok, aku memang tak pernah ada tudung original Fareeda tu. Cuma ada yang ala Fareeda saja, harga around RM60 berbanding yang original tu RM200+ harganya sehelai. Tudung layer ni materialnya chiffon, ada yang plain dan ada yang printed. 

Lepas dah boring dengan tudung layer ala Fareeda tu, 2013 aku terjebak dengan inner magic plak.haha. Sebab apa namanya magic? Magic sebab bila pakai agak muncung dan muka pun takdelah nampak tembam. Huh dah muka tembam tapi tak nak nampak tembam plak kan :-p Ok inner magic ni aku pakai dengan outer syria. Semua inner magic yang ada tu aku beli online saja. Entahlah bila carik kat kedai or booth ke tak jumpa plak inner magic tu, magic sungguh kan ;-) Nama blogshop yang aku beli inner magic tu pun dah tak ingat. Ada dalam 10kaler jugakla aku punya koleksi, harga RM10 each. Outer plak ada yang beli online kat Indianaboutique dan ada yang beli offline kat booth Kompleks Pasir Gudang tu. Tapi tak banyak pun sebab singkat, yang kat Indianaboutique tu labuh tutup dada. Inner magic + outer syria ni aku maintain pakai sepanjang tahun 2013-2014. Sesuai dan praktikal jugak untuk orang yang ada baby ni. Baby nak tarik-tarik tudung kita semasa tengah menyusu pun takde hal. Selain daripada tu, outer syria ada jugak beberapa helai yang aku beli kat butik Edast kat Shah Alam, online memang jarang ada cos diorang ramai walk in customer je.

End 2014 keluar pulak instant shawl, kiranya untuk orang yang minat nak pakai shawl tapi tak reti or tak rajin nak lilit-lilit macam aku. Actually dia cuma macam tudung ekspres tu, nak pakai tinggal sarung je ke muka. Tapi bila dah pakai nampak macam shawl yang dah dililit. Mula-mula keluar tu cuma ada yang material dari chiffon je tapi skang dah macam-macam dah, satin pun ada. Aku ada beli brand Hijabemma by Emma Maembong dan juga yang takde brand, beli kat kiosk dalam mall saja.

yang ni beli kat Indianaboutique. sarung je tapi nampak mcm shawl yang dililit :-p

ni plak beli kat kiosk dalam Giant, murah RM25 saja. biasalah tu kan, mula2 keluar je mahal. instant shawl, material dari chiffon. kena pakai dengan inner neck, aku pilih inner neck magic or muncung sebab taknak melekap :-p

Terbaru 2015 ni tengah top top meletop semi instant shawl ala Neelofa. Yang ni dengar ceritanya yang mula-mula design dan keluarkan shawl ni brand lain, lepastu baru keluar brand Naelofar tu. Ok, aku tak kisahlah pasal tu, apa yang penting selesa dipakai dan harga berpatutan. Simple dimple je semi instant shawl ni, senang dipakai sebab cuma perlu lilit sekali dan material plak cotton. 

Brand Naelofar harganya RM50 tapi aku takde pulak beli sebab jenis takde soft awning, so kalau pakai agak melekap kat kepala. Memang aku tak nak la sebab kang nampak sangat kebooolatan mukaku ini :-) So bila ushar blog Indianaboutique ni ada jual yang with soft awning, teruslah order dan try pakai dulu. Harganya RM42 sehelai, aku ada 2 kaler je. Memang selesa pakai cuma bagi aku agak panjang so kalau sekali lilit kurang kemas. Nak kemas kena lilit longgar dan pakai pin 2 side. Jadinya aku pun cari alternatif lain, akhirnya terjebak dengan Qairahijab la pulak setelah tengok comelnya Ainin dalam cite Asam Pedas Untuk Dia kat TV3 tu. Qairahijab sponsor tudung-tudung yang dipakai dalam cerita tu la. 

semi instant cotton shawl, namanya Chloe with soft awning dari Indianaboutique.

panduan memilih Ramlah by Qairahijab kalau beli secara online, sila assume actual kaler adalah lebih pekat berbanding kat dalam gambar yang model pakai tu ye ;-)

Cerita pasal Qairahijab, setakat ni aku dah ada sehelai Rokiah, 4 helai Ramlah dan 2 helai Zaleha. Semua ni semi instant  shawl, material daripada cotton. Rokiah ngan Ramlah tu cotton plain, beza Rokiah kainnya lebih sejuk dan awning agak lembut berbanding Ramlah. Zaleha plak printed, ciri lain sama je macam Ramlah. So far ketiga2 jenis ni aku suka dan rotate pakai. Rasanya tak payah la beli banyak2 sangat sebab bukan selalu keluar pun unless weekend, plus nanti dah bosan nak bertukar ke trend tudung lain plak. Harga antara RM50 - RM59 sehelai, oklah tu kan.

My first Zaleha. Memang aku minat butterfly sampaikan kad kahwin & pelamin 7thn lepas pun ada butterfly jugak :-p

Tak kisahlah apa jugak trend tudung, yang penting tudung kena labuh dan betul-betul tutup aurat @ syariah compliance katanya. Kalau nak pakai instant shawl dari material chiffon, kenalah pakai dengan inner neck. So bahagian leher yang merupakan aurat tu tertutup dan jangan pakai ketat sampai menampakkan bentuk leher. Ok, ini ingatan untuk diri sendiri jugak la ye. Jaga aurat, jaga aurat, jaga aurat ! Ok habis sudah entry pasal tudung yang menjadi pilihan hatiku ;-) 

Comments

  1. Kak, mana instant shawl yg labuh?
    Indianaboutique ke hem ke qairahijab?
    Lagi satu mana yg tak panas?

    ReplyDelete
  2. Paling labuh chloe by indianaboutique. Semua pun tak panas ;-) tp kalau nak xtra sejuk dan lembut rokiah by Qairahijab.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit