Posts

Showing posts from June, 2014

Souvenir Yang Dibeli di Fremantle & Perth City

Image
Final entry, nak kongsikan sebahagian souvenir or baju & barang2 yang aku beli semasa cuti di Perth tempoh hari. Ada 4 kedai je aku pergi untuk beli benda2 ni : 1st kedai ni namanya The Australian Clearance Centre dalam Harbour Town. 2nd dekat E-Shed Market iaitu Aussin dan Megabes, both kedai ni sebelah menyebelah je. Last skali kat Perth City, nama kedai tu Global Brands Outlet di Murray Street. Kedainya betul2 kat persimpangan jalan, bleh nampak sebesar2nya tulis - Importers Cancelled Orders. last minute shopping kat sini shopping bag tu beli kat Aussin - 3pcs for AUD10 shopping bag bendera Australia beli kat  Global Brands Outlet - AUD3/pc apron+mitten+pot holder set pun kat Aussin - AUD6/set topi beli kat Megabes - AUD1.50/pc model apron+mitten+pot holder set Aussie ;-) semua ni beli kat Megabes.  koala &kangaroo yang kecik  - AUD2/pc kangaroo rugby - AUD10/pc kawan baik kakak so far.hehe. dan jadi 'bahan buli' adik...

Cuti2 Perth Day 4 ~ 1 June 2014

Image
Huk huk huk..dah masuk day 4 dah, last day cuti2 di Perth. Bak kata owner kedai Megabes smalam - very short vacation. Takpela, cuti kali ni sebenarnya sama je ngan yang lepas2. Tak lebih dari 5 hari, okla coz target nak jalan2 sekitar Perth City dan attractions yang berdekatan bandar je. Lagipun bawak baby, sesuai macam ni. Kalau nak bawak sampai ke Pinnacles semua tu tak berapa sesuai. Walaupun percutian ni singkat, tapi aku dapat rasa 2 musim okay - musim luruh 3hari, musim sejuk sehari coz musim sejuk start 1 June. hihihi.aci tak. Last day ni itinerary nya adalah London Court, Swan Bell Tower dan naik ferry ke South Perth/Perth Zoo. Pukul 7.30 pagi kitorang dah keluar coz target nak balik semula ke hotel dalam pukul 12 tengahari sebelum bergerak ke airport. Pagi tu breakfast maggi cup + nescafe 3 in 1 je coz kedai berdekatan takde serve breakfast. Subway ada, selang 1 lot je dari hotel tapi non halal ye kat Perth ni. Check out hotel siap2, baggage akan collect kemudian. Taxi u...

Cuti2 Perth Day 3 ~ 31 May 2014

Image
Hari ketiga di Perth kitorang keluar lewat sikit, tak macam hari kedua coz nak return kereta sewa. Tempat tu bukak pun pukul 8 pagi. So kitorang keluar dari hotel dalam pukul 7.45 pagi. Sebelum keluar dah siap2 breakfast kat hotel. Sandwich tuna + nescafe 3 in 1 prepared by my hubby sangatlah sedap.hehe. Makan half je, half lagi tapau untuk buat bekalan jalan2 day 3 ni sementara belum berjumpa kedai makan halal. My hubby turunkan kitorang kat area Perth Train Station, lepas tu dia pegi ke Baywater Car Rental untuk urusan return kereta. Sambil tunggu my hubby settle semua urusan dan datang balik ke tempat kitorang menunggu tu, apa lagi.. sesi bergambar la. Lengang je pagi tu kat Perth City coz hari Sabtu, bukan working day kan. bus stop untuk naik CAT (central area transit) bus tapi kitorang tak naik bus pun kat Perth City ni. posing ala2 kesejukan. i'm the no.1 ! ayah pun nak posing jugak ;-) Bila my hubby dah datang balik, kitorang pun masuk la ke dalam b...

Cuti2 Perth Day 2 ~ 30 May 2014

Image
Hari kedua di Perth kitorang bangun seawal pukul 5 pagi coz dah plan nak keluar sebelum pukul 6 pagi coz nak elak bayaran parking yang mahal melampau. Lagipun pukul 6 pagi kat sana dah terang macam pukul 7+ kat Malaysia. Musim luruh nak masuk ke musim sejuk, waktu siang agak pendek. Subuh 5.40 pagi, lebih kurang kat Malaysia je tapi Maghrib pukul 5.20 petang. Insyirah agak liat nak bangun, maklumla sejuk. Kena plak mandi pagi2, tapi bila dipujuk2 dia okla. Irsyad plak tak mandikan, cuma lap2 & tukar baju je.hehe. Kesian plak nak mandikan baby pagi2, petang je la mandikan dia. Plan pagi hari kedua adalah untuk ke Perth International Terminal coz nak jemput my sister. Itu orang agak last minute jugak nak ikut kitorang bercuti kat Perth. Nak ikut bertolak sama2 semalam tapi tiket mahal, so dia amik flight sehari lewat. Sanggup tu kan fly sorang2.. takpela tido je pun dalam flight tu. Balik ke KL nanti baru dapat sama2 coz ada tiket yang murah.hihi. Ok, apa2 saja la dik oiii. Sampai ...