Posts

Showing posts from November, 2014

Kangaroo Safety Belt Untuk Baby

Image
Sejak umur 9 bulan ni Irsyad dah makin lasak. Kat rumah semua dia nak panjat. Kalau bawak keluar ke mall pun sama, suka sangat memanjat. Sekarang ni dah tak boleh nak duduk diam lama2 dalam buggy dia tu. Confirm dia memanjat coz belt kat buggy tu cuma belt untuk pinggang. Bukan macam kat car seat tu, cover dari bahu dan dada.. pastu buckle kat celah kangkang. Bila letak Irsyad kat troli pun sama, lagi senang dia nak memanjat. Ermm memang bahaya tuuu. So aku pun mula la memikirkan macam mana nak buat dengan anak bujang sorang tu. Google2 seat belt untuk baby, macam2 yang keluar. Kat website overseas lagi banyak pilihan tapi lambat plak nak dapat kalau beli dari luar ni. Lagipun aku takde credit card, macam mana nak belinya. Nak tunggu hubby balik lama lagi, ye la kan.. kalau nak guna credit card mesti akan ada TAC yg akan di'send' ke henpon. Hubby ku tu mana ada roaming henpon pun kat India. Lagipun memang tak perlu kan, so tu yg tak roaming. Kitorang kalau ada apa2 just gun

Buah Plum Untuk Baby Sembelit

Image
Masa umur Irsyad 7 bulan, tiba2 je dia ada masalah sembelit or susah buang air besar. Aku start bagi makan bubur nasi @ nasi blend yang dicampur dengan puree buah dan sayur masa umurnya lebih kurang 6bulan 3minggu. Awal2 bagi solid food cuma puree je, semua dia ok dan pass, takde kembung ke.. sakit perut or sembelit. So aku buat kesimpulan bahawa semua buah dan sayur tu sesuai dengan dia. Melainkan ada a few yang dia tak suke or kurang suke makan, bukan alahan. Contohnya pisang, kadang2 bagi dia nak makan. Kadang2 bagi dia tak nak makan. Baru suap sekali dia dah palingkan muka, taktau la kenapa. So pisang ni kira kiv, sampai skang dah nak dekat 9 bulan ni.. pisang ada la aku bagi kat dia sebulan sekali or 2x je. Buah dan sayur2 lain aku pun continue bagi, kombinasi je tukar2 dan di blend ngan nasi. Berbalik pada kes sembelit tu, benda tu berlaku bila start bagi nasi. Aku takdela cuak sangat coz kakak Insyirah dulu pun sama, malah lebih teruk sampai dah bawak pegi jumpa doktor. Masa