Monday 24 February 2014

Lahirnya Anak Kedua ~ 05 Feb 2014

5 Feb 2014, jam 7.20pm lahirlah anak kedua kami di Hospital Sultan Ismail (HSI), Tebrau, JB. Syukur alhamdulillah hajat di hati nak merasa sakit bersalin secara natural dan bersalin normal diperkenankan Allah SWT. Syukur sangat2.. pengalaman yang cukup berharga dan akan dikenang sepanjang hayat ;-) Sakit bersalin dan kontraksi sebelum bersalin pun tak la lama sangat. Actually pagi 5 Feb tu dah start sakit sikit. Masa tu around kul 7pagi macam tu. Tapi masih yakin tak yakin je. Is it a real contraction? 1st pregnancy dulu kena induce, sakitnya dari pinggang bawak ke perut. Kali ni plak sakit dari pinggang sampai ke ari2, bukan perut. Tu yang confuse.haha. Duk whatsapp kawan2 ex UTM / KTF.. ada yang kata yes, itu contraction. Ada plak yang kata bukan tu, haishh lagi confuse. 

alolo comeynya anak ibu ayah ;-)
boy, 3.4kg, 51cm, 5Feb 2014, 7.20pm
born at 39w 2d, normal delivery ;-)

Pukul 9 pagi pergi ke KD utk buat rutin checkup week 39. Setakat kul 7pagi sampai 9pagi tu ada la rasa sakit dalam 4x mcm tu. Tapi tak konsisten, kejap selang 20minit.. next 30minit baru sakit lagi. Tanya kat nurse, ni contraction ke? Nurse tu kata bukan, kalau contraction sakit dari pinggang sampai ke perut, bukan ari2.. Laaa ye ke? Terus tak jadi nak rekod kekerapan rasa sakit tu. Padahal, betul la tu contraction.. nurse pun salah bagi info.hehe. Tanya doktor lagila tak membantu, saya xde pengalaman lagi pregnant n bersalin. Aiyakkk. Tapi doktor kata kalau sakit dari pinggang membawa ke depan ye la tu contraction. Kalau sakit makin kerap, terus pegi hospital katanya. Ok doktor, tq for the info ;-) Tapi lepas kul 11pagi dah makin hilang plak rasa sakit tu. 

Sambung lagi whatsapp dengan kawan2.. Siap diorang pesan, lama lagi tu nak bersalin.. pegi la jalan2 n makan puas2. Itu je ke yang korang bleh pesan?haha. Tapi takpe, aku ikut pesanan korang tu. Balik dari checkup kat KD singgah tapau lunch. Amik ko.. beli nasi udang penyet, durian crepe, air kelapa, buah2an.sedapnyaaa. Cadangnya nak beli lauk untuk masak petang tu, tetiba malas plak. Terus sms hubby cakap ari ni tak masak utk makan malam tau..tak larat.hehe. Bagus jugak, rupa2nya menjelang petang makin kuat n kerap sakit.. memang tak larat sungguh nak memasak pun.

lunch terakhir sebelum bersalin..
kalau ku tahu nak bersalin hari tu, makan double dari ni.haha.

Lepas lunch, sakit makin kurang. Siap dapat tido lena lagi lepas kenyang makan n solat zohor. wawawa. Bangun tido around kul 4 petang pun tak sakit dah. Tapi hampir kul 5 petang tetiba sakit jadi kuat n makin kerap plak. Cepat2 whatsapp hubby bgtau sakit makin menjadi2, dia pun ajak pegi hospital petang tu. Ok, saya setuju! hehe. Sebelum tu sempat suh hubby pegi pasar malam beli nasi kerabu, nasi dagang untuk makan petang@malam n stok ikan bilis untuk berpantang nanti. Around kul 5.40 hubby pun sampai rumah. Aku n Insyirah dah mandi n pakai baju siap2 dah.. ready untuk ke hospital dah ;-) Sementara hubby mandi n solat, aku ajak Insyirah makan nasi kerabu. Tapi tak lalu makan dah masa tu, sakit dah makin kuat. Terus bungkus balik makanan, nanti biarla Insyirah n ayahnya makan kat hospital je.

Sudah je hubby solat n bersiap, terus kitorang shoot (bertolak laaa) ke HSI. Otw nak ke hospital tu sakit tambah kuat, kerap n konsisten. Haaa nak beranak sangat dah rasanya ni. Tapi since blom ada tanda keluar either darah or air ketuban pecah, so takdela rasa nak meneran. Cuma rasa sakit yang amat kuat. Nasib baik trafik ok je otw nak ke hospital tu, takde jem pun kat Hiway Pasir Gudang tu. Syukur alhamdulillah. Bayangkan kalau jem, huh.. tak dapat nak bayang la.

Dalam kul 6.30 petang, kitorang pun sampai kat HSI, straight away ke bahagian kecemasan / bilik saringan tu. Aku turun dulu, hubby g carik parking ngan Insyirah. Ku sangkakan bilik saringan tu kat tingkat bawah je macam kat HTAR, Klang tu. Rupa2nya kat tingkat 4 da... uwaa. Terpaksa la tunggu hubby datang balik. Nasib baik ada wheel chair, duduk la kat situ dulu. Sorang staff hospital pun takde lalu lalang kat situ nak mintak tolong tolak ke bilik saringan. So nak tak nak tahan je la sakit sambil tunggu hubby. Bila hubby sampai je, terus dia tolak masuk lift untuk ke bilik saringan kat tingkat 4 tu.

Sampai bilik saringan kul 6.40 petang, terus bagi buku merah n bagitau staff bertugas yang aku dah sakit sangat. Okay, tak payah tunggu. Terus dia suh baring kat one of katil yang kosong untuk di check. Datangla sorang lady doctor nak check jalan. Sekali dia seluk, dah bukak 9cm katanya. Wawawa tak sangka sungguh dah bukak banyak tu. Patutla tak rasa apa bila dia seluk tu. hihi. Terus doktor tu arahkan aku ditolak ke bilik bersalin. Masa tu agak bz la coz tengah waktu pertukaran shift. Tak ingat plak bilik bersalin no brape. Tapi kat HSI ni banyak bilik bersalinnya, lebih dari 10buah bilik.. dan ianya betul2 bilik, bukan dewan bersalin macam kat HTAR. Individual room, so tenang la, takdela nak dengar suara orang lain mengerang sakit nak bersalin or tengah meneran nak melahirkan.hihi.

Masuk bilik bersalin 6.50 petang, tak sempat nak tukar 'uniform' hospital ke apa. Mujur aku dah standby pakai maxi dress, so bersalin pakai baju tu je la. Buku merah pun nurse bleh tertinggal kat bilik saringan. So masuk bilik bersalin tanpa pengenalan diri la jawabnya. Takpe, yang penting settlekan beranak ni dulu.hehe. documentation tu kemudian. Pukul 7 malam doktor pecahkan air ketuban, terus la datang rasa nak meneran. Tak bleh nak tahan-tahan lagi dah. So bermulalah sesi teran-meneran hingga akhirnya keluarlah putera idaman yang dinanti selama 39minggu. Aku tak tengok jam plak pukul berapa masa tu. Tapi rasanya sebelum 7.15 malam macam tu. Jururawat masyarakat @ bidan yang sambut baby pun tak alert kot kul brape. Tapi untuk rekod, diorang letak waktu bersalin pukul 7.20 malam. Ok xpe, xkesah pun ;-) Syukur alhamdulilah proses bersalin kali kedua ni dipermudahkan oleh-Nya.

7.20 malam bersalin, dekat kul 10 malam baru ditolak ke wad.
Kakak dapat teman ibu sekejap coz ayah keluar beli makanan n amik bag.
Nurse bagi kelonggaran untuk malam tu saja ye ;-)

Adik kena tahan kat NICU 1malam coz dah terberak masa dlm perut.
wawawa nape tak tunggu keluar baru berak ye.hehe.

Tu dia.. tanda lahir kat kaki.

Esok tengaharinya dah di transfer ke wad pediatrik.
12jam sekali nurse bagi antibiotik.
Sabtu 8 Feb baru bleh kuar wad n balik rumah.
Ibu sambut besday kat wad je 7 Feb tu.haha.

1 comment:

  1. Sis nak tanya sis duk class berapa and ada berapa katil??

    ReplyDelete