Wednesday 12 June 2013

Cuti2 Malaysia ~ Melaka

Cutinya 2 minggu yang lepas, tapi baru hari ni datang mood nak menulis (menaip la actually kan). Okay, sempena cuti wesak+sekolah kali ni, kami telah bercuti2 Malaysia ke Melaka, seterusnya ke Cameron Highlands, pastu balik pulak rumah kakak & abang kat Tg. Karang n Kuala Selangor..waaa flatttt, penatnyaaa. Cuti kali ni bukan kami 1 family je, tapi adik2 ikut skali - Evin & Azira.
 Melaka..here we come ;-)

Jumaat 24.05.13, gerak dari rumah kami kat P.Gudang. Mula2 jemput adik2 dulu kat UTM, then dalam pukul 8pagi camtu terus shoot ke Melaka. yeayyy. Hujan mengiringi perjalanan kami ke Melaka..tapi alhamdulilah bila sampai sana, tak hujan dah. Lebih kurang pukul 11, kami pun sampai ke Ayer Keroh. Memandangkan waktu check in apartment yang kami sewa adalah pada pukul 2ptg, so kami pusing2 dulu bandar Melaka. Lokasi pertama yang kami terjah adalah - Jonker Walk.


Me & my sweetheart ;-)

Kedai pertama yang kami masuk adalah satu kedai ni.. Nama kedai tu Durian Cottage - jual makanan berasaskan durian la. Tart, pai, kek, aiskrim, durian ball dan macam2 lagi la. Since kami memang penggemar durian, wajiblah try 2-3 jenis makanan kat kedai tu. Dak tecit macam biasa, mintak aiskrim durian..sedapppp. Memang terasa durian, macam makan durian fresh gitu..i likeee.

Durian Cottage..macam2 ada.

ambil gambar jap sblom membeli.

sedapnya eskrem durian.

Okay, dari kedai ni..kami terus jalan2 lagi sepanjang Jonker Walk @ Jalan Hang Jebat ni (eh eh baru tau sebenarnya). Macam2 kedai ada - kedai souvenir, baju2, etc..tapi jangan cari kedai makan Melayu la..memang tak jumpa. Semua kedai makan yang kami lalu adalah kedai makanan cina @ non halal. Takpela, blom plan nak makan lunch pun lagi. So, cuma cuci2 mata dan ada la beli beberapa barang walaupun tak pasti sama ada diperlukan or tak..hehe. Biasala kalau jalan cuti2 camni, ada saja yang dibeli - beg, dompet, botol air + mainan Insyirah. Itu je pun, tak banyak yang menarik hati. 


Antara kedai2 yang ada di sepanjang Jonker Street.

Penat berjalan, kami pun patah balik ke kereta dan ambil keputusan untuk ke homestay yang telah ditempah awal beberapa bulan sblom ni.semangat kan. Homestay ni merupakan sebuah unit apartment tingkat bawah di Bandar Hilir. Memang strategik la tempat ni. Ambil kad akses dan kunci rumah dulu, pastu pegi carik lunch plak. Pusing punya pusing, rupa2nya semua kedai asam pedas kat Melaka ni bukak pukul 5ptg-5pagi..lunch xde.erkkk. Baru ku tahu. Akhirnya singgah je lama mana2 kedai makan yang bukak. Kami lunch kat satu kedai mamak. Kari Kepala Ikan apa ntah namanya..masakannya ok2 je..pedasss. 



kita lunch dulu okayy..lapar sudah.

Siap makan, terus ke homestay untuk berehat 2-3jam..Petang kang sambung berjalan Bandar Melaka.. Homestay ni ok la,ada 3bilik. Bleh muat  lebih daripada 5orang tetamu. Bilik 1st & 2nd ada queen bed & aircond, yang 3rd plak single bed+kipas je. Kami tak guna pun 3rd bilik tu. Selain tu, ada juga tv+astro, sofa, dapur & kelengkapan memasak, peti ais. Sesuai la kalau nak memasak ke apa..tapi kami tak pun..cuma masak air je.hihihi. Oh ya 1 lagi apartment kami duk ni bloknya ngam2 ngadap swimming pool..boleh la bawak dak tecit mandi kejap. Tu pun nape ntah, dia tak berapa minat nak mandi pulak hari tu.mood swing la tu.haha.


swimming pool opposite homestay kami je.


Homestay Bandar Warisan

Lepas puas tido & berehat kat homestay, petang tu kami pun pusing2 la Bandar Melaka yang tak berapa nak luas tu. Ingat nak naik beca tapi tak jadi sebab tak sempat. Prefer lagi nak naik Melaka Rivercruise.. target nak naik menjelang senja.. so dpt naik masa hari masih cerah dan dah gelap ;-) Sebelum naik cruise, ambik2 gambar dulu la, macam biasa.   


with Evin & Insyirah.


kincir air.

tempat beli tiket river cruise.

Ticket untuk naik rivercruise harganya RM10 untuk dewasa & RM5 untuk kanak2.murah je pun. Naik cruise dalam pukul 6.45ptg dan turun pukul 7.30mlm.. total lebih kurang 45minit la untuk perjalanan ulang alik. Masa dalam cruise tu baru perasan ada monorail kat laluan yang sama.. cuma monorail tu kat atas la kan, cruise dalam air..itu pun nak bagitau ke.apalaa.






gambar2 dalam river cruise.

Turun dari cruise, singgah plak beli dodol panas.. sedapp. Tak sangka plak Insyirah suka..siap beli untuk makan panas dan yang sejuk & dibungkus kecik2 (individual pack tu la..senang nak makan)..beli untuk Abah. My dad memang peminat dodol pun..so wajib belikan untuk dia ;-) Harga sebekas RM10 utk yang panas & RM12 utk yang bungkus kecik2 tu..



dodol panas! dodol panas!

Dari Melaka Rivercruise, kami bergerak ke Dataran Pahlawan plak. Takde apa yang menarik, cuma lepak2 je kat situ & masuk mall. Kat sana, sempat singgah makan eskrem Tutti Frutti..dak tecit nak sangat..eh eh macamla kat P.Gudang @ JB  xbleh makan kan..layankan saja. Masa tu plak promo sempena anniversary TF, 100g cuma RM4.77, biasanya RM5.30 kot..lupa plak. Yang bestnya ada flavor durian & horlicks, so kami pun try la..sedapp.


Dataran Pahlawan

Selesai melepak, kami ke destinasi seterusnya - Asam Pedas Kota Laksamana. Kedai ni ramai yang rekemen, so kami pun try la.. Memang ramai pelanggan kat kedai tu. Kami pun order 3macam asam pedas - tetel, ikan pari & ikan mayong. Okla,sedap..cuma tak macam yang aku expect..kuahnya cair je. Ingatkan asam pedas Melaka ni pekat..bukan ye? hehe..ni lebih kurang mcm asam pedas kat Muar je.



jom makan ;-)

Kekenyangan makan nasi+asam pedas, kami pun balikla ke homestay.. Rehat la,esok pagi2 nak check out..pastu terus nak gerak ke Cameron Highlands. Ok, selesai cuti2 di Melaka kali ni. Lain kali boleh repeat lagi..bleh la singgah bila otw balik Selangor dr Johor kan.. My hubby sibuk nak try makan kat Pak Putra Tandoori & Naan Restaurant.  Aku plak nak beli dodol lagi..n frigde magnet jugak..aritu lupa beli.hihi. macamla tak boleh kirim adik yang blaja kat Melaka tu je kan.


ntah berapa kali ntah lalu depan ni.
pusing2 akan lalu sini jugak. kecik je Bandar Melaka.

Babai Melaka, next time kami singgah okayy.

1 comment:

  1. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
    WhatsApp : +6282282222896
    WhatsApp : +6282214441280
    Call : +6282282222896
    Call : +6282214441280
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
    Website : www.dhanitourbandung.com

    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL
    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung... Wassalam dan Terima Kasih...

    JOM MELANCONG INDONESIA…
    CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

    ReplyDelete