Posts

Showing posts from October, 2019

Trip to Pulau Pangkor - Day 3

Image
Hari terakhir, aku bangunkan anak-anak awal sebab diorang kata nak mandi pool lagi sebelum balik. Haruslah bangun awal kalau macam tu sebab target pukul 7-8 mandi pool pastu naik bilik mandi bersih, sarapan pastu bersiap ke jeti. Kitorang tak ikut yang lain check out pukul 11 sebab ada urusan kat JPJ. Memandangkan urusan tu tak kisah, boleh je buat kat mana-mana cawangan JPJ, so kitorang decide buat hari Isnin tu kat Sitiawan, few km je dr Lumut sebab ari lain kang hubby nak kena amik cuti lain pulak.  Siap semua, kitorang sefamily pun check out resort pukul 9.15 macam tu. Pastu naik van pink ke jeti tapi tak sempat nak naik feri pukul 9.30 jadinya tunggu next feri pukul 10.30 pagi. Tambang dari resort kat Teluk Nipah ke jeti adalah RM18 per van. Sejam tunggu, sempatlah amik gambar kat sana. Anak-anak pulak sibuk tanya, bila feri nak sampai? Adudu bertabahlaaa.  Ni je gambar sempat snap. Baru nak snap sefamily, van pink dah sampai. Dalam teksi @ van pink. Sambil tunggu feri. L...

Trip to Pulau Pangkor - Day 2

Image
Ahad 6 October 2019, bangun around pukul 6 pagi untuk solat subuh pastu sambung golek-golek atas katil jap sebab anak bujang 3 orang pun belum bangun. Hubby turun sorang, nak tengok sunset katanya. Pastu sarapan sorang-sorang jugak sambil tapaukan sarapan untuk aku ngan anak 4 orang tu. Bila semua dah bangun, mandi,  sarapan kat bilik pastu siap-siap untuk berkumpul kat pantai. Hari kedua dah ada aktiviti yang dirancang nak buat dengan semua ahli yang join trip kali ni. Semalam free and easy je ikut family masing-masing. Pukul 9 pagi sementara tunggu semua complete, layan mandi laut jap. Mandi kat tepi-tepi je memandangkan masing-masing bukanlah jenis berani sangat. Aku pun berani sampai air tahap ketiak je. Maklumla tak pandai berenang, setakat main air geli-geli bolehla layannn. Kakak Insyirah, Abang Irsyad ngan Abang Idlan plak layan main bina istana pasir kejap. Bila semua dah ready, kita pun mulakan aktiviti island hopping. Pulau yang kitorang pergi dan berhenti turun untuk sn...

Trip to Pulau Pangkor - Day 1

Image
Sementara tunggu feri dari Jeti Pangkor ke Marina Island aku type la dulu sket blog. Kang simpan-simpan basi plak cerita:-p  Jadual feri. Actually 2 tahun lepas penah cadang nak ke Pulau Pangkor ni tapi pastu cancel sebab rasa macam tak brape happening kalau setakat nak pegi sendiri with family je. So bila Julai aritu jiran setaman JM8 propose trip ke  Pulau Pangkor secara berjemaah dan hubby tanya - nak join ke? Terus jawab - nakkk. hihi. Biasalah aku kalau diajak berjalan jarang sangat kata tak nak. Awal-awal rasanya macam 10 buah family nak join tapi lastly cuma 8 family yang join. Kira okla tu, JM8 - 8 keluarga. Tarikh yang dipilih  5 October - 7 October (Sabtu - Isnin, 3hari 2 malam). Walaupun kitorang sebenarnya dah pindah rumah mid July tu, tapi aku ngan hubby tak leave pun group wasap JM8. So kira acila kitorang join trip tu. Date pun cun, takde bertembung dengan apa-apa aktiviti or urusan lain. So kita followww. Btw, JM8 tu ringkasan Jalan Mulia 8, somewhere in M...