Trip to Pulau Pangkor - Day 3
Hari terakhir, aku bangunkan anak-anak awal sebab diorang kata nak mandi pool lagi sebelum balik. Haruslah bangun awal kalau macam tu sebab target pukul 7-8 mandi pool pastu naik bilik mandi bersih, sarapan pastu bersiap ke jeti. Kitorang tak ikut yang lain check out pukul 11 sebab ada urusan kat JPJ. Memandangkan urusan tu tak kisah, boleh je buat kat mana-mana cawangan JPJ, so kitorang decide buat hari Isnin tu kat Sitiawan, few km je dr Lumut sebab ari lain kang hubby nak kena amik cuti lain pulak. Siap semua, kitorang sefamily pun check out resort pukul 9.15 macam tu. Pastu naik van pink ke jeti tapi tak sempat nak naik feri pukul 9.30 jadinya tunggu next feri pukul 10.30 pagi. Tambang dari resort kat Teluk Nipah ke jeti adalah RM18 per van. Sejam tunggu, sempatlah amik gambar kat sana. Anak-anak pulak sibuk tanya, bila feri nak sampai? Adudu bertabahlaaa. Ni je gambar sempat snap. Baru nak snap sefamily, van pink dah sampai. Dalam teksi @ van pink. Sambil tunggu feri. L...