Posts

Showing posts from 2018

Cuti2 Malaysia - Kota Bharu, Kelantan (Day 4)

Image
Day 4 : Jumaat, 23.03.18 Pagi terakhir di Kota Bharu (sobsss sedih dah nak balik.haha). Kitorang check out hotel terus pagi tu, takde staff pun kat kaunter. Kitorang tinggal je kunci kat kaunter tu. Turun bawah, tengok ada pasar pagi rupa-rupanya. Plus ada khemah untuk program apa ntah, kind of kempen awal sebelum pilihanraya je nampak gayanya.hihi. Sempat jugak jengah pasar pagi tu, aku beli kurma, buah tin dan jugak kacang. Kat Kota Bharu ni aku perhatikan banyak je tempat sama ada kedai atau gerai dalam pasar yang jual makanan dari Timur Tengah macam kurma, buah tin, kismis, etc la. Bestnya, anytime sepanjang tahun boleh makan semua tu. Memang favourite aku la tu semua. Kalau kat Johot ngan Selangor takdela banyak kedai dan berdekatan rumah memang takdela, kena carik jauh sket baru ada. Lena tido. Tak nak balik ke dik :-) Settle membeli kat pasar pagi, terus bergerak ke Kopitiam Kita, tempat breakfast yang femes sangat tu. Tempat ni top nya roti titab tu la, dan dikatakan sebagai on...

Cuti2 Malaysia - Kota Bharu, Kelantan (Day 3)

Image
Day 3 - Khamis, 22.03.18 Pagi tu lepas bangun, solat dan bersiap, kitorang sarapan kat kedai makan bawah hotel tu je. Sarapan nasi tumpang ngan nasi kerabu. Nak makan nasi dagang takde pulak. Murtabak pun takde, rupa-rupanya petang je baru ada. Semalam masa kitorang sampai memang tengah meriah pekerja kedai tu prepare murtabak, sedap je bau. Takpela bukan rezeki nak try murtabak Kelantan kali ni. Siap sarapan, pegi ke belakang kawasan kedai untuk amik gambar. Banyak mural kat sepanjang Jalan Dato Pati ni. That's why la aku pilih hotel ni pun, lokasi best dan bilik pun okay luas dengan 2 katil double. Layan je la gambar-gambar kat bawah.hihi. Tak reti sangat nak pose macam mana, bolehla buat kenangan dah sampai Kota Bharu. Ooo ya satu nak puji, Bandar Kota Bharu ni bersih 👍👍 berbanding  dulu 1st time datang sini.  Nasi tumpang. Kakak snap kan. Oklaaa. Anak dara muka booolat. Pandai pulak 2 hero ni posing. Kakak n Adik. Adik pis laaa. Salah tu :-p Kakak lagi. Tingginyaaa kata ...

Cuti2 Malaysia - Kota Bharu, Kelantan (Day 1&2)

Image
Day 1 - Selasa, 20.03.18 Sebenarnya tiket Electric Train System (ETS) dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Gemas pukul 6.42 petang. Tapi kitorang sengaja keluar awal dari rumah, sebelum pukul 3 dah gerak dari Meru. Lewat kang takut jem ke apa dengan orang balik keje. Takpe, santai-santai je, kan tengah in vacation.hihi. Takmo jadi macam masa nak ke Langkawi dulu rushing otw ke airport. Hujan lebat pulak tu otw ke TBS tapi bila sampai sana tak ujan dah la. Tak sampai sejam dah sampai TBS terus carik parking, tingkat-tingkat bawah penuh so kitorang naik tingkat atas sekali agak lengang.  Lepas parking terus carik kat mana kaunter tiket. Kena menapak jauh jugakla, besar kan TBS tu. Plus, kalau naik bas okla sebab akan naik dan turun dalam bangunan yang sama. Tapi naik train kena menapak ke bangunan satu lagi yang merupakan stesen keretapi guna connected bridge. Kat tiket kata ala-ala 'check in' macam naik flight  tapi bila tanya kat kaunter, staff nya bagitau just kena ready ...