Kembali Menetap di Selangor

After almost 10years kawen dan duduk Pasir Gudang - Kuantan - Pasir Gudang, finally aku kembali menetap di Selangor. Syukur alhamdulillah, doa hari-hari diperkenan dan dipermudahkan oleh-Nya. Sejak tahun lepas bila hubby dah tak keje makan gaji dan buat unit trust, memang dah membuak-buak keinginan nak balik menetap kat tempat asal aku. Kitorang plan, sewa rumah dulu dalam setahun dua ke macam mana then dalam masa yang sama boleh riki rumah untuk dibeli kat area Klang or lebih spesik lagi Meru la. Boleh dikatakan setiap kali balik Selangor, kitorang akan tengok 'potential house to rent' tapi takde yang betul-betul berkenan sama ada dari segi condition rumah ataupun lokasi. Sampailah bulan Jun lepas terjumpa satu rumah teres setingkat for rent ni kat Jalan Jabar, Meru.

Raya kat rumah baru ye Kakak :-)

Actually pindah rumah ni boleh dikatakan adhoc jugakla because the decision was made in few days je. Bermula dengan bukak facebook page Meru Community ternampak post rumah sewa. Ada a few yang menarik perhatian, then suruh Azira (adik) pegi tengok rumah. Termasuk jugak rumah kitorang duduk sekarang ni, tu pun owner Encik Nizam tu tak post iklan pun tapi just komen kat post orang lain. So daripada 3 buah rumah yang Azira tengok dan report to me thru wasap, finally aku ngan hubby decide untuk sewa rumah tu. Tanpa pegi tengok dulu sendiri, cuma Azira je la yang pegi tengok condition dan location rumah tu. Memang ok sangat-sangat dan menepati kehendak kitorang la yang suka rumah teres setingkat. Ada 4 bilik macam rumah kitorang cuma bukaan rumah kurang sket, kurang 2kaki. Panjang rumah ok dan dah banyak juga owner renovate. Kitchen cabinet full atas bawah dalam 20kaki, bilik utama ada built in wardrobe, pintu utama dah tukar safety door dan porch depan lantai dah pasang tiles, fully bumbung dan ada autogate jugak. Dah biasa ada autogate kat rumah sendiri, rumah sewa pun wajib la nak ada autogate jugak. 

So bila dah suka dengan rumah untuk disewa tu, aku pun terus post kat facebook page 'Rumah Untuk Disewa Pasir Gudang'. Just letak description rumah dengan upload pic luar rumah je sebab dalam rumah tak sempat nak snap pic lagi pun. Alhamdulilah within few hours dah ada 4-5 orang yang tanya. Sorang tu nama Suhada plak wasap terus nak mintak husband dia tengok rumah petang tu jugak. So aku ok je la, petang tu hubby pun balik awal so dia yang layan bakal penyewa tu, En. Amer namanya. Memang dah beberapa bulan katanya carik rumah sewa tapi tak ada yang berkenan. Lepas tengok rumah kitorang terus dia berkenan. Siap terus confirm on the spot nak sewa dan nak masuk lepas cuti raya. Bila dia kata lepas raya means hujung June / awal July la which is lebih kurang 2minggu je lagi. Aku pandang hubby, hubby pandang aku pastu kitorng bagitau En. Amer tu nanti kitorang bincang dulu dan bagitau kemudian. 

Lepas En. Amer dan kitorang bincang, finally terus decide ON. Ok, hujung bulan June kita pindah rumah. Esoknya terus aku google sana sini dan confirmkan lori. Hubby plak pegi dua-dua sekolah Kakak, sekolah kebangsaan dan sekolah agama uruskan perpindahan sekolah. Kiranya naik cuti raya nanti Kakak Insyirah akan start sekolah kat sekolah baru la. Ingat lagi date bakal penyewa datang 13.06.17, pastu 29.07.17 hari Khamis bersamaan raya kelima kitorang pindah rumah. Persiapan nak pindah tu memang agak suntuk masa la, dengan bulan puasa lagi sibuk nak buat kuih raya. Padahal bertahun-tahun tak buat kuih raya, beli je selalunya. Tahun ni dah beli bahan untuk buat kuih semua, boleh pulak tetiba nak pindah rumah. So nak tak nak siapkan jugakla buat kuih. Siang puasa gigih carik kotak kat  2-3 pasaraya pastu packing barang. Sebelah malam pulak projek buat kuih raya. Memang penat la 2 minggu sebelum raya tu.

Walaupun tak semua barang kitorang bawak sebab sewakan with furnish, tapi still banyak jugak barang berkotak-kotak semuanya berapa ntah tak kira. Hari Jumaat 2 hari sebelum raya, awal pagi kitorang balik ke Kg Lubok cos tahun ni turn raya Batu Pahat dulu. Barang semua dah ready untuk diangkut dan susun siap-siap kat ruang tamu. Lepas tu raya kat Klang pulak sehari. Raya ke 4 Rabu tu hubby balik ke Pasir Gudang sorang-sorang naik bas untuk amik kereta 1 lagi. Kiranya raya ke 5 tu lori angkut barang, hubby plak drive kereta ke Klang. Alhamdulillah, raya ke 5 tu settle semua urusan pindah rumah dari Pasir Gudang ke Klang. Tapi 1-2minggu pulak baru settle semuanya bab mengemas barang-barang kat rumah baru. 

Isnin 3 July plak Kakak start sekolah kat Meru. Pagi sekolah agama kat SRA Pekan Meru, petang plak sekolah kebangsaan kat SK Meru. Mula-mula rasa kekok dan penat jugak bak adapt dengan new schedule and environment, tapi lama-lama dah ok. Maklum je kat Selangor ni sekolah agama masa persekolahan lebih panjang ; 3 1/2jam berbanding kat Johor 1 1/2jam. Sekolah kebangsaan plak sama je tapi sebab sesi petang, pukul 6.40 baru balik. Sampai rumah pukul 7. Masa kat Johor dulu sekolah kebangsaan pagi, sekolah agama petang. Walaupun naik van, pukul 4 dah sampai kat rumah. Petang siap boleh main pegi taman or pegi rumah kawan lagi. Kat sini hari sekolah memang tak menyempat la nak main kat luar ke apa. Bertabahlah ye anak. Ibu ngan adik-adik pun busy jugak anta ngan amik Kakak sekolah cos kat sini tak naik van.

Memandangkan duduk tempat baru, so banyak juga perkara baru yang nak dicuba. Contohnya kat mana nak beli groceries, pasaraya mana nak belanja lump sump setiap ujung bulan (dulu kat Maslee), etc la. Tak lupa juga, library mana nak jadikan tempat pinjam buku since Kakak suka baca buku kan. Port lepak or jalan-jalan ngan family setiap weekend pun banyak lagi nak explore. Alhamdulillah dah duduk dekat ngan adik-beradik senang nak kumpul. Kalau sedara mara buat kenduri time weekend pun in Shaa Allah akan dapat hadir. Syukur alhamdulillah dipermudahkan semua urusan pindah rumah ni. Semoga dimurahkan rezeki kami sekeluarga di Selangor ni pulak. Amin ya rabbal alAmin. 

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit