Percutian Pendek : Melaka

Sempena cuti sekolah bulan 3 baru-baru ni, aku ngan hubby bawak anak-anak pegi cuti kat Melaka. Cuti pendek je, 2 hari 1 malam. Bolehlah kan, bagi anak-anak happy dan mak pun nak rest. Rest daripada keje-keje kat rumah. Mak pun nak cuti oiii. Ari-ari ngadap baju, pinggan-mangkuk ngan penyapu je boleh muntah tau tak. Hahaha. Cuti ni pun kira sekali harung dengan balik Kampung Lubok, Batu Pahat tu. Mula-mula naik ke Melaka dulu, pastu turun balik ke Johor. Jarak Bandar Melaka ke kampung tu dalam 120km je kalau ikutkan map, tapi amik masa 2jam+ jugak nak sampai ikut jalan lama dengan menyinggah lagi. Layannn.

Isnin 20 Mac tu kitorang bertolak dari rumah pukul 8pagi+ dan sampai Melaka dalam pukul 11+. Hubby bawak pegi makan nasi beriani apa ntah nama kedai kat area Padang Temu. Selepas siap makan tu, terus ke Jonker Street. Memang satu-satunya tempat nak pegi kat Melaka kali ni nak bawak anak-anak ke Muzium Mamee @ Mamee Jonker Walk. Sampai sana, kitorang parking kat tempat sama dulu datang Melaka tahun 2013. Takde perubahan pun tempat tu, semua masih sama. Bayaran parking RM4 per entry. Dari tempat parking kena menapak dalam 400m kot, ikut jalan-jalan yang padat antara deretan kedai tu. Biasalah, Melaka kan tak sah kalau tak padat especially cuti sekolah macam tu. Mujur cuaca elok redup je so takdelah berpeluh sangat nak berjalan kaki dengan dukung baby lagi. Guna baby wrap, ok je Idlan duduk dalam tu selesa je siap boleh tido lagi.

Consider gambar dua beradik paling cun dan bersedia la ni :-p

Gambar kat luar Mamee Jonker House tu takde pulak snap. Sampai sana terus je masuk dalam. Tempat ni dalamnya ada muzium@galeri, ada jugak cafe tempat nak makan dan kedai jual barangan Mamee kat tingkat bawah. Tingkat atas pulak ada bengkel untuk belajar dan tengok cara pembuatan mee mamee. Tapi bengkel tu ada hari tertentu je dan kena book dulu kot. Masa kitorang naik tengok ada sekumpulan budak-budak dalam 20orang+ tengah belajar tengok mesin apa semua tu dalam bilik berdinding kaca. Kitorang tengok je dari luar. Selain tu ada juga bahagian untuk buat aktiviti personalized mamee cup. Ni cerita kemudian okay. 

Signboard ada, jangan risau. Confirm tak sesat :-p

Mula-mula, beli tiket dulu kat tingkat bawah untuk masuk ke Mamee Gallery atau muzium la. Bayaran masuk RM5 seorang, baby free. Kitorang ada kupon RM2, gunting dari pack snek Mamee yang 10pcs per pack tu. So 4 orang kena bayar RM20-2= RM18. Mamee Gallery ni tak besar mana pun, ok cukuplah tu untuk tunjuk semua sejarah Mamee dari sejak ditubuhkan dan juga revolusi produk Mamee dari 1970an sampailah sekarang.

1971 dah ada Mamee, aku pun belum wujud. Abang Copi pun belum wujud jugak.hehe.

Ni kat depan mula-mula masuk muzium. Adik mashammm.

Antara produk Mamee dan juga bahan-bahan untuk buat produk.

Mesin untuk buat mee.

Abang mana Abang? Hihi slalu susah nak bergambar.

Mr Potato

Rupa mee tahun 1971

Wowwwi 1980 punya ni lah yang aku makan masa zaman sekolah rendah tahun 1987-1992.

Rice stick tu takde keluar lagi kan sekarang. Tak penah nampak pun.

Waa banyak jenis rupanya.

Man U ? Erkkk no komen.

Siap ada signature player Man U. Layan.

1 kali lagi amik gambar sini, Abang masih tak nak join.

Itu je lah benda yang di tengok kat muzium tu, sekejap je dah siap. Keluar dari pintu muzium terus hala ke kafe. Nampak menarik la pulak ada 1 family ni makan chicken rice ball. Nasi ayam tapi dibuat dalam bentuk bulat-bulat comeyy  la pulak. Tapi memandangkan dah kenyang makan lunch beriani tadi, so takdelah makan kat kafe tu pulak. Terus naik ke tingkat 1 untuk aktiviti personalized Mamee Chef Cup. Sebelum tu kena beli dulu cup kosong kat kedai tu. Tapi tapi tapi kan kena beli minimum 6pcs tau, RM5 per cup. Layankan je sebab anak dah excited nak kaler-kaler. Pilih siap-siap nak perisa apa then staff diorang akan remark ngan marker pen kat bawah cup.

So lepastu kitorang pun spend masa lebih kurang setengah jam jugak kat tingkat atas untuk kaler cup tu walaupun takdela siap sepenuhnya. Lepas siap kaler, pegi kat kaunter untuk proses seterusnya. Part ni my hubby je bawak Insyirah ngan Irsyad pegi buat. Actually staff diorang yang buat, anak-anak just tengok, pilih dan dapatlah tekan few button. Mula-mula isi mee dalam cup tu, pastu isi sayur dan perencah semua tu dalam cup. Pastu letak penutup dan seal. Lepas siap, dah boleh bawak balik dah Mamee Chef Cup tu. Suka hati lah nak makan bila pun, just curah air panas dan tunggu la dalam 3-4 minit dah ready untuk dimakan. Kitorang makan 3cups kat hotel dan 3cups lagi makan bila dah balik rumah. Actually aku jarang sangat makan  mi segera ni. Setahun 2x pun susah kot. Mamee Chef Cup ni memang tak pernah beli tapi memang sodapppp rupanya baru tau. 

Satu family bz mengaler :-p

Uitss dak tecit siap naik atas meja nak main color magic pen tu.

Condiments tu diorang isi extra dalam cup berbanding biasa. Yeayy.

Yeayyy sorang 1. #ISNo4 belum wujud lagi okay, so kita kiv :-p

Siap aktiviti dan ambik gambar 2-3 ketul, turun balik ke bawah beli sket jajan kat kedai. Dah pegi kedai, wajibla beli snek Mamee tu kan sebab memang favourite anak-anak tu. Beli jugak Biskidz (biskut) perisa seeweed, Mister Potato dalam plastik tu ngan potato chip yang dalam silinder ala-ala Pringles tu. Combo 4 item RM12 siap dapat shopping bag Mamee. Bolehla nak, esok kang habis la jajan semua tu.hihi.

Dari Mamee Jonker House tu, terus menuju ke hotel yang terletak dalam The Shore Shopping Mall. Actually ada 2 hotel dalam bangunan yang sama dan berkongsi facilities yang sama juga. Swiss Garden dan juga The Shore Hotel & Residence. Kitorang stay kat The Shore, aku pilih ni sebab rate lagi murah. Untuk bilik yang luas 36m persegi dengan kedudukan yang strategik, rate per malam RM159, termasuk GST dan service charge dalam RM184 macam tu. Cuma signboard nak ke lobby tu mengelirukan, kitorang dah siap naik dan park kat tingkat 3. Rupa-rupanya tingkat 3 tu lobi untuk Swiss Garden. Kalau The Shore kat ground floor tu je. Aiyakkk. Tanya kat staff yang kerja kat area ballroom situ pun dia blur dan tunjuk lobi Swiss Garden tu. Takpela, dah selamat pun dah tido apa semua kat sana.

Paling best location hotel ni selain ada mall, kalau nak naik river cruise kat bawah tu je. Kaunter tiket pun ada berdekatan, memang senang tapi kitorang tak naik pun sebab dulu 2013 dah pernah naik dan datang kali ni nak santai-santai je. Sebab utama pilih hotel ni pun nak bagi anak-anak mandi pool dan mini water park je. Kakak Insyirah happy sangat tu, memang sesuai mini water park simple macam tu untuk dia sebab dia bukan jenis yang berani dan suka yang ekstrem pun. Kalau berani, mau Ibu bawak stay kat Gold Coast Melaka ke apa yang ada slide tinggi tu. Tapi dah dia suka yang ala ala je, so sini je pun dah ok. 

Ini orang mula-mula duk kat tepi pool je,sejukk. Best berangin sebab kat tingkat 9. 

Lepastu dia dah masuk sendiri, ke tengah sket.

Tak lama lepastu dia dah kat tengah, pastu tawaf 1 kawasan. Hihi.

Adik duk tepian pool je. 

Kitorang stay kat hotel ni 1 malam je, esoknya dah check out. Dapatlah anak-anak mandi pool 2x, petang ngan pagi esoknya. Ooo ya walaupun hotel ni dalam mall, tapi as for me mall tu takde yang menarik sangat. Tempat makan pun KFC takde, yang ada Sushi King which is aku tak minat. So malam tu dah alang-alang turun ground floor konon nak makan dalam mall je, dah kitorang menapak pulak ke shop lot berdekatan. Sudahnya layan makan malam kat mamak je, bolehlaaa. Tak rajin pulak nak naik atas ke parking then keluar cari tempat makan lain. Maybe next time la pulak cos kali ni pun cuti pendek je 1malam. Siap makan, Abang Irsyad siap dah tertido kat atas kerusi kedai mamak. Mujur umpan ngan lolly pop dia ok, nak bangun dan mampu pulak nak jalan balik sampai hotel. Alhamdulilah syukur :-) 

View dari balkoni bilik hotel kitorang. Stadium kat belakang tu pun boleh nampak, ada sesi latihan je. Kalau tak, dari balkoni pun boleh tengok live game :-p

Esok paginya dalam pukul 11 kitorang pun check out hotel. Kat top of the hotel tu ada observation deck ala-ala macam kat Marina Bay Sands tu dulu kitorang naik. Kakak ngan ayahnya boleh pulak gayat nak naik lift dinding kaca tu sebab tinggi dah tingkat 40+ . Lorrr, tu belum nak naik observation deck lagi dah gayat. Sudahnya aku ngan anak bujang 2 orang je naik lift jap ke floor nak beli tiket tengok-tengok tapi tak jadi la nak naik pastu kena handle 2 orang budak macam tak best pulak. Harga tiket pun takde less walaupun duk kat hotel tu. Masa kitorang datang pun lengang je takde orang lain pun nak naik. Terus turun balik ke tingkat 39 yang mana Kakak ngan my hubby tengah tunggu. So takpela cancel naik observation deck, ada rezeki lain kali maybe. Tapi kena pegi dengan orang yang berani la kot,hehe.

Amik pic kat poster je pun jadilaaa.

Lepas check out hotel, menghala pulak ke Kg Limbongan tempat jual kuih keria antarabangsa yang viral tu tapi masih awal so belum bukak lagi. Bukak pukul 1 kalau ikut papan notis kat situ, so aku ajak hubby pegi dobi baju dulu sebab ada masa lagi sejam sebelum bukak. Orang pun takde lagi yang datang beratur. Siap dobi baju datang balik dalam pukul 1.10 tengok dah agak ramai yang beratur tapi still ok sebab masih boleh beratur dalam kedai takdela kena berbumbungkan matahari dengan panas terik lagi masa tu. Tapi tapi tapi kan orang yang jual tak datang pun lagi. Adehhh, kata pukul 1 waktu operasi ni peniaga pun tak datang lagi macam mana. Mula-mula my hubby ajak makan laksa dulu kat kedai sebelah keria, dalam bangunan yang sama je pun. Sekali, kedai laksa pun tutup. Adoii potonggg betul la. Terus cancel laksa ngan kuih keria antarabangsa sekaligus.huhu. Takpela, dah penah makan yang beli kat Pasir Gudang ni pun sodappp. Hahaa nak sedapkan hati sendiri, layan. Nasib baik tak tengah peknen, kalau tak memang nak nak nak jugak la.

Dah, tak nak pikir pasal keria antarabangsa ke tempatan ke apa. Perut pun dah lapar, kitorang decide makan lunch asam pedas kat kedai berdekatan, sederet ngan kedai dobi tadi. Alhamdulillah sodappp dan kenyang lagi dari makan keria dan laksa.haha. Siap makan, terus gerak balik hala ke Muar / Batu Pahat. Nak balik kampung jumpa mak ayah la kan. Otw tu singgah beli jajan, belacan ngan budu kan Telok Mas. Ok, habis cerita cuti pendek kat Melaka. Semata cuti pegi Mamee Jonker House ngan hotel je kat Melaka kali ni, bolehlah bagi Kakak Insyirah happy kan. Apapun syukur alhamdulillah, ada kesempatan nak spend masa bawak anak jalan pastu spend masa pulak ngan mak ayah family kat kampung. Inshaa Allah awal Ramadhan balik lagi sambut puasa sama-sama. Keluarga kat Selangor, jumpa masa kenduri anak sepupu kawin bulan 4 pastu raya end June jumpa lagi.

 Gambar seminggu sebelum cuti sekolah @ Hari Anugerah Cemerlang SKTPR .

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit