Cuti2 Malaysia - Kota Kinabalu, Sabah (Day 3&4)
Day 3 - 29 May 2015
beli kat 1 gerai je senang, sume jual benda sama je pun.
Hari ketiga, kitorang plan untuk check out seawal pukul 8pagi. Selepas check out, as usual aktiviti bergambar kat kawasan sekitar Kiram Village. Breakfast nanti akan singgah kat Pekan Kundasang je. Sayangnya aku masih tak sihat plus muntah-muntah pulak tu. Kalau tak, mesti semangat nak jalan-jalan dan tengok pilihan makanan kat pasar pagi kat Kundasang tu. Banyak sungguh gerai kat sana tapi aku tak mampu nak turun. Cuma my hubby je turun tapaukan kuih dan bihun goreng. Tu pun lepas jamah sikit, keluar balik apa yang dimakan. uwaaa. Bengkak susu masih tak reda lagi, memang boleh buat spoil mood semua la.
Dari Pekan Kundasang, ajak hubby singgah kat Kinabalu Park untuk amik gambar. Bayaran masuk ke Kinabalu Park tu RM3 untuk seorang dewasa. Sayang sekali aku lupa nak update intinerary nak pergi kat Timpohon Gate, tempat 1st check point untuk pendaki yang nak panjat Gunung Kinabalu. So sampai sana terpinga-pinga tak tau kat mana arah nak ke Timpohon Gate tu. Since aku pun masih pening-pening dan tak sihat, so malas nak pikir terus cancel je. Cuma kakak je amik gambar kat luar pintu masuk Kinabalu Park. Cehhh kalau macamtu tak payah bayar RM3 pun dah boleh.
Sampai kat Pekan Nabalu, my hubby tanya either nak singgah or tak. Since aku masih tak larat, so tak jadi singgah. Terus je ke Tamparuli, plan nak ke Rumah Terbalik. Dalam pukul 10pagi, kitorang pun sampai kat sana. Bayaran masuk RM10.60 untuk dewasa dan RM5.30 untuk kanak-kanak, semua harga after gst. Rumah Terbalik Tamparuli ni merupakan rumah terbalik pertama kat Asia Tenggara dan Malaysia setakat tahun 2012. Tapi sekarang ni kat Melaka pun dah ada rumah terbalik macam ni.
Selain rumah terbalik, ada juga 3d museum kat situ tapi kitorang tak masuk pun. Harga untuk ke 3d museum tu RM30 untuk seorang dewasa which is pada aku mahal :-p Takpela, 3d museum dah pernah pergi kat Penang last year. Selepas beli tiket, kitorang pun amik gambar kat luar rumah terbalik tu sementara tunggu queue untuk masuk dalam rumah. Ye, kena queue cos skali masuk cuma dalam group less than 15orang saja. Rumah terbalik tu pun bukanlah besar mana.
Dalam rumah terbalik tu semua benda diletakkan terbalik kecuali aircond :-p Siap ada staff yang brief tentang sejarah dan info tentang rumah tu. Tak dibenarkan ambil gambar dalam rumah terbalik tu sebab nak jaga nilai eksklusif la lebih kurang. Means hanya orang yang pernah masuk ke situ saja yang tahu apa ada dalam rumah tu. Yang tak pernah masuk takboleh tengok melalui gambar ke apa, kena datang sendiri :-)
Selepas keluar dari rumah terbalik, yang kat luar semua boleh amik gambar. Mula dengan gong kat tangga rumah, pastu yang paling femes kereta terbalik. Kat luar rumah terbalik tu juga ada cafe dan kedai souvenir tapi kitorang tak beli apa2 pun melainkan kakak sibuk nak makan aiskrim, so layankan la sekejap.
plat kereta JDX, penghuni yang digambarkan dalam cerita tentang rumah ni dulu kerja kat Johor katanya.
Settle sudah lawatan ke rumah terbalik, next itinerary akan terus ke bandar KK. Cadangnya nak ronda-ronda sekitar bandar sebelum check in hotel tapi rupanya jem teruk menghala ke bandar dari arah jalan Tuaran tu. Huuu bercinta sungguh nak sampai ke bandar. Finally dalam pukul 1.30petang baru sampai KK dan decide untuk terus check in hotel. Lunch pun my hubby tapau dan makan dalam bilik je cos masing-masing kepenatan.
Hotel yang kitorang duduk tu namanya Hii-5 Hotel, as usual hotel budget sederhana tapi selesa dan strategik location nya. Tempat makan dan kedai serbaneka macam 7E (namanya Orange) pun dekat sangat ngan hotel. Bilik kitorang ada 2 queen bed dan size pun boleh tahan besar. Hotel tu ada lift jugak, tapi kitorang dapat bilik kat ground floor je so xdela guna lift pun :-p Harga untuk 3malam RM444, kira ok sangatlah. Lepas makan dan solat kat bilik hotel, rehat dan tidurlah kejap. Lewat petang baru keluar, plan nya nak try lokan dan kelapa bakar kat Jalan Sepanggar berdekatan Politeknik KK.
Keluar dari hotel dalam pukul 6petang, sampai kat area tempat makan lokan tu dalam 730malam. Fuyooo lama kan, sebabnya jalan jem la. Ok, sebelum ni aku sendiri tak pernah terbaca tentang keadaan trafik kat bandar KK. So kat sini aku nak share yang kat KK ni banyak sangat guna roundabout, flyover sangat-sangat kurang. Jalan dari KK menghala ke UMS tu saja rasanya hampir 10 roundabout kot kena tempuh, pastu berakhir dengan traffic light. Memang trafik sangat slow dan kena queue lama untuk lepas dari traffic light UMS tu. Bila dah lepas yang tu, barulah ok dan boleh tarik nafas lega. Huh, nasib baik itinerary hari seterusnya kitorang tak lalu jalan situ dah. Memang tak sanggup la nak tempuh jem dalam pada tengah bercuti ni.
Sampai kat area tempat makan lokan tu rupa-rupanya berderet-deret gerai yang menjual menu yang sama. Tak pasti pukul berapa diorang mula beroperasi tapi masa kitorang sampai tu kebanyakan gerai dah nak tutup. Tapi still ada gerai yang masih bukak, so kitorang pun redah je la yang mana available. Alhamdulillah rezeki hari tu dapatlah makan lokan bakar yang banyak diperkatakan kat blog. Kitorang order lokan bakar set yang besar (RM12) dengan nasi goreng seafood dan juga nasi goteng pattaya. Ok, sedap masakan kat situ dan lokan bakar tu pun best. Lokan tu dah digaul isinya dengan rempah macam perapan sate (serai, lengkuas, bawang2,etc) sebelum dibakar. So rasanya memang sedaplah, berbaloi datang semata nak makan lokan.hehe. Air kelapa bakar tu macam biasa je, sedap juga tapi kitorang dah biasa minum kat Plentong, Pasir Gudang kat tempat kitorang :-p
sedap.
Style kat Sabah ni, kalau kat kedai makan mesti ada set cuka, kicap dan sos@sambal atas meja. Sila adjust makanan ikut suka anda.
Selesai makan, kitorang pun balik ke bandar semula. Kali ni ok sket sebab gps tunjuk laluan yang lain sket. So kurang roundabout dan kurang jem. Dalam less than an hour dah bleh sampai area hotel. Plan asal nak pergi mendobi baju kat Cleanpro tapi since ramai orang, my hubby kata takpe nanti malam sket dia pergi sorang2. Terima kasih banyak2 b, skang ni kalau pergi bercuti mesti tugas mendobi ni dia yang settle kan. Bukan apa, kalau tak mendobi kang banyak sangat baju kotor. Plus haritu kan pergi mandi kat hotspring, ada baju lembab memang kena uruskan segera tu. Balik bilik hotel, rehat tengok tv pastu tidur. Ooo ye, sebelum tu sempat bawak kakak pergi beli sayap (kepak) bakar kat gerai berdekatan. Haaa kan dah cakap lokasi hotel tu memang strategik, semua bleh dapat cuma by walking distance saja. Settle itinerary day 3, esok sambung lagi.
-------------------------------------------
Day 4 - 30 May 2015
Bangun pagi hari keempat ingatkan dah elok la tahap kesihatanku tapi rupanya blom ok lagi walaupun bengkak susu dah semakin kurang. Kepala pulak sakit yang amat sangat sampai rasa nak bangun pun malas. Tapi dah namanya pergi bercuti, takkan nak tidur or terbaring je kat bilik kan. So cubalah gagahkan diri jugak untuk pergi berjalan, hopefully makin sihat nanti. Konon plan semalam pagi hari keempat nak jalan-jalan beli breakfast kat pasar tani dekat hotel kitorang duduk ni tapi cancel. My hubby je yang pergi sorang-sorang tapau makanan. Tapak pasar tani ni adalah tempat yang sama kitorang beli kepak madu malam sebelum tu. Sebelah malam setiap hari akan jadi tapak gerai pelbagai jenis makanan, sebelah pagi setiap Isnin, Rabu dan Sabtu pulak ada pasar tani dari 6pagi sampai 12tengahari.
Siap bersarapan kat bilik hotel, kitorang pun keluar ke area Pasar Filipina. Kat KK ni almost everyday breakfast tapau nasi lemak sebab yang lain macam agak kurang menepati selera kitorang. Aduii jemu plak hari-hari nasi lemak, balik dari KK nanti aku nak 'pantang' nasi lemak la selama 1-2bulan, haha over.
Pasar Filipina atau pasar kraftangan ni terletak dalam less than 3km je dari hotel yang kitorang duduk tu tapi sebab kena tempuh roundabout bagai, dalam 15-20minit jugaklah baru sampai. Pasar Filipina ni terletak sederet dengan pasar lain, bermula dengan pasar menjual sayur-sayuran ; makanan seperti kerepek, amplang, kuih cincin,etc ; ikan kering, belacan,lain-lain makanan laut kering dan buah-buahan. Pasar Filipina ada menjual macam-macam jenis souvenir : tshirt, kraftangan, mutiara dan macam-macam lagilah. Selepas Pasar Filipina plak ada satu lagi bangunan yang kitorang tak masuk iaitu Pasar Besar Filipina. Tengok dari luar, apa yang dijual kat dalam tu lebih kurang dengan apa yang dijual kat pasar yang sebelum Pasar Filipina tu jugak.
Keadaan kat kawasan pasar tu memang super sesak masa kitorang sampai tu. Parking semua penuh tapi alhamdulillah rezeki pagi tu kebetulan ada kereta nak keluar masa kitorang sampai, so dapatlah parking. Mula-mula sampai terus ke tempat jual makanan yang nak dibeli sebagai ole-ole. Memang dah list kan siap-siap apa dan berapa yang nak dibeli untuk family dan kawan-kawan.
Untuk beli ole-ole dalam bentuk makanan ni, kitorang beli kat gerai pertama je. Semua beli kat tempat yang sama, pastu mintak akak tu letak dalam kotak, timbang dan seal. Haritu kat Kundasang kakak dah terbeli kuih cincin yang keras. Kat gerai ni plak ada 3 jenis - rangup, lembut ngan keras.erkkk. Of cos la aku pilih yang rangup, siap ada tester lagi tu untuk setiap jenis kuih or makanan yang dijual. So kitorang beli kuih cincin, amplang ikan tenggiri, amplang sotong dan juga kopi tenom sebagai ole-ole untuk family and friends. Total semua sekali dalam RM320 dan seberat 14kg. Disebabkan berat, kitorang mintak akak tu simpankan dulu. Petang or malam nanti baru kitorang datang amik, bleh stop kereta betul-betul depan gerai ni je. Best lagi sebab akak tu siap bagi beberapa jenis kerepek yang kitorang tak beli as a free gift : popia seewed ada, amplang udang ada, kuih lidah buaya @ tiram pun ada. Tengkiu kak! Ooo ya harga kuih cincin 1pek yang besar tu RM10, amplang kecik RM6, amplang besar RM12, kopi tenom RM13. Tapi kalau beli banyak semua dapat diskaun, dont worry.
Selesai membeli ole-ole makanan, lepastu nak cari brooch plak. Brooch mutiara untuk mak & adik-beradik dan juga butang baju melayu mutiara untuk abah. Tshirt haritu dah beli kat Pekan Nabalu, so kat KK dah tak payah carik lagi dah. Fokus pada 2 benda je, plus beli souvenir untuk teacher kakak dan ayah kat kampung. Trip kali ni, lepas balik rumah aku tak sempat nak snap gambar semua ole-ole yang dibeli sebab mood tak berapa rajin,haha.
Ok ni 1st round ye. Orang kata seronok pergi malam, so malam terakhir kat KK repeat datang sini lagi.
Selesai urusan kat Pasar Filipina, kitorang ke destinasi seterusnya, bukit bendera or Signal Hill. Tempat ni kat dalam kawasan bandar KK saja so less than 10minutes dah sampai. Dari Signal Hill Observatory Tower ni, kita boleh tengok pemandangan satu bandar KK termasuklah laut sekali. Dekat Signal Hill ni juga ada 1 kedai @ kiosk jual makanan dan minuman. So bolehlah duduk berehat kat situ sekejap.
view bandar KK & laut.
Tak lama pun kitorang kat Signal Hill tu sebab takde aktiviti sangat nak dibuat, so lepastu singgah Atkinson Clock Tower plak kat bawah tu. Pun takde apa menarik, cuma menara jam je la as per namanya :-) Ambik gambar jap, lepastu terus balik ke hotel untuk rehat dan lunch. As usual tapau je makanan kat kedai makan yang berdekatan. Trip kali ni breakfast dan lunch asyik makan kat bilik je oleh kerana faktor kesihatan yang tak betapa mengizinkan. Tapi ok je sebab kalau makan kat kedai pun dengan dak tecit sibuk nak memanjat, better makan kat bilik hotel je lagi aman dan tenteram :-p
kitorang datang dari arah yang salah la, so tak cantik view dari sini.
Kakak g mana-mana pun selalu jadi model amik gambar 😀
Lepas lunch kat bilik hotel, solat dan tidur jap sebelum keluar semula lepas asar petang tu. Itinerary petang tu nak ke Pantai Tanjung Aru yang terletak berdekatan KK Airport (KKIA). Less than half an hour dah sampai cos trafik hala sini better than yang menghala ke UMS tu. Kurang roundabout dan ada flyover, thats why sangat membantu kelancaran trafik,hehe. Kalau semalam dan pagi day 4 ni ibu kurang sihat, petangnya kakak pulak tak sihat. Turun je dari kereta dia dah termuntah dan rasa tak sedap badan. Kesian sangat dia, offer makan minum apa-apa pun semua tak nak. Sudahnya kitorang cuma bersantai lepak-lepak kat tepi pantai sambil main belon buih tu je. Plan malam kang je nak makan seafood kat bandar KK. Kat Tanjung Ari ni pun sebenarnya banyak pilihan makanan seafood juga.
Dari Tanjung Aru, kitorang singgah pulak kat Perdana Park. Dalam 500meter je dari kawasan pantai tu. Bayaran masuk cuma RM1 per entry untuk sebuah kereta. Tarikan kat sini adalah pertunjukan air pancut berirama bermula jam 7malam. So sebelum pukul 7 tu, ramai parents yang bawak anak-anak main kat playground or main giant bubble. Okla, sesuai sangat tempat ni especially untuk family yang ada anak kecik macam kitorang ni. Kat kawasan ni juga ada kemudahan toilet dan kedai makan, Secret Recipe pun ada jugak.
masa ni nak maghrib dah.
Hampir jam 7malam, pengunjung yang datang kat Perdana Park pun kebanyakannya standby duduk mengadap kolam air pancut ni. Tepat pukul 7, 1st show pun bermula. Setiap show tempohnya selama 10minit. Memang cantik dan colorful lampu-lampu kat air pancut tu. Kreatif betul team yang terlibat buat dan maintain benda ni, kagum saya :-) Show ni dikatakan lebih kurang macam yang kat KLCC, tapi aku mana pernah tengok pun. Setiap malam ada show ni yang dimainkan sebanyak 4 kali :
Set 1 : 7.00 - 7.10malam
Set 2 : 7.30 - 7.40malam
Set 3 : 8.00 - 8.30malam
Set 4 : 8.30 - 8.40malam
Selesai tengok persembahan air pancut berirama tu, kitorang pun terus bergerak balik ke bandar KK. Perut dah lapar seafood dah masa tu :-p Since banyak baca kat blog ramai rekemen makan kat gerai area Dataran Todak (tempat yang ada roundabout ikan todak), so kitorang pun decide pergi yang tu je la. Sebelum sampai kat area gerai tu, singgah sekejap depan gerai beli ole-ole makanan siang tadi. Aku turun sorang, my hubby ngan anak-anak tunggu dalam kereta je, mujur akak gerai tu tolong angkat kotak. 14kg tu, boleh tahan jugak berat kalau aku nak angkat sorang.
Siap amik kotak berisi ole-ole, terus cari parking kat area gerai makan tu. Alhamdulillah rezeki, dapat parking tak jauh dari deretan gerai. Sekali lagi kakak muntah sampai takde apa nak keluar, kesian sangat kat dia. Tapi ibu ayah paksa gak turun ikut pergi makan.uwaaa. Sampai sana memang banyak pilihan gerai, jadinya kitorang main pilih je yang terdekat dan ada tempat kosong. Order air kelapa muda, makan pulak order lobster, sotong, ikan siakap, sayur kailan dan juga ulam rumpai laut. Total damage dalam RM200+ jugak, okla sesekali kan lagipun lobster mana ada murah. Yang penting semua fresh.
Siap makan, balik hotel la apa lagi. Rehat dan tidur sebelum bersambung esok untuk itinerary day 5 at KK. Ooo ya, sempat layan cerekarama kat tv3 jugak malam tu. Krik krikkk :-p
Comments
Post a Comment