Tuesday 2 December 2014

Online Shopping kat Lazada & Lelong

Actually activiti online shopping ni bukanlah something new pun. Sejak tahun 2007 lagi kot aku dah mula berjinak2.. tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni jadi makin aktif pulak. Even diri sendiri pun menjual secara online gak kat blog, fb dan yang terkini kat insta. Sejak setahun yang lepas, aku dah mula terjebak dengan online shopping kat Lazada pulak. 1st barang yang dibeli kat situ adalah - mesin jahit global yang kecik comey tu. Ada entry pasal mesin jahit tu kat sini. Lepas beberapa bulan, beli pulak waffle maker.

Bila dah ada 2nd baby, husband plak selalu keje luar Malaysia.. jadi makin aktif la diriku menyoping secara atas talian ni.hihi.bahasa melayu. Senang dan mudah, pilih dan bayar. Pastu tunggu je barang sampai, takpayah pening2 nak kuar angkut baby bagai. Sampai kat kedai or mall yang dituju tu nanti, bukan semestinya ada pun barang yang dikehendaki. So the best solution sudah semestinya secara online.. sambil breastfeed baby pun menyempat lagi :-p Latest barang yang dibeli kat Lazada ialah : mini blender Philips & rice cooker with steam tray Pensonic. Actually nak carik yang Panasonic since suke sangat ngan produk Panasonic tapi takde plak rice cooker yang menepati citarasa dari segi size. So akhirnya decide untuk beli brand Pensonic saja. Harap dapat berjasa untuk tempoh yang lama.. aaminn. Both barang ni dibeli sebelum Irsyad Syamim masuk 6 bulan, guna untuk sediakan solid food dia. Takde beli food processor ke.. steamer atau apa2 alat yang spesifik untuk prepare solid food for baby. Aku lebih suka beli barang yang boleh digunakan untuk the whole family. so kalau baby dah besar takdela alat tu tersimpan je tak digunakan. Dengan kata lain, tak nak membazir ;-)

mini blender & rice cooker 0.6litre

full set Philips mini blender

full set Pensonic rice cooker + steam tray

guna untuk blend nasi+lauk+sayur Irsyad. just nice nak blend dalam small quantity.

ni plak aktiviti mengukus a.k.a stim kurma+kismis. nak kukus apa2 pun terpulang :-p

So far dengan adanya 2 benda ni memang memudahkan kerja2 menyediakan solid food untuk Irsyad. Masa kakaknya dulu aku guna cara tradisional iaitu masak bubur guna periuk, masak kat dapur. Sambil tanak bubur sambil buat kerja2 lain. So kadang2 ada la terkering or lebih teruk lagi pernah terhangus.haha. Ye la, masak untuk baby ni kuantitinya sikit. Takkan nak guna rice cooker yang big size kan. Since skang ni dah ada 2 rice cooker, kita masak 2 periuk sekali jalan. Periuk besar untuk ibu+kakak (plus ayah kalau orgnya ada). Periuk kecik untuk adik coz masuk 10bulan ni dah start nak makan nasi lembik. Tak nak dah nasi blend. Sebelum ni dia makan nas yang sama macam kitorang, cuma perlu blend. Skang dah tak nak dah, Irsyad nak mempraktikkan kebolehan mengunyah guna gigi yang 6 batang tu ;-)

Habis cerita pasal shopping kat Lazada, sambung cerita pasal Lelong plak. Haaa ni baru2 ni je aku terjebak sebabnya nak carik walker tolak @ Playskool walk n ride walker tu. Mula2 ushar kat instagram, ramai jugak yang menjual tapi asyik takde stok. So ibu pun gigih la bawak anak2 pegi survey kat Aeon Permas. Ye memang ada, tapi harganya RM199. Erkkk mahalnya.. aku budget bawah RM120 je. Balik rumah terus google pastu jumpa la kat website lelong, harganya cuma RM98+pos RM10, so total RM108 la. Ok sangat tu, masih dalam budget. Disebabkan baru 1st time nak membeli so rasa confuse jugakla sebab nama websitenya lelong kan. Ingatkan kena bid ke apa.haha. Sekali tanya hubby, dia kata takla.. memang harga tu. So apalagi, aku pun terus beli dan bayar on the spot. Excited nak bagi anak main tolak2, asyik duk tolak kerusi meja makan tu je kan.

Shopping kat lelong ni kita akan bayar thru netpay yang akan link ke online banking yang kita pilih la. Pastu bayar macam biasa la, masukkan TAC tu kan. Apa yang aku suka pasal netpay ni adalah proses nak bayar tu laju, smooth je. Sebabnya aku ada beberapa kali online shopping kat 1 website jual barang baby & mom ni (namanya dirahsiakan.haha), diorang guna ipay88. Fuhhh ipay88 tu sangatla slow, sampai habis time limit pun payment tak sukses. How??? Kesudahannya aku contact directly dengan sales person untuk bagi acc no, then aku buat online transfer macam biasa. Tak payah nak order thru shopping cart bagai. Haishh naik menyampah jugak dibuatnya kalau nak buat payment tak lepas2. Tapi terpaksa beli kat situ jugak sebab kat website lain takde size baju yang diingini, maklumla dah kuruss sket.haha. Kalau kurus sangat boleh la beli size S kat website onebabyworld or autumnz ada je. Ok dah melalut sikit, tapi masih dalam topik yang sama. Kesimpulannya kalau nak buat website with shopping cart, pastu akan link directly plak ke online banking untuk buat payment.. gunakanlah platform @ sistem yang robust and powerful. haha entah betul entah tak istilah aku guna. Kalau tak, lepas check out shopping cart tu just bagi order number kat customer pun dah ok. Step seterusnya bagi details bayaran thru email saja. Contohnya jenama yang baru nak naik macam hijabbyemma (emma maembong) pun guna cara tu, simple and easy. Order tu di'forward' ke person in charge. Pastu kita deal ngan dia je untuk payment, alamat & tracking no. Ok dah, ni cerita pasal sistem order & pay plak. Maklum saja aku dulu pun buat benda shopping cart ni semua masa study kat UTM ;-)

Pasal barang2 yang dijual kat Lelong ni plak aku memang suke dan berkenan sebab barang2 yang rare pun ada jual kat sini. Playskool play n ride tu takdela rare mana, cumanya murah berbanding harga kat luar. Konsep Lelong ni kita boleh sama ada nak jadi pembeli or penjual. Kena register dulu la sebelum boleh nak membeli or menjual tu. So maksudnya kat dalam Lelong tu ramai la seller. Ada yang jual barang yang sama dengan harga yang sama jugak, dan ada yang jual dengan harga yang lebih mahal or lebih murah. Untuk aku, dah semestinya nak beli dengan harga yang lebih murah ;-)

Barang2 yang aku beli dalam bulan sebulan dua ni saja adalah....

1- Playskool walk n ride. Yang ni datang dalam kotak dan blum assemble. Aku tak reti nak pasang. Since hubby takde aku mintak jiran tolong pasangkan.

2- tablet holder untuk sangkut kat headrest.cadangnya kalau jalan jauh bleh anak2 tengok upin ipin kat dalam kereta instead of tgk kat dvd player.dalam tab kakak ada berpuluh2 episod upin ipin tu :-p

3 - battery Samsung galaxy tab 7 (p1000). kat kedai dah susah jumpa ni.

4. cover Samsung galaxy tab 7 (p1000). sama jugak, last time beli pun jenuh pegi 4-5 kedai baru jumpa.

5 - wifi adapter untuk netbook Acer aku since yang asal dah rosak. maklum saja netbook tu dah lebih 5tahun. sejak kakak dalam perut ibu lagi tu. yang penting netbook masih tip top.

6. kangaroo safety belt. yang ni ada cerita kat entry lepas. nampak macam ntah apa2 ntah tapi bagi aku berguna :-)

Ok, itu saja cerita pasal Lelong. Kalau nak carik benda rare atau remeh temeh yang susah nak jumpa kat kedai, carik je la kat Lelong. Inshaa Allah kalau ada rezeki akan berjumpalah kat situ ;-) Ini bukan iklan berbayar. Lagipun sape la nak bayar aku untuk review itu ini kan.haha. Sekadar perkongian, mana tau kot2 ada yang tersesat dan jumpa plak entry ni. Assalam.

1 comment: