Kedai Makan Upin Ipin Bandar Baru Uda, JB

Last weekend, kitorang berkesempatan bawak si tecit (erkk masih tecit ke??) pegi lunch kat Kedai Makan Upin Ipin. Lokasinya kat Bandar Baru Uda, JB.. belakang deretan kedai Jakel BBU tu je. Tapi 1st time masuk area situ, biasala..berpusing2 jugak baru jumpa. Padahal senang je pun kalau datang dari Plaza Angsana. Memandangkan masa tu weekend terakhir sebelum CNY, jalan sesak sangattt..byk btol kereta yang nak masuk kawasan Plaza Angsana tu.haishhh sabar je la. Ditambah lagi dengan masa tu tengahari, time budak balik sekolah. Ni yang aku tak berkenan Johor kerja/sekolah pada hari Ahad.erkkk membebel plak. Ok, finally kitorang sampai jugak kedai yang dicari around pukul 12.45 tghari mcm tu.alhamdulillah.

kat luar kedai, sebelum balik.
siap beli botol air temokkk.

Sebelum decide nak ke kedai ni, ada la aku baca review orang2 yang penah ke sini. Kebanyakannya bagi review yang kureng - servis lembab. Tapi masa kitorang datang ok je plak. Order tak sampai 15minit dah dapat dah apa yg di order, complete. Mungkin sebab masa tu blom ramai customer kot, lenih kurang half penuh je. Lepas 1/2jam macam tu barulah mula penuh kedai ngan customer. Ok, nasib kitorang memang baik that day.

jom pilih menu ;-)

siap mention dalam order form -
dalam keadaan sibuk mungkin akan ambil masa baru bleh dpt menu yg di order ye ;-)

ok, tak lama tunggu dah dapat dah apa yang di order.

smiley fries favourite Insyirah

ni je yang kitorang order 

Basically dalam kedai tu takdela menarik sangat.. tak macam yang aku imagine. hehe. Ingatkan dalam tu ada la disediakan tempat untuk budak main2..ala2 indoor playground gitu. Tapi rupanya takde pun..cuma ada 2bijik TV yang duk ulang2 tayang 5 or 6 episod Upin Ipin. Ermmm kat tablet Insyirah lagi banyak episod kot, berpuluh2.hehe. Tapi apapun Insyirah tetap layan, suka plak dia duk lepak lama2 kat kedai tu tengok episod Upin ipin yang diulang2 itu. Ibu & ayah layankan saja.. bagi la peluang kat dia ;-)

kakak excited berposing

dan lagi..

Satu yang menarik kat kedai ni, ada disedikan surau untuk customer. Bagus kan, siap asing lelaki & perempuan. So sementara tunggu anak yang blom nak balik lepas beberapa kali diajak balik, parents boleh la solat dulu. Kecik je surau tu, tapi ok la kan..bleh muat 2 or 3 orang skali masuk. Kedai makan lain susah kot nak jumpa yang sediakan surau macam ni. Thumbs up!


ibu pun nak join bergambar okayy.
@9months pregnancy..kecik je kan perut ;-)

Lepas hampir 1 1/2 jam kat kedai tu, akhirnya Insyirah pun setuju untuk balik rumah.haha. Apa yang best sangat duk lama2 dalam tu pun ibu xpaham. Ooo ya bercakap pasal harga.. standard macam kita makan kat KFC or M'D la lebih kurang. Boleh la, sesekali bawak anak datang sini. Total tak termasuk botol air tu dalam RM30+ macam tu. Makanannnya nak kata sedap sangat takla, nak kata tak sedap pun tak juga. Ok2 la. Sambal udang petai tu for me boleh tahan sedap, tak pedas..sesuai untuk budak2. Next time boleh datang lagi..tunggu ibu lepas bersalin & abis pantang la kot ye..hihi.

last..sblom balik.

esoknya g skul ngan botol air baru ;-)
erkkk serabut sket blakang tu.

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit