Tukar Flight Date AirAsia ke Perth
Tiket ke Perth sebenarnya dah selamat dibeli pada 2 June 2013, untuk travel date : pegi 19 Oct 2013 & balik 23 Oct 2013. Tetapi memandangkan 2 minggu selepas tu aku disahkan positif hamil (erkk skemanya), so we have decided to change our flight date. Kalau ikutkan kira2, end Oct tu my pregnancy akan masuk 6bulan. So, sangat2la tak selesa nak travel bagai. Lagipun aku lebih tau keadaan fizikal dan mental diriku ini. Pregnancy menyebabkan aku sangat2 cepat letih, maklumla aku ni pembawa 'Thalassemia-trait'. Hb semasa pregnant memang sangat2 low, cepat letih n pening kepala. Mabuk n loya juga tak ketinggalan. Ok takpe, kita carik je date lain untuk bercuti ke Perth tu. Haaa tak pasal2 baby dapat ikut skali kan. Kalau Insyirah dulu 1st time naik flight masa umur 6bulan. Tu pun setakat ke Langkawi, 45minit penerbangan je. Baby plak 1st flight dah nak ke Perth. Umur insya allah 4bulan at that time, 5jam+ dalam flight. Semoga dipermudahkan semuanya kelak, amin ;-)
Ok, cerita pasal tukar flight date. Caranya mudah saja, cuma perlu log in di website Airasia. Dah banyak kali naik AA, wajib la jadi member kan.
Lepas dah log in tu, pilih manage my booking. Lepas tu akan keluar la booking yang ada,kalau ada 1 je..so 1 je yang appear ye. Pastu klik modify kat booking yang berkenaan.
bila hubby bgtau pasal promo ni,
terus bukak website AA n carik mana yg paling sesuai
Ok, cerita pasal tukar flight date. Caranya mudah saja, cuma perlu log in di website Airasia. Dah banyak kali naik AA, wajib la jadi member kan.
log in macam biasa la ok.
Lepas dah log in tu, pilih manage my booking. Lepas tu akan keluar la booking yang ada,kalau ada 1 je..so 1 je yang appear ye. Pastu klik modify kat booking yang berkenaan.
Klik plak kat Edit Itinerary - change / upgrade flight -- lepas tu pilih la mana2 tarikh dengan harga yang paling berkenan. For me, of cos la pilih yang termurah kan. Kalau tak, takpayah la sibuk2 nak naik AA. hehe. Memandangkan takde yang lebih murah or sama harga dengan yang previous booking, so amik la date berikut : 29 May 2014, return 1 June 2014. Mahal RM300 berbanding sblom ni. Ok xpe, kira ok la tu.
Memandangkan nak bawak baby, so perlu la add infant ke dalam booking. Pilih dari menu Add Ons - add infant. Lepas tu just masukkan la details infant. Yang add infant ni patutnya buat lepas baby lahir n buat passport pon ok. Tapi since aku dah 'ter' tidak sengaja add infant, proceed je la skang. Actually testing2 je..rupa2nya terus masuk record n need payment. Nak tak nak, kena la bayar jugak. Takpela, nanti pun nak kena buat jugak step ni kan.
Ok, hasil 'manage my booking' yang telah dibuat, dapatla add infant ke dalam booking. Nama just letak 'TBA' - stand for to be advised.hehe. Later bleh adjust part nama, date of birth n passport no.
Overall adjustment yang telah dibuat seperti berikut la ye :
Part total paid tu ada 3 kali bayaran. 1st bayaran RM2,383 adalah bayaran masa 1st time book - utk 3orang saja. Kira berbaloi dah harga tu. RM800/pax termasuk meal,baggage,seat selection n insurance jugak. Tapi since nak bawak baby yang unexpected sangat tu, so kena add 2 lagi payment. Add infant kena RM254, actually RM250 tapi nape ntah bayar guna m2u kena caj RM4..ermm layankan saja. Pastu yang 3rd bayaran RM1,170 tu adalah bayaran untuk perbezaan harga RM300 + aku amik extra baggage dari 20kg ke 25kg ~ RM30 + penalti RM840. Haaa jangan ingat takde penalti ye bila nak tukar flight date ni.
Kalau local flight, better cancel je la flight n beli tiket baru drp nak buat adjustment bagai. Tak berbaloi. Untuk international flight pun kena tgk destinasi jugak. Kalau setakat negara2 jiran pun masih tak berbaloi kot kalau nak adjust. Macam ke Perth ni, untuk add infant saja per way RM125, So return RM250 la ye. Penalti plak RM140 per sector. Maksud per sector? per person per way la..senang cerita. So kalau 3orang - penaltinya adalah RM140x3x2way = RM840. Redhakan saja la amount ni demi nak bawak baby. Apa saja demi untukmu sayang ;-) Ok, selesai sudah aktiviti meng'adjust' flight date. Tunggu je la May 2014 menjelang tiba (mcm tgu raya plak.hehe) nanti ye. Till then, boleh la start survey2 hotel, car rental, etc ye. Ok daaaa.
Saya pun ni tengah nak tukar flight date...hrga flight ticket 3k nk ke melbourne..pastu penalti 1400..huhuhu...sesak nafas rasanya...
ReplyDeletebyk tu.tp drp nak beli tiket baru lagi mahal.so terpaksa la byr gak penalti.huhu.sbr je la kan dear ;-)
ReplyDeleteAkak, kalo nak tukar masa flight tapi tarikh sama pun charge juga eh? Nak gi perth jugak ni. Sedih sebab member lain sume elok dah amek flight petang sy terlepas pandang amek flight midnight.. Sedihhhh
ReplyDeleteHai sis, Salam pengenalan..
ReplyDeleteTq for info.. memang sangat2 membantu..
First time nak tukar tiket nih..
http://mummyumardian.blogspot.my/
Hawa - sori lama xjenguk blog n xperasan komen awak.setahun lebih dah ye.hihi.dah lama selamat tu.
ReplyDeleteDNIBaby'sCute - salam kenal juga.slmt tukar flight.hihi.
ReplyDelete