Buku Pink or Buku Merah ?
Syukur alhamdulilah, setelah beberapa tahun berusaha, berdoa dan menanti.. finally i found this two lines ! Terima kasih Allah atas rezeki yang sangat tak ternilai ini. #terharu jappp. Actually masa early June tu dah check upt tapi -ve, so dengan confident dan tanpa ragu2nya telah membeli tiket AA ke Perth pada 19-24Oct nanti. Tunggu punya tunggu..after 3weeks cik P masih tak kunjung tiba..so apa lagi, tangan pun gatal pegi beli pregnancy test kit dekat Watson. Beli 2 sekaligus sebab beli 1 RM7.90, kalau beli 2 RM10..so beli la 2.hehe. Emm cite pasal tiket ke Perth tu nampaknya kena hold dulu..sebab lepas kira2, date tu insya allah kandungan dah masuk 27minggu tu.alaaa memangla masih boleh naik flight tapi macam tak confident dengan keadaan mental dan fizikal diri sendiri. So, KIV dulu..nanti survey2 harga ticket lain untuk tukar tarikh, tapi of cos la kena penalti kan. Tak kesah la, janji semuanya selamat.
buku merah kedua..after 4years
Berbalik pada cerita asal, that day was Friday, 21.06.13 - jerebuuu teruk kat Pasir Gudang. Tapi takde plak diberi cuti pun..so dengan ber'mask', pegi la hantar Insyirah g skul untuk amik report card -- Nuri Parent's Day katanya. Selesai urusan kat skul, terus ajak dak tecit pegi makan kat Kompleks Pusat Bandar. Masa tu la membeli pregnancy test kit nya. Sampai rumah terus masuk toilet dan buat test..haha tak menyabor.. mula2 ingatkan nak buat esok pagi2. Katanya masa paling sesuai adalah waktu kencing pertama, pagi2..tapi gasaklaaa..dulu masa Insyirah pun buat tengahari buta jugak.haha. So alhamdulillah, hasilnya tak mengecewakan.. dapat tengok double line keluar dengan cepatnya dan tanpa segan silu ;-)
double lines yang tidak disangka
Terus whatsapp hubby gambar result test kit tu.. Lepas sejam baru dia reply (aiyooo lama tau ai tunggu). Hubby ajak confirmkan kat klinik malam tu..ok setuju saja. So malam tu pegi la Poliklinik Rozikin Kg. Pasir Putih..alamakkk ramainya orang. Lepas lebih sejam tunggu baru la dapat jumpa doktor..so ikut je la prosedur macam biasa, pegi toilet & kencing. Lepas 5minit doktor pun tunjuk test kit, double line jugak. Siap tanya kat doktor "Positif ke?" haha..punya la tak percaya. Padahal dah terang2 double line. Doktor pun confirmkan dan cakap "Tahniah ye. Kalau ikut kiraan, skarang ni dah masuk 10minggu." waaa rasa macam dialog dalam drama je.hehe. Dulu 1st time peknen takde plak doktor cakap tahniah bagai..entahla, dapat doktor yang ala2 lemau..dia cuma cakap "Confirm la tu..dah double line". Itulah kali pertama dan kali terakhir pegi klinik tu..haha. Paling tak suka orang sombong2 ni tau. Lagipun klinik bayar, pilih je la yang lain. kihkih.
Untuk lebih memuaskan hati, esoknya pegi pulak Poliklinik Yuslina Tmn Air Biru kat area Perjiranan 8. 1st time masuk kawasan tu, agak terpusing2 jugak la mencari..tak tau plak ada deretan rumah kedai area situ. Akhirnya jumpa la klinik tu..saja pilih klinik ni sebab yang akan check doktornya adalah lady doctor..so? Macamla tak penah kena check ngan doktor lelaki kan..hehe. Tujuan jumpa doktor sekali lagi sebab nak double triple confirm, mintak doktor scan ;-) Sangattt suka dengan doktor ni.. ramah dan very soft spoken.. So after 4years, merasa lah perut dibubuh ngan gel yang sejuk tu, pastu doktor pun scan.. Godek punya godek, dapatla tengok..ada la rupa sarungnyaaa.. dan dah nampak heart beat jugak..waaa touching2.. Baby masih kecik sangat (dah boleh panggil baby ke??). After 2x zoom, doktor anggarkan kandungan baru masuk 7minggu+, due date ikut scan 5 Feb 2014. Kalau ikut kiraan manual plak, usia kandungan dah 10minggu+, due date 19 Jan 2014. Beza 3minggu..jauh tu.. Maybe sebab period cycle yang panjang, so pasal tu la beza banyak..takpe, date tu sebagai estimation saja kan. Normal pregnancy period adalah antara 37-40minggu. So, just wait and see..dulu 1st pregnancy sampai 40 minggu..yang ni tak tau la. Apapun doa banyak2 semoga semuanya dipermudahkan dan ibu+baby sehat dan selamat sampai lepas melahirkan nanti. Aminnn ;-)
kembali menjadi pengunjung setia..kali ni kat klinik desa
So dengan semangat wajanya, hari Isnin tu terus pegi ke Poliklinik Pasir Gudang untuk bukak buku merah. Kalernya pink kan, nape ntah panggil buku merah.hihi.takpahamm. Oleh kerana alamat rumah kat Tg. Puteri, so diorang suh bukak buku kat Klinik Desa Pasir Putih. Ok terus pegi sana.. sampai sana nurse tu cakap kena booking dulu. Oooo ok baiklah.. nurse buatkan appointment pada next Monday, 1 July. Siap pesan suh bawak buku merah lama, salinan sijil nikah dan gambar scan. Yang 2 tu ok, cuma part yang kena bawak gambar scan tu mcm pelik sket..tapi sebab dah ada, bawak je la kan. Kan aritu dah scan kat Poliklinik Yuslina. Maybe sebab check kat klinik desa, takde mesin scan tu kot..so layankan saja.no problemoo. Diorang nak compare edd (expected due date) yang kiraan manual dengan hasil scan la tu patutnya.
1 July, pagi2 lepas hantar Insyirah pegi skul..terus datang klinik desa. Lama jugak menunggu, standard la kan. Pengalaman pegi hospital swasta dan pakar pun kena menunggu lama. So, kalau klinik desa ni..paham je la..orang ramai. Waaa pregnant kali ni sangat awal aku bukak buku merah..blom 3bulan dah bukak. Masa 1st dulu dah 4bulan+ baru bukak..haha..maklumla masa tu masih keje makan gaji, malasss sungguh nak mintak cuti ke apa. Kali ni dah tak keje, so oklaaa..check awal2. Macam biasa, check kencing, darah, amik berat+tinggi.. Sekali BMI tak cantek la pulak..ngam2 kat border..kena la pulak datang minum air gula hari Rabu nanti.aiyakk. Manalah BMI tak cantek, berat badan dah naik dulu sblom pregnant. 4 cycle kot makan pil hormon - part of rawatan kesuburan kat 1 of private hospital kat Pasir Gudang ni. So, redha je la.. hope takde kencing manis..kalau ditakdirkan ada pun, biarlah rendah dan boleh nak di control. Apapun terus berdoa semoga semuanya baik2 saja. Aminnn ;-)
tenangkan fikiran selepas kena minum air gula.
lepas 2jam datang balik. again, bacaan tu kat border saja.
erkkk.xpe,thats means kencing manis tu xteruk.
apapun kena pantau n control makan lepas ni.
klinik desa dekattt sgt ngan kampung nelayan ni.
waaa sungguh kedesaan.i likeee ;-)
Basically, my personal oppinion pasal servis kat Klinik Desa (KD) Pasir Putih ni adalah memuaskan hati. Nurse semua baik2..ramah2 dan tak sombong. Dulu masa Insyirah checkup kat Klinik Kerajaan (KK) kat Jaya Gading, Kuantan. Bukanlah nak kata nurse tak baik, ok jugak..tapi maybe sebab KK lebih ramai orang, so nurse pun lebih stress.hihi.think positive ;-) Satu lagi checkup kat KK or KD ni agak details,macam2 nak kena check.. tapi aku rasa bagusla tu.. free plak tu kan. Setakat bulan July ni saja aku kena pegi KD sebanyak 5kali - 1 July bukak buku, 3 July minum air gula, 8 July buat BSP (4x dalam sehari kena check), 11 July kena jumpa doktor, 16 July check gigi + amik darah. Waaaa banyak kan.. tapi aku ok je, xde masalah pun nak berulang alik ke KD. Semua ni pun untuk kebaikan baby + ibu jugak. Again, think positive ;-)
Wife pun baru buat buku merah semalam kat klinik desa. Walaupun luar kawasan klinik desa tetap terima. Atas dasar tumpang check up. Jururawat sana still advice Wife buat buku merah kat KKM yg sepatutnya di lingkungan tempat tinggal. Sebabnya jururawat klinik desa takkan datang melawat apabila bersalin.
ReplyDelete