Italy & Tunang (apa kaitan??)

Errrm..entry ni takde kena mengena dengan aku sangat pun..kalau ada kena mengena pun sipi2 je.haha.  Saja nak share jugak gambar2 ni sebab cantek menarik tertarik. Actually my hubby la yang berjalan sampai ke Rome sana.. bekerja sambil berjalan pada 29May - 3 June yang lepas. Untunglaaa. Ni dah kali ke 7 kot dia ke Italy sejak 2011, tapi 1st time berjalan sampai ke Rome. B, lepas baca entry ni, sila la pertimbangkan untuk bawak ibu & Insyirah skali ye lain kali.ngeee.



Colosseum (dalam)

Colosseum (luar)


Pisa Tower

Okay, xdapat nak cerita lebih2 coz aku takde di tempat kejadian.hihi. Masa hubby dok berjalan ke Rome, aku & Insyirah ada la ikut menghantar rombongan meminang..ecece.. siap berpantun2 lagi wakil kedua belah pihak. Anak jiran yang  bertunang.. dapat orang dekat je, Tmn Universiti. Kurang sejam perjalanan dah bleh sampai dah.. itu pun sebab berhenti 2-3kali, maklumla berkonvoi 5 buah kereta. Ni antara gambar2 masa majlis tu :

si muka boolat with her fav baju kurung polka ;-)

hantaran dari belah lelaki

akak jiran dengan bakal menantu

hantaran dari belah perempuan

Seronok betul Insyirah dapat berjalan dengan anak2 jiran. Trend skang ni majlis bertunang pun ada provide gudibag..memang suka sangat la si cantek manis ku itu. Peminat gudibag tegar ;-) Malam tu Insyirah skype ngan ayah. Ayat pertama yang dia sebut - "Ayah, Insyirah dah bertunang." wakaka..silap besar la sayang.. Ok ini saja entri kali ni..babai ;-)

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit