Posts

Showing posts from October, 2024

Itinerary, Budget & Tips Cuti DIY ke Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh, Vietnam

Image
Actually bukan la tips sangat, tapi just nak share info berdasarkan experience setelah kitorang balik dari cuti-cuti ke Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh, Vietnam bulan lepas secara DIY. Kitorang memang biasa DIY je, tak penah lagi amik ground or fullboard  package  dari any  travel   agency. Kebetulan masa travel ke Vietnam hari tu, mana-mana pergi cuma jumpa orang Malaysia ikut package. Tu yang ada yang tanya kat kitorang, senang ke DIY? Senang je la sebab memang dah biasa cuma sebelum nak travel, biasalah kena la study sikit-sikit, plan itinerary dan kira budget dulu kan. Nak study tu sekarang sangat senang, kat fb ke tt ke banyak yang share. Cuma kalau kat tt tu sikit-sikit perkara la kan. For me, masih lagi suka blog sebab biasanya akan cerita full hehe. Old skul sangat kan. Untuk plan itinerary plak, kenalah ada pilihan route dan decide tempat mana je nak pergi dulu kan. So, route kitorang adalah KL - Ho Chi Minh - Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh. Itinerary asal ada lain sikit, bawah n

Bercuti ke Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh, Vietnam (Part 4)

Image
Nak check out dah Coconut Villa kat Mui Ne ni, memang sekejap je kitorang kat sini sebab aktiviti yang nak buat pun cuma 4 jam tu je sunset jeep tour semalam. Villa ni cantik both interior dan exterior pun. Walaupun kejap, malam dan pagi tu anak-anak masih sempat ya mandi pool. Ok sangatla tu lepas rindu nak swimming, ke berendam 😀  Nice la villa ni ada 2 tingkat.  Bilik anak-anak 2 queen bed  pastu bilik ibu ayah 1 queen bed. Memang selesa la, alhamdulillah. Macam biasa kitorang book kat booking.com , bayarnya by cash saja VND1.18juta ~ RM205.  antara gambar dan video kat villa Dari villa, amik grab ke tempat nak naik bas ke Ho Chi Minh. Plan asalnya nak naik private car tapi sebab semalam dah naik car, saja la nak cuba another type of transportation plak. Kalau trip  Ho Chi Minh  - Da Lat naik vip sleeper bus 24-seater, kali ni try naik sleeper bus yang 36-seater plak. Kalau search bus secara online kat Vietnam ni, mostly memang akan keluar sleeper bus dari pelbagai company ya. Bas

Bercuti ke Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh, Vietnam (Part 3)

Image
Sama macam hari sebelumnya, hari ni breakfast kat bilik hotel je dan selebihnya buat bekal. So tak kalut nak keluar breakfast kat luar pastu nak early check out plak. Untuk car private transfer dari Da Lat ke Mui Ne dah book siap-siap awal 3minggu macam tu sebelum required date. Book dekat website bookaway. Comfort car for 6pax dapat harga USD89.90 ~ RM387, rate pada waktu tu la ya. Pickup time 8 pagi dan estimate time arrival 12 tengahari. Pickup dan drop off point tu kita pilih sendiri so kitorang choose dari Raon Da Lat Hotel ke Coconut Garden Villa Mui Ne la. tempat yang nak dituju hari ni Vietnam pun ada padang pasir ya Driver sampai 5 minit sebelum pukul 8, bagus punctual hehe. So terus gerak ke Mui Ne. Jalan nak turun ke bawah tu tak la berliku macam Cameron-Tapah ya tapi more to macam Cameron-Simpang Pulai. So tak la berliku-liku sangat. Lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan, driver bawak kitorang berhenti kat satu hentian ni untuk minum ke, pegi tandas ke. Kat sana tandas @ toilet