Posts

Showing posts from January, 2020

Road Trip 4 Negeri - Day 3 & 4

Image
Day 3 - Ahad, 1 December 2019. Bangun lagi tu hujan sekejap renyai-renyai sekejap lebat.huhu. Check out awal around 8.30 pagi pastu terus carik kedai makan. Takde carik yang viral or direkemenkan pun, just singgah mana yang dalam laluan. Route hari ketiga yang dirancang adalah Rantau Panjang Kelantan-Gerik Perak. Kalau ikutkan nak ke Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang tapi kalau dah hujan berterusan tu takde harapan la kan. Apapun kita sarapan dulu kasi perut kenyang dulu, then baru boleh mulakan perjalanan. Nasi dagang dan nasi berlauk tetap jadi pilihan kalau  dah sampai Kelantan ni. Abang Irsyad makan roti canai, adik plak makan kuih je. Creampuff murah weh kat sini singgit 4, filing pun banyak. Teh tarik macam biasa tetap jadi pilihan Adik tak berapa nak makan pun. Sudah sarapan, kitorang pun bergerak ke Rantau Panjang. Seperti yang diduga (tapi nak jugak tengok.haha) banjir kat sana. Betul-betul kat pintu masuk pemeriksaan sebelum kereta masuk ke area tu banjir teruk. Nampak ...

Road Trip 4 Negeri - Day 1 & 2

Image
Road trip ni bukan sengaja plan hujung tahun macam ni sebab dulu 2014 dah pernah terkena banjir kat Pantai Timur. Tapi road trip kali ni sebab sekali harung dengan nak ke jemputan majlis kawen kawan ofis hubby kat Bachok, Kelantan. Bila hubby ajak je, terus tengok route macam mana nak ke sana sebab jauh kan, hampir 600km kalau dari rumah kitorang kat Setia Alam ni.  Berpandukan google map, aku tengok ada 2 pilihan route iaitu melalui Kuantan-Kuala Terengganu or melalui Gerik-Rantau Panjang. Both route lebih kurang je total jaraknya. Memandangkan route Gerik-Rantau Panjang tu adalah route yang terpaksa KIV masa 2014 tu, so aku suggest kat hubby kitorang ikut 2 route berbeza la masa pergi dan balik. Kira macam buat satu pusingan lengkap la, gituuu. Best sikit dapat tempuh 2 route berbeza dan tengok tempat orang yang kita belum pernah sampai. After my hubby dah setuju je, aku pun terus survey hotel mana dan area mana nak bermalam. Finally ni la route yang aku decide : Setia Alam - lun...