Posts

Showing posts from 2017

Kembali Menetap di Selangor

Image
After almost 10years kawen dan duduk Pasir Gudang - Kuantan - Pasir Gudang, finally aku kembali menetap di Selangor. Syukur alhamdulillah, doa hari-hari diperkenan dan dipermudahkan oleh-Nya. Sejak tahun lepas bila hubby dah tak keje makan gaji dan buat unit trust, memang dah membuak-buak keinginan nak balik menetap kat tempat asal aku.  Kitorang plan, sewa rumah dulu dalam setahun dua ke macam mana then dalam masa yang sama boleh riki rumah untuk dibeli kat area Klang or lebih spesik lagi Meru la. Boleh dikatakan setiap kali balik Selangor, kitorang akan tengok 'potential house to rent' tapi takde yang betul-betul berkenan sama ada dari segi condition rumah ataupun lokasi. Sampailah bulan Jun lepas terjumpa satu rumah teres setingkat for rent ni kat Jalan Jabar, Meru. Raya kat rumah baru ye Kakak :-) Actually pindah rumah ni boleh dikatakan adhoc jugakla because the decision was made in few days je. Bermula dengan bukak facebook page Meru Community ternampak post rumah sewa. A...

Percutian Pendek : Melaka

Image
Sempena cuti sekolah bulan 3 baru-baru ni, aku ngan hubby bawak anak-anak pegi cuti kat Melaka. Cuti pendek je, 2 hari 1 malam. Bolehlah kan, bagi anak-anak happy dan mak pun nak rest. Rest daripada keje-keje kat rumah. Mak pun nak cuti oiii. Ari-ari ngadap baju, pinggan-mangkuk ngan penyapu je boleh muntah tau tak. Hahaha. Cuti ni pun kira sekali harung dengan balik Kampung Lubok, Batu Pahat tu. Mula-mula naik ke Melaka dulu, pastu turun balik ke Johor. Jarak Bandar Melaka ke kampung tu dalam 120km je kalau ikutkan map, tapi amik masa 2jam+ jugak nak sampai ikut jalan lama dengan menyinggah lagi. Layannn. Isnin 20 Mac tu kitorang bertolak dari rumah pukul 8pagi+ dan sampai Melaka dalam pukul 11+. Hubby bawak pegi makan nasi beriani apa ntah nama kedai kat area Padang Temu. Selepas siap makan tu, terus ke Jonker Street. Memang satu-satunya tempat nak pegi kat Melaka kali ni nak bawak anak-anak ke Muzium Mamee @ Mamee Jonker Walk. Sampai sana, kitorang parking kat tempat sama dulu datan...

Anak Bujang Dah 3 Tahun

Image
Syukur alhamdulilah minggu lepas, 5 Februari 2017 Abang dan masuk 3 tahun. Rasa cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je bersalinkan hero pertama ibu ni. Pengalaman mengandungkan Abang dulu Ibu kena GDM, so kena buat BSP yang paling Ibu tak rajin tapi tetap kena rajinkan diri. Lepastu proses bersalinkan Abang paling ekspres sekali. Sampai hospital ke bilik saringan terus kena tolak ke Dewan Bersalin, lepastu less than 10 minutes dah keluar dah Abang. Tak sempat nak tukar baju hospital, sebarang injection pun tak dapat sebelum bersalin. So antara 3 anak, kos bersalin paling murah RM26 je rasanya kalau tak silap. Hihi. Alhamdulilah sekali lagi, ok dan baik-baik saja experience bersalin kali pertama di Hospital Sultan Ismail (HSI).  Kat Bacang Corner. Puas hati, RM50 je pakej shell out 4pax + siakap goreng + tomyam + air 1 jag. Ada plak promo free birthday cake & belon. Berbaloi sangat harga.  Cerita pasal Abang Irsyad, sejujurnya aku risau juga sebab dah masuk 3 tahun n...

Azam Tahun 2017

Image
Dah masuk hari ketujuh belas dalam tahun 2017, baru sibuk pasal azam ye. Sebenarnya baru sempat nak type post kat blog ni. Takpe, sebenarnya tak payah nak tunggu tahun baru je nak tanam azam. Hari-hari lain sepanjang tahun pun boleh je nak berazam. Tak nak cakap banyak, kali ni aku nak list down azam sebab nanti mid year nak review balik, jalan ke tak azam aku ni. Selalunya, i means tahun-tahun sebelum ni bukannya takde azam. Ada azam tapi azam dalam hati dan tak di'visualized'kan. So bila dah lepas beberapa bulan, keluarlah ayat 'takpela, tahun depan la pulak buat azam ni' ataupun buat-buat lupa diri tu ada berazam.hahaha hadoi.  Ok, meh aku senaraikan azam 2017 ku ; Azam 1 : Nak buat simpanan emas. Hasrat nak simpan emas ni dah beberapa tahun jugakla. Asyik cakap nak beli dan simpan emas fizikal sendiri tapi asyik bertangguh. Takut nak simpan kat rumah la, takut hilang la macam-macam alasan la aku bagi kat diri sendiri. Memandangkan duit RM pun makin low berbanding US...