Cabaran Berpantang Sendiri

Hihuuu lama sungguh tak type new post kat blog. Maklum saja anak dah 3, mak bz sangat2 sampai tak menyempat nak berblogging. Syukur alhamdulillah, 18 April lepas aku dah selamat bersalin anak ketiga secara normal di Hospital Sultan Ismail (HSI) JB. Anak ketiga ni dapat boy lagi, geng Abang Irsyad la ni. Berat lahir pun lebih kurang sama ; Abang 3.4kg, Adik ni 3.44kg. Panjang@tinggi dan ukur lilit kepala pulak exactly sama : 51cm & 34cm. Buat saspen je masa scan 36 minggu hari tu doktor kata baby agak kecik dan ukur lilit kepala pun agak kecik berbanding usia kandungan. Apapun syukur sangat bila lahir, baby normal dan sihat. Malah doktor kat wad tu kata baby besar berbanding baby lain yang lahir on that day. Dah tentulah aku tak risau pasal size dan berat, yang penting sihat dah cukup bersyukur.

Cerita pasal kronologi (laaa sangat) nak bersalin ni, aku mula rasa contraction sejak petang Ahad 17 April tu. Actually few days before aku dah mula risau sebab dah 39 minggu+ tapi belum ada tanda nak bersalin. Petang tu dah mula sakit, tapi cuma mild contraction dan tak kerap or konsisten pun. So malam tu masih relaks lagi tapi dah pesan kat adik aku, Azira suruh stand by je kot-kot tengah malam tu or esok pagi sakit kuat and then nak terus ke hospital. So bolehlah dia temankan anak-anak buah dia merangkap anak-anakku itu. Kebetulan sehari sebelum tu Azira baru je habis exam, so memang sedang elok la duduk kat rumah ni tunggu kakaknya nak bersalin :-p

Malam tu pukul 8 dah hilang pulak sakit. My hubby pun siap boleh keluar ber'appointment' lagi. Aku pun just rehat-rehat tengok tv layan Clever Girl kat TV3. Dalam pukul 11malam+ baru ada sakit semula dicampur dengan cirit-birit. So asyik ulang-alik toilet sajalah keje malam tu. Pukul 2 pagi sakit makin kuat tapi masih tak konsisten. Memang tak boleh nak tido la malam tu. Hampir 4 pagi barulah aku terlelap dan bangun semula pukul 5.15 pagi macm tu. Terus mandi dan sarapan (awal nau sarapan) milo panas cicah roti kosong. Kejutkan my hubby suruh bangun dan siap-siap untuk ke hospital sebab sakit makin kerap.  Azira & Kakak pun aku kejutkan, suruh tido kat bilik aku temankan Irsyad yang tido lena. Kakak pulak aku pujuk tak payah pegi school hari tu sebab Ibu nak ke hospital, tak menyempat nak tunggu siang sebab takut jem. Nasib baik Kakak ok je dan tak nangis, hehe. Itu orang sangat suka pegi school, boleh jadi sendu satu rumah dengan tangisan dia kalau tak school. Kihkih. Aritu JDT menang Piala FA, Johor dapat cuti pun spontan dia nangis bila ibu bagitau sekolah cuti. Aiyakkk.

Pagi 18 April dalam pukul 6, aku ngan hubby pun bertolak ke hospital. Awal pagi okla, jalan clear je. Tapi akak nurse kat bilik bersalin tu kata pukul 7+ jem kat Hiway Pasir Gudang sebab ada accident kat area Taman Masai Utama. Fuhh mujurlah kitorang keluar awal, memang dah agak dah kemungkinan yang semacam itu. Kalau tak accident, ada lori rosak ke apa kat hiway. Sampai kat hospital sebelum 6.30 pagi lagi, terus ke bilik saringan kat tingkat 4, sama floor dengan bilik-bilik bersalin la. Sampai sana  lengang je, takde sorang patient pun yang tunggu queue untuk disaring. Tak macam masa bersalin Irsyad dulu, ramai je kat situ. So doktor terus suruh baring dan check jalan, baru bukak 4cm. Sakit pun belum kuat lagi, tapi makin kerap. Sambil tu hubby pergi uruskan pendaftaran kat kaunter & pergi beli makanan siap-siap. 

Lepas hubby settle urusan mendaftar, kitorang duduk kejap kat depan bilik saringan tu, sarapan sambil borak-borak. Sarapan roti seketul + kurma beberapa biji sementara tunggu nak ditolak ke bilik bersalin. Dalam 8.15 pagi, nurse pun tolak ke bilik bersalin naik wheelchair. Padahal boleh je kalau nak suruh aku berjalan pun, larat je lagi.hehe. Ok, bukan nak cerita sangat macam mana detik-detik bersalin. Tapi apa yang aku ingat pukul 8.40 air ketuban dipecahkan, pukul 10.40 pagi baby lahir. 

Rambut melekat-lekat lagi dengan lendir dan darah masa bersalin, tak tau kenapa nurse tak mandikan. Apapun overall service kat HSI memang tip top dan sangat memuaskan hati.

Bersalin kali ni kira sejarah baru la sebab hubby ada teman. Tapi takdelah teman masa nak meneran-neran tu sebab dia bukan jenis yang berani (a.k.a penakut la kan.hehe.sori b). Asalnya memang tak plan pun hubby teman kat blik bersalin tu. Nurse kat sanalah yang beria-ia suruh ajak husband masuk. Siap 2-3 kali interkom ajak masuk temankan borak-borak or urutkan belakang badan. Ye la kan, lepas pecah ketuban tu lama jugak nak datang contraction yang betul-betul kuat untuk meneran dan mulakan proses kelahiran baby. Terima kasih sangat-sangatlah kat staff yang bertugas haritu sebab sangat memahami dan ramah-tamah semuanya.

baby of me ;-) boboiboyy

Lepas selamat semuanya, aku & baby pun ditolak ke Wad 4A kalau tak silap,hehe lupa plak. Sampai wad, perkara pertama nak buat sudah tentunya nak masuk toilet tukar pad apa semua. Lepastu nak makan nasi & minum milo panas. Taktaulah orang lain macam mana tapi kalau aku lepas bersalin terus jadi lapar selapar-laparnya, mungkin sebab banyak tenaga digunakan masa nak melahirkan baby. Siap makan, barulah ibu susukan baby. Haha over tak mak macam tu. Okla kan, within few hours lepas lahir. Syukur alhamdulillah 1st try je baby terus pandai menyusu. Kalau Kakak ngan Abang dulu macam takes time sket nak berjaya. Masa Kakak dulu mungkin Ibu yang kurang arif sebab 1st time mommy. Abang plak dah lebih 12jam duduk kat NICU dan diberi minum fm guna cup, thats why kot nak berjaya direct breastfeed tu makan masa. 

My personal review pasal bersalin kat HSI sangatlah memuaskan hati. Semua nurse, doktor or staff lain semua bagi layanan baik. Keselesaan wad pun ok sangat, malah lengang je hari aku bersalin tu. Toilet dekat, katil selesa, makanan pun ok. Sempat makan 3x walaupun tak sampai sehari kat wad : lunch, minum petang dan makan malam (lewat petang sebelum discaj). Masa nak check jahitan perinium @ episiotami tu pun aku sorang-sorang je jumpa doktor, takde patient lain. Masa bersalin Irsyad 2 tahun lepas, siap tunggu turn dalam 7-8 orang juga. Disebabkan baby dan ibu ok, dapatlah discaj hari yang sama. Pagi bersalin, petang tu doktor bagitau dah boleh discaj, yeayyy. Rekod baru jugak ni.hehe. Syukur syukur syukur. Maka bermulalah episod berpantang sendiri kat rumah. Ok, part ni  tak berapa nak seronok :-p 

Baby day 3
Idlan Syahmi nama diberi.
Idlan - keadilan ; Syahmi - mulia, berani, bijak.

Baby day 5

Ini kali kedua berpantang sendiri, kali pertama masa bersalin Abang 2014 dulu. Tapi berbeza keadaannya sebab masa tu anak baru dua. Yang sulung, Kakak dah 5 tahun masa tu so takde masalah sangat. Dia dah pandai berdikari, makan ke mandi ke, pergi toilet semua sendiri. 5 tahun, so dah bijak bercakap dan boleh tolong Ibu itu ini. Berbeza dengan kali ni sebab Abang baru 2 tahun. Bercakap pun belum pandai lagi, selalu dia meragam tak tau nak apa. Lepastu makan minum, mandi, ke toilet semua Ibu nak kena uruskan. Bukan mengeluh tapi cuma nak luahkan yang penat sangat-sangat sebenarnya berpantang sendiri ni kalau kita ada anak kecik yang lain. Itu belum part newborn baby pulak yang meragam. Macam these few days kenapa entah baby susah nauuu nak tido. Asyik nak menyusu or berpegang je, so memang ibu letih dan flat. Tak cukup tido dan tak cukup rehat.

Seminggu pertama lepas lahir masih ok sebab my hubby cuti. So bolehlah tolong sikit-sikit keje rumah. Tak dapat tolong masak, dapat tolong sidai baju & jagakan baby kejap-kejap pun dah bersyukur sangat. Plus tolong hantar ke KK untuk follow up jaundice dan jugak anta amik Kakak ke school. Masuk minggu kedua, hubby dah masuk keje semula. Yela, takkan nak cuti lama-lama pulak kan. Masa ni no choice, Ibu yang kena amik Kakak balik school dengan bawak 2 anak termasuk si baby kecik Idlan Syahmi. Bukan tak nak naikkan van, tapi gap masa balik sekolah kebangsaan dengan sekolah agama cuma lebih kurang sejam je. Memang padat, takut tak sempat pulak Kakak nak lunch ngan solat sebelum ke sekolah agama. Sekolah agama settle, pergi balik naik van so okla ibu tak payah nak keluar lagi. Seminggu bersalin ibu dah kena drive sendiri, plus usung sekali baby. Takpe, baby jadi anak lelaki yang lasak dan kuat ye. Boleh jaga Ibu ngan Kakak nanti ;-)

Pasal makanan masa berpantang memang simple je aku masak. Mula-mula  haritu aku masak time tengahari, tapi kadang-kadang tak sempat kalau baby meragam or tak nak tido. So sekarang ni masa masak breakfast untuk hubby dan anak-anak, aku masak siap-siap makanan untuk aku lunch & makan malam. Nanti lawankan dengan nasi panas, dah kira okla tu. Syukur alhamdulillah Kakak pun tak cerewet, dia join sekali makan makanan berpantang Ibu untuk lunch. Dinner pulak kadang-kadang aku masak, kadang-kadang beli tapau je dari kedai. Masa mak datang seminggu lepas bersalin hari tu, meriah la peti ais dengan stok sayur dan ulam-ulaman kampung, best sangat. Ada jantung pisang, pucuk betik, pegaga, buah ranti (ni taktau jawa ke apa), ulam raja dan jugak tempe nenek. Haaa nenek usu kan bisnes tempe, putih cantek tempenya tak boleh lawan tempe jual kat sini :-) Lepas pada tu, takde la nak meriah lagi peti ais aku sebab sini susah dapat sayur kampung. Cuaca panas katanya, tanaman tak menjadi. Uwaaa. Sudahnya asyik ulang-ulang makan sayur sawi, peria, lobak putih dan lobak merah saja. Lauk pulak sesekali dapatlah ikan selar, merah dan tenggiri. Kalau dah takde sangat, layanlah tempe or ikan bilis goreng. So far ikan bilis la jadi penyelamat. Stok kena sentiasa ada dan tak putus.

Suke suke suke !

Ikan bilis goreng, ranguppp. Lauk paling amat sangat tersedap sekali di muka bumi buat masa sekarang :-p

Nasi panas + ikan selar masak asam rebus + tempe & ikan bilis tumis + pucuk betik rebus. Ini sedapppp tapi dah tak dapat makan lagi, tak jumpa pucuk betik jual kat sini pun sekarang. Masa ngandung hari tu ada je jual kat Kg. Pasir Putih. Sedehhh.

Cerita pulak bab keje-keje kat rumah yang tak pernah habis. Masak, kemas rumah, basuh+sidai+lipat baju, etc. Kemas dan sapu rumah tu bukanlah sekali sehari tapi banyak-banyak kali sebab si Abang rajin menyepah. Budak bijak katanya, sabar je lah Ibu ye. Seriously, memang kena kuat mental dan fizikal kalau nak (or terpaksa) berpantang sendiri ni. Apapun, kena pujuk diri sendiri In Shaa Allah semuanya akan makin ok bila baby semakin membesar. Bertabah sajalah, at least dapat loss weight dengan banyak dalam waktu yang singkat. Plus, bukan setiap tahun pun kita bersalin. Nikmatilah setiap saat menjaga dan membesarkan anak sebab kalau diorang dah besar dan berdikari nanti, mesti kita rindu saat diorang baby macam ni. Anyway, best sangat cium bau baby kecik :-) Semoga Allah permudahkan segala urusanku untuk menjaga anak-anak dan diberikan kesabaran yang tinggi, juga kesihatan yang baik. Amin.

Belum sebulan dah turun ke 55kg, hari ni 38 hari timbang lagi dah 52kg. yeayy *lompat bintang*

Ibu paling tak prefer Abang tido dekat-dekat ngan Adik, selalu tertendang Adik.huhu. Tapi comel je tengok dua-dua macam ni. Adik dah sebulan, timbang masa checkup kat KD haritu 4.94kg.

Yeayy dah boleh pakai baju sama 3 oang :-)

Kakak sibuk nak pegang Adik. Rajin-rajin tolong Ibu jaga adik-adik tau sayang :-)
Insyirah Syaza | Irsyad Syamim | Idlan Syahmi.

Comments

  1. puan memang kuat.. berpantang sendiri.. kagum...💪💪💪

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit