Revolusi Tudung Dulu dan Sekarang

Hahaaa tudung pun ada revolusi okay, kiranya berkembang dari semasa ke semasa la. Walaupun aku bukan jenis yang up to date sangat pasal trend baju & tudung ni, tapi sikit sebanyak ikut jugakla perubahan tu kan. Ok, nak cerita pasal fesyen tudung masa zaman sekolah rendah tak usah la kot. Zaman tu asal boleh je, yang famous masa tu ikat kat bawah dagu,hihiii. Gambar pun takde nak share kat sini, hardcopy tu ada la tapi jenuh plak nak kena scan or snap semula. So takpayah la nak upload kot :-p Masa sekolah menengah plak seingat aku dalam form 4 macam tu dah mula famous tudung bawal. Masa tu dah masuk asrama so memang pakai untuk prep (kelas persediaan) malam. Pakaian bebas, any baju kurung dengan tudung so dah mulalah aku ada a few color of tudung bawal. Not so tudung bawal macam zaman sekarang la, dia jenis yang segitiga tapi berlapis. Material cotton lembut, belah hujung ada manik, jurai2 or kerawang cotton jugak. Ahaaa itulah yang famous zan late 90s dulu, sape yang lahir 80s...