Wednesday 11 February 2015

Irsyad Syamim Sudah Setahun

Sekejap sungguh masa berlalu, pejam celik pejam celik dah setahun dah umur hero kecik ibu ni. Minggu lepas, 5 Februari 2015 genaplah setahun umur Irsyad Syamim. Setahun jugalah ibu breastfeed dia, inshaa Allah akan diteruskan sampai umur 2 tahun or selama mana yang baby nak. Ermm paling lama berapa tahun agaknya seorang baby tu nak menyusu badan ye. Kalau dah lebih 2 tahun dah bukan baby lagi tu, dah kira toddler dah. Ok kita wait and see je la kan berapa lama dak boboy ni akan menyusu badan ;-) Bagusnya breastfeed ni berat badan ibu pun maintain, skang masih 55kg. Year end haritu naik sket sampai 56kg+ sebab pergi bercuti asyik makan makan dan makan kot. Skang dah maintain balik dah, alhamdulillah.

masih tak tau apa kaitan kek dengan birthday. asal birthday je mesti nak ada kek :-p birthday kakak kek anna & elsa, adik plak olaf. tak habis2 lagi frozen ye.

tengkiu Cik Safa belanja semuanya ;-)

Tahun pertama Irsyad Syamim ni bagi aku rasa macam superrr cepat. Tup tup 3 bulan+ dah pandai meniarap, 5 bulan menyusur (gerak ke depan dengan dada). Masuk 7 bulan dah pandai duduk sendiri dan pandai berdiri berpaut kat sofa, kerusi dsb. 9 bulan plak dah mula berdiri lepas-lepas tangan kejap-kejap. Masuk 10 bulan mula menapak sikit-sikit then 11 bulan+ dah boleh berjalan sepenuhnya. Anak orang lain mungkin lagi cepat, ok bukan nak membandingkan pun. Cuma membesarkan Irsyad ni macam tak terasa masa berlalu dan sometimes rasa tak puas nak ada baby kecik.ahaa. Adakah itu tanda aku dah boleh ada another baby? Kikiki takde kaitan pun, in fact tak pernah planning apa-apa pun pasal anak. Jarak kakak ngan adik 5 tahun pun aku ngan hubby tak rancang sebabnya period cycle tak menentu. So memang berusaha sambil berserah kepada rezeki yang Allah nak bagi. Lepas bersalin anak kedua sampai skang ni pun nampaknya period masih belum datang. So tak tau la macam mana kan dengan tahap kesuburanku :-p 

ni gambar semalam, 1st time makan bihun. muka excited semacam.

Birthday ibu pun dalam Februari jugak - 7hb, selang 2 hari je dari birthday Irsyad. Jenuh bercakap ngan baby dalam perut tahun lepas suruh keluar 7hb tapi baby keluar jugak awal.haha. Takde maknanya, dah dia dah ready nak lahir, keluar je la kan :-p Tahun lepas sambut birthday dalam wad sebab 8hb baru Irsyad dapat discharge. Sebabnya baby dah berak masa dalam perut, kena on antibiotik dan di monitor untuk 48jam. Dapat birthday wish from hubby thru whatsapp je. Tahun ni pun sama jugak coz dia tengah keje kat India lagi. Uwaaa. Takpela yang penting doa dan ingatan tu kan.

setahun sudah berlalu ;-)

Syukur alhamdulillah atas nikmat Allah beri, menjadi ibu kepada sepasang cahaya mata (so far). Ok, tak nak compare kakak ngan adik tapi menjaga Irsyad memang sangat-sangat mudah, dengan izin-Nya. Masa dalam pantang adalah 2 malam ibu tak boleh tidur, selebihnya sampai sekarang ni tak pernah lagi ibu berjaga malam. Dak tecit ni tido lena sepanjang malam dan tak meragam langsung. Terjaga (tu pun mata tak bukak) cuma untuk menyusu lepastu sambung tidur sampai pagi. Selalu orang kata kalau ada baby maknya akan tak cukup tidur tapi bagi aku untuk anak kedua memang tidak. Sebab tu la kot tak terasa sangat ada baby kecik. Cuma yang agak mencabar ialah bila terpaksa menjaga dua anak semasa ayahnya tak ada. Sepanjang setahun umur Irsyad, rasanya cuma half / 6 bulan saja ayahnya ada kat rumah. Kadang-kadang 2 bulan kat India, sebulan balik rumah. Tak menentu tapi rasanya macam half kat Malaysia, half kat India. Sukar sikit masa awal-awal dulu especially bila nak bawak anak keluar beli barang, yang penting dan kerap beli barang dapur la kan. Tapi nak tak nak kena redah jugak, seawal umur Irsyad kurang 2 bulan aku dah bawak anak-anak pegi mall. 

Ingat lagi 1st time keluar bertiga ke Aeon Permas, masa tu awal pagi dan sejukkk sangat aircon. Irsyad siap kembung perut plak lagi (actually anak kedua ni jarang kembung) kat sana. Ibu plak tertinggal minyak angin untuk baby. Bawak pegi baby room untuk susukan dia, mujur ada sorang mommy ni kebetulan baru beli minyak telon ke apa, baik hati dia bagi kita guna dulu. Terima kasih la ye, alhamdulillah orang kita ni memang suka membantu ;-) Tapi tak apa, kalau orang takde nak bantu aku yakin Allah sentiasa ada bantu kita. Syukur alhamdulillah.

Sempena birthday Irsyad yang pertama ni, ibu cuma doa supaya anak ibu membesar sihat. Semoga menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat, yang akan mendoakan ibu dan ayah kelak. Aminnn ;-) 

ni plak Cik Vivin blanja masa balik Selangor cuti CNY.tengkiuuu ye.

with cousins ;-)

aiyaaa nampak perut wooo :-p

No comments:

Post a Comment